HADA LABO TANAM 1,000 POKOK DENGAN SUMBANGAN RM60,000

11/24/2022 11:06:00 PG Fara Lumière 0 Comments

HADA LABO TANAM 1,000 POKOK DENGAN SUMBANGAN RM60,000 | Penanaman 1,000 Pokok Hutan di Hutan Simpan Sungai Besi Tambahan bagi Menyediakan Tempat Perlindungan dan Makanan untuk Hidupan Liar



KUALA LUMPUR, 11 November 2022 - Pengumpulan dana bagi kempen ‘We Care For Nature 2022’ Hada Labo dengan kerjasama Watsons Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mencapai kejayaan dengan memperolehi RM60,000 daripada RM1 hasil jualan setiap botol Hada Labo Hydrating Lotion yang dijual pada bulan Oktober di Watsons seluruh negara.

Dengan dana yang diperoleh, Hada Labo akan menyumbang kepada penanaman 1,000 pokok hutan di tanah seluas dua hektar di Hutan Simpan Sungai Besi Tambahan. Selain daripada memastikan persekitaran yang mampan, penanaman pokok hutan juga akan menawarkan perlindungan dan makanan untuk hidupan liar.

I.S Shanmugaraj, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berkata, negara kita telah bergerak ke hadapan dengan pembangunan dan pembinaan pesat yang mengakibatkan persekitara hijau kurang di kawasan bandar. Oleh itu, "We Care For Nature Hada Labo adalah penting untuk meremajakan bandar dengan menambah seribu lagi pokok dan membantu menjana zon hijau terkini.



“Memandangkan kita menghadapi isu perubahan iklim, tidak ragu-ragu lagi bahawa penanaman pokok bukan sahaja membantu menyediakan tempat perlindungan dan mewujudkan rumah baharu untuk hidupan liar bandar seperti burung, tupai dan spesies mamalia kecil tetapi ia juga merupakan kaedah terbaik untuk melawan perubahan iklim. Lebih-lebih lagi, apabila pokok membesar, sistem akar juga akan membantu dalam memegang partikel tanah dan mewujudkan kubu kuat bagi mengurangkan risiko dalam bentuk hakisan atau tanah runtuh daripada berlaku di kawasan sekitar. Ini adalah harapan kami inisiatif serampang dua mata bukan sahaja membantu mengurangkan kesan perubahan iklim tetapi menghalang tanah runtuh pada masa hadapan juga,” tambah Shanmugaraj.


Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen berkata, Hada Labo berharap untuk menanam lebih banyak pokok pada tahun akan datang dalam memastikan persekitaran yang mampan untuk masa depan generasi kita.

(From left) Watsons Malaysia representative, I.S Shanmugaraj, Executive Director of Malaysian Nature Society (MNS) and Lim Mei Yuen, General Manager of Rohto Mentholatum (M) Sdn Bhd at the headquarters of Malaysian Nature Society.




“Fokus kami sekarang adalah untuk menanam lebih banyak pokok di Lembah Klang seperti yang kami lihat berlaku pembangunan secara besar-besaran di sini. Kami akan mempertimbangkan untuk perluaskan ke kawasan yang berdekatan dengan usaha penanaman pokok kami pada masa akan datang,” katanya.


“Kami percaya persekitaran yang bersih dan hijau membawa kepada kesihatan yang baik. Usaha penghijauan Hada Labo tidak terhad kepada hanya menanam pokok tetapi juga dalam menganjurkan persekitaran yang bersih melalui panggilan untuk kitar semula. Pelanggan Hada Labo boleh membawa masuk mana-mana botol kosong penjagaan kulit bersaiz penuh tukar dengan losennya,” tambah Lim.


Lim juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sambutan hangat orang ramai yang memberi sumbangan kepada tanam 1,000 pokok hutan melalui kempen ‘We Care For Nature’ Hada Labo.

Untuk maklumat lanjut tentang Hada Labo, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti Laman

Facebook: MyHadaLabo.


0 KOmen:

PRU15: Tiada parti politik peroleh majoriti- SPR

11/20/2022 09:09:00 PG Fara Lumière 0 Comments

PUTRAJAYA- Tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sehingga jam 4.30 pagi Ahad, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 76 kerusi Parlimen di seluruh negara.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media mengenai keputusan PRU15 di ibu pejabat SPR. - Foto Bernama.



"Perikatan Nasional (PN) memperoleh 51 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Pas (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), DAP (lima) dan Warisan (tiga)," katanya.

Menurut beliau, Muda dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi Parlimen manakala Bebas dua.


"Berdasarkan pilihan ini, tiada mana-mana parti memperolehi majoriti 50 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan PRU15 secara berkala, di Menara SPR.

Jelas Abdul Ghani, terdapat tiga pilihan raya tidak dapat diumumkan iaitu Padang Serai kerana kematian calon dan masalah cuaca di Baram, Sarawak serta Kota Marudu.

"Peratusan bagi pengundian kerusi Parlimen adalah 73.89 peratus tanpa mengambil kira tiga kerusi yang tidak diumumkan," katanya.


Beliau berkata, situasi sama berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dan Perak yang tidak mempunyai majoriti.




"Di Pahang terdapat 41 kerusi DUN yang mana PN memenangi 17 daripadanya, diikuti BN (16) dan lapan kerusi oleh PH," katanya.

Abdul Ghani berkata, satu bahagian DUN tidak dapat dipertandingkan iaitu Tioman berikutan kematian calon yang bertanding.

"Peratusan pengundian di DUN Pahang adalah 70.48 peratus," katanya.

Sementara itu, bagi DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi, PN mendahului dengan 26 kerusi disusuli PH (24) dan BN (sembilan).

"Peratusan pengundian di Perak adalah sebanyak 66.71," katanya.

Dengan pengumuman itu, Perlis secara rasmi menjadi satu-satunya negeri yang mempunyai majoriti untuk PN membentuk sebuah kerajaan.

PN menoktahkan penguasaan BN di Perlis dengan menang bergaya apabila memperoleh 14 daripada 15 kerusi DUN.

0 KOmen:

Resepi Donut Red Velvet Viral by Eira Azira

11/04/2022 04:33:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Bila cuba resepi Donut Red Velvet by Eira Azira confirm jadi. Jom buat!


BAHAN A


3 SUDU BESAR YIS
3 SUDU BESAR GULA
AIR SUAM ( AIR X BLH TERLALU PANAS & TERLALU SEJUK..NANTI YIS MATI..X KEMBANG


SATUKAN BAHAN DI ATAS...KACAU SEBATI SMPAI BERBUIH & TGU SMPAI YIS KEMBANG


BAHAN B


1KG TEPUNG GANDUM
3 SUDU BESAR MARJERIN
3 SUDU SUSU PEKAT
2 SUDU RED VELVET EMULCO ( SAYA BANCUH DGN AIR SEDIKIT )
SECUBIT GARAM


GAULKAN BAHAN² SMPAI SEBATI...LPS TUHH MSKKN BHN A TD...ULI SAMPAI LICIN & X MELEKAT KT TANGAN...

REHATKN DOH DALAM BEKAS YG TRTUTUP SEHINGGA DOH KEMBANG.


LEPAS DOH DH KEMBANG..TUMBUK² DOH UNTUK KELUARKAN ANGIN DAN BOLEH BENTUKKAN DONUT TD..

GORENG DENGAN MINYAK PANAS .. API SEDERHANA KECIL..


SIAP GORENG BOLEH SALUTKAN DENGAN GULA @ COKLAT...IKT CITARASA MASING² 😊😊😊

SENANG KAN...SELAMAT MENCUBA 😍😍😍

Kredit : eira azira


0 KOmen:

Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra MAMAWAY

11/02/2022 11:34:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Menanti lahirnya cahaya mata menjadi momen berharga bagi setiap pasangan. Setelah mengharungi fasa persalinan, fasa selanjutnya yang akan mommies lalui adalah menyusu. Bagi mommies yang menyusu, menggunakan bra biasa mungkin sudah akan terasa tidak selesa. Hal ini kerana saat sedang menyusu, payudara biasanya akan menjadi lebih besar dari biasanya.


Oleh kerana itu, mommies memerlukan nursing bra yang dikhususkan untuk ibu menyusu. Nursing bra atau bra menyusu yang direka khas sangat membantu menyediakan sokongan tambahan kepada mommies yang menyusu dan membenarkan penyusuan yang selesa. Bagaimana pula caranya untuk memilih nursing bra yang terbaik? Sebenarnya, ia bergantung kepada keselesaan dan pilihan seseorang individu tersebut. Jadi kali ini, Fara nak kongsikan kepada mommies semua nursing bra yang Fara guna iaitu Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra dari MAMAWAY

Kelebihan Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra

Fabrik yang memeri (high stretchable)

Fabrik utamanya adalah 93% Nylon dan 7% Spandex bila pakai tidak mudah berpeluh dan tidak panas. Sangat selesa digunakan sepanjang hari. Tidak kiralah semasa mengandung, berpantang dan juga menyusu. Masa mengandung suhu badan kita jadi mudah berpeluh dan panas camtu kan? Pemilihan bra yang salah akan buat kita rasa rimas. Material yang digunakan untuk bra ini tidak memerangkap bau dan pengudaraannya juga bagus. Jadi, kuranglah rasa mengewap/berpeluh.

Memberi sokongan kepada payudara

Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra memberi extra sokongan bagi memastikan lemak dibadan dilindungi dan upper body nampak lebih cantik dan kemas. Ianya menyokong penuh saiz payudara untuk mengelakkan payudara dari kendur dan menampung elok payudara semasa mengandung. 

Padding bra tidak beralih


Banyak jenis bra di pasaran yang mudah tercabut padding terutamanya bila dicuci menggunakan mesin basuh. Padding Mamaway seamless bra kukuh betul tau, ianya dijahit rapi dan tetap kekal ditempatnya walaupun dengan cucian mesin basuh.

Lift and gather
Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra sangat menyokong supaya si pemakai kelihatan kemas dan lifting payudara dengan lebih baik. Panel yang lebih tinggi di tepi bra mampu menyokong lebihan lemak. Tidak la nampak macam menggelebeh ja kan. Eh sukanya.

Klip bra yang berkualiti


Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra direka khas supaya membantu si pemakai menyusu dengan baik. Klip menyusu boleh ditanggal dengan menggunakan satu tangan dan amat memudahkan penyusuan ibu.

Cangkuk yang boleh dilaras


Mamaway Perfect Seamless Nursing Bra dilengkapi dengan empat cakuk atau hook mengikut keselesaan para ibu. Mamaway bra mempunyai rekaan mudahkan penyusuan iaitu terdapat klip yang mudah dibuka dan dipasang semula. Terdapat 4 baris cangkuk yang boleh dilaras dengan ukur lilit badan. Rekaan ballet pada bahagian belakang pula dapat memberikan sokongan yang stabil. Dah tak perlukan bra extender lagi.

Jenis kain yang premium dan selesa


Bagi pemilihan jenis kain, pilih nursing bra yang diperbuat daripada kain kapas atau kain yang lembut. Sekiranya mommies merupakan ibu dengan gaya hidup yang aktif, pastikan juga kain yang dipilih mudah menyerap peluh bagi membantu kekal selesa.

Selain itu, pastikan kain yang dipilih merupakan material jenis elastik. Ia akan membantu memberi sokongan terutamanya jika berlaku perubahan pada saiz payudara.


4 pilihan warna yang menarik

Bagi mereka yang gemarkan gaya ringkas dan klasik, tetapi kekal selesa, pastinya bra ini mampu menambat hati mommies. Dengan 4 pilihan warna yang menarik, ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai nursing bra dalam kehidupan seharian.


Available in 4 colours: Dusty Pink/Black/ Nude/ Dusty Purple
Size: S, M, L, XL, 2XL

Maklumat Lanjut Mengenai Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra MAMAWAY boleh lihat di :

Official Website: https://my.mamaway.com/

Instant Dry Disposable Nursing Pads

Pernah nampak tak kotak atau dalam plastik tertulis 'NURSING PAD' ataupun 'BREAST PAD'? Apa kegunaannya? Perlu ke ada?

Nursing/breast pad adalah salah satu aksesori untuk ibu menyusu. Fungsinya adalah untuk mengelakkan baju mommies basah dan menyerap lelehan air susu yang keluar tanpa baby. Jika mommies berada dirumah, itu bukan masalah kerana boleh terus susukan bayi, tetapi tidak bagi mommies yang bekerja atau tanpa baby di sisi. Nursing pad dipakai di dalam bra dan menutupi bahagian puting, areola dan sekitarnya.

Ada dua jenis nursing pad iaitu sekali pakai (disposable) dan boleh dibasuh pakai berulang kali (washable). Saiz dan jenis material juga berbeza. Mommies boleh memilih mengikut keselesaan ibu.


Fara lebih memilih jenis pakai buang. Tahu tak kenapa ibu menyusu perlu memakai nursing pads? sebab dengan adanya pad ini, kebersihan di sekeliling puting terjaga. Jangkitan kuman juga dapat dielakkan kerana kawasan payu dara kering, maka kuman tidak dapat tumbuh dan membiak.

Istimewanya Instant Dry Disposable Nursing Pads dari Mamaway ini ianya lebih tipis berbanding brand lain di pasaran. Walaupun tipis 0.1cm, ianya mampu menyerap dengan baik sekali dan yang paling penting materialnya cepat kering. 


Untuk maklumat lanjut sebelum membeli pad menyusu ini, bolehlah layari

Official Website: https://my.mamaway.com/

Nak jimat berbelanja? jangan lupa guna promo code "MAMABLOG-FARAH" to enjoy RM15 off for purchase over RM150.



0 KOmen:

Bengkung bersalin yang best dan terbaik | Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

11/02/2022 11:32:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Sekarang ni rasanya musim ramai orang bersalin. Jadi memang kena sangat, dan sesuai sangat untuk Fara kongsi sikit pasal amalan berbengkung selepas bersalin. Kita orang Melayu memang dah menjadi adat dan kebiasaan untuk bertungku, berbengkung sepanjang tempoh berpantang. 


Kenapa pentingnya amalan berbengkung ni? Sebenarnya perut ibu mengandung selepas bersalin, ibarat macam belon yang asalnya tegang, kini jadi lembik dan menggeleber. Perut yang sudah membesar juga perlu dikecilkan dan dikempiskan balik.

Selepas melahirkan baby ke-3, memang Fara nekad nak dapatkan balik bentuk badan yang langsing. Selain jaga pemakanan dan melakukan senaman, Fara juga suka memakai bengkung kerana fungsi utama memakai bengkung selepas bersalin adalah untuk membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim.

Selain itu, apabila memakai bengkung postur tubuh jadi lebih baik dan menguatkan tulang belakang. Tambahan lagi, ia menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah yang disebabkan regangan ketika mengandung. Masa anak pertama, Fara memakai bengkung jawa yang panjang sampai ke peha tu. Bila diingatkan balik memang seksa nak pakai atau buka. Pergerakan juga sedikit terbatas. Anak kedua dan ketiga baru start pakai bengkung jenis modern (Mamaway)


Ada beberapa perkara yang Fara suka tentang Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band ni antaranya :

1. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin

Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin. Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang dan kelihatan menggeleber.

2. Tali pinggang boleh laras


Mudah untuk di pakai terutamanya ketika berpantang sendirian. Strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan.
 
3. Mempunyai Fiber Infrared



Fiber Infrared ni untuk membantu meningkatkan alirah darah kita, sangat penting supaya tiada masalah darah beku dan sebagainya.

4.  Mesh Design



Memandangkan bengkung perlu dipakai sepanjang siang hari, memilih material yang selesa sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kegatalan dan melecet pada kulit. Jadi, pilihan material yang lembut seperti bengkung Mamaway ini dapat memberi keselesaan maksimum di bahagian pinggang dan perut pemakai supaya dapat melakukan urusan harian tanpa gangguan. Selain itu, Material bengkung Mamaway Nano Bamboo ni diperbuat dari nano bamboo 3d black velvet yang berfungsi sebagai antibakteria dan odour resistant

5. Sesuai untuk bersalin Czer dan normal



Rekaan bengkung ini yang tiada tekanan pada bahagian pembedahan di perut terutama buat ibu bersalin Czer. Jadi tidak akan mengganggu proses pemulihan luka. Bagi mommies mengandung yang menjalani pembedahan Czer, penggunaan bengkung dari Mamaway dapat mengurangkan tekanan pada luka dalam proses penyembuhannya kerana ianya memang support bahagian bawah perut dengan baik sekali.

6. Sesuai digunakan untuk jangka masa lama

Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.

7. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik


Kelebihan pemakaian bengkung selepas bersalin juga adalah untuk menyokong tulang belakang terutamanya kepada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang. Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

8. Membantu mengempiskan perut dengan lebih cepat

Pakai bengkung ni bukan sahaja dapat mengelakkan masalah angin dalam badan malah ia akan dapat bantu untuk kempiskan perut dengan lebih cepat. Dengan pemakaian yang konsisten ia akan dapat mengembalikan bentuk badan dengan cepat.

Jenama bengkung yang diyakini dan berkualiti

Tak perlu nak lilit or nak ikat-ikat. Hanya adjust ikut keselesaan dan lekatkan ajer. So easy. Jenama Mamaway telah lama berada di pasaran dan ramai telah memberi feedback positif tentang produknya jadi tidak hairanlah jika ramai memilih Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band sebagai bengkung ketika berpantang nanti sebab boleh dipakai untuk bersalin normal mahupun cezer. Jimat bukan?

Cara Pakai Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band Yang Betul :


Maklumat Lanjut Mengenai Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band :



Nak jimat berbelanja? jangan lupa guna promo code "MAMABLOG-FARAH" to enjoy RM15 off for purchase over RM150.

Official Website: https://my.mamaway.com/

0 KOmen: