Tapak Iklan utk Di Sewa

Assalamualaikum....



Image result for for rent sign

Ade perniagaan atau produk tapi tak tahu nak promote dimana? Kurang mendapat sambutan sebab kurang mendapat review dari customer? Mencari-cari tempat untuk promote iklan anda?

Meh sini fara sedia membantu... Xkisah awak nak promote iklan insurans,  Tamar Cocoa, Kereta Sewa, Baju Nursing, Produk kecantikan, Homestay dan banyak lagi semua boleh dipromotkan.

Seperti yang anda lihat di sebelah  kiri blog ini ade iklan "tapak utk disewa" besar itulah iklan yang akan ditayangkan... Harga Rm10 sebulan dan minimum untuk menyewa sekurangnya 3 bulan.

Sebarang pertanyaan untuk menyewa tapak iklan boleh direct 

WhatsApp fara :  013 386 1404





Beli Tamar Cocoa Murah DI Selangor

Assalamualaikum...

Tamar Cocoa produk minuman yang sangat terlaris kerana rasanya yang lebih memukau daripada Milo... Fara sendiri mengamalkan Tamar Cocoa.. Fuuhhh !! memang terbaik rasanya... Milo pon x sesedap Tamar Cocoa cube bayangkan sedapnye tu... Haaa... xterbayang bukan? :D


inilah dia Tamar Cocoa yang fara maksudkan tadi... Koko pracampur dengan kurma berat 900g...



Selain minuman yang MasyaAllah sedap, tamar cocoa juga mempunyai khasiat seperti masalah anemia, cegah pembekuan darah, menurunkan tekanan darah tinggi, bantu proses pembesaran kanak-kanak, merangsang minda, anti oksida, anti penuaan, dan anti keradang.... (Tengok gambar kalau malas baca..ngee ) 


Khasiatnya juga sesuai untuk ibu yang sedang Hamil atau menyusukan bayi kerana ia boleh dijadikan sebagai "Milk booster"... Alhamdulillah susu fara meriah sangat sejak amalkan Cocoa Tamar ni... :D

Selain Cocoa Tamar banyak lagi produk keluaran Al-Haddad Marketing.. Contoh boleh lihat pada gambar di atas...

Harga Tamar Cocoa

Rm19.10 ahli
Rm22.30 bukan ahli

COD area Klang, Shah Alam, Meru, Kapar. Sebarang pertanyaan boleh je whatsapp Pn Suhana untuk Order dan lebih details.



Cara Order :

HP : 011 2851 2176 ( Puan Suhana )




makanan pertama Aimi (6Month)

Assalamualaikum..
Diumumkan Noor aimi damia sudah 6 bulan dan boleh start makan... Yippie!! :D sooo excited maa..tiap kali waktu makan aimi aq la paling excited nk suapkan.. Haha
Ha! Perlu diingatkan sebelum bg aimi makan fara byk jgk buat research ttg jenis2 pemakanan yg sesuai, jadual pemakanan, etc laa... Budak baru nak start makan so fara xberani nak bagi sebarangan.. Pape jadi kat anak kite jugak susah... X gitu?



Gambar amik kt mr google.



Antara contoh2 pemakanan yang sesuai untuk baby 6 bulan.. 




Untuk aimi fara bagi buah betik. Hancurkan betul2 betik tu smpai jadi macam jus. 


4 hari fara akan bagi aimi makan bende yg sama untuk tgk aimi ade alergik dekat makanan tu atau tidak. 4 hari berikutnya try pulak puri lain. Sambil aimi tengok tb time tu la fara suapkan... Suami tlg pegangkan.. Hehe.. Tiap kali aimi try telan makanan pejam2 mata die merase bende baru.. So funny anak mommy nie..






Xsah kalau x tomot.. Muka xde perasaan langsung syok sgt tgk tb sambil makan...



Yg ni bile aimi nak makan lagi die akan muncung2... Budak banyak perangai macam ni la.. Next time nak tggu aimi blaja makan sendri pulak.. Coming soon je.. Hehehe














Pengalaman bersalin di hospital Sungai buloh

Assalamualaikum...

Sementara  masih fresh dalam ingatan fara ingin kongsikan pengalaman fara sendiri bersalin secara normal.





Due date aimi 8/4/14 tp fara ter overdue 10/4/14 terlewat 2 hari sebab aimi syok sgt tido kt perot.. Hehe...

Tarikh 8/4/2014

Siang harinya fara dah mula rase perot agak lain dari biase. Baby kurang aktif dan fara rasa letih yang teramat. Lepas maghrib fara saja dok bergurau dengan suami kata "kot2 baby kita ni overdue kot". (Gurauan yang menjadi kenyataan)

Lepas isyak tiba-tiba perot rase sakit yang teramat dan lebih sakit dari period pain. Pada mulanya sakit 15 minit sekali dalam masa 2 jam , lepastu rase sakit 5 minit sekali pula. Minta pendapat ipar dieorang kata tu tanda nak bersalin dan boleh siap sedia untuk ke hospital. Kelengkapan baby dan diri sendiri dah lama tersedia tinggal bawak je ke hospital. 

Tarikh 9/4/2014

Tengah malam mintak tolong ipar drivekan ke hospital sebab fara nak suami temankan fara kat sebelah. Sampai je di hospital, Dktr dtg check tp malangnye pembukaan masih xbukak... Fara still kne tahan wad lg kot2 lps bpe jam baru pembukaan bukak.. Tgu punye tggu smpai subuh pembukaan masih xbukak... Perot mengeras sakit xhenti2... Dktr kate blom mase lg nk bersalin kena balik dulu...ok kne balik... Frust gile! 

Smpai rumah perot ttp sakit yg amat.. Mengeras 5 minit sekali smpai xblh tdo lgsg... Pusing kanan xkena pusing kiri pon xblh tido jgk.. Seksanye Allah je taw.. Huhu.. dalam hati berdoa sgt2 biar bby sihat jgn ade mslh.. Bercelaru gile otak dok pikir knpe perot mengeras tp xde pembukaan..

Tgh hari tu ipar ajak g ihktiar urut bidan kg sebb mmg dah xthn sakit dah seharian... Mintak tlg ipar bwkkn jmpe bidan... Mase bidan urut die cakap baby main2 dlm perot... Kjp bby engage kjp x... Masa Bidan betolkn kedudukan baby terus fara rase ni kompem bersalin sat g... Baru dapat rase bby dh btol2 kt bawah rahim..bidan pon ckp ni baru btol bby nk kua.. Yippie!! Xsbr...

G check kk utk kompem kn berapa cm pembukaan alhamdulillah dah 2cm... Perot lpr pulak g singgah kedai makan dgn pakai kain batik+cardigen... Selekeh gle ok aq time tu.. Hati otak dah xpikir ape dah taw nk bersalin cpt je.. Hahaha

Ptg dalam kol 5 smpai hsptl msuk wad balik.. Mlm tu bru Dktr check bgtaw la bru ade pembukaan... Still kne tggu smpai 8cm baru blh masuk labour room.. Fara masa kt wad byk berjalan... 

10/4/2014

Hari dah lewat malam,keadaan fara lemah mampu terbaring kat katil je untuk simpan tenaga nak meneran baby nanti. Malangnya, Fara still xblh rehat sebab perot dok memulas smpai fara muntah2... Penuh beg plastik... Muntah hijau pulak tu...  Bdn dah longlai zero tenaga.. Panggil nurse suruh check pembukaan baru 3cm? Dr tgh hari smpai tgh mlm baru 3cm? 

Muntah still muntah... Perot mengeras xhenti bile dgr pembukaan 1cm je beza time tu fikiran mula mengacau... Betol2 rase nyawa hujung tanduk... Tawakal je pd Allah diberi peluang dpt lahirkn bby atau x..

Tibe2 dgr bunyi hp suami mesej beri semangat dan dorongan terus fara cpt2 think positive... Suami pesan suruh kuat, byk2 berdoa, terus fara bangkit... Suami mcm taw2 je fara tgh serabut time tu... Thats why i love u hubby... Hehe

Menjelang ke subuh sakit lebih perit betul-betul terase tulang badan macam nk berkecai sakitnya dengan darah dah mula menitis kat baju fara hanya mampu berzikir dan mengucap panjang menahan sakit.. Bergolek golek atas katil untuk mencari keselesaan diri. Suruh nurse check pembukaan dah besar cikit 6cm... Alhamdulillah ade jgk perkembangan... 

Fara xtido 2 hari dok tahan sakit contraction.. Pukul 7 pg  mcmtu fara dah mula rasa nk pitam terus pggl nurse.. Nak turun katil smpai hmpir nak tersadung nasib baik ade nurse masuk terus berlari dptkn fara... Check pembukaan dah 9cm terus masuk labour room.. Time ni fara dah longlai dgn xcukup tido,muntah,perot mengeras... 

Dah masuk labour room baru dapat jumpe suami... Fikiran terus fokus cara nak teran bby.. Fara dok kt labour room sejam lbh je.. Teran punye teran lahirlah bby aimi yg overdue ni... Hilang segala rase sakit, penat, lapar lps aimi dilahirkan... 

Bersalin nak teran tu xsakit pon.. Macam sakit sembelit nak membuang... Yg sakitnye contraction... Tiap org contraction lain2... Tersangat nikmat bile dapat melahirkan zuriat...




Waahhh!! Panjang jugak cerita aq ni.. Ni lah akibat bile segala rase dipendam lame.. Letih tgn dok menaip kebas2 dah ni.. Haha..

Bagi fara, pengalaman yg paling berharga pd diri seorang wanita bukan pergi camping, bukan bercuti 3 hari 2 malam kt australia, dan bukan ade kereta ferreri 2 bijik tapi, melahirkan zuriat yang amat berharga dr suami yg tercinta...

Strt kawin smpai skg fara xkan lupe jasa baik ipar2 yg byk bntu fara sekeluarga... really2 love them soo muchhh!! :')  Bile fara terlupa, ketuk je kepala ni  k... :D





Kedai Jahit Termurah di Selangor

Assalamualaikum....


Mencari tempahan baju pengantin, jubah, baju kurung, baju melayu,segala jenis tempahan mengikut citarasa anda? Meh pakat ramai-ramai tempah di kedai jahit Safraa. Jangan lepaskan peluang terutamanya orang Klang, Meru, Kapar, Shah Alam untuk mendapatkan tempahan baju untuk hari bersejarah anda.


FB Owner  : MASTURA ABDULLAH


Jom jenguk2 harga upah jahitan baju di Safraa' Tailor 


UPAH JAHITAN

KURUNG DEWASA : RM35 ( Leher jahit mesin )

KURUNG PAHANG/PESAK GANTUNG DEWASA  : RM35 
KANAK-KANAK Bawah 6thn : RM15-RM20 

KANAK-KANAK Umur 6thn-12thn : RM20 
KURUNG MODEN DEWASA: RM50 ++( Bergantung kepada Fesyen)

KURUNG PEPLUM + KAIN FESYEN KEMBANG PAYUNG BIASA : RM55 @ MERMAID CIRCLE CUT : RM65 

JUBAH BIASA : RM35 ++(Bergantung pada fesyen) 
JUBAH PANEL/PRINCESS CUT /DRESS LABUH : RM50++( bergantung kepada fesyen ) 

BLAUS : RM30++(Bergantung pada fesyen) 

KEBAYA :RM50 

BAJU KURUNG MELAYU JOHOR: Dewasa RM65 

BAJU MELAYU TRADISIONAL : Dewasa RM80 

BAJU MELAYU MODEN : RM80 

KEMEJA LENGAN PENDEK : RM40 
KANAK-KANAK: 6 tahun ke bawah RM35 Umur 13thn-17thn : RM 65-RM75

DRESS KANAK2 BAWAH umur 7tahun : RM25++ (Bergantung pada fesyen ) 

DRESS LABUH KANAK2 :RM30 

BAJU PENGANTIN : RM300++(Bergantung pada fesyen) 


Harga Tambahan

-Nursing RM15++( Bergantung pada fesyen) - Pasang Lengan Bergetah RM5.00 - Kaf RM 5.00 - RM8.00 -Tulang Belut RM10.00 - Mata Lalat RM7.00
*Remark : Material yang susah untuk dpotong dan dijahit seperti sutera dan lain2 akan di caj lebih (Mengikut fesyen)

Alamat
Jom kunjungi kami di ALAMAT :

no 8-2, jalan klang sentral 11/ku5
klang central
41050 klang selangor

SAFRAA' TAILOR juga menawarkan perkhidmatan mengambil ukuran pelanggan dirumah atau dpejabat mengikut masa pelanggan...bagi yg tidak sempat untuk ke kedai jahit jangan risau Safraa' Tailor dapat menbantu anda...

Lokasi Sekitar : shah alam, puncak alam , klang, meru, kuala selangor Putrajaya, Damansara dan lain2 lokasi akan dpertimbangkan untuk penghantaran atau COD. 


Perlu diingatkan harga diatas hanya harga ketika promosi sahaja. Sebarang harga jahitan bolehlah bertanya pada owner tersebut. 

PERHATIAN!!

Bagi yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan harga baju sila hubungi :


Tel : 012 7713753 ( Mastura Abdullah)
Tel : 011 14215554 ( Mila Ramli)

Tips Berpantang "Part 2"

Assalamualaikum...

Sambungan daripada Part 1. Kali ni Tips Berpantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.

Pantang 44 Hari :-Pantang keluar rumah
Pantang 100 Hari :-Pantang suami
-Pantang mandi air sejuk
-Pantang Ber aircond
-Pantang angkat benda berat (Selain anak newborn)
-Pantang kena hujan
Pantang 6 Bulan :
-Pantang makan selagi baby yang fully BF xstart solid food.
-Pantang excercise yang hardcore
Pantang Setahun :
-Minuman berais
-Pantang Laksa & Pulut


Kenapa Perlu Berpantang? Ini Jawapannya :

Berpantang secara alami tidak akan memudaratkan jika tidak diamalkan secara keterlaluan. Hakikatnya tempoh berpantang itu sendiri adalah proses pemulihan dan emosi ibu. Seelok-eloknya amalan ini haruslah tidak bertentangan dengan kaedah rawatan moden. Kebiasaannya tempoh bersalin adalah selama 44 hari. Namun ada pihak yang melanjutkan tempoh berpantang sehingga 100 hari untuk tidak bersama suami demi kebaikan jangka panjang.

Selain itu, amalan berpantang ini adalah untuk memastikan badan si ibu benar-benar pulih dan sihat, memerhatikan kitaran haid yang betul bagi perancangan keluarga. Manakala rawatan badan luar dan dalam serta pemakanan perlu dikawal dengan ketat sehingga tamat tempoh berpantang.

Proses rawatan semasa pantang adalah wajib dilakukan oleh setiap wanita yang baru melahirkan bayi. Ini kerana rawatan ini perlu dilakukan ekoran kebanyakan wanita mengalami pelbagai komplikasi semasa proses kelahiran bayi mereka termasuk menggunakan banyak tenaga terutama semasa menahan kesakitan, dan ketika meneran bayi keluar, urat saraf menjadi tegang dan kadang kala terasa kejang. Malah ada juga diantara ibu yang mengalami kekurangan darah kerana banyak kehilangan darah semasa bersalin.

Rawatan berpantang ini perlu dilakukan secara konsisten supaya ia dapat mengembalikan bentuk tubuh badan terutamanya amalan pemakanan harian, ibu perlu memakan makanan yang berkhasiat dan meminum air sekurang-kurang sebanyak 3 liter sehari. Semasa proses penyembuhan ini pemakanan menjadi aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Pengambilan suplemen juga dapat membantu ibu untuk menambah kekurangan nutrisi di dalam badan.

Selain itu, ibu-ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup untuk mengelakkan rasa pening. Bagi ibu-ibu yang pertama kali merasai pengalaman ini, mereka akan menghadapi 'baby blues' dimana waktu tidur mereka diganggu pada waktu malam kerana bayi menyusu dan meragam.

Maka dengan itu apabila bayi tidur si ibu perlu mencari ruang untuk melelapkan mata seketika. Ada kemungkinan rasa tertekan dengan suasana baru akan muncul, ibu-ibu dinasihatkan untuk mengawal perasaan dan memastikan mendapat rehat yang cukup.

Pemakaian stokin dan baju panas juga sangat penting untuk mengelakkan angin masuk ke dalam tubuh dan bentan. Menurut orang-orang tua, sekiranya tidak memakai stokin dikhuatiri akan tersepak benda-benda keras sekaligus mengakibatkan tumpah darah.

Amalan berurut, bertungku, bertangas, berbengkung, mandi herba, pilis dan lain-lain adalah perlu untuk mempercepatkan pemulihan badan termasuk melancarkan perjalanan darah, mengecutkan peranakan, mengembalikan kesegaran badan, mengelak urat saraf dimasuki angin dan lain-lain.



Kesan Buruk Tidak Berpantang 

 

Apakah Akibat & Kesan :
Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.

Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
- kerap kencing
- sakit ketika nak kencing
- kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan
Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan





Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.

Segala tips yang fara kongsi disini adalah untuk pengetahuan fara dan jika ianya memberi manfaat kepada mommies diluar, Alhamdulillah.