Cara mengatasi masalah batuk dengan cepat dan berkesan

3/25/2017 01:04:00 PTG Fara Lumière 0 Comments



Assalamualaikum.. hai!

Sejak kebelakangan ni Fara kerap batuk hampir tiap malam. Sebelum ni pernah batuk dekat 2 bulan dah buat checkup dan x-ray fara tiada masalah kesihatan. Hati mana tidak risau kalau asik batuk kan? Fara banyakkan minum air masak kemudian, jaga pemakanan. Ubat batuk, ubat doktor bagi semua fara ambil tapi semuanya tidak mendatangkan hasil.  Hanya berkesan sementara waktu sahaja.

Euky Bearub ni kakak ipar yang suruh cuba katanya sejak cuba anaknya tidak selsema atau batuk terutama pada waktu malam. Fara pun ikhtiar beli Euky Bearub ni di caring yang berdekatan kawasan rumah. Masa pertama kali cuba, ianya melegakan batuk sedikit demi sedikit. 

Hari seterusnya, fara tetap pakai sebab takut batuk berulang dan alhamdulillah, batuk yang fara hadapi semakin pulih dan menunjukkan perubahan. Fara pakai setiap malam dan bila bangun pagi, fara dapat buang kahak dengan lancar. 

Antara kelebihan lain Euky Bearub ni adalah : 

* Menghilangkan batuk dengan pantas
* Menghilangkan gatal akibat gigitan nyamuk
* Menghilangkan selsema 
* Melegakan perut kembung

Cara pakai Euky Bearub :

Sapu pada bahagian yang sakit. Sesuai juga untuk diletakkan pada anak-anak yang mengalami masalah batuk atau selsema. Untuk kegunaan luar sahaja.

Mana nak dapatkan Euky Bearub ni? 

Euky bearub ni boleh didapatkan di caring dengan harga dalam RM17++ Fara lupa harga masa beli aritu. 


Semoga artikel ini memberi manfaat pada kawan-kawan yang ingin mencuba merawat batuk yang dihadapi. InshaAllah. 

Note : kalau batuk kawan-kawan masih tidak pulih, berjumpalah dengan doktor. 







0 KOmen:

Lunavie - Seluar Pakai Buang Khas untuk Ibu lepas bersalin

3/20/2017 03:48:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum... Hi!

Ibu-ibu yang sedang menunggu masa untuk melahirkan si comel sudah sediakan kelengkapan semasa di hospital nanti? Jangan lupa buat check list agar segala kelengakapan yang diperlukan semasa bersalin lengkap dan mudah terurus. Nak tahu check list apa? boleh lihat Entry checklist newborn yang pernah Fara kongsikan di situ. 




Kali ini, Fara nak kongsikan seluar pakai buang dari Lunavie iaitu Deluxe Disposable Briefs

Jangan lupa untuk mencari disposable maternity atau seluar pakai buang selepas bersalin nanti ya. Ianya sangat diperlukan agar mudah untuk si ibu pakai dan buang seluar dalam setelah digunakan. Walaubagaimana pun, terpulang pada keselesaan individu sama ada ingin memakai seluar dalam biasa atau yang jenis pakai buang. 


Keistimewaan Seluar Pakai Buang Lunavie :

  •  Seluar dalam pakai buang yang digunakan oleh kebanyakan ibu selepas bersalin
  •  Tidak panas dan selesa dipakai
  •  Kainnya yang tipis memudahkan aliran udara keluar masuk
  •  Menjimatkan masa dan tenaga si ibu
  •  Diiktiraf oleh staff bersalin terkemuka dan hospital

Apakah kepentingan Seluar Pakai Buang Semasa Bersalin?

Pendapat peribadi Fara, telah menjadi kebiasaan wanita selepas melahirkan anak akan diikuti dengan darah dalam tempoh tertentu dan ianya di panggil Darah Nifas. Dalam tempoh tersebut, terutamnya semasa berada dihospital, adalah lebih memudahkan si ibu memakai seluar pakai  buang kerana menjimatkan tenaga selepas melahirkan anak. Bayangkan semasa anda sudah bersalin, sudah pasti akan keluar darah yang banyak dari kebiasaan anda period ada kalanya, sehingga tembus dari seluar dalam. Kalau pakai seluar dalam biasa anda kene cuci betol-betol hingga hilang bau dan warna kemudian, perlu mencari tempat untuk sidai seluar dalam tersebut.

Dengan adanya seluar pakai buang dari Lunavie ini ianya memberi keselesaan untuk anda sepanjang berada di hospital. Anda hanya perlu cuci bersih dan buang setelah digunakan. 



Saiz
- M / L: 26 "-32" pinggang
- XL / XXL: 32 "-40" pinggang

Harga : RM12.90
5pcs


Baca lgi : maternity pad pilihan ibu bersalin

0 KOmen:

Tips Kurus 5-20KG Sebotol dengan Glow V Fit

3/15/2017 04:07:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum..

Kenaikkan berat badan merupakan masalah besar terutamanya pada mereka yang suka jaga penampilan diri. Tidak kira lelaki mahupon wanita semua mendambakan bentuk badan yang diidamkan dan ada sesetengahnya, sanggup berbelanja beribu untuk dapatkan bentuk badan tersebut. 



Untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan, anda perlu berusaha keras dan tekad untuk kurus bukan sekadar memberi harapan palsu atau mudah putus asa! Ianya memang memerlukan kesabaran dan azam yang tinggi kerana bukan mudah untuk kurus dan cantik. 

Kali ni, Fara nak share salah satu produk yang bukan sahaja boleh kurus malah, mampu mencerahkan kulit disamping dapat merapatkan bahagian intim sekali! Hebat kan? Memang terbukti berkesan kerana produk ini mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk dalaman. Hanya dalam 1 botol anda boleh Kurus, Cerah dan Rapat

Inilah dia produk yang Fara katakan tadi iaitu Glow V Fit iaitu sebuah minuman botanikal untuk kecantikkan diri yang diperkaya juga dengan vitamin C. 


Formula GLOW V FIT dari Ekstrak Buahan


Formula terbaik dari ekstrak Buah Delima, Vitamin C, Chia Seed,Garcinia Cambogia,Manjakani, kacip fatimah dan 13 jenis herba yg berkesan untuk MENURUNKAN BERAT BADAN, MERAPAT DAN MENJAGA DALAMAN WANITA, serta MEMUTIHKAN kulit.

Keistimewaan Utama Glow V Fit

🍎Menjaga kestabilan gula dan darah.

🍏Menyekat penyerapan lemak dan

meningkatkan metabolisme.

🍊 Membantu menyingkirkan lemak dan menurunkan berat badan tanpa kesan sampingan yang merbahaya.

🍋 Membuang toksin dalam tubuh.

🍒Mengawal Berat Badan .

🍇 Menghalang pembentukan lemak.

🍯Merapatkan bahagian intim.

🍃Merawat dalaman wanita .

🌽Memghilangkan keputihan.

🍋Merawat dan memutihkan kulit dari dalam.

🍒Merawat jerawat, masalah kulit dan kedutan

🍇Membuang toksin dan racun.

🍎Menambah susu badan dengan Kurma dan

Habatusauda.

🍉 Sebagai tonik menguatkan ketahanan badan.

🍓 Agen awet muda.

🍑 Anti Kanser.

🍈 Menukarkan lemak yang tersimpan sebagai tenaga.

🍌 Menurunkan kolestrol.

🍊Menurunkan tekanan darah.

🍋Melancarkan peredaran darah.

🍓Tidak perlu berlapar dan bersenam.

🍏Mencegah penyakit kronik.

🍑Tiada kesan kembali gemuk selepas berhenti minum GVF.

Sesuai Juga untuk Golongan

✅ Sesuai untuk ibu menyusu
✅ Boleh ambil time period
✅Sesuai untuk ibu berpantang


Tidak Sesuai Bagi Golongan 

🚫Wanita mengandung
🚫Berumur kurang dari 15 tahun
🚫Pesakit jantung, & pesakit kronik


Cara pengambilan Glow V Fit

2 sudu plastik sebelum sarapan diikuti dengan air kosong
2 sudu plastik sebelum tidur diikuti dengan air kosong

Pastikan perut kosong ketika ambil Glow V Fit untuk kesan yang cepat!

Cara simpan Glow V Fit

Pastikan simpan di dalam peti ais selepas dibuka. Jika tiada peti ais, boleh simpan pada suhu bilik tetapi jangan terdedah pada cuaca panas

Jauhkan dari kanak-kanak.

Tindak balas semasa mengamalkan Glow V Fit

💦TINDAK BALAS - lemak dan toksin akan keluar melalui peluh/ kencing pastikan minum air kosong paling kurang 3liter sehari (2botol mineral besar)

❤Anda akan dapat rasai perbezaan seawal seminggu. Kesan bergantung kepada individu. Tahap metabolisme badan, hormon mempengaruhi kesan

Harga Glow V Fit

RM120 (wm)
RM132 (em)

Isi kandungan Glow V Fit

250 ML sebotol
Sebotol untuk 25 hari

Untuk pembelian sila hubungi :

Eryn : 013 669 3620

0 KOmen:

5 Hadiah Idaman dari Shopback.my

3/10/2017 03:06:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hi!



Apa itu Shopback.my?

Shopback.my merupakan salah satu website "online shopping" yang menawarkan diskaun terhebat jika anda membeli disitu dijamin akan dapat duit kembali atau "cashback" selepas membuat pembelian yang terpilih! Dalam erti kata lain, Semakin banyak anda berbelanja, semakin banyak duit yang bakal anda dapat sebagai tanda penghargaan untuk semua pelanggan shopback.my

Shopback membantu setiap pelanggannya mendapat tawaran terbaik serta diskaun yang hebat keatas setiap barangan.

Bagaimana Cashback berfungsi?

Jika anda membeli barang di Shopback setiap nilai barang yang anda beli itu, anda akan dapat sebahagian daripada pembelian anda akan dikembalikan sebagai cashback. Ianya seperti komisyen dalam setiap barangan yang dibeli.





5 wishlist dari shopback Shopback.my


Jika ditunaikan impian oleh shopback untuk memiliki hadiah bernilai RM800 untuk setiap pelanggannya, berikut merupakan hadiah idaman yang fara dambakan sejak dahulu. 

1) Sony PS Vita PlayStation Vita New Slim Model Console


Bila main game, teringat zaman bercinta dengan suami dulu-dulu. Kami memang kaki game, lebih-lebih lagi game online memang kami layan hinggan ke subuh. Masa awal kawin dulu game jelah hiburan kami. Kadang tersenyum bila ingatkan kembali zaman dulu. Sekarang bila dah ada anak agak sukar nak main game bersama. Nak beli PS Vita ni asik terbantut sebab keperluan anak adalah lebih utama sekarang. Bak kata orang, keperluan adalah lebih utama dari kehendak. So, kalau dapat sebijik PS Vita ni Fara nak hadiahkan pada suami tanda penghargaan kerana banyak bersabar dengan Fara dan anak-anak. Sesekali belanja suami dengan duit blogging apa salahnya kan? baru suami rasa dihargai. Harga PS vita di shopback pun sangat berpatutan iaitu RM788 sahaja. 


2) SONY CYBER-SHOT DSC-W830BL


Kamera merupakan idaman fara sejak zaman sekolah lagi. Fara suka kumpul kenangan dan mengeratkan lagi hubungan dengan bergambar dengan rakan atau keluarga. Bagi fara, setiap gambar yang diambil itu mempunyai cerita disebaliknya. Lebih-lebih lagi bila ada keluarga sendiri, Fara akan mengambil gambar pembesaran simanja sejak lahir hingga terkini. Melihat gambar yang diambil merupakan satu kepuasan pada hati. Sony cyber shot ni sangat bagus malah harganya juga berpatutan iaitu RM489 sahaja. Dengan harga tersebut, fara boleh nikmati kamera 20.1-MP 

3) Samsung MG28J5255US Grill Microwave Oven w Healthy Steam 28L



Bila dah jadi mak-mak ni microwave oven sangat penting dan perlu ada dirumah. Mana tahu anak-anak teringin makan makanan hipster bolehlah Fara buatkan. Berharga RM548 sahaja boleh dapat satu microwave oven yang berkualiti dari shopback.my

4) Vtech Grow & Go Ride On


Bila ada anak, setiap ibu akan pastikan anak mereka tidak bosan dan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah dirumah. Fara memilih Vtech Grow & Go Ride On ni sebab ianya memiliki pelbagai fungsi seperti boleh dijadikan rocker mode, ada tempat memandu yang menghiburkan dan boleh juga dinaikki oleh anak seperti membawa motor. RM275 adalah harga yang ditawarkan jika anda nak beli pastikan cari di website shopback.my .

5) SW-LR Round Swing Hanging Chair


Fara panggil ni dalam bahasa melayunya buaian gantung. Kalau dapat sebiji dirumah bolehlah berangan ala-ala princess tengah tidur dalam buaian tunggu anak raja pinang! ceh, gurau je. Rumah nampak lebih berseri ada buaian gantung ni. Walaupon boleh beli sendiri tapi apa salahnya impian ditunaikan dari shopback.my bagi percuma Swing Hanging Chair bernilai hanya RM500. 😆

0 KOmen: