Resepi Muffins Coklat Moist Sedap & Senang Buat!

12/22/2020 03:34:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hi semua orang!

Bila dah beli oven rasa excited sangat nak cuba macam-macam. Fara google segala resepi mudah menggunakan oven dan tertarik untuk membuat muffins. Resepi muffins ni bagi Fara sangat ringkas dan sesuai untuk mereka yang nak belajar baking (seperti fara). Tanpa membuang masa, jom kita mula 



Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 ¾ cawan je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
¾ cawan air panas

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.

Fara bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.

Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.




0 KOmen:

VIRAL! Polis Tembak Mati Dua Beranak Di Filipina, Ini Punca Sebenar…

12/22/2020 01:54:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Semalam viral satu video di media sosial dimana seorang anggota polis membuat tembakan secara sengaja ke atas ibu dan anak hanya gara-gara didakwa tidak berpuas hati keluarga tersebut bermain meriam buluh. Kejadian yang berlaku di Filipina itu mengejutkan ramai orang yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib anak beranak tersebut.

Koperal Jonel Nuezcal itu menyerah diri di Filipina sejurus kedua-dua mangsa ditembak menggunakan pistol polis tersebut. Dalam rakaman video berdurasi kurang 5 minit itu, wanita Sonya Gregorio berusia 52 tahun dilihat sedang melindungi anaknya, Frank yang sedang mabuk daripada dibawa ke balai polis oleh suspek. Namun berlaku pertengkaran apabila anak suspek masuk campur dengan memaksa ibu tersebut melepaskan anaknya dan menjerit memberitahu ayahnya seorang polis. Anak suspek kemudian tidak berpuas hati dan dilihat sengaja mencetuskan provokasi kepada bapanya.

Sonya Gregorio kemudian menjawab tidak kisah sebelum suspek geram terus menembak tepat di kepalanya dan diikuti kepala Frank. Kedua-dua mangsa kemudian terus terjatuh rebah ke tanah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Video aksi tembakan itu dirakam dan diviralkan di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Menurut Kolonel Renante Cabico, Pengarah Polis di Tarlac, Jonel Nuezcal bengang kerana mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh meriam buluh daripada Frank. Di Filipina, majoriti masyarakat mereka adalah Kristian. Jadi sudah menjadi tradisi setiap tahun rakyat mereka akan bermain meriam buluh pada bulan perayaan. Jonel Nuezcal disahkan tidak bertugas pada hari itu dan baru kembali ke kampungnya selepas bertugas di makmal forensik di Parañaque City.

0 KOmen:

Sinopsis Drama Korea SWEET HOME

12/20/2020 03:15:00 PTG Fara Lumière 1 Comments

TAYANGAN HARI INI (Jumaat 18 Disember)

Drama : Netflix Sweet Home

Tayangan : Netflix Netflix 

Waktu Siaran : 10 Episod Sekaligus

Barisan Pelakon : Song Kang, Lee Do Hyun, Lee Jin Wook, Lee Si Young



Sinopsis :


‘Sweet Home’ adalah sebuah drama terbaru Netflix yang berdasarkan web hit thriller dengan nama yang sama. Drama bertemakan genre thriller dan science-fiction (sci-fi) menceritakan kisah Cha Hyun Soo (Song Kang), seorang penyendiri di sekolah menengah yang berpindah ke sebuah pangsapuri baru setelah kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan tragis. Di sana, dia akhirnya menghadapi serangkaian peristiwa mengejutkan dan menakutkan di mana manusia disekelilingnya tiba-tiba mulai berubah menjadi monster.

Biarpun penduduk di pangsapuri Cha Hyun Soo hampir tidak berinteraksi sebelum fenomena misteri itu, mereka tiba-tiba bergabung untuk bertempur hidup-atau-mati untuk bertahan.

Selain Song Kang, drama ini turut dibintangi oleh Lee Jin Wook yang membawakan watak Pyeon Sang Wook, seorang bekas detektif yang mempunyai masa lalu yang penuh misteri. Lee Si Young pula sebagai Seo Yi Kyung, bekas ahli bomba yang biasa berkhidmat dalam pasukan tugas khas. Bagaimanapun watak Seo Yi Kyung ini adalah karakter baru yang tidak wujud dalam webtoon tersebut. Jadi, watak baru ini dijangka akan menjadi perhatian ramai bagi mengetahui bagaimanakah tenaga yang akan di bawakannya dalam drama ini. Manakala, Lee Do Hyun membawakan watak Lee Eun Hyuk yang cerdas dan menjadi pemimpin penghuni pangsapuri tersebut dalam melawan monster..

Lee Do Hyun akan berperanan sebagai Lee Eun Hyuk yang cemerlang, yang akal fikirannya yang tajam dan tenang membantunya memimpin penghuni bangunan pangsapuri, sementara Lee Jin Wook akan berperan sebagai Pyun Sang Wook, bekas detektif dengan masa lalu yang penuh misteri yang setiap orang salah anggap seorang samseng. Akhirnya, Lee Si Young akan berperanan sebagai Seo Yi Kyung, bekas anggota bomba yang biasa bertugas di pasukan khas.

“Sweet Home,” akan diarahkan oleh PD Lee Eung Bok yang sebelum ini pernah menghasilkan drama hebat seperti “Goblin” dan “Mr. Sunshine”.


#SongKang #LeeDoHyun #LeeJinWook #LeeSiYoung #SweetHome #kdrama2020 #dramakorea

1 KOmen:

Hidangan Istimewa Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop KEMBALI!

12/18/2020 12:49:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum dan hai semua!

Siapa perut nasi kat sini? sehari tak makan nasi jadi tak keruan hidup. haha! Alang-alang tengah shopping kat Mall Fara suka makan lunch terus. Malas nak masak kat rumah. Penat! Perut Fara ni pula kalau tak makan nasi rasa tak kenyang. Kalau tak kenyang mulalah moody sepanjang hari. Jadi, setiap kali ada kat shopping mall Fara akan cari kedai yang jual nasi. Nak nasi sedap Fara suka makan kat The Chicken Rice Shop. yum yum... 

Tiba je kat The Chicken Rice Shop (TCRS) nampak menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa ini tersedia sehingga 17 Januari 2021 – khas untuk memuaskan selera rakyat Malaysia sambil memikat hati mereka dengan padanan yang sempurna. Haruslah cuba!


Sebagai salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan di TCRS, menu yang memukau ini sudah tentu menjadi idaman ramai lagi-lagilah bagi mereka yang ingin menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati rakyat Malaysia! Serius sedapppp 😋😋

June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia.

“Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken.

“Kami terus berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan kami.”

TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini. 


Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang sempurna untuk mengakhiri tahun anda dan diharapnya mendatangkan permulaan penuh kesempurnaan bagi tahun yang akan datang ibarat padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan.

CONTEST "Jadikan GBC JODOH anda"


Suka masuk contest? TCRS ada buat contest best taw.. Jom join contest GBC! Caranya mudah sahaja.

Kirimkan video anda yang menyatakan cintanya kepada Grilled Butter Chicken dengan mengikuti langkah-langkah di bawah. SEPULUH (10) Pemenang akan dipilih. Sertailah sekarang dan berpeluang untuk menang! 

Tempoh Peraduan: 16 Nov - 20 Dis 2020 

Langkah-langkah: 

1. Beli Ayam Mentega Grilled dari The Chicken Rice Shop, dan ambil gambarnya. 

2. Buka Cerita Instagram dan cari penapis "panggilan video palsu". 

3. Pilih penapis "panggilan video palsu" dan pilih pilihan "Tambah Media". Tambah gambar Ayam Mentega Bakar. 

4. Dengan menggunakan penapis "panggilan video palsu", beritahu Ayam Panggang Bakar yang anda suka. 

5. Muat naik video di akaun Facebook, Instagram, atau TikTok anda. 

6. Tag @thechickenriceshop dan tambahkan hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken pada siaran / cerita anda. 

Tetapkan siaran / profil anda kepada umum. Peraduan dijalankan di Instagram, Facebook dan TikTok. Terma dan syarat: https://www.thechickenriceshop.com/GBC20contest.pdf

Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi 

0 KOmen:

RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!

12/18/2020 12:05:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!| Tahun 2020 adalah tahun yang paling mencabar dan saya rasa ramai terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang terutama terhadap usahawan yang bekerja sendiri. Ditambah pula dengan ujian COVID-19, ibarat kata berat untuk mata melihat, berat lagi bahu yang memikulnya. 


Bagi meneruskan kehidupan, saya pasti ramai perusahaan kecil & sederhana (PKS) sedang bekerja keras untuk meneruskan perniagaan masing-masing. Berita baik buat anda, RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA! Teruskan pembacaan sekiranya anda ingin menjadi 3,000 yang terawal untuk dibantu oleh RichWorks.

RichWorks Bimbing 777 Usahawan Jana Jualan Lebih RM2 bilion Tahun 2020

Sepanjang tahun 2020, sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini.

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019.


Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan

RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan.

Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.

Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan. Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.



Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, kami juga telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan kami selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan kami teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.

Kami percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda.

Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi kami adalah melahirkan lebih ramai

Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021. Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti

COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka. 

Nak Kuasai Marketing 2021?

Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN? 
Ingat lagi sales pernah RM0? 
Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama? 
Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
Dah capai RM 1 juta yang pertama?


What's Next?

Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters. Kami nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales. 

Peluang terakhir sebelum tahun 2021.

Mengenai Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 1.29.30 PM

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Mengenai RichWorks International

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 12 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, mereka membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

JOM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING & Jadi 3,000 YANG TERAWAL MENDAFTAR SEKARANG!


Anda boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut

Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat : Aplikasi Zoom Webinar

Facebook Page: Azizan Osman https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/ 
Instagram: azizanosman_official https://www.instagram.com/azizanosman_official/ 
Twitter: azizanoficial https://twitter.com/azizanofficial 
TikTok: azizanosmanofficial_ https://www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_ 
Youtube: Azizan Osman https://www.youtube.com/c/AzizanOsman/channels




0 KOmen:

Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir)

12/15/2020 12:43:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir)| Untuk tontonan live setiap episod Drama Cinta Sekali lagi boleh klik web ini = https://www.tonton.com.my/live/tv3

Untuk menonton Full Episod Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir) boleh tonton di aplikasi iQYI https://www.iq.com/play/1xe2qpf4mlp?&lang=ms_my&sh_pltf=4

Cara menonton - highlight link dan klik search.


Sinopsis Penuh Drama Cinta Sekali Lagi 

kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?

Senarai Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi

Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani

Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha
Alessandra Alyssa sebagai Daniya

0 KOmen:

Seronok Memasak Menggunakan Multifunction Electric Cooker TOROS

12/13/2020 08:17:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Salam dan hai semua!

Fara ingin berkongsi dengan semua berkenaan Multifunction Electric Cooker dari brand TOROS. Seperti yang kita tahu, multifunction electric cooker merupakan sebuah 'gajet dapur' atau periuk pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk memasak macam-macam jenis cara masakan. 

ia termasuklah masak nasi, buat sup, steamboat, menggoreng, memasak, grill dan banyak lagi. Senang kata dengan adanya Multifunction Electric Cooker ni kita boleh masak macam-macam jenis makanan. best kan?


Kalau nak tahu, Multifunction Electric Cooker TOROS ini ada button untuk ditekan yang mana ia untuk memilih kaedah memasak seperti memasak, grill dan sebagai baking sheet (Boleh rujuk gambar dibawah). Ini supaya proses kita nak memasak pun lebih mudah sebab ada button untuk kita tetapkan. Multifunction Electric Cooker TOROS ni memang sangat membantu dan cukup berbaloi untuk ia ada di dapur rumah.


Bila dah guna Multifunction Electric Cooker TOROS ni, memang boleh expect banyak jenis makanan dan masakan boleh buat dengannya. Ia bukan sekadar untuk memasak nasi bahkan lebih dari itu. Tak kisah nak masak lauk pauk, rendang, nasi arab, kuih muih, mee goreng dan banyak lagi.

Paling best, proses masakan bila menggunakan Multifunction Electric Cooker TOROS jadi lebih cepat dan sekata kerana ada tekanan (pressure) yang membantu mempercepatkan proses makanan kita.

Apa yang korang dapat jika beli Multifunction Electric Cooker TOROS?

Comes with BBQ pan, frying pan and transparent cover

- Can be used as cooker: Can be used to cook and boil, compatible with all types of pan and wok
- Put BBQ pan on it: Can be used to grill
- Put Frying pan on it: Can be used to fry
- Put Frying pan + transparent cover on it: Can be used to bake

dalam kotak ada barang ni

Function: Cook, grill, fry, boil, bake

10 levels of power and temperature

Safety protection to prevent overheating

12cm Cooling Fan

Senang Nak Basuh!

Semestinya sejak guna Multifunction Electric Cooker TOROS mudah nak dibasuh sebab tiada makanan yang berkerak dan melekat pada permukaan pan. Cukup dengan guna span biasa dan sabuh sahaja untuk membasuh

Kalau korang inginkan pengalaman memasak lebih baik, hasil makanan yang enak, cepat, mudah dan selamat maka Multifunction Electric Cooker TOROS adalah pilihan terbaik.

Harga Multifunction Electric Cooker TOROS


Mengenai harga, bagi Fara harga yang ditawarkan mampu milik iaitu RM299. Normal price Multifunction Electric Cooker TOROS adalah RM499. Jangan lupa grab kalau nampak harga dia RM299 taw! Tawaran Masa Terhad je!

Korang boleh dapatkan Multifunction Electric Cooker TOROS di :

0 KOmen:

21 Senarai DRAMA Korea Rating Tinggi Sepanjang Tahun 2020

12/13/2020 05:58:00 PTG Fara Lumière 2 Comments

Sejak dulu Fara dan husband suka tengok drama Korea secara marathon sehingga lewat ke malam. Dah jarang tengok tv apatah lagi drama melayu. Apa yang best tengok drama korea ni? kalau kita lihat drama melayu, kita dah boleh agak penghujung drama melayu sama ada gembira ataupun sedih. Jalan cerita semua drama melayu sama sahaja cuma tajuk drama sahaja berlainan.


Berlainan pula dengan cerita korea yang berbeza-beza. Ada drama hantu, pasal doktor, drama penjenayah dan sebagainya. Ada kesegaran pada drama mereka. kebanyakkan drama korea tak dapat nak jangka dengan tepat sama ada drama tersebut happy ending atau sad ending dan kadang-kadang diluar jangkaan.

Yang tak boleh tahannya, ada babak nangis sikit je, pasti penonton pun terkesan dengan babak menangis tersebut. Berjujuran air mata dibuatnya tanpa disangka. Cara mereka berlakon dalam lakonan penuh emosi memang sangat terkesan.

Tanpa membuang masa jom tengok 21 Senarai DRAMA Korea Rating Tinggi Sepanjang Tahun 2020 dibawah :

1. Crash Landing On You


Drama ini mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Seri (Son Yejin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin). Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

2. Itaewon Class


Sinopsis “Itaewon Class”

Semasa hari pertama tampil di sekolah menengah barunya, Park Saeroy (Park Seojoon) telah menumbuk rakan sekelasnya, Jang Geunwon kerana membuli seorang rakan yang lain. Pembuli itu adalah anak orang kaya iaitu CEO Jang Daehee (Choi Daemyung) yang memiliki bisnes restoran Jagga dan juga merupakan tempat kerja ayah Saeroy. CEO tersebut meminta lelaki itu meminta maaf kepada anaknya tetapi Saeroy berdegil sehingga dia dibuang sekolah dan bapanya turut dibuang kerja.

Tak lama selepas itu, ayahnya telah mati dalam satu kemalangan ngeri atas kecuaian Jang Geunwon. Insiden itu membuatkan Saeroy dibelenggu dengan kemarahan lantas dia telah memukul lelaki itu sehingga lunyai. Atas kesalahan keganasan, Saeroy ditangkap dan dicampakkan ke dalam penjara. Semasa dalam tahanan, lelaki itu nekad untuk memusnahkan legasi restoran Jangga dan membalas dendam kepada CEO Jang Daehee dan anaknya.

Selepas tamat masa tahanannya, dia telah membuka satu restoran kecil di Itaewon dengan bantuan rakan-rakannya. Jo Yiseo (Kim Dami) yang popular di media sosial juga turut serta dan menjadi pengurus kepada kedai baru itu. Dalam masa yang sama, wanita genit itu menaruh perasaan dalam diam kepada Saeroy.

3. It's Okay to Not Be Okay


Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) is a busy health worker at a psychiatric ward, and has no time to find love. But one day he meets children's book author Ko Moon-young (Seo Ye-ji), who suffers from antisocial personality disorder. Soon, the two manage to unravel each of their dark pasts, and work through their trauma together.

4. The World of the Married/ A World of Married Couple


Based on BBC One's Doctor Foster, this drama follows the story of family doctor Ji Sun-Woo (Kim Hee-Ae) and her husband Lee Tae-Oh (Park Hae-Joon). She seems to have a perfect life, with a successful career and a happy family... until she finds out her husband (and other people she trusted) betrayed her. The couple finds themselves entangled in dangerous affairs that could cost them their lives. Scandalous!

5. Hospital Playlist


If you were thinking of giving this show a pass just because it’s a medical drama, I’d strongly suggest you consider thinking again; this drama has the distinction of being the first hospital drama that I love, unreservedly. If you know me and how I typically feel about medical dramas (typically pretty meh), you’d know that this is a Big Statement indeed.I can safely say that I have never felt this way about a hospital drama before, ever. I mean, I did enjoy A Poem A Day, but that was not quite in-yo-face emergency calls and surgeries; that was physiotherapy, which has a different, more laidback vibe and rhythm. In Hospital Playlist, even though our characters are in the thick of the action, battling to save lives, Show manages to feel well-balanced, relatable and so very human; it’s quite remarkable indeed. Trust the Reply team to be able to pull that off.

6. Tale of the Nine Tailed 


Satu lagi drama fantasi yang akan menghiasi layar tvN mulai 7 Oktober mendatang. Tale of the Nine Tailed akan tayang menggantikan slot drama Flower of Evil. Drama ini bercerita tentang makhluk legenda rubah dengan ekor sembilan yang hidup di tengah-tengah manusia.

7. Hi Bye, Mama!


Cha Yu-ri (Kim Tae-hee) died in a tragic accident five years ago, and now wanders the earth as a ghost looking after her family. But one day, the deities decide to bring her back to life. Now, she has exactly 49 days to reclaim her place in her family, or else she'll be forced to move on from the earth and into the afterlife.

8. Dr. Romantic 2


Yes, this is a sequel, but you don't have to watch Dr. Romantic to dive into this series (but you can, obviously, because both are great). Three years after the original series, Kim Sa-bu (Han Suk-kyu)—also known as Dr. Romantic—recruits new surgeons to join his team at Doldam Hospital. He hires social outcast Seo Woo-jin (Ahn Hyo-seop), and confident 2nd year fellow Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung). Together, they deal with the corruption in the hospital, try to stick to their principles, and may or may not find some romance along the way.

9. To All the Guys Who Loved Me


Seo Hyun-Joo (Hwang Jung-Eum) is the leader of a webcomic planning team, and she's hyper-focused on her career, with no plans of finding a partner anytime soon. But just as she declares she wants to remain single, two men confess their feelings for her. There's pharmaceutical company CEO Hwang Ji-Woo (Yoon Hyun-Min), and popular webcomic writer Park Do-Gyeom (Seo Ji-Hoon)—who grew up like brothers, but now have to compete for their crush's affections.

10. Mystic Pop-up Bar


Han Kang-bae (Yook Sung-jae) encounters a mysterious pojangmacha (outdoor drinking establishment) that only opens at night. It's run by a woman named Wol-joo (Hwang Jung-eum), with the help of former supernatural investigator Chief Gwi (Choi Won-young). Wol-joo decides to hire Kang-bae as a part-time employee. What he doesn't realize immediately is that the Ssanggab Cart Bar is actually where both the dead and alive gather, and they actually visit customers in their dreams to help resolve their problems.

11. Extracurricular


Oh Ji-soo (Kim Dong-hee) is a quiet, straight-A student whose only goal is to be able to go to college. Because his dad's a gambler and his mom abandoned him, he provides for himself. He runs an illegal side business—an app that sex workers can use to set up compensated dates. He comes close to earning enough for his college tuition, but things take a turn when his classmate Bae Gyuri (Park Joo-hyun) finds out about his secret.

12. Hyena


Show takes a while to settle, suspension of disbelief is required, and the legal stuff is there more as set-dressing than to actually drive our story forward, but if you like it when characters get more of the spotlight than story events themselves, and you don’t mind glossing over various plot point resolutions, then this might work for you.

Once our story gets into its groove, it feels quite similar to a caper film, with plot developments and resolutions painted in broad, rather campy, irreverent strokes. It took a while for our characters to grow on me, not least because of the morally ambiguous characterization our writers choose to give them, but I did grow fond of (most of) our characters by Show’s end, which is a plus.

Both Kim Hye Soo and Joo Ji Hoon give fantastic performances, and together, they basically carry the entire show, while sharing a very sparky chemistry.

13. My Unfamiliar Family


Lee Jin-sook (Won Mi-kyung) and Kim Sang-sik (Jung Jin-young) are parents to three kids — daughters Kim Eun-joo (Choo Ja-hyun) and Kim Eun-hee (Han Ye-ri), and son Kim Ji-woo (Shin Jae-ha). Now that their children are all grown, the flaws in their family begin to show, especially when Jin-sook decides she wants to leave her marriage and start anew.

14. Hotel Del Luna


Jang Man-Wol seorang wanita cantik, tangkas dan tidak pernah berubah wajahnya walaupun dia sudah berusia 1300 tahun. Dia juga adalah CEO Hotel del Luna.

Hotel ini terletak di tengah bandar Seoul dan kelihatan seperti bangunan yang sangat tua. Jang Man-Wo pernah membuat kesalahan besar beratus tahun yang lalu dan akibatnya dia dihukum menguruskan sebuah Hotel yang dikenali sebagai Hotel Del Luna.

Pertemuan nya ditakdirkan dengan seorang lelaki dalam satu insiden menyebabkan dia membuat perjanjian untuk mengambil anak lelaki tersebut setelah dewasa sebagai satu bentuk hukuman. Selepas beberapa tahun Koo Chan-Sung , kembali ke Korea selepas menamatkan pelajaran di luar negeri dan tiba lah masa untuk Jang Man Wol menuntut janjinya.

Koo Chan Sung mulanya curiga dan tidak mempercayai sumpah dan perjanjian antara Jang Man Wol dan ayahnya. Namun selepas bertemu Jang Man wol dia mula berasa takut dan tahu yang dia tidak mampu untuk melarikan diri dari Jang Man Wol.

Bermula la episod dimana dia terpaksa bekerja di Hotel Del Luna walaupun dia sedar dia lebih layak untuk bekerja di hotel yang lebih terkenal dan bertaraf antarabangsa. Menguruskan Hotel Del Luna bukan lah satu tugas yang mudah kerana Hotel tersebut bukan lah untuk manusia tetapi hotel untuk roh-roh yang singgah sebelum di bawa ke alam lain selepas kematian.

Kehadiran Koo Chan Sung mengembalikan semula orang-orang yang pernah hadir dalam hidup Jang Man wol beratus tahun dahulu.

15. Good Casting


Chan Mi has retired from action ever since one of her coagents died on the field. However, after years she is asked to go undercover yet again. She is joined by Ye Eun, a single mother, and Mi Soon, another old colleague of hers who is now a housewife.

The three women will start working Ilkwang Hitech to find leads for their case. However, the CEO of the company, Seok Ho, used to be tutored by Chan Mi and now he starts to suspect that his new secretary looks just like her

16. Stove League


The drama just reminded us that the things we see on the surface are just a fraction of the entire process. Both can be said with sports or life. We forget that the people we take for granted and easily pass judgment on are human beings, too. People who go through ordeals we can only imagine.

They are people who want the same things we do. They want to live a happy life and do the things they love to do. There is nothing wrong in wanting to be successful. However, if it means compromising your moral compass or letting people walk all over you, then it is really not worth it.

Failures and hardships provide humans with a different perspective. Some may give up while others would continue to fight. Those on the verge of letting go or has completely surrendered only need a little push. An encouragement from someone they could trust and depend on. A person who would give them the opportunity to do things accordingly.

Though their parent company achieved the ultimate goal of selling the team, Dreams have a brighter future ahead of them. With a solid line-up of players and a strong management team, they have a well-lit road to success. It took a while and a lot of painful experiences, but Dreams are getting there. The future is uncertain, that much is true. But with all their hard work, that coveted trophy is pretty much in their hands.

Life will throw us curve balls. It may take us a few bases before getting back on the home plate. But it does not mean we can’t. We will make mistakes every now and then. We will face situations where we have to make tough decisions. But, unlike baseball, where three strikes mean you are out, life will struck us multiple times. It is up to us whether we stop swinging and opt for a walk or focus to hit that home run.

17. Sweet Home (2020)


Hyun Soo, a loner high school student who lost his entire family in a terrible accident, moves to an old apartment complex called Green Home. Driven by despair, he gradually realizes the secret of the Green home. The fact that a monster trying to drive humanity out of various forms of distorted human desires surrounds the Green home, including himself, and that the residents of Green Homes are trapped in them.

18. Backstreet Rockie (2020)


Membawa kisah seorang pemilik kedai serbaneka yang kalut iaitu Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan pembantunya yang cantik, Jung Saet-byeol (Kim Yoo-jung). Pengenalan di antara mereka bermula apabila Saet-byul yang merupakan pelajar sekolah menengah pada ketika itu telah membuli lelaki tersebut untuk membeli rokok dan sebagainya. Walaupun Dae-hyun ada memberi nombor telefon kepada gadis itu, tetapi sehingga ke sudah dia tidak menghubunginya.

4 tahun kemudian, Dae-hyun memulakan perniagaan kedai serbaneka dan tanpa disangka Saet-byul datang memohon kerja separuh masa di situ. Gadis yang bermasalah dahulu kini merupakan seorang pelajar universiti yang berpegang teguh dengan moral baik.

Webtoon asal “Convenience Store Saet-byul” penuh kontroversi

Kalau anda nak tahu, drama ini sebenarnya diadaptasikan daripada sebuah webtoon popular di Korea bertajuk “Convenience Store Saet-byul”. Pun begitu, webtoon ini sebenarnya memaparkan pelbagai babak yang keterlaluan serta berbaur lucah. Disebabkan itu, ramai yang membantah adaptasi drama daripada garapan ini kerana kandungannya yang tidak sesuai dengan penonton bawah umur.

Pun begitu, pihak produksi “Backstreet Rookie” menjanjikan plot yang berbeza dan diubah mengikut kesesuaian umum selain menjanjikan sebuah drama yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

19. What's Wrong with The Secretary Kim? 



Drama What's Wrong with Secretary Kim? ditayangkan pada tahun 2018. Drama ini dilakonkan oleh Park Seo-joon dan Park Min-young. Plot drama ini berkisarkan tentang seorang Timbalan Pengerusi syarikat dan setiausaha beliau yang akan berhenti setelah bekerja selama 9 tahun. 

20. Emergency Couple


Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo (Running Man), Choi Jin Hyuk, Lee Pil Mo yang baru saja habis ditayangkan minggu lalu. Drama ni mempunyai 21 episod dan bergenre Romantic Comedy/Medical. Jalan cerita drama ni berkisarkan pasangan suami isteri iaitu Oh Chang Min dan Oh Jin Hee yang berkahwin pada usia muda namun bercerai setahun kemudian atas sebab tidak serasi namun selepas 6 tahun, mereka bertemu semula sebagai doktor pelatih di sebuah hospital.

21. Start-Up


“Start-Up” berlatarbelakangkan ‘Silicon Valley’ fiksyen Korea yang diberi nama ‘Sandbox’ dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat dalam dunia syarikat ‘start up’. Kalau anda nak tahu naskhah ini digarap oleh Park Hye-ryun (“I Hear Your Voice”), diarahkan oleh Oh Choong-hwan (“Hotel Del Luna”) dan mereka berdua pernah bekerjasama dalam drama “While You Were Sleeping”.

Sudah lama diuar-uarkan, kini pihak produksi drama itu sudah mengesahkan barisan pelakon utamanya.

Suzy akan membawa watak Seo Da-mi, seorang yang mempunyai impian untu menjadi seperti Steve Jobs di Korea dan sudah pun memiliki rencana tersendiri. Wanita ini juga menjerumuskan diri dalam pelbagai pekerjaan separuh masa dan merupakan seorang yang sangat cergas. Katanya, watak ini sangat bersesuaian dengan Suzy yang sentiasa ceria.

Watak Nam Do-san yang merupakan penaung kepada Samsan Tech pula akan dilakonkan oleh Nam Joo-hyuk. Pernah menjadi kebanggaan keluarga selain seorang yang bijak pandai dalam bidang matematik, namun kini lelaki itu gagal dalam urusan pelaburan syarikatnya selama 2 tahun lamanya. Rupanya lelaki itu merupakan cinta pertama Seo Dal-mi dan wanita itu berusaha keras untuk membetulkan salah sangka lelaki itu suatu ketika dahulu dengan memulakan syarikat ‘start up’ sendiri.

tvn start-up
Dari kiri: Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho, Kang Han-na
Kim Seon-ho pula diberikan tanggungjawab untuk melakonkan watak Han Ji-pyung yang memulakan sebuah syarikat ‘start up’ untuk melangsaikan hutangnya. Merupakan seorang ketua pasukan di SH Venture Capital, kebolehannya yang hebat dalam pelaburan dan lidahnya yang tajam menyebabkan dia digelar sebagai ‘ Gordon Ramsay dalam bidang pelaburan’. Meskipun bersikap tegas dengan orang lain namun dia hanya berlembut dengan seseorang yang pernah membantunya suatu ketika dahulu.

Terakhir sekali, Kang Han-na akan membawa watak CEO Won In-jae yang memiliki segalanya yang dihormati oleh masyarakat iaitu latar belakang pendidikan, penampilan yang menawan dan berduit. Pun begitu, dia menganggap posisinya sebagai anak orang kaya generasi kedua sebagai satu kelemahan terbesar bagi dirinya dan melakukan segala yang mungkin bagi mengecap kejayaan dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain Walaubagaimanapun, dia digunakan oleh ayahnya sendiri dan selepas dibuang, wanita itu bangkit bagi memulakan perniagaan ‘start up’ yang baru.

Bagi yang dah teruja selepas mendengarkan sedikit sebanyak mengenai “Start-Up”, khabarnya drama ini akan menemui penonton pada Oktober nanti. Sama-sama kita tunggu!

p/s : Dengar cerita ramai sakit hati pabila Seo Da-mi memilih Nam do san sebagai pasangan hidup! termasuklah Fara. hahaha.  #teamHanJi-pyung 

Itu sahajalah 21 senarai drama Korea yang paling best tahun 2020. Jika ada yang lain akan update dari masa ke semasa.

2 KOmen:

DRAMA SANG PEWARIS TONTON ONLINE EP 1 HINGGA EP 13 (AKHIR)

12/10/2020 05:11:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Drama Sang Pewaris Tonton Online Ep 1 Hingga Ep 13 (Akhir) | Drama adaptasi novel Sang Pewaris karya Fizziany menggandingkan Ben Amir dan Amyra Rosli di slot Lestary TV3 dengan 13 episod mula bersiaran bermula 26 November 2020, setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. 



Arahan : Eyra Rahman | Terbitan : Global Station Sdn Bhd | Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari.

Barisan Pelakon

Ben Amir sebagai (Megat Amer / Megat Dali/Kudin), Amyra Rosli (Zara Aireena), Zarynn Min ( Puan Sri Kamariah), Zaefrul Nordin (Tan Sri Megat Khairuddin), Fizz Fairuz (Dr. Mahfuz), Zamarul Hisham (Mahmud), Harun Hashim (Pak Samad), Sheila Mambo (Mak Bedah), Ieda Moin (Che Som)Acong Sweetchild (Pak Kadir), Wan Sharmila (Malina), Fad Anuar (Jamal), Mimi Ernida (Zizi), Bidin Alzaifah (Mat Bunga)



Novel : Sang Pewaris | Penulis : Fizziany | Bil mukasurat : 610

Drama Sang Pewaris Tonton Online Ep 1 Hingga Ep 13 (Akhir)

Sinopsis Novel Sang Pewaris

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!

2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!

3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!

4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Tonton Online Drama Sang Pewaris Ep 1 hingga Ep 13 (akhir)




Drama Sang Pewaris Ep 7
Drama Sang Pewaris Ep 8
Drama Sang Pewaris Ep 9
Drama Sang Pewaris Ep 10

Drama Sang Pewaris Ep 11
Drama Sang Pewaris Ep 12
Drama Sang Pewaris Ep 13

Drama Sang Pewaris boleh ditonton semua episod secara percuma di wetv.vip atau melalui aplikasi WeTV.


0 KOmen: