Cara magik kurus dengan mudah dan cepat dengan KITSUI COCO XS LITE

3/25/2021 01:39:00 PTG Fara Lumière 1 Comments

Kalau korang dah sampai dekat sini, Fara faham sangat, memang korang mencari sangat sangat cara cara nak turunkan berat kan. Mungkin dah start rasa tak selesa dengan badan anda, baju – baju yang biasa pakai pon dah mula terasa ketat, ada kawan kawan yang mula buat lawak hambar pasal fizikal korang, energy badan pon dah lain macam, asyik terasa penat je, dan paling tak best bila korang sendiri rasa down dan tak confident dengan badan korang sekarang ni. Jangan risau, dalam post ni Fara akan share cara mudah mengawal berat badan korang dengan mudah dan cepat.



Cara magik kurus dengan mudah dan cepat 


Kalau tanya ramai orang macam mana cara nak turun berat? Ramai je boleh bagi jawapan, dan takde rahsia pon pasal cara nak kuruskan badan ni – kurangkan makan, rajinkan diri bersenam. Betul tak? Senang je kan? Tapi persoalan dia adakah sesenang macam yang kita cakap?


So dekat blog post ni, Fara nak share cara mudah mengawal berat badan, tak perlu ambil masa lama sangat, dan paling penting selamat. Ni langkah step by step yang lengkap, dari awal apa nak kena buat sampai lah proses proses yang korang kena lalui kalau nak berjaya kurus.


1. Kurangkan karbohidrat



Bahagian yang paling penting adalah dengan mengehadkan pengambilan gula dan kanji, atau karbohidrat. Apabila anda melakukan ini, tahap kelaparan anda menurun, dan anda biasanya akan mengambil kalori yang jauh lebih sedikit. Berbanding membakar karbohidrat untuk tenaga, tubuh anda sekarang akan mula membakar lemak yang tersimpan untuk mendapatkan tenaga.


2. Ambil protein, lemak dan sayur-sayuran



Setiap makanan anda perlu mengandungi sumber protein, lemak, dan sayur-sayuran dengan karbohidrat yang rendah. Cuba makan dua hingga tiga kali sehari. Jika anda mendapati diri anda lapar berasa pada waktu petang, tambahkan hidangan yang keempat. Menyusun makanan anda dengan cara ini akan membolehkan pengambilan karbohidrat anda hanya sekitar 20 hingga 50 gram sehari.


3. Lakukan aktiviti ringan seperti bersenam/jogging



Walau apa pun tahap kecergasan anda sekarang, bagi mendapatkan manfaat bersenam untuk kesihatan serta pengurangan berat badan, kuncinya adalah gabungan pelbagai jenis aktiviti fizikal.


Ini termasuklah senaman kardio, latihan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan.


Ia akan menjadikan senaman anda menarik dan memaksimumkan manfaat kesihatan daripada mengurangkan ukuran pinggang dan memperbaiki kualiti tidur, emosi dan tenaga.


Segala kebaikan itu secara tidak langsung dapat membantu mengatasi simptom tekanan, kegelisahan dan kemurungan.


4. Pengambilan Makanan Tambahan atau Supplement



Cara terbukti untuk menurunkan berat badan adalah memakan makanan yang sihat, kurangkan kalori, dan aktif secara fizikal.


Tetapi membuat perubahan gaya hidup ini tidak mudah, jadi adakah suplemen dapat membantu disepanjang proses penurunan berat badan?


Kenapa Perlukan Suplemen Jika Nak Kuruskan Badan?


Tujuan Fara ambil suplemen adalah:


1. Untuk tampung nutrisi.


Bila berdiet, kita akan kurangkan makan. Lagi-lagi kalau kita amalkan Intermittent Fasting (IF), masa makan kita agak terbatas. Adakah cukup nutrisi yang kita ambil jika hanya harapkan daripada pemakanan semata-mata? Tak cukup. Jadi suplemen membantu Fara untuk tampung zat yang saya gagal dapatkan daripada pemakanan harian.


2. Elakkan kesan sampingan.


Bila berdiet, akan ada masalah tertentu yang kita akan alami kesan daripada diet itu. Kesan sampingan ini adalah disebabkan kurang nutrisi juga. Kesan kurang nutrisi menyebabkan sel kita pun kurang sihat. Ia akan bagi signal pada kita.


 

Ya! dengan mengamalkan produk sahaja boleh turunkan berat badan. 


KITSUI COCO XS LITE, memberi rasa kenyang yang lebih lama serta bagus untuk mengawal berat badan.. Minuman protein tinggi serat khas untuk membantu penurunan berat badan disamping menjaga kesihatan tubuh. Ia memberi rasa kenyang yang lebih lama serta bagus untuk mengawal berat badan.


So sangat recommended untuk bantu kawal pemakanan. Bancuh 1 sachet dengan air suam, dan minum. Ambil waktu pagi sebagai sarapan dan waktu malam pengganti makan lewat malam.


– Mengandungi serat tinggi.

– Rendah kalori & karbohidrat.

– Membakar lemak berlebihan.

– Meningkatkkan metabolisme anda untuk membakar lebih banyak kalori.

– Menyekat selera makan berlebihan dan mengenyangkan

– Membuang toksin dalam badan.


Produk ini dihasilkan daripada ramuan semulajadi konjac dan coco dengan saiz pembungkusan 15 pek x 15gm. Rasa coco yang sangat sedap di minum. Boleh juga disediakan dengan bancuhan air sejuk atau air suam. Jgn lupa shake shake ye.


Kelebihan Ramuan Semulajadi Yang Ada Dalam Kitsui Coco XS Lite adalah :


KONJAC

Menyekat selera makan berlebihan dan mengenyangkan

Membuang toksin dalam badan.


L-CARNITINE

Membakar lemak berlebihan.

meningkatkkan metabolisme anda untuk membakar lebih banyak kalori.


COCO

Mengandungi serat tinggi.

Rendah kalori & karbohidrat.



Kesan pembakaran lemak dan penyekatan selera makan akan lebih cepat jika digabungkan dengan senaman dan pengawalan makanan dan juga minum air yang mencukupi (2 litre sehari)


Cara Bancuhan KITSUI COCO XS LITE


Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.


Waktu pengambilan yang disarankan adalah sebelum makan tengahari



Kenapa Pilih Kitsui Coco XS Lite?


Sebab, apa-apa produk dalam bentuk dosej farmaseutikal seperti kapsul, tablet, sofgel, cecair(sirap), semburan, titis, sapuan, suntikan, suppository, pessary dan lain-lain lagi perlu berdaftar dengan KKM. Kitsui pun ada Halal, kelulusan GMP, dan paling best senang cari! Ada jual di watson dan guardian. 







Boleh Lihat Testimoni di Bawah :





Maklumat lanjut :-


Website: www.kitsui.com.my

Instagram: @kitsuimalaysia

Facebook: Kitsui My



1 KOmen:

Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup dari RichWorks

3/23/2021 02:54:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Siapa sangka krisis wabak COVID-19 telah membawa “bencana” yang besar kepada ekonomi Malaysia. Cabaran ini amat terkesan bukan sahaja pada ekonomi Malaysia malah peniaga dan individu yang terbabit dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut menghadapi masalah yang sama.


Sebak mendengar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan banyak usahawan terpaksa gulung tikar. Inilah realiti hidup sekarang. Walau apa jua tejadi, selagi ada usaha dan tenaga jangan mengalah. Ayuh bangkit!

RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Terkesan Pandemik

Nama yang cukup dikenali di Malaysia, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) ingin membantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.
 

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata ;

Sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.

Katanya, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.

Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara PERUMA!!

RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.

Sebab itu, mereka akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang.

RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual 

Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai. Inilah perjuangan RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan.

Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.


Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti.

Program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.


Bagi anda yang ada kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.

Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini.

Bagi mereka yang nak mendapatkan keterangan lanjut, boleh layari laman web ;




0 KOmen:

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur

3/08/2021 10:00:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Jika ada sebarang masalah kesihatan atau kecemasan, kebiasaannya setiap individu akan ada hospital kegemaran mereka. Banyak faktor mengapa mereka selesa untuk membuat rawatan di sesebuah hospital itu, sebagai contoh kos perubatan yang mampu milik, keselesaan ward, teknologi perubatan yang digunakan dan banyak lagi. Bagi yang pernah dimasukkan ke hospital, mereka lebih tahu servis atau perkhidmatan yang ada di hospital tersebut. Mahal atau murah, bergantung pada poket masing-masing. Untuk entri kali ini Fara nak share fakta menarik tentang Hospital Pantai Kuala Lumpur.


Serba Sedikit Info Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan semua, Pantai Hospital Group adalah antara hospital yang cukup gah di negara ini. Dilengkapi dengan 331 katil dan sepasukan 200 perunding perubatan yang berkelayakan, pusat perubatan ini terkenal dengan perubatan kanser, jantung, tangan dan pembedahan mikro dan tulang belakang.


Hospital Pantai Kuala Lumpur terletak di Bangsar, kawasan yang sibuk di pinggir Kuala Lumpur dan hampir dengan bandar raya Petaling Jaya.

Hospital ini menyediakan perkhidmatan pakar, diagnostik, dan pengimejan bagi pesakit dalam dan luar negara. Ini termasuklah rawatan barah, hemodialisis, unit persenyawaan in vitro (IVF), dan banyak lagi.

Hospital Pantai Kuala Lumpur memberi sokongan padu terhadap inisiatif kerajaan untuk merangsang pelancongan kesihatan dan telah giat mempromosikan pakej perubatan, perkhidmatan, serta kemudahannya di luar negara. Hospital ini telah menerima pelancong perubatan dari seluruh dunia, dengan kebanyakan daripada mereka datang dari negara-negara Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Pantai Hospital Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).

JOM Lihat 5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur!

1. PENGALAMAN LUAS DALAM BIDANG PERUBATAN

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital tertua di Malaysia. Lebih menarik lagi, sebenarnya hospital ini dilahirkan pada hari yang sama dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tidak hairanlah, Hospital Pantai Kuala lumpur menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur sebagai kemegahan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia.



2. PELOPOR DALAM INDUSTRI

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan hospital swasta pertama yang menubuhkan jabatan rawatan kanser yang kini dikenali sebagai Cancer Centre @PHKL. Hospital Pantai Kuala Lumpur juga merupakan hospital swasta pertama yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi (Baby-Friendly Hospital) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).



3. PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA DENGAN PENDEKATAN MESRA

Hospital Pantai Kuala Lumpur mempunyai 10 Pusat Keunggulan – Kanser, Jantung, Rawatan Penjagaan Payudara, Sendi dan Tulang, Paru-paru, Tangan dan Anggota Atas Badan, Wanita dan Kanak-kanak, Pencernaan, Alergi dan Sistem Imunisasi, dan Diagnostik dan Terapi Nuklear



4. PERKHIDMATAN KECEMASAN 24 JAM

Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Hospital Pantai Kuala Lumpur beroperasi 24 jam dan mampu menangani semua kes trauma tahap 1 dari serangan jantung hingga ke strok. Jangan lupa untuk menyimpan nombor ini di dalam senarai nombor dailan pantas anda– 03-2296 0999!



5. PUSAT PESAKIT ANTARABANGSA

Hospital Pantai Kuala Lumpur juga mempunyai reputasi yang terkemuka di Asia Tenggara sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terulung dengan kepakaran dalam evakuasi perubatan untuk kes trauma, kanser, ortopedik, dan kardiologi. Sekiranya anda mempunyai rakan yang tinggal di luar Malaysia, mereka boleh datang ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi. PHKL merupakan kebanggaan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.



Jangan lupa ikuti Hospital Pantai Kuala Lumpur menerusi Media Sosial :

FB: FB.com/PantaiHospitalKL
IG: @PantaiHospitalKualaLumpur

Laman Sesawang: https://www.pantai.com.my/kuala-lumpur/

Telefon: +603-2296 0888 / Whatsapp: +6016-313 0888

Emel: my.phkl@parkwaypantai.com
















0 KOmen: