Serlahkan kecantikan mata bersama Contact lens Barbie Eyesland

Assalamualaikum... Hi!

Contact lens dari barbieeyesland.my memudahkan fara untuk mencari pelbagai jenis lens, saiz, dan power lens pada 1 tempat. Kalau dulu agak sukar nak dapatkan contact lens sebab banyak yang out of stok atau ditipu peniaga, sekarang fara hanya perlu pergi ke website tersebut dan pilih apa sahaja  lens yang fara gemar.


Penghantaran dari barbieeyesland juga sangat pantas didatangi dengan kotak bungkusan yang selamat dan kemas. Setiap lens yang fara beli diberi percuma tempat simpanan lens yang bentuknya diberi secara random.


Top seller contact lens barbieeyesland.my

Oh My Honey GOLD 14.2mm 
OH MY HONEY GREY 14.2MM
OH MY MOON GREY 14.5MM



3 lens diatas yang fara beli di barbieeyesland.my. Rambang mata masa nak buat pemilihan lens. Kesemuanya sangat cantik dan berbeza dari selalu yang fara pakai. Fara suka lens jenis terang sebab bila photoshoot bentuk mata lebih nampak jelas dan terserlah.


Oh ye, di Barbie Eyesland, setiap produk yang dijual adalah 100% asli disamping perkhidmatan berkualiti tinggi dan barangan asal adalah keutamaan barbieeyesland.

Contoh fara pakai jenis  OH MY HONEY GREY

Harga yang rendah dengan banyak tawaran hebat untuk setiap pelanggannya. Hanya RM25 sahaja dan kos penghantaran adalah percuma di seluruh Malaysia dan juga Singapura
Wechat/Whatsapp:
011-33333010

Facebook Temporarily Locked -HELP!!



Assalamualaikum.. hi!

Secara tiba-tiba petang tadi Facebook account fara ter'logout' sendiri. Bila nak login kembali tup2 account temporarily locked! 

Banyak kali login tak berjaya. Tukar password pon tak berjaya jugak nak bukak facebook. Dengar cerita ramai jugak yang kene macam ni. Betol ke?


Letih tangan dan mata dok cuba betolkan facebook. Ade sesiapa yang terkena macam ni boleh share apa yang perlu dilakukan agar dapat kembalikan facebook seperti biasa?

Mohon bantuan :')




Tasney Catering & Kambing Golek Murah Berbaloi-baloi


Assalamualaikum....

Masih mencari katering yang menawarkan harga yang murah serta pakej yang menarik? Anda harus mencuba servis dari Tasney Catering & Kambing Golek. Kenapa? Servis katering dan kambing goleknya terkenal di sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur (KL)

Harga Kambing Golek :

kambing golek biasa RM 900
kambing golek aqiqah RM 1350

Jika memerlukan khidmat katering juga ada disediakan tidak kira untuk majlis apa sahaja seperti majlis aqiqah, kerja kahwin, open house, birthday party, dan sebagainya, Tasney Catering & Kambing Golek sedia membantu anda menjamu tetamu dengan keenakan makanannya yang sedap. 













Untuk Tempahan Sila Hubungi :

+60122677329
+60122398586

Facebook page :
https://www.facebook.com/tasneycatering/




Cara melatih anak buang air kecil/besar seawal 3 tahun

Assalamualaikum.. hai

Nak share pengalamam diri sendiri latih anak berusia 3 tahun buang air kecil/besar ke tandas. Walaupon dah banyak share tips kat google, fara tetap nak share cara fara latih anak. Hehe

Masa aimi usia 2 tahun setengah fara ade melatihnya buang air ke toilet tapi fara tidak dapat meneruskan kerana faktor "tidak kental"  dan kekangan masa untuk melatih aimi.

Bila aimi masuk 3 tahun dan fara pula sedang mengandung, masa untuk bersama aimi lebih banyak dan fara amik peluang ini untuk melatihnya ke toilet. Fara plan sebelum adik aimi lahir, aimi dah bebas dan mengerti untuk ke toilet apabila perlu. Disini, fara dapat menjimatkan kos pampers dan beri tumpuan pada kos barangan adik aimi pula.


Hari pertama 

Sebelum hari fara melatih aimi buang air kecil/besar, fara mandikan dia dan menyuruh ambil pakaian dan pampers sendiri. Aimi terkejot sebab pampers tinggal sekeping sahaja. Fara pon kata pada aimi " macam mana ni aimi? Pampers dah habis, esok aimi boleh tak kencing kat toilet? " Aimi hanya angguk faham dan berkata "okay mommy" . Padahal pampers dia awal-awal fara dah sorokkan dalam almari sebab memang dah tekad nak ajar juga buang air di toilet. Hahaha mommy jahat!

Plan berjaya bila keesokan harinya selepas mandi aimi hanya ambil baju dan seluar sahaja. Fara buat-buat tanya pampers mana aimi? Dia cuma jawap "habis mommy" dalam hati fara tidak sangka dia ingat apa yang fara pesan malam tu. Fara layan dia 24 jam dan selalu bertanya "nak kencing tak aimi?" Dan tiap kali bermain dengan aimi fara akan tanya "nak kencing bagitahu ye, nanti mommy bawa ke toilet".

Tipulah kalau terus berjaya kan? Aimi ade terkucil dalam seluar kemudian baru die ajak ke toilet. Dan selepas perkara terkucil dalam seluar berlaku, bila mahu buang air aimi terus ajak fara ke toilet. Kalau die lupa fara akan ingatkan dan ajak ketoilet untuk buang air walapon aimi kata tak mahu kencing. Sampai waktu malam sebelum tidur, aimi sentiasa ingat dan akan ketoilet untuk buang air. Alhamdulillah, Cuma waktu tidur malam fara akan pakaikan aimi pampers.


Hari kedua

Aimi seakan lupa apa yang dilatih semalam dan terkucil dalam seluar tanpa berkata apa-apa. Bila fara perasan, fara ajak ke toilet untuk cuci dan ingatkan kembali untuk kencing di toilet.

Seperti biasa, ada kalanya aimi akan terkucil di seluar dan ada masa dia akan mengajak fara ke toilet. Hati memang kena tabah sebab bila kita tanya "nak kencing x?" Die jawab "x" dan kemudian die kencing dalam seluar. Jangan sesekali marah dan muka wajib senyum melayan. Waktu malam untuk tidur tetap fara pakaikan pampers.



Hari ketiga

Hari ketiga agak mencabar sebab masih musim Raya. Ikutkan hati nak pakaikan pampers takut aimi terkucil rumah orang susah pulak. Teruskan juga seperti hari sebelumnya. Tiap sejam fara bawa aimi ke toilet paksa buang air. Alhamdulillah, aimi berjaya buang air di toilet tanpa terkucil dalam seluar.

Bila aimi minum susu kemudian tidur siang, waktu ni agak sukar sebab dia akan berontak bila dikacau tidur. Nak tak nak kene kejutkan juga ajak buang air. Aimi lulus dengan cemerlang pada hari ke3 tanpa terkucil dalam seluar sepanjang hari. Keeseokan hari dan seterusnya pula, aimi dah mengerti untuk ketoilet.

Tiap kali keluar berjalan dah tak risau sebab aimi akan minta ke toilet sendiri dan kadang kala fara akan ajak aimi ketoilet.


Cara melatih anak bebas pampers

➡ Jangan marah
➡ Sentiasa ingatkan ketoilet setiap 15 minit, kemudian 30 minit dan seterusnya
➡ Bila anak kencing dalam seluar, suruh anak kencing lagi sekali walapon tiada apa yang keluar dan cuci seperti biasa.
➡ Puji setiap kali anak ke toilet.
➡ Mommy perlu fokus melatih anak (hp sila letak ketepi)
➡ Buat aktiviti bersama anak seperti mewarna, bermain bola, main puzzle dan etc, perkara ni boleh melatih anak bermain sambil ingat dia perlu ketoilet bila perlu.

Fara banyak habiskan masa buat aktiviti dengan aimi dan tiap kali habis 1 aktiviti, fara akan mengajak aimi untuk ketoilet. Sebagai reward, fara akan puji dan sambung bermain mainan kesukaan dia bersama.

Alhamdulillah, syukur sebab aimi sangat memahami dan cepat belajar sesuatu perkara. U did a good job sayang.

With love,
Mommy aimi.







PAPPA DELIVERY | Servis Penghantaran Makanan Dalam Talian yang Pantas |

Tempahan makanan dalam talian kini menjadi trend di seluruh dunia. PappaDelivery juga turut menawarkan khidmat makanan dalam talian untuk memastikan pelanggannya mendapat kepuasan dalam setiap menunya.



Pappa Delivery merupakan makanan berkualiti restoran yang menawarkan penghantaran terus ke depan pintu rumah dimana sahaja anda berada. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja di pejabat buat pesanan terus melalui website Pappa Delivery dan ia akan menghantar terus ke tempat anda.

Keistimewaan Pappa Delivery kepada anda :

🔹Bila kesuntukkan masa untuk memasak dirumah, PappaDelivery boleh menghantar makanan idaman anda seperti western atau tradisional terus dirumah

🔸Cuaca tidak mengizinkan anda keluar makan? PappaDelivery sentiasa menghantar makanan tidak kira cuaca hujan atau panas.

🔹Tiada masa untuk keluar makan ketika bekerja? PappaDelivery akan menghantar makanan terus ke tempat kerja anda

🔸Dengan perkhidmatan penghantaran makanan PappaDelivery, anda boleh mendapatkan hidangan yang sempurna untuk banyak tempahan

🔸Pappa Delivery menjanjikan untuk tiba dalam masa sejam selepas pengesahan pesanan, dengan penghantaran terakhir berlaku pada pukul 9 malam hingga 10 malam. Pilihan Pra-Pesanan juga boleh didapati sehingga 7 hari lebih awal.

Satu lagi kemudahan ialah anda tidak perlu bercakap dengan seseorang apabila anda memesan makanan dalam talian. Hanya log masuk ke laman web PappaDelivery, cari lokasi anda, lihat menu, letakkan pesanan anda, dan tunggu makanan disampaikan. Segalanya dihujung jari.

Untuk memudahkan setiap pelanggan membuat tempahan dalam talian, Pappa Delivery menawarkan menu dari 6 jenis kategori bagi memudahkan pemilihan.

Harga dan servis penghantaran juga sangat murah dan berbaloi.

Antara menu tersebut :

Kategori Nasi : 







Kategori Mi :





Kategori Roti : 




Kategori makanan Ringan : 



Cara membuat tempahan di Pappa Delivery 

Pilih dari enam kategori :

Nasi
Hidangan Barat
Mi
Makanan ringan
Roti bakar
Minuman

Sebagai contoh, jika anda ingin makan makanan jenis nasi dalam menu PappaDelivery, segala senarai klasik seperti Nasi Lemak dengan Ayam Kari, Manis dan Spicy Sotong, akan muncul di situ dan pilihan lain seperti vegetarian (ditandakan dengan simbol daun hijau).

Kawasan Penghantaran Pappa Delivery : 

🔹Ampang 
🔸Jalan Ipoh / Sentul 
🔹Setapak 
🔸Sri Petaling / Bukit Jalil 
🔹Kepong / Jinjang 
🔸Bangsar 
🔹Ara Damansara 
🔸Kota Damansara 
🔹Batu Caves 
🔸Gombak 
🔹Selayang 
🔸Damansara 
🔹Petaling Jaya 
🔸Bandar Utama 
🔹Sg. Buloh 
🔸Cheras

ESHOP 

1) PAPPARICH COFFEE 

Hidangan asli Malaysia tidak akan lengkap tanpa secawan kopi. Kopi PappaRich kini boleh dinikmati di PappaDelivery dan anda boleh menikmati keenakan rasa kopi yang lazat setiap hari.

Selain makanan PappaRich, pelanggan kini boleh membeli kopi segera PappaRich dari PappaDelivery. Pappa Delivery  menawarkan Penghantaran Percuma ke Malaysia Barat untuk pesanan kopi.

2) CAT & THE FIDDLE CHEESECAKE 

Cat & the Fiddle adalah kedai cheesecake pakar dalam talian yang pertama di Singapura oleh Chef Daniel Tay, nama terkenal dalam pencuci mulut mewah Singapura, dan kini di Kuala Lumpur!

PappaDelivery turut menyediakan menu ini dan penghantaran adalah percuma di sekitar Lembah Klang.





Harga penghantaran minimum ialah RM15 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Kos penghantaran adalah RM5 setiap pesanan.

Pappa Delivery sedang menjalankan promosi di mana pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma dengan pesanan minimum RM30 dan ke atas.

PappaDelivery Halal disahkan kepada piawaian tertinggi oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM).

Setiap bahan dari PappaRich adalah makanan yang sihat dan segar yang memenuhi apa sahaja yang anda inginkan. PappaDelivery mempunyai menu yang luas yang tidak akan mengecewakan.

Homestay Kontena Rindu Alam Benut, Johor



Assalamualaikum.. hi

Menginap di rumah kontena di benut,johor merupakan pengalaman pertama buat fara dan keluarga. Last minit cari rumah sewa akhirnya jumpa juga dengan harga yang mampu milik.

Reaksi pertama masa masuk dalam bilik kontena ni agak kagum kerana bilik bersih dan kemas. Segala kelengkapan juga disediakan dan kelengkapan disini semua baru. Rasa seperti dalam rumah sendiri. Sesuai untuk 2 dewasa dan 1 atau 2 kanak-kanak.

Ruang tidur 




Ruang makan 





Bilik air 


Ruang santai



Kemudahan yang disediakan disini seperti :

Air-corn
Televisyen
Peti sejuk kecil
Tuala mandi
Selimut
Air 3in1+mineral
Iron
Air filter

Ruang dalam kontena sangat limit sesuai untuk beristirehat sahaja. Ade sedikit komen disini, untuk pengubahbaikan diharap pihak Rindu Alam kontena menambah baik lagi seperti sinki dan penyangkut tuala mandi. 



Lokasi homestay kontena Rindu Alam ini terletak di sg. Pinggan, Benut Pontian Johor

1 malam RM100
Hubungi :