MarryBrown Egg-stra Ong Kembali Sempena Tahun Baru Cina

1/30/2022 02:14:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Marryborwn kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan : Hot Touch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan sos Telur Masin yang padu!


Marrybrown kini telah berjaya mengilhamkan citarasa tempatan dengan gabungan resepi kegemaran rakyat Malaysia. Kini Marrybrown telah membuat kejutan kepada peminat Marrybrown dengan perisa yang baharu menggunakan Telur Masin yang sebenar!


Sebagai rangkaian makanan segera tempatan yang Halal terbesar di tanahair, MarryBrown sinonim dengan slogan ' something different ' bermula dari hidangan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal!


Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!


Menu Baru Berasaskan Telur Masin di Marrybrown

Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam. Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan citarasa tempatan. Menu ini boleh didapati pada harga dari RM15.00.


> Salted Egg Ayam


Ayam disaluti dengan sos salted egg sangat pekat dan creamy. Terasa telur asinnya. Rasa telur masinnya tak kuat sangat. Just nice. Boleh terima tekak. Sos salted egg dimasak bersama daun kari meningkatkan lagi aroma Salted Egg.


> Salted Egg Burger


Daging ayam yang digoreng rangup di bahagian luarnya, disaluti sos Salted Egg dan serbuk cili membuatkan Salted Egg Burger terasa kepedasannya. Pedas bercampur dengan rasa telur asin, macam mana rasa dia agaknya? Yang suka makan pedas patut cuba rasa Salted Egg Burger ni!


Harga menu Egg-Stra Ong MarryBrown


Sajian Egg-stra Ong ini dilengkapi dengan rasa manis, masin dan pedas yang menghasilkan kelazatan ‘umami’ pada setiap suapan. Penggemar boleh memilih sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong, dari harga RM17.90 dan RM22.90. Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange.



Sementara itu, Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM14.90. Untuk menambah kelazatan, penggemar boleh menambah sos telur masin tambahan pada hidangan mereka dari harga RM2.50.



Bagi korang yang ingin menikmati kombinasi rasa burger dan ayam, bolehlah memilih Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM25.80.





Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli dari harga RM80.00. Menariknya, set ini cukup berbaloi untuk dijadikan hidangan perkongsian di musim perayaan.







“Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,” kata Dato' Joshua Liew.




Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari :

Facebook : MarrybrownMalaysia
Instagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTV
Twitter : @MarrybrownMY
Marrybrown website: www.marrybrown.com
Delivery : http://mbdelivery.com.my

0 KOmen: