Ruam Bayi Powder - Penawar segala masalah penyakit kulit

Ruam bukan sahaja berlaku dalam kalangan dewasa malah, kanak-kanak juga turut mengalami ruam terutamanya bayi. Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang.

Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Ianya akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka. Bayangkan jika ianya berlaku pada simanja anda?

Penawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit




Jangan khuatir kerana Ruam Bayi Powder adalah penawar bagi segala jenis masalah kulit seperti ruam, ruam panas, ruam susu, alergik, ekzema dan lain-lain penyakit kulit. Sesuai untuk semua jenis golongan sama ada bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa


Kelebihan Ruam Bayi Powder 

💗Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
💗Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
💗Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
💗Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
💗Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita semakin berkurangan.
💗Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
💗Selamatlah anak-anak anda terutama yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
💗Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam.


Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan! Banyak testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati. Alhamdulillah!

100% semulajadi serta sunnah nabi S.A.W. Ini kerana ia salah satu cara Nabi SAW mengubati penyakit kulit seperti yang terdapat di dalam Hadith Sohih di atas yang membuktikan Nabi S.A.W. menggunakan tanah liat mengubati penyakit kulit dan lain-lain penyakit.

RUAM BAYI POWDER FAKE!!

Awas! Sekarang didapati banyak yang telah mengeluarkan produk Ruam Bayi Powder (RBP) yang fake. Untuk makluman semua, Produk ruam bayi powder tidak pernah sesekali menukar packaging kepada bedak asma'. 

RBP juga tidak diperoses dari kilang kerana pihak RBP ingin menjaga kualiti dan sifat kesucian tanah yang ditapis khusus. Fungsi tanah liat terbaik di dunia ini perlu dijaga keasliannya oleh tradisi turun temurun.

PERBEZAAN RBP FAKE DAN ASLI






Diiktiraf SIRIM

Pembuatan secara homemade warisan semulajadi turun temurun serta pembuatan bedak sejuk tanah liat yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana selamat digunakan dari bayi hingga dewasa

Bukan Sekadar Bedak Sejuk Biasa. Ianya dapat membantu memulihkan hampir semua jenis masalah penyakit kulit.

Testimoni Pengguna :

Kanak-kanak ini pernah mengalami eczema yang teruk sehingga merebak ke pergelangan tangan. Alhamdulillah dengan izin Allah adik ini sembuh dengan Ruam Bayi Powder.


Testimoni_Psoriasis_Ruam_Bayi_Powder


Testimoni_Ruam_Bayi_Powder


Psoriasis_Ruam_Bayi


sembuh_kayap_ruam_bayi



Untuk keterangan boleh menghubungi :

 HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) & 
 Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)


Tips Sihat Sepanjang Hayat

Assalamualaikum... 


Fara tertarik dengan satu info sihat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Sangat simple dan mudah diamalkan. Bila baca keseluruhan info ini ada yang sememangnya fara amalkan seperti minum air kosong selepas bangun tidur, suka tolak barang daripada mengangkat dan banyak lagi.

Amalan gaya hidup sihat sangat penting kerana bila kita sihat semua bende kita boleh buat. Boleh beriadah dengan keluarga, bekerja dengan semangat, makan dengan senang hati. Jom lihat adakah anda mengamalkan gaya hidup sihat?





INFO SIHAT
     
1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.
                         
2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi obat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
         

Image result for gaya hidup sihat


Panduan Kesihatan

01. 🍴Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen, penyebab kanser.  Jangan✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebihh lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkn minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur😴 jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu banyak minum air putih, 🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jangan lebih 2⃣ cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 kerana otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jangan⛔ makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sehat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. 🍋🍋🍋Lemon panas membunuh sel kanser.


Semoga bermanfaat 😊





Penjelasan dr.Maza mengenai Maksud Nama DAMIA

Assalamualaikum


Ramai sangat yang email tanya tentang nama DAMIA. Tidak pasti mengapa ditimbulkan. Secara umumnya dalam kesibulan ini, saya ringkaskan seperti berikut;

DAMIA bukan berasal dari perkataan Arab. Damia mungkin berasal dari Bahasa Greek. Di dalam bahasa Arab ada perkataan DAMM دم bermaksud darah. Boleh disebut DAMIYA دمي dalam bentuk fi'l (verb) tapi Arab tidak dijadikan ia nama.

Orang Arab juga ada menulis DAMIA yang mungkin bermaksud دامعة ataupun دميعة yang berasal dari دمع iaitu tangis. Maka ia bermaksud yang menyebabkan menangis dan sering menangis. Mungkin juga boleh difahami bermaksud yang halus perasaannya.

Maka saya simpul tulisan nama DAMIA yang telah dipakai di seluruh dunia itu bukan dari akar perkataan Arab. Mengandaikan DAMIA dengan maksud darah kotor sama sekali TIDAK tepat.

Jika kita mahu anggap semua perkataan dalam bahasa Arab maka kita mungkin ada sedikit kesukaran. Nama MAT jika diandaikan dalam bahasa Arab dari kalimat MAT مات maka bermaksud mati. Itu dalam bentuk fi'il (verb). Perkataan SHAH jika diandaikan perkataan Arab شاة SHAH  itu kambing biri-biri. Namun perkataan SHAH yang dijadikan sebagai nama itu berasal dari Parsi. Ia bermaksud raja. Maka tidak timbul makna kambing dalam Bahasa Arab tersebut.

Maka, setiap kita hendaklah tahu apakah maksud namanya ataupun nama yang diberikan kepada anaknya. Dia merujuk kepada bahasa apa dan apa tujuannya. Apapun pilih nama sesuai untuk semua keadaan terutama biar serasi dengan bahasa Arab kerana itu sering dirujuk oleh masyarakat kita. JUGA jangan kita andaikan nama orang sebagai buruk makna atas bahasa yang kita faham sedang dia mungkin merujuk kepada bahasa lain.

Sekadar ulasan ringkas.

Begitulah info yang diperkatakan oleh Dr.Maza mengenai nama DAMIA. Walaubagaimanapon terpulang pada ibubapa ingin menukar nama damia atau tidak. Seeloknya nama anak diikut pada maksud bahasa arab agar tidak menimbulkan kekeliruan atau fitnah.

Walaupon isu ini dah lama tapi ada bagusnya isu ini dibangkitkan semula agar ibu bapa alert akan maksud nama anak-anak pada masa akan datang.

Info fb page Dr.Maza.com


Wallahu'aalam..




Maksud Nama Damia

Assalamualaikum... 


Kecoh dan viral maksud nama "damia" yang dikatakan mempunyai maksud yang tidak elok iaitu damia = tempat keluarnya darah 



Sebagai ibu bapa sememangnya kes ni adalah berat kerana nama tersebut ada yang telah diberikan pada cahaya mata mereka. Fara sendiri memberikan nama damia kepada anak kesayangan iaitu noor aimi damia.

Noor : cahaya
Aimi : kesayangan
Damia : bijaksana

Walaubagaimana pon, ada yang berpendapat bahawa nama damia bermaksud = Kebijakan/bijaksana . Hal ini membuatkan ramai ibu bapa keliru dan ragu2 tentang maksud "damia" yang sebenar.



Bagaimana pula bagi mereka yang telah berpuluh tahun menggunakan nama damia? Damia dalam bahasa arab dieja dengan dal mia ya ta marbutoh.. itu yang maksud tempat keluar darah..

Kalau damia yang dieja dengan dal mim ya alif hamzah.. itu tidak pasti lagi maksud apa.. Harap maksud dia baik..



Jika disebut dalam bahasa arab damia bermaksud darah manakala damiyak ialah keberkatan/kebijakan


Waallahu'alam.




Taman Putra Perdana Putrajaya


Assalamualaikum....

Menjelajah ke Taman Putra Perdana Putrajaya pula kali ni. Bagi pendapat fara secara peribadinya tempat ni biasa sahaja macam taman lain. Dalam banyak tempat rekreasi di putrajaya fara lebih gemar ke Taman Saujana Putrajaya sebab tempatnya lebih cantik kalau bergambar. hehe! 

Taman Putra Perdana ni taman public sama seperti taman saujana dan wetland. Kalau korang dari hotel Shangri-La boleh jalan kaki untuk kesini. 









Plaza Mercu Tanda

Dalam persekitaran plaza ini adalah beberapa buah teropong yang boleh korang gunakan untuk mengambil pandangan yang lebih dekat daripada Wawasan Bridge, kompleks kerajaan, Tasik Putrajaya dan Taman Botani




Kolam kat sini memang banyak tapi sayang sekali hanya beberapa buah kolam sahaja yang berfungsi. Jika ianya dibaik pulih mungkin tempat ni boleh jadi cantik!


Keindahan Taman-taman di Putrajaya :

Taman Saujana Putrajaya PART 1
Taman Saujana Putrajaya PART 2
Taman Wetland Putrajaya Klik Me


Name Card Percuma di Pixajoy


Assalamualaikum.. Hai!! 


Dah ade name card x? Tujuan name card ni mesti ramai yang sudah tahu akan kepentingannya. Kalau ada client yang ingin berurusan dengan kita bolehlah bagi satu name card ni agar senang untuk dia menghubungi kita kelak.

Yesss!! Name card ni PERCUMA fara buat di pixajoy. Pada yang pertama kali sign up di pixajoy akan mendapat keistimewaan yang diberikan oleh pixajoy sebagai contoh name card percuma seperti yang fara punya ni.

Korang boleh customize name card ikot citarasa sendiri terpulang sama ada mahu name card bercirikan Portrait / Landscape malah boleh masukkan juga gambar korang sendiri. 100% name card tu korang yang tentukan sendiri. 

Photo Prints, StoryTag, Cards Invitation, Card Playing, Cards Postcard, Name Card juga boleh didapati di pixajoy. Dengan harga yang sangat berpatutan dan servis yang sangat pantas memang sangat berbaloi.


Sebanyak 100pcs name card percuma yang akan diberikan oleh pixajoy. So apa tunggu lagi? daftar dan buatlah sekarang!!