Jenis-Jenis Pokok Indoor Dan Fungsinya

5/31/2020 11:11:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. Hai semua orang!

Sekarang ni ramai berlumba-lumba nak letak pokok dalam rumah sebab banyak kelebihan selain menjadikan rumah lebih menarik malah letak pokok dalam rumah juga boleh membantu peredaran udara.


Tahukah anda, pelbagai jenis pokok indoor yang boleh kita letak di dalam rumah mengikut kesesuaian. Anda boleh memilih antara Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents.

Pokok-pokok ini bukanlah setakat nak buat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat, termasuklah:

  • - Mengurangkan kemurungan
  • - Membantu peredaran udara dalam rumah
  • - Membantu memori dan kesihatan mental

Jom tengok setiap jenis pokok dan tempat yang sesuai untuk diletakkan di rumah















Semua tanaman segar ini mudah didapati di kedai-kedai bunga terkemuka. Kehadirannya juga mempunyai banyak manfaat dan dapat dijadikan sebagai penapis udara, membantu untuk menyerap udara kotor dan sekaligus menghapuskan toksik di dalam rumah.

Secara tidak disedari, sikit demi sedikit produk-produk ini akan membebaskan gas beracun yang boleh menjejas kesihatan seseorang dari semasa ke semasa.

Selamat mencuba!

0 KOmen:

Nursery Pokok Murah di Setia Alam

5/30/2020 05:44:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hai semua orang!

Tidak dapat dinafikan tanaman dalam rumah atau indoor houseplant dapat membantu menyerikan lagi suasana rumah.  Pernah dengar orang kata "Pokok membawa kehidupan ke dalam rumah"? Fara sendiri percaya bahawa kehadiran pokok dalam rumah sangat memberi kelainan pada suasana dalam rumah.


Walaupun ada sesetengah kita yang kurang mahir menanam pokok dan ada juga mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan kepada tanaman ini. Jangan risau, ada jenis pokok indoor plant yang mudah ditanam. Malah, di antara jenis-jenis pokok ini, ada yang mempunyai fungsi tersendiri seperti menyimpan air dan mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran rumah. Pokok-pokok ini juga datang dalam pelbagai bentuk, rupa, saiz dan warna!

Beli Pokok Murah di Palace Rose Nursery (Setia Alam)

Bila dah minat dengan tumbuhan pastinya kita akan mencari dan survey Nursery terbaik di sekitar kawasan tempat tinggal kita bukan? Fara pernah survey pelbagai jenis nursery tapi kebanyakkan rakan-rakan semua kata di Sungai Buluh murah. Jauh sangat dari lokasi Fara sekarang

Dipendekkan cerita kelmarin ada perasan di Setia Alam ada nursery pokok yang baharu sahaja buka. Sebelum ni lokasi tu kosong. Fara singgah untuk cuci mata. Lokasi nursery di kawasan DOMINOS Setia Alam ya. Kawasan Nusery sangat besar dan luas. Memang rambang mata dibuatnya. 

Landmark Nursery Setia Alam : dekat Tesco. Berdepan Proton/ Office Eco World

Pelbagai jenis pokok indoor, sayur, baja, benih dan tanah ada disini. Pada peminat pokok jangan lepaskan peluang untuk dapatkan segala jenis pokok anda. Sangat berbaloi.

Jom cuci mata tengok sekitar dalam nursery : 









Nama Nursery : Palace Rose Nursery (Setia Alam)
Waktu operasi : 8.30am-6.00pm




0 KOmen:

5 Kepentingan Memakai Serum

5/30/2020 12:11:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Wanita mana yang tak ingin tampil cantik? Produk kecantikan seperti serum wajah seringkali menjadi alternatif untuk membuat wajah terlihat lebih menawan. Namun, sudah tahukah Anda manfaat penggunaan serum wajah? Fahami lebih dalam mengenai serum wajah, komposisi serta manfaat agar tidak salah langkah!


Fungsi Serum
Fungsi serum kepada kulit bergantung kepada kandungan bahan aktifnya. Antaranya, ia merawat kedutan, jeragat, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan anti-radang. Jenis serum pula bergantung kepada bahan aktif yang terkandung di dalamnya.







5 Kepentingan Pemakaian Serum Dalam Rutin Penjagaan Wajah
Mungkin anda sudah mengetahui serum wajah secara umum iaitu mengatasi garis-garis halus, kedutan mahupun bintik-bintik hitam. Tapi, tahukah anda manfaat utama serum? Ini dia manfaat khusus dari serum wajah!

1.Membuat struktur kulit lebih lembut dan berseri
Salah satu faktor yang berpengaruh terhadap kulit wajah yang selalu terlihat sihat dan lembab adalah air. Serum yang juga mengandung air ini akan sangat berguna untuk meningkatkan fungsi dari enzim dan juga meningkatkan daya tahan dari sel kulit. Dengan tercukupinya kadar air yang diperoleh dari serum ini, maka kulit wajah akan selalu terlihat lembab dan bebas dari kulit kusam serta kering


2.Mencegah penuaan wajah dan bebas dari kedutan
Untuk para wanita yang sudah berusia diatas 25 tahun, pelbagai masalah wajah sudah mulai sering dirasakan seperti kedutan di wajah dan juga garis-garis halus di sekitar wajah. Dengan menggunakan serum, masalah kedutan pada wajah ini boleh dihilangkan dan akan membuat wajah anda lebih terlihat awet muda.


3.Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit
Untuk mendapatkan kulit wajah yang putih dan cerah sekata, tidak perlu berlanja yang banyak dengan pergi ke salon untuk melakukan perawatan wajah, sebab dalam serum, anda juga boleh mendapatkan khasiat dari serum wajah yang putih alami dan juga aman untuk digunakan


4.Menutup liang pori yang terbuka
Dengan semakin bertambahnya usia, maka kulit wajah juga akan semakin berkurang nutrisi dan pori wajah akan terlihat membesar. Pori wajah yang terlihat membesar ini sangat senang untuk kotoran masuk dan menyebabkan timbul masalah lain seperti jerawat. Kandungan pada serum memiliki manfaat untuk mengecilkan pori kulit wajah dan mengatasi beberapa masalah yang ditimbulkan tersebut.


5.Menghilangkan bekas jerawat/jerawat serta muka yang bermasalah
Kulit wajah yang berjerawat tetap memerlukan serum sebagai langkah rawatan untuk mengatasi masalah jerawat. Serum ini berkerja untuk membantu mengatasi jerawat pada kulit, menyamarkan bekas jerawat pada kulit dan mencegah jerawat datang kembali


Pelbagai Jenis Serum Wajah Ada Di Pasaran, Mana Pilihan Anda?
Telah banyak di pasaran jenis serum wajah. Bagi kondisi kulit bermasalah, serum ini memang dapat membantu memperbaiki masalah wajah. Ini kerana kandungan zat-zat aktif yang terkandung di dalam serum sehingga membantunya mengatasi masalah kulit secara efektif dan cepat. Beberapa masalah kulit yang biasa diatasi dengan serum antara lain kulit kusam, bekas hitam, kedutan halus akibat proses penuaan dan sebagainya.

0 KOmen:

Beli Baju Muslimah Murah Dan Berkualiti di Salma For You

5/30/2020 12:06:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Fesyen berputar mengikut peredaran zaman. Setiap tahun ada saja rekaan serta potongan diketengahkan sehingga mendapat liputan meluas pelanggan. Dan pada hari ini, masyarakat kita semakin terdedah dengan kepelbagian pemikiran, budaya dan ekspresi diri termasuk dalam fesyen. Pelbagai fesyen baru datang bagi mengembangkan cara berpakaian dan industri fesyen wanita muslimah turut menerima tempiasnya.


Siapa kata gadis Muslimah tidak tahu tentang fesyen? Jika diperhati, mereka gemar mengikuti trend fesyen terkini malah fesyen jalanan atau hipster turut menjadi ikutan gadis-gadis sekarang dan menjadi alternatif bagi yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya penuh berketerampilan untuk apa sahaja tujuan, masa dan tempat.

Salma For You Menampilkan Koleksi Baju Muslimah Mengikut Syariah Islam

Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian asalkan tidak melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan. Salma For You antara butik terkenal di mana mereka senantiasa menampilkan koleksi terbaru yang patuh syariah islam. Bagi mereka, pelbagaian gaya fesyen yang muncul berjaya meledakkan arus fesyen tanah air dan angin ketaksuban gaya tersebut turut terkena tempias kepada koleksi Baju Muslimah mereka yang menitikberatkan penjagaan aurat wanita.


Konsep Kasual Relaks Dalam Rekaan Setiap Rekaan Baju Muslimah Salma For You

Berkonsepkan kasual relaks dan digabungkan dengan elemen trendy terkini untuk golongan berhijab, setiap koleksi yang dihasilkan adalah 100 peratus direka sendiri. Tiada perincian yang berlebihan, manakala material yang digunakan setakat ini adalah dari jenis cotton bagi memastikan pelanggan selesa dengan penampilan yang dibawa. Bukan semua busana dengan potongan tertentu sesuai untuk kita walaupun kelihatan cantik, disebabkan itulah rekaan yang dihasilkan lebih bersifat universal dan sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan.


Rekaan Ringkas Namun Cantik Mata Memandang

Rekaan moden, tapi minimalis tetap menjadi pilihan untuk wanita muda kerana di samping mahu tampil ringkas, busana sebegini sesuai dijadikan pilihan ke pejabat mahupun santai.

Koleksi sedia dipakai rekaannya ringkas bersesuaian dengan gaya hidup wanita moden, malah rekaan itu berdasarkan matlamatnya iaitu sesuatu yang akan digayakannya sendiri dan diterima ramai dalam jangka masa panjang. Dengan menggunakan pakaian yang selesa dipakai, yang mudah tetapi masih kelihatan anggun dan elegan itu sudah sangat kelihatan dalam koleksi mereka.




Fabrik Tidak Panas Dan Tidak Melekap Pada Badan

Fabrik memainkan peranan penting dalam pemilihan pakaian Muslimah lebih-lebih lagi jika ingin digayakan di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia. Fabrik dari cotton menjadi pilihannya dalam kebanyakan rekaan Salma For You kerana selain ringan, ia menyerap peluh dan tidak melekap pada tubuh menjadikannya sesuai digayakan Muslimah. Salma For You juga akan memastikan setiap pemilihan dari segi jenis fabrik, rekaan dan potongan akan menepati kehendak syariat dan terletak cantik pada tubuh si pemakai





Baju Muslimah Labuh Menutup Aurat

Keistimewaan Islam sebagai cara hidup menyediakan panduan umatnya termasuk menggariskan etika berpakaian yang penuh keterampilan. Oleh itu, dalam memperkatakan mengenai fesyen sesuai untuk Muslimah, kita tidak sepatutnya mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad kerana sudah jelas Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian.



Oleh itu, sama ada berhijab atau tidak, potongan yang direka oleh Salma For You dipastikan supaya longgar, tidak melekap dan mempunyai ciri khas seperti mesra wuduk dan mesra penyusuan bayi. Setiap rekaan akan dilonggarkan di sesetengah bahagian seperti ketiak, punggung, dada, pinggang dan melabuhkan sedikit di bahagian lengan, tetapi dalam masa yang mempunyai flow supaya mereka yang menutup aurat masih dapat berfesyen.

Rekaan Saiz Baju Dari Saiz XS Hingga 3XL Dan Pelbagai Pilihan Warna

Selain itu, rekaan baju dari Salma For You akan memastikan semua wanita bertubuh kecil hingga besar dapat menggayakan pakaian ini dengan menawarkan saiz dari S hingga XL. Didatangi dengan pelbagai warna pilihan menarik seperti merah, biru, ungu, hijau, hitam, kelabu dan banyak lagi membuatkan pelanggan tidak perlu rungsing dengan pemilihan warna kegemaran mereka


Salma For You Memastikan Koleksi Busana Mereka Menepati Syariah Islam

Perkembangan fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua lapangan. Aspek yang penting dalam berpakaian ialah memilih fesyen yang kita suka dan memastikan ia tidak berlawanan dengan hukum syarak. Dalam membicarakan soal pakaian wanita kontemporari, Islam tidak menetapkan fesyen pakaian atau warna tertentu yang boleh dipakai wanita Muslim. Hanya yang ditetapkan ialah aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan telapak tangan. Pakaian wanita Islam perlu mengikut garis panduan syarak antaranya:

- Pakaian itu hendaklah menutup aurat
- Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
- Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
- Pakaian mereka dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.
- Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah
- Pakaian tidak menyerupai lelaki
- Memakai pakaian menutup aurat, menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita yang penuh ----keterampilan



Salma For You Menjadi Pilihan Baju Muslimah Berfesyen Mengikut Syariah Islam Terbaik Masa Kini

Dalam konteks di Malaysia, kemunculan dan perkembangan fesyen yang cukup pesat dengan pelbagai jenama busana Muslimah memang boleh dibanggakan. Perkembangan ini adalah suatu trend fesyen yang menjadi alternatif terbaik wanita Islam yang ingin menutup aurat mereka dengan gaya yang penuh berketerampilan untuk pelbagai tujuan, masa dan tempat. Bentuk rekaan koleksi Salma For You begitu kontemporari tetapi labuh, longgar dan tidak jarang. Idea yang terkehadapan tetapi masih menutup badan, kreatif, praktikal, komersial dan sesuai dipakai oleh semua muslimah..

Pakaian yang begitu cantik, elegant serta menutup aurat dengan begitu sempurna sekali. Berminat dengan koleksi Salma For You? Hubungi mereka segera di talian di bawah :

Hubungi : 019 950 1877

0 KOmen:

Benarkah Dermag Skincare Membantu Merawat Kulit Mengelupas?

5/30/2020 12:03:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Kulit muka mengelupas merupakan sebuah kejadian yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Hampir setiap orang akan mengadu mengenai kulit muka mereka mengelupas dan ianya sangat mengganggukan. Penyebab utama kulit muka mengelupas ialah sel-sel mati pada muka sedang digantikan dengan sel-sel baru pada kulit muka. Proses ini dipanggil regenerasi kulit.




Selain itu, ada juga sesetengah orang akan mengadu bahawa kulit muka mereka mengelupas dengan lebih kerap. Hal ini mungkin mengenai masalah lain dan bukan kerana regenerasi sel. Penyebab lain ialah kulit muka sangat kering.

3 Kaedah Berkesan Terbukti Merawat Masalah Muka Mengelupas
Kaedah-kaedah ini mengunakan produk yang diformulasi khas untuk penjagaan kulit.

1) Gunakan DERMAGs Intensive Brightening Cleanser
DERMAGs Intensive Brightening Cleanser adalah pembersih wajah bertekstur ringan dan halus yang sesuai untuk semua jenis kulit.


Menjadikan kulit lebih sihat, segar, bersinar, dan awet muda Mencerahkan kulit secara semulajadi
Membantu menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat dalam liang pori
Mengimbangi lebihan minyak yang terdapat pada kulit

2) Gunakan DERMAGs Intensive Brightening Serum
DERMAGs Intensive Brightening Serum adalah serum penjagaan kulit wajah yang berupaya memberi kuasa serapan maksima 100% lebih berkesan untuk mencerah kulit wajah dan memperbaiki sel kulit.

Mencerahkan kulit wajah secara sekata
Merawat masalah kulit wajah (parut, jeragat, jerawat, kesan terbakar, dll
Mengecilkan liang pori
Mengurangkan kedutan pada kulit wajah
Mengimbangi lebihan minyak
Mengatasi kulit kering dan kusam
Memulihkan sel kulit yang rosak
Menyerlahkan keserian kulit wajah secara semulajadi


Cara penggunaan:
Picit 3-5 titis ke seluruh wajah dan leher dan ratakan secara lembut. Biarkan serapan serum pada wajah sehingga kering.

Digalakkan penggunaan 2 kali sehari untuk kesan lebih efektif (pagi dan malam).

3) Gunakan DERMAGs Intensive Refining Cream
DERMAGs Intensive Refining Cream membantu mengembalikan keseimbangan lembapan pada kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit yang cerah, halus, dan gebu.

Melindungi kulit wajah daripada dehidrasi, kotoran, dan pencemaran alam sekitar.
Melindungi kulit wajah daripada sinaran UVA/UVB yang merbahaya
Membantu mencegah penuaan pramatang.
Bertindak sebagai perlindungan untuk menutup kesan parut dan jeragat pada kulit wajah.



Cara penggunaan (siang hari):
Sapukan secara nipis dan sekatakan dengan gerakan memijat pada keseluruhan kulit wajah

Urutan Penggunaan Berkesan

Bagaimana Dermags Hilangkan Masalah Muka Mengelupas?
Dermags adalah jenama produk penjagaan kulit, hasil R&D Saintis dari Universiti Teknologi Malaysia iaitu Dr.Mariani Abdul Hamid. Produk Dermgas adalah berasaskan kulit manggis, lebih spesifik lagi ianya dari sejenis bahan aktif dalam kulit manggis bernama Alpha Mangostin ataupun Alpha Mags. Produk Dermags adalah produk yang unik kerana merupakan satu-satunya produk yang mempunyai bahan aktif Alpha-Mags.




Alpha Mangostin yang terdapat dalam produk-produk Dermags terutamanya serum menggalakkan penghasilan sel kulit yang baru serta menghalang penghasilan pigmen melanin berlebihan yang menjadi punca jeragat.

Dermags Lulus KKM Dan Selamat Digunakan

DERMAGs selamat digunakan dan bebas daripada bahan kimia merbahaya. Kalau berhenti pakai tidak akan menyebabkan muka breakout. Mempunyai kelulusan KKM dan semestinya selamat digunakan tanpa kesan sampingan



0 KOmen:

10 Jenis Bisnes Online yang boleh dilakukan sepanjang Pandemic COVID-19

5/30/2020 12:01:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar ini, ramai yang mula nak buat bisnes secara part time sebagai sumber pendapatan tambahan. Dan sudah pasti ramai yang memilih untuk bermula secara online kerana kos ataupun modal yang diperlukan sangat rendah. Paling penting, bisnes online ini boleh dibuat secara sambilan tanpa menjejaskan kerja utama. Untuk memulakan perniagaan, jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu produk anda sempurna. Sebaik sahaja produk atau khidmat dapat dilaksanakan dan boleh diterima, anda boleh terus memulakan idea perniagaan kecil anda tersebut.


Salah satu fakta yang ramai orang dah tahu tentang perniagaan besar adalah, kebanyakan perniagaan besar yang ada sekarang bermula dari satu perniagaan kecil. Perniagaan kecil yang anda sedang atau akan laksanakan nanti, boleh berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat satu masa nanti, insyaallah. Jangan rungsing jika anda bermula dari bawah kerana nak berbisnes ni tidak boleh tergopoh gapah. Perlukan kesabaran dan pengalaman yang banyak barulah boleh berjaya akan datang

10 Jenis Bisnes Online Yang Modal Rendah

Oleh itu, buat sementara waktu ini, lupakan dahulu perniagaan besar. Mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang boleh dijalankan oleh anda di luar sana yang berminat untuk menjadi usahawan kecil yang berjaya. Jom kita lihat 10 jenis bisnes online yang boleh dibuat pada modal rendah dibawah :

1. Perniagaan kek

Dulu jarang kita lihat orang jual kek di pasar malam. Malah tak terfikirpun orang nak beli kek dan makan hari-hari macam sekarang. Sekarang kek ada dijual melaui internet, di pasar malam dan juga di kedai-kedai. Ada yang buat kek sendiri dan pasarkan sendiri. Ada juga yang ambil kek orang buat dan pasarkan dengan jenama sendiri. Yang pentingnya ilmu perniagaan, dan bukannya ilmu buat kek. Jika ditambah dengan minat dalam bab kek ini, perniagaan ini ada potensi tinggi untuk pergi jauh.



2. Perniagaan kuih frozen 

Satu lagi perniagaan yang boleh dimulakan secara kecil-kecilan. Samada dengan suruh orang lain buat dan anda pasarkan atau buat sendiri dan pasarkan sendiri juga. Ada emak seorang kawan saya yang mula buat sendiri kuih frozen dan pasarkan pada kawan-kawan. Kemudian anak-anaknya pula pasarkan pada kawan-kawan mereka dan seterusnya perniagaan itu membesar. Jika anda ada minat, ada idea besar untuk majukan perniagaan ini, boleh mulakan sekarang secara kecil terlebih dahulu. Pelbagai jenis kuih frozen kian mendapat tempat di mata masyarakat sekarang seperti tauhu bergedil, kek aiskrim, karipap, pau, popia, dan banyak lagi!



3. Khidmat Fotografi dan Videografi  

Jika anda gemar dengan fotografi, memulakan perkhidmatan fotografi dan video boleh menjadi perniagaan yang sesuai untuk anda. Disamping khidmat semasa majlis perkahwinan dan penggambaran bayi yang kian mendapat permintaan sejak kebelakangan ini, plebagai segmen yang boleh diceburi berdasarkan kebolehan anda menjadikan perniagaan ini mampu mendatangkan keuntungan. Tetapi harus diingat, modal permulaan asas bidang ini agak tinggi,dengan kamera berkualiti tinggi, perisian untuk menyunting gambar dan video, serta aksesori-aksesori lain antara pelaburan awal yang anda harus ambil kira untuk studio kecil anda.



5. Perniagaan pakaian kanak-kanak

Tak payah pandai buat pakaian kanak-kanak sendiri, cari saja dari negara China. Utamakan keselesaan dan kemudiannya baru gaya. Ada banyak design pakaian kanak-kanak hanya canggih dari segi penampilan gaya sedangkan kanak-kanak terseksa memakainya sebab gatal atau menyukarkan pergerakan. Ibu bapa perlu beli pakaian kanak-kanak ini lebih kerap kerana proses pembesaran mereka yang cepat. Pakaian kanak-kanak bukanlah satu perniagaan bermusim. Paling mudah beli secara borong dan jual pada harga pasaran. Setiap hari pasti ada ibu bapa yang mencari baju untuk anak-anak mereka.



6. Perniagaan ambil upah menjahit

Perniagaan mengambil upah jahit pun antara kerja online yang tidak perlukan modal yang banyak. Anda boleh ambil upah sedikit dahulu. Kemudiannya bila dah banyak permintaan barulah anda boleh ambil kuantiti baju yang lebih banyak asalkan kuantiti baju yang anda ambil upah tersebut dapat siap pada tempoh yang ditetapkan. Jangan pula ambil tempahan pada kuantiti yang terlampau banyak nanti tak menang tangan anda nak handle. Lebih menarik sekiranya anda tahu dan belajar pelbagai jenis pakaian mengikut trend.
.


7. Perniagaan barang kosmetik wanita

Industri perniagaan barang kosmetik kaum wanita ini melahirkan ramai jutawan di negara kita dan juga di seluruh dunia. Barang kosmetik berasaskan herba mendapat tempat yang baik di seluruh dunia sekarang. Jika anda ada ilmu berkenaan industri ini dan ada kenal pengeluar barangan kosmetik yang berkualiti, boleh mulakan segera untuk pasarkannya pada orang ramai. Lama-lama boleh buat jenama anda sendiri, insyaallah.



8. Perniagaan menguruskan wanita bersalin

Di bandar agak sukar untuk cari bidan yang datang kerumah untuk jaga wanita yang baru lepas bersalin. Dulu kat kampung agak mudah, tapi sekarang kalau adapun, ramai yang tak ada ilmu bagaimana nak jaga wanita lepas bersalin agar kembali mantap seperti sediakala bila sihat nanti. Anda yang ada kemahiran, boleh tawarkan pada yang berminat, buka tempahan dan gunakan konsep tempahan online.



9. Khidmat Penyelenggaraan Komputer 

Kawan – kawan dan ahli keluarga selalu mencari anda apabila komputer mereka bermasalah? Atau anda suka membantu kawan anda apabila komputer mereka meragam? Apa kata anda menjana wang melalui khidmat anda itu dan membuka khidmat penyelanggaran komputer?



10. Aksessori Telefon Bimbit 

Setiap tahun Apple, Samsung dan jenama telefon bimbit yang lain akan mengeluarkan rekaan telefon bimbit baharu, dan ramai orang juga akan bertukar kepada model terbaru. Jadi anda boleh mengambil kesempatan dengan sikap orang ramai yang sering bertukar telefon bimbit terbaru. Kalau hendak membuka kedai telefon bimbit mungkin akan perlukan modal yang besar, jadi pilihan lain ialah anda boleh berniaga akssesori telefon bimbit seperti sarung telefon bimbit dan sarung tablet.


Satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.

Begitulah sedikit sebanyak beberapa kebaikan dan kelebihan bisnes online dengan modal yang rendah. Sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan dan kelebihan bisnes online jika hendak diperkatakan, bagi saya cukuplah dulu dengan perkara-perkara asas berkaitan bisnes online yang anda boleh lakukan pada modal yang rendah seperti yang saya terangkan di atas. Semoga sedikit sebanyak ianya memberi manfaat.

0 KOmen: