Resepi sotong goreng kunyit berkuah paling sedap


Sotong bila dibuat berkuah ditambah pula dengan rasa yang pedas sambil makan dengan nasi panas memang bertambah 2 pinggan.

Kebiasaannya, bila ada sotong dirumah fara suka buat goreng kunyit berkuah daripada goreng biasa. Minat sangat dengan makanan pedas dan berkuah sejak kecil lagi. Sehari tak makan pedas rasa tak lengkap.

Tambahan pula pada bulan puasa menu sotong goreng kunyit berkuah menjadi pilihan utama fara. Nak buat masakan ini pun sangat senang dan mudah.

Bahan-Bahannya :

5 ekor sotong - sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
2 biji bawang putih - tumbuk halus
10 biji cili padi - tumbuk halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 kiub pati ayam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara masak :

Sotong yang telah dipotong digaul dahulu dengan kunyit dan letakkan garam kemudian perapkan sementara dalam 5 minit. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing kemudian masukkan sotong yang telah diperap tadi. Kemudian, masukkan kicap lemak manis Jalen, sos tiram dan 1/2 kiub pati ayam kedalam kuali. Tambah sedikit air. Kuantiti air boleh ikut cara sendiri sama ada suka kuah sedikit atau banyak.  Biarkan mendidih seketika dan Siap! Jangan masak lama sangat takut liat pula sotongnya.


Selamat menjamu selera 😉



Pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar? Amalkan cara ini


Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, pusing-pusing kat situ juga, dia nampak laut , rumah kita penuh dengan air atau nampak dinding tinggi2...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur , atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah , atau dalam bilik mandi .

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini, moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT .

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah , pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah , pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi , maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut :

1) Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)

2) Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)

3) Baca Ayatul Qursi ~ (1x)

4) Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud , "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5) Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Aamiiin...

In Shaa Allah ...



ST.Ives Apricot Scrub Terbaik




Assalamualaikum... Hi,

Pencuci muka ni penting bagi memastikan kulit muka bebas daripada sebarang kerosakan akibat terkena sinaran UV. Terkena sinaran UV yang berlebihan boleh mengakibatkan kulit menjadi sunburn, kering atau kusam. 

Pilih pencuci muka yang sesuai agar kulit muka sentiasa dalam keadaan terjaga atau terlindung pada sinaran UV matahari. 

Untuk kesan yang bagus, pilih pencuci yang ada dipasaran kerana ianya selamat dan telah diuji oleh ujian dermatologi. Oleh itu, bahan yang digunakan pada produk tersebut semestinya selamat dan tiada kesan sampingan.


Keistimewaan St Ives Apricot Scrub

🔹 Mencuci muka secara mendalam 
🔸Menjadikan kulit bersih dan berseri dari dalam
🔹Scrub yang sangat wangi
🔸Kulit berasa segar sepanjang hari
🔹Dermatologist Tested
🔸Non comedogenic


Cara mengguna ST Ives apricot Scrub


Dalam keadaan muka yang lembap, Picit sedikit pencuci St.Ives Apricot Scrub dihujung jari kemudian, ratakan keseluruh wajah anda. Urut perlahan scrub tersebut supaya menyerap kedalam kulit. Basuh hingga bersih dan lap sehingga kering.


St Ives sesuai untuk semua jenis kulit

ST Ives merupakan produk keluaran USA yang diperbuat dari Amerika. Ianya merupakan Top 1 Srcub brand yang memenangi award Apricot Scrub kerana menggunakan 100% Natural Exfoliants, membersih secara mendalam dan menjadikan kulit wajah dalam keadaan lembut serta berseri.

Boleh didapati di pasaran seperti tesco, giant, guardian, dan watson pada harga dalam tidak sampai dalam RM20






Senarai 5 Hotel Terbaik di Port Dickson


Percutian menarik di Port Dickson

Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan antara tempat percutian yang sangat terkenal di Malaysia. Tempatnya yang dekat dengan pantai yang cantik menarik perhatian pelancong tidak kira pelancong dari Malaysia mahupun Luar Negara.

Antara tempat menarik di Port Dickson yang perlu dilawati adalah keindahan pantainya yang ala-ala hawaii. Selain kawasan pantai, terdapat juga banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah untuk dikunjungi di negeri ini. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan perlancongan seperti resort dan aktiviti menarik. 

Jadi, jika anda memilih port dickson sebagai tempat percutian, memang sah! Anda tidak tersalah membuat pilihan. Hotel yang mampu milik juga senang didapati jika bercuti di Port Dickson. 

Mari kita lihat antara hotel-hotel yang selesa yang boleh didapati oleh kita untuk bercuti di sana.


1) Grand Lexis Port Dickson 


Grand Lexis Port Dickson merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Port Dickson dalam 7.51 km dan Sungai Gadut Station dalam 25.26 km.Terdapat pelbagai kemudahan hiburan yang tersedia untuk anda dan seisi keluarga di Grand Lexis Port Dickson, sebuah penginapan yang menarik untuk percutian keluarga. 

Resort ini ialah tempat terbaik bagi anda yang inginkan percutian yang tenang dan nyaman, jauh daripada orang ramai. Nikmati hidangan kegemaran anda dengan makanan istimewa dari Grand Lexis Port Dickson eksklusif untuk anda.

Akses WiFi tersedia dalam kawasan umum penginapan ini agar anda sentiasa terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Grand Lexis Port Dickson adalah resort yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu resort ini. Dapatkan saat yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan anda di Grand Lexis Port Dickson.


2) Corus Paradise Resort Port Dickson. 


Corus Paradise Resort Port Dickson ialah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Port Dickson.Selain bertempat di kedudukan yang baik, Corus Paradise Resort Port Dickson juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Port Dickson dalam 2.93 km dan Sungai Gadut Station dalam 24.91 km. 

Sesuai bagi pasangan yang inginkan percutian romantis atau tempat berbulan madu. Corus Paradise Resort Port Dickson ialah pilihan yang tepat bagi anda jika anda mahu menginap dengan jangka masa yang panjang kerana suasananya yang bagaikan rumah dan pelbagai kemudahan yang diseiakan oleh hotel ini.



3) Avillion Port Dickson.


Penginapan di Avillion Port Dickson ialah pilihan yang baik apabila anda melawat Kampung Si Rusa. Hotel ini amat mudah ditemui kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. Bersiaplah untuk mendapatkan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan anda. 

Nikmati hidangan kegemaran anda dengan makanan istimewa dari Avillion Port Dickson eksklusif untuk anda.Akses WiFi tersedia dalam kawasan umum penginapan ini agar anda sentiasa terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.


4) Bayfront Hotel 


Bayfront Hotel adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini. Meja depan 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan. 

Jika anda inginkan lebih lagi, jangan ragu untuk bertanya kepada meja depan, kami sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda. Pelayan tetamu juga mesra dan melayan pelanggan dengan baik sekali.Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Bayfront Hotel adalah tempat yang sesuai untuk menginap.


5) Paradise Lagoon Apartment


Paradise Lagoon Apartment terletak di kawasan / bandar Port Dickson.Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Port Dickson dalam 3.29 km, dan Sungai Gadut Station dalam 24.92 km.

Paradise Lagoon Apartment ialah pilihan yang ideal bagi anda yang inginkan penginapan yang selesa dan mampu milik. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada anda mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang.


Jadi tunggu apa lagi, jom search the best hotels in Port Dickson. Bercutilah dengan bergaya dan selesa agar percutian anda lebih bermakna bersama sama insan yang tersayang.



Pengalaman hyperemesis gravidarum semasa awal kehamilan


Assalamualaikum... Hi!


Mengandung kali ke-2 ni agak hebat sampai tiada selera makan langsung. Start dari minggu ke 6 hingga ke minggu 16 selera makan memang susah nak cari. Orang kata tu semua mainan minda so kene fikir positif, pelbagai cara fara buat supaya selera ada tapi tetap sama. Kadang tu kecik hati bila orang kata jangan ikutkan sangat perasaan tu, tapi hakikatnya memang tiada selera langsung. Bukan fara sengaja buat-buat atau ikutkan perasaan, dah memang begitu waktu hamil.

Kebetulan masa sebelum check up di klinik kesihatan, malam tu fara tak berapa sihat, nak makan atau minum semua muntah. Badan tak boleh terima ape2 makanan atau minuman langsung. 


Jadi, keesokan hari untuk check up memang semua tanda merah pada buku pink. Dengan tak dapat makan atau minum, ditambah pula dengan batuk dan badan yang agak panas memang ke hospital la tempatnya. 

Hyperemesis Gravidarum ni dalam erti kata bermaksud si ibu yang hamil tidak boleh menerima makanan atau minuman ketika kehamilan. Faktor utama yang menyebabkan ianya berlaku disebabkan faktor hormon. Kekurangan berat badan juga boleh terjadinya hyperemesis gravidarum dimana si ibu yang hamil tidak mampu untuk makan atau minum hingga menyebabkan turun berat badan dan kesannya boleh menyebabkan bayi didalam kandungan tidak menerima zat yang secukupnya. 

Walaupon Hyperemesis Gravidarum ni nampak remeh tapi kesannya boleh memudaratkan si ibu dan juga bayi. Berkemungkinan boleh menyebabkan keguguran jika dibiarkan.


Bende yang paling tak suka bila di hospital mudah sangat berasa bosan. Rasa 5 minit tu macam 2 jam lamanya. Tidur pun terganggu sebab nurse kerap  datang check tekanan darah dengan suhu badan. 




Perkara yang paling dirindukan bila berjauhan semestinya anak. Waktu ni duduk termenung je fikir anak tengah buat apa, dah mandi ke belum, makan apa dirumah, semua bende tentang anak fara rindukan. Bila sekarang dah zaman modern ada Whatsapp bolehlah voice call dengan anak. Dapat dengar suara anak dah buat fara cukup kuat kat sini.

Sepanjang berada di hospital fara cuma fikir lawan perasaan sebab nak cepat sembuh dan balik rumah bermain dengan anak. 

Sejak keluar dari hospital fara set kat minda kene makan untuk baby. Baby perlu cukup zat. Walaupon kadang kala rasa loya yang teramat, fara makan juga untuk baby. Fara anggap itu semua mainan minda. Kawan-kawan banyak nasihat cari makanan yang baby suka, makan buahan, dan ada yang beri tips untuk kurangkan loya. Terima kasih diatas tip dan nasihat yang sangat berguna. Fara berjaya hilangkan loya dengan tip yang diberikan. 

Untuk ibu-ibu yang sedang hamil, semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Sentiasa jaga diri dan kandungan baik-baik. 


Ada lipas dalam kurma

Assalamualaikum.. hai...



Bulan ramadhan makin hampir dan semestinya kurma adalah wajib sepanjang berpuasa. Tapi, diharap semua umat islam berhati-hati dalam memilih kurma atau memakannya kerana ada beberapa cerita viral yang mengatakan bahawa ada anak lipas atau sejenis kumbang seperti kutu beras didalam sesetengah jenama kurma yanga ada dipasaran.

Untuk dipendekkan cerita, sebagai manusia yang bijak seelokknya dibelah dua dahulu kurma tersebut untuk melihat keadaan kurma sebelum memakannya.


Sumber : facebook group