Keindahan Taman Saujana Putrajaya (PART |)

Assalamualaikum...

Dah bertahun duduk di Shah alam baru tahu ade tempat yang secantik macam ni. Itu pun kawan photographer abang Azam Abdullah yang bagitahu fara. Selalu dengar putrajaya ni banyak tempat menarik tapi masa untuk berkunjung sangat terhad. Datang ke sini pon kalau ada urusan kerja sambil tu baru sempat terjah kawasan yang menarik. 

Dipendekkan cerita, kawan photographer fara ade upload gambar mereka family datang celebrate disini. Dari situ fara dah tertarik dan terus bagitahu suami nak datang tengok dan merasa sendiri keadaan tempat Taman Saujana Hijau. Fuhh!! Hajat terus tercapai walaupon sekejap je dapat berjalan memang cukup puas hati. Kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau, pokok, bunga dan dekorasi taman yang sangat memukau. Tidak mustahillah ramai yang sudah kesini dan ada yang buat photoshoot wedding, family, maternity dan etc. 

Cuaca panas bukan penghalang fara nak berseronok asalkan dapat menikmati keindahan alam semulajadi. Sooo excited masa sampai je sini terus nak jelajah semua tempat tapi dapat berjalan separuh sahaja. Masih banyak tempat yang fara belom jejak disebabkan beberapa faktor yang fara tak prepare sebelum datang kesini seperti air, bekalan susu aimi, dan kasut! 

"Berjalan selagi terdaya, makanlah selagi berselera, capailah segala yang diinginkan selagi mampu! "Yup!! itu je yang fara suka amalkan dalam hidup. Lets enjoy the view guys! 
























InshaAllah nantikan sambungan keindahan Taman Saujana Hijau Putrajaya PART || ye. 

Bagi mereka yang ingin berkunjung bolehlah lihat alamat dibawah :

Address: Jalan P11, Presint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia


Waze : Taman Saujana Putrajaya 

Lihat PART ||




Dr.Ko Skin Specialist (4D Laser facelift & Nightlase Fotona)


Assalamualaikum...


Seperti yang sedia maklum bahawa Dr.Ko Skin Specialist merupakan salah satu pusat dermatologi untuk pembedahan plastik terkemuka di asia yang menyediakan pelbagai rawatan seperti Rambut, Muka, Kulit, Badan dan juga Pembedahan Plastik. Pada tarikh 20 September 2016 telah berlangsungnya perasmian terbaru Dr.Ko Skin Specialist iaitu 4D Laser facelift & Nightlase Fotona.

Mengenai Dr.Ko Skin Specialist

KO Skin Specialist ditubuhkan pada 1997 hasil usaha Dr Ko Chung Beng. Sejak itu, KO Skin Specialist manawarkan pelbagai perkhidmatan estetik dari bidang dermatologi kepembedahan plastik.
Kini, KO Skin Specialist merupakan salah satu pusat dermatologi dan laser yang terkemuka di Asia, memenangi kepercayaan para pakar perubatan dan pelanggan dari seluruh dunia.

Bersama kami, terokailah potensi kecantikan anda dan mengembalikan semula keyakinan dalam diri anda. Selain daripada peralatan yang lengkap, kami mempunyai pakar berpengalaman yang senantiasa mematuhi etika kerja. Diagnosis yang teliti mengenai masalah yang dihadapi anda akan membawa rawatan yang tepat dan berkesan.

"Sesungguhnya, semua orang boleh memiliki kecantikan!” 

— Dr.Ko, Pengasas dan CEO 


4D Laser facelift



Bagaimana ia berfungsi

Rawatan ini dipanggil 4D kerana ia menggabungkan dua jenis laser, ND Yag dan Erbium Yag, dengan beberapa panjang gelombang maju khas untuk Fotona. Teknologi ini berfungsi untuk merangsang pengecutan kolagen dan pada masa yang sama mengaktifkan proses pengeluaran kolagen baru untuk menegangkan kulit muka. Prosesnya selamat dan lembut digunakan untuk rongga mulut dalaman serta luaran muka malah menghasilkan keputusan yang memberangsangkan dari dalam dan luar.

"Fotona 4D memecahkan paradigma dengan menggunakan terapi laser. Ia akan mengubah cara untuk merawat kulit. Ia adalah satu dimensi baru rawatan. Saya mendapat keputusan yang anda tidak pernah bayangkan." Kata Dr Ko Chun Beng. Keputusan cenderung untuk menjadi sangat tahan lama. "Dalam kajian klinikal kami, yang melibatkan 80 pesakit menunjukkan hasil yang positif yang dikekalkan untuk satu tahun selepas 3 sesi," kata Zdenko, Ketua Perubatan R & D Jabatan Fotona. Fotona 4D boleh dilakukan dalam apa-apa jenis kulit, ia adalah selamat dan tidak menyakitkan prosedur yang tidak memerlukan ubat pelali atau bius - tiada kesakitan, tiada downtime, tiada lebam. Sesi mungkin berbeza-beza dari 30 hingga 60 minit dan 3 sesi ditandakan.

4D laser facelift sememangnya mendapat sambutan yang tinggi bagi mereka yang mendambakan kulit muka yang tegang, bersih, dan bebas dari segala jenis masalah harus mencuba rawatan ini. Kaedah laser yang digunakan dalam rawatan selamat dan keputusan yang bakal dilihat sememangnya membanggakan tanpa kesan sampingan. Tidak perlu ragu-ragu lagi kerana ianya diiktiraf pakar. Kos rawatan 4D laser facelift juga sangat mampu milik iaitu sebanyak RM3,800 sahaja!!



Perbezaan Sebelum dan Selepas 4D Laser Facelift


Image result for 4D Laser facelift & Nightlase Fotona

Berikut merupakan LIVE DEMO 4D laser facelift :







Fara telah lihat sendiri bagaimana proses semasa rawatan 4D laser facelift ini dilakukan. Kaedah yang digunakan selamat dan masa rawatan juga tidak mengambil masa yang lama. Keputusan selepas rawatan juga sememangnya memberangsangkan. Kulit tampak lebih tegang, licin dan bersih selepas rawatan.

Masalah kulit kendur dapat ditegangkan malah jika ade jerawat/jeragat atau blackhead/whitehead juga boleh dirawat menggunakan rawatan ini. Tidak perlu bimbang dan takot kerana selepas anda melakukan rawatan ini kulit dan masalah anda tidak akan kembali lagi. Proses semasa rawatan juga tidak mengambil masa yang lama sangat sesuai bagi anda yang inginkan keputusan rawatan yang cepat dan selamat.

Nightlase Fotona


Mengurangkan berdengkur dan Kesan Sleep Apnea

Adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas. Situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malah ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya. Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat

Dengan rawatan terbaru dr.ko iaitu Nightlase Fotona mampu menyelesaikan masalah dengkur yang dihadapi pesakit dengan mudah dan selamat. Ia adalah cahaya yang cukup untuk digunakan pada tisu sensitif di dalam mulut, lagi, cukup kuat untuk menyampaikan pemanasan yang berkesan. Fotona 4D laser digunakan untuk memanaskan tisu di belakang tekak. Tenaga laser memanaskan tisu yang menyebabkan kesan mengetatkan. Ini menyebabkan udara mengalir dengan lebih bebas dan pesakit akan berhenti berdengkur. Rawatan ini dilakukan dalam 3 rawatan sepanjang 2 bulan. Setiap rawatan berlangsung sekitar 15 minit dan tiada anestesia diperlukan. Keputusan biasanya dilihat selepas sesi pertama. Faedah rawatan termasuk tidur yang lebih baik, lebih mudah bernafas, berfikir dengan lebih jelas dan bekerja dengan lebih effective. Harga untuk rawatan ini pula  RM2,800

Kelebihan Rawatan Fotona Laser NightLase Snoring

* Tidak memerlukan pembedahan
* Tiada kesan sampingan selepas membuat rawatan
* Selamat, Cepat dan Mudah dirawat
* Meningkatkan tahap kualiti tidur yang baik
* Menghilangkan dengkuran tidur dengan cepat
* 100% berkesan, diiktiraf pakar dan selamat digunakan


Gambar Fotona Laser

Inilah dia mesin Fotona Laser yang akan digunakan dalam rawatan 4D laser facelift dan Nightlase Fotona. 





Serba sedikit gambar sepanjang masjlis 4D Laser facelift & Nightlase Fotona

Fara bersama CEO Dr Ko Chung Beng


sidang media bersama artis Salmiah Hasan turut bersama sepanjang majlis ini berlangsung







Klinik Pakar Kulit KO berdedikasi untuk membantu orang ramai melalui perubatan dermatologi, rawatan estetik, dan rawatan laser di Malaysia. Dengan teknologi kosmetik yang terbukti dan prosedur yang inovatif, kualiti perkhidmatan Pengamal Perubatan Berdaftar yang dijamin.

Sebarang pertanyaan atau rawatan sila layari :









Safi Shayla - PEK FLEKSI TERBARU

Assalamualaikum....

Memiliki rambut yang cantik menjadi idaman setiap wanita. Aset yang paling berharga untuk dipelihara agar ia sentiasa kelihatan anggun dan mempersonakan. Malangnya, wanita yang bertudung, sering memandang ringan terhadap penjagaan rambut ini sedangkan ia perlu dijaga dengan lebih rapi.

Takut rambut rosak! Semoga ia tidak menjadi alasan utama wanita islam tidak berhijab. Zaman moden serba canggih ini terdapat banyak tips dan petua penjagaan rambut untuk wanita bertudung. Hanya tinggal nak tak nak sahaja. Orang kata, "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih."

Mahal asalkan berkualiti! salah satu perkara penting perlu ditekankan disini agar pengguna tidak memilih syampu murah yang hanya memberikan kesan negatif pada rambut. Biarlah berbelanja lebih asalkan diri sendiri mendapat kepuasan dalam penggunaan. Cari syampu yang bersesuaian dengan kulit kepala disamping merawat masalah yang ada.


SAFI SHAYLA - Syampu KHAS wanita bertudung

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.

SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”



Pengalaman menggunakan SAFI Shayla

Sebelum ni, fara menggunakan syampu jenama lain. Tapi malangnya, bila fara banyak melakukan aktiviti diluar ianya membuatkan rambut fara cepat kusut, bercabang dan kulit kepala rasa sangat tidak selesa. Walaupun fara keringkan dahulu rambut kemudian baru mengenakan hijab tetap gatal dan tidak selesa pada bahagian kulit kepala. Ada satu tahap sampai berkelemumur tebal di sesetengah kulit kepala mungkin disebabkan syampu tersebut tidak sesuai dengan wanita berhijab. 

Sejujurnya, masa fara tengok iklan di televisyen dan kebetulan keluar iklan SAFI Shayla mengenai syampu untuk wanita bertudung fara terus beli dan cuba sendiri syampunya. Pertama kali cuba, fara terpegun dengan bau wangian SAFI Shayla yang sangat wangi dan aman sekali. Syampu pertama yang fara cuba adalah pek SAFI Shayla yang warna biru untuk menghilangkan kegatalan dan kelemumur. Seminggu selepas pakai, fara sangat puas hati dengan resultnya. Kulit kepala rasa ringan dan kelemumur pon makin hilang.

Ada satu masa tu fara ade job diluar sampai tak sempat nak keringkan rambut selepas dicuci, fara terus pakai tudung dari pagi hingga ke petang. Alhamdulillah, kulit kepala dan rambut fara terjaga rapi. Satu perasaan yang tak boleh diungkap bila syampu SAFI Shayla ni sangat serasi dengan fara. Bila rambut separa kering pon fara dah tak risau lagi bila berhijab sebab fara tahu SAFI Shayla sentiasa mengekalkan rambut fara dalam keadaan terkawal. 

The next month and seterusnya fara tetap menggunakan SAFI Shayla sebagai syampu pilihan utama fara dan family. 



Kenali Fungsi dan Jenis variasi syampu SAFI Shayla

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Sebanyak 8 jenis variasi SAFI Shayla yang boleh dipilih mengikut masalah yang dihadapi kulit kepala anda. Pilih dari setiap jenis variasi ini mengikut masalah kulit kepala atau rambut anda ye. Jika ada masalah kelemumur jangan pula pilih syampu untuk melembutkan. Memang tak akan nampak kesan kerana setiap pemilihan fungsi syampu juga memainkan peranan masing-masing untuk merawat kulit kepala.


8 jenis variasi SAFI Shayla







SAFI Shayla - Hitam Menawan
 Menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut

SAFI Shayla - Segar Bermaya
 Segar bermaya membuatkan rambut kelihatan lebih segar dan bermaya

SAFI Shayla - Anti Kelemumur
 Menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala

SAFI Shayla - Kawalan Rambut Rosak
 Merawat dan mengawal rambut rosak dan kasar

SAFI Shayla - Itch Kontrol
 Mengawal kulit kepala berkeruping dan menyamankan

SAFI Shayla - Kawalan Berminyak
 Mengawal lebihan berminyak serta menyamankan

SAFI Shayla - Kawalan Rambut Gugur
 Mengawal keguguran rambut akibat kerapuhan

SAFI Shayla - Licin Terurus
Melembap dan melicinkan rambut


Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65. 



Instant Shawl Couple (Ibu+Anak)

Ieha Arshad menyediakan anda fesyen pemakaian sopan dan menutup aurat. Sesuai dengan cita-cita dan hasrat nya untuk 'berdakwah secara santai', Ieha Arshad mengetengahkan fesyen-fesyen yang membolehkan anda yakin kelihatan cantik, sopan dan dalam masa yang sama anda kelihatan seperti insan yang memiliki keperabadian yang hebat. InsyaAllah


Begitulah yang ditekankan oleh Owner tudung Ieha Arshad dalam perniagaan tudungnya yang senang dipakai disamping memastikan rekaan tudung sentiasa sopan dan menutup aurat. Bila zaman dah super moden tudung dari Ieha Arshad tidak pernah mengecewakan pelanggan kerana fesyen-fesyen tudung yang dikeluarkan sentiasa 'up to date' dan memenuhi kehendak serta citarasa pengguna.


Specialnya tudung dari Ieha Arshad ni, ianya sangat mudah dipakai hanya perlu sarung dan siap! Material kainnya yang tidak perlu digosok sangat mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai bagi mereka yang suka travel.

Bagi mereka yang suka sedondon dengan anak juga boleh dapatkan tudung dari Ieha Arshad. Jom lihat antara koleksi tudung sedondon ibu dan anak :



Selain koleksi sedondon ibu dan anak, Kalau nak beli secara single pon boleh.

Earphone atau stethoscope dapat diselitkan ke telinga anda dalam tudung Koleksi Kuntum oleh iehaarshad ini juga ye. Tidak perlu selak sana sini untuk masukkan earphone atau stethoscope kedalam tudung bila pakai tudung instant shawl kuntum ni, anda hanya perlu selak sedikit sahaja dibahagian luar tudung. Contoh boleh lihat di bawah :


Semudah ABC sahaja bila mengenakan instant shawl kuntum dari Ieha Arshad ni kan. Sangat menepati dan memudahkan citarasa pengguna. Oh ye, awning tudung kesemuanya sangat lembut dan mudah dibentuk. Fara sendiri dah pakai dan berani recommend pada semua peminat instant shawl bolehlah dapatkan tudung dari Ieha Arshad ni sekarang.

Sebarang Pembelian Atau pertanyaan boleh hubungi :

Ieha Arshad : 012 305 9414
FB Page : Ieha Arshad