Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat


Zakat


Pemberian zakat menjadikan harta seseorang diberkati, subur dan baik selain menjadikan hati tenang dan senang. Ia sekaligus dapat mensucikan diri pada pemberi zakat dan menjauhkan sifat bakhil dalam diri seseorang. Pusat Punguntan Zakat (PPZ) ialah organisasi di bwh MAIWP yg menguruskan KUTIPAN ZAKAT sahaja. Manakala semua urusan agihan diuruskan oleh Baitulmal MAIWP. 

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat 

Pada 10 November 2017, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP.


Pertandingan mencipta video ini telah bermula sejak 15 Ogos lalu sehingga 30 September baru-baru ini dan terbuka pada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun keatas. Pemenang Pertandingan mencipta video kreatif berdurasi 3 minit ini dipilih berdasarkan jumlah "like & share" terbanyak di facebook.

Antara terma dan syarat pertandingan yang lain :

  1. "Like" page Pusat Pungutan Zakat
  2. Tajuk video "Mencari rezeki yang berkat"
  3. Video dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar dan bebas menggunakan sebarang perisian untuk tujuan penyuntingan
  4. Montaj video hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Caudre Kuala Lumpur
  5. Semua perserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.

Kreativiti pemenang dalam menyediakan bahan serta pengisian dalam video adalah penting bagi memastikan penilai faham akan maksud yang ingin disampaikan barulah, orang ramai akan "like dan share" video tersebut di facebook.

Tn. haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, merasmikan Pertandingan Video Jom Kreatif 2017 


Majlis dirasmikan sendiri oleh Yang Berusaha Tn. haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ini dihadiri dan dimeriahkan oleh barisan pengurusan PPZ-MAIWP, para pemenang, rakan media blogger dan tetamu undangan.

Barisan Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Barisan pemenang Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Peserta yang bertanding kesemuanya hebat belaka. Kalah dan menang adat dalam pertandingan. Buat mereka yang terpilih, jutaan tahniah diucapkan!

Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ;

Tempat pertama RM2000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan

Tempat kedua RM1500 :
Syahidah binti Baharudin

Tempat ketiga RM1000 : Nurhidayah binti Atmin

Anugerah pilihan ramai RM1000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan

Saguhati RM500 x 9 pemenang

Pemenang Anugerah Video Pilihan dan Tempat Pertama Mencipta Video Jom Kreatif 2017


Untuk maklumat lanjut mengenai PPZ boleh klik link di bawah : 


Website : www.zakat.com.my



Facebook Page : www.facebook.com/myzakat







Beli Penapis Air Dan Udara Cuckoo Murah Di Melaka


Untuk mendapatkan yang terbaik di dapur rumah anda, kelengkapan penapis air semestinya penyelesaian terbijak. Nikmati air segar dan sedap di rumah yang sempurna sebagai air minum, memasak dan membuat kopi hangat serta teh nyaman. Yang pasti sesiapa sahaja biasanya berasa selesa dengan kemudahan air minum bersih yang tersedia 24 jam tanpa henti.


Kenapa Cuckoo?

Iris Top Cuckoo didatangkan dengan panel sentuhan dan pelan pemilikan fleksibel Cuckoo Goood Plan, yang membolehkan setiap rakyat Malaysia memiliki penapis air itu serta menikmati air lebih sihat setiap hari dengan mudah.


  • Tiada Yuran Pemprosesan (Jimat RM265)
  • Penghantaran & Pemasangan PERCUMA
  • Pemasangan Semula PERCUMA
  • Permohonan Yang Mudah (Tanpa Payslip)
  • Servis, Tukar Filter & Waranti Selama 5 Tahun
  • Tangki Stainless Steel Auto Refill
  • Child Safety Lock Button
  • Halal JAKIM

Iris Top Model Terbaru Cuckoo

Penapis air baharu Cuckoo mendapat sambutan hangat apabila 3,000 unit terjual dalam masa 10 hari, melalui kempen pra tempahan 'Cuckoo Early Bird Promo', sebelum diperkenalkan kepada umum.


● Model setanding dengan model ICON
● Model terbari daripada CUCKOO dengan harga serendah RM75 sebulan
● Fungsi air panas, sejuk & suhu bilik
● Saiz tangki 2L air sejuk, 1.4L air panas & 1.8L suhu bilik
● Tangki air stainless steel (Melambatkan proses pembiakan kuman berbanding tangki plastik – Anti Bakteria)
● Tukar filter percuma setiap 4 bulan
● Servis percuma setiap 4 bulan
● Nano positive filtration system
● Child safety lock

*Servis dan Warranty adalah PERCUMA sepanjang kontrak sewabeli.

Promosi Iris Hanya RM94.34 Sebulan dan percuma Tubing

Harga permulaan penapis air Cuckoo Iris Top ini dengan Promo Goood Plan hanyalah RM94.34/sebulan. Dan sekiranya anda mengambil pakej Goood Plan ini, anda tidak perlu membayar sebarang kos tambahan malah akan dapat percuma tubing semasa pemasangan!



Banyak penjimatan dan anda tidak perlu lagi pening kepala. Ia berbeza dengan pelan pemilikan penapis air lain kerana Cuckoo Goood Plan adalah fleksibel yang membolehkan pelanggan boleh membuat pilihan amaun ansuran bulanan serta tempoh ansuran.

Ciri-Ciri dan Kelebihan Iris Top Cuckoo

Air yang dihasilkan oleh penapis air Cuckoo Iris Top ini adalah bermineral dan beralkali ringan. Ciri-ciri dan teknologi yang terdapat pada penapis air Cuckoo akan mengekalkan tahap mineral sihat yang ada pada air, sihat dan selamat untuk diminum oleh seisi keluarga termasuk anak-anak. Kadar pH air pula adalah sekitar pH 7-8 iaitu tahap alkali ringan. Lepas ni, anda tak perlu risau lagi mengenai kualiti air minuman di rumah kerana ianya adalah sihat dan selamat.


Penapis Air Iris Dilengkapi Ciri Keselamatan Child-Lock

Penapis air Iris berteknologi semi-digital sempurna dengan fungsi sesentuh 13 suhu selain dilengkapi ciri keselamatan Child-lock mengelakkan kemalangan melecur berlaku di rumah. Paparan digital penapis air ini turut memberitahu anda status operasi, pilihan air sejuk, panas dan suhu bilik serta jam waktu semasa.


  • Rekaan Khas Untuk Kegunaan Rumah.
  • Reka Bentuk Yang Langsing Dan Bergaya.
  • Penulen Air Lembut Alkali Pertama Yang Mempunyai Suhu Bilik, Air Panas Dan Air Sejuk.
  • Sistem Penapisan Positif Nano.
  • Tangki Air Keluli Tahan Karat.
  • Ciri Keselamatan Kunci Kanak-Kanak.
  • Sistem 6 Peringkat Penapisan.
  • Digital Panel Sesentuh.
  • Paparan Jam Digital.
  • 13 Suhu Boleh Laras.

6 Peringkat Sistem Penapisan Terbaik Dan Berkualiti

Tangki antibakteria dan Sistem Nano Positif Cuckoo Iris juga adalah sempurna untuk air minum. Sistem 6-peringkat ini sempurna untuk purata isi rumah sehingga 10 orang dalam satu-satu masa. 

Air tapisan Iris Top adalah standard WHO Worlds Health Organization yang diperakui menghapuskan sehingga 99% pencemaran air yang berbahaya seperti klorin, rasa, bau, VOC serta fluorida, arsenik, plumbum, nitrat, logam berat dan banyak lagi.


6 peringkat tersebut adalah :

  • Sediment Filter (Tahap 1) : Menapis karat dan partikel terapung
  • Pre-Carbon Filter (Tahap 2) : Menapis klorin dan sisa bahan organik
  • Natural Filter (Tahap 3-5) : Menyerap mineral air dan merembes menjadi air berkali ringan purata pH 7.5

Nano Positive Filter (Tahap 6) : Menapis 99% kuman, virus, kulat, zarah kecil dan logam berat seperti besi dan aluminium tanpa membuang mineral

Servis Setiap 4 Bulan

Semuanya Cuckoo provide. Cuckoo Doctress akan datang servis setiap 4 bulan. Masa tu dia akan cek 15 checkpoint. Tentang cara tukar filter pon anda tak perlu fikir. Setiap filter ada tempoh tukar. Jadi setahun, complete set mereka akan tukar.


Iris Cuckoo ni sesuai untuk siapa?

Iris sesuai untuk keluarga 10 orang ke bawah. Lagi-lagi untuk yang sudah ada anak kecil, Iris sangat membantu cepatkan kerja dapur dan memenuhi kehendak anak yang nak susu cepat selain mudah buat air dan minum air.


Berminat Nak Pasang Cuckoo?

Hubungi talian HOTLINE 24 jam dibawah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Tempahan diterima bukan sahaja untuk warga Melaka malah seluruh Malaysia!


hubungi/whatsapp : www.wasap.my/60196463929 (Najat Radzi)


PROF HARIZ INTERNET MARKETING BY POLICYSTREET


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia

Individu biasa dengan kejayaan dan pencapaian luar biasa bukanlah satu teori khayalan tingkat tinggi mahupun satu cerita dongeng yang direka-reka. Bagi sebahagian orang di luar sana yang membaca kisah kejayaan golongan ini, pasti menyangka mereka bermula dengan mudah. Hakikatnya, kisah hidup yang dilalui hampir kebanyakan daripada kita semua alami. 


Ridhauddin Hariz atau lebih dikenali sebagai Prof Hariz nama yang tidak asing lagi dengan dunia Internet Marketing Malaysia yang kini berkhidmat di sebuah syarikat Insurans PolicyStreet. Anak sulung dari tiga orang adik beradik yang berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang ini sangat tabah mengharungi kehidupan sejak kehilangan kasih sayang dari seorang ayah ketika umur beliau 3 bulan. Justeru, semangat dan dorongan dari ahli keluarga terutama isteri yang tercinta menjadi penguat beliau dalam mengharungi kehidupan yang mencabar. 


Latar Belakang Prof Hariz Internet Marketing Malaysia



Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian.

Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing.


Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian. Prof hariz sudah lama bergelumang dalam dunia bisnes, sudah pasti ilmu-ilmunya menjadi satu jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan mampu mengemudi bahtera daripada zero menjadi hero.


Apa itu Internet Marketing/Pemasaran Internet?

Di Malaysia, kita lihat fenomena ini sudah mula berkembang. Individu yang sudah berjaya membina perniagaan daripada RM 1 menjadi jutaan ringgit sanggup turun padang berkongsi ilmu, strategi, tip dan teknik yang perlu dipraktiskan oleh usahawan baru. Semua ini memerlukan pemasaran internet yang betul bagi mengembangkan produk anda.

Internet marketing telah muncul sebagai salah satu media yang paling inovatif bagi organisasi untuk mempromosikan produk. Internet menjadi pilihan kerana elemen kepantasan merentasi seantero dunia dalam menghebahkan maklumat terutamanya di media sosial seperti facebook, instagram, twitter, blog dan laman web. Walaubagaimana pun, semua ini memerlukan skill yang hebat jika tidak pemasaran yang dilakukan hanya sia-sia. Oleh itu, tidak hairanlah jika Prof Hariz dikenali sebagai Pakar Pemasaran Internet di Malaysia kerana kemampuannya meningkatkan jualan bukan calang-calang orang boleh melakukannya. 

Kelebihan Internet Marketing Untuk Bisnes Anda

Internet marketing juga memiliki banyak kelebihan yang tentunya memberikan pelbagai kemudahan dalam hal mengakses produk yang akan ditawarkan, dengan menggunakan internet marketing maka dari itu anda sebagai seorang pengusaha yang memiliki bisnis juga akan dengan mudah memasarkan produk dengan cara melalui blog atau website yang sudah diolah melalui sistem internet marketing.


Antara kelebihannya :

  • Iklan di internet boleh dilihat oleh semua orang termasuk dalam dan luar negara
  • Mempromosikan bisnes di internet adalah lebih murah daripada media pasaran lain. hal ini memudahkan usahawan kecil mengiklankan produk mereka
  • Memudahkan urusan pembelian antara pembeli dan penjual

Prof Hariz Pakar SEO dalam Pemasaran Internet

Adakah anda sering mendengar perkataan SEO di seminar-seminar perniagaan internet? SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization. SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet. Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.



Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 


Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Pakar pemasaran internet dan guru bisnes ini sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka demi membangunkan ekonomi ummah melalui jalan perniagaan dan pencapaian beliau kini telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.


Pencapaian Terbesar Prof Hariz

Berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online.
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
         - Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada Mac 2015
         - Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
         - Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
         - Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                     strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016



  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu.


Mengenai PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
Perbehentian kerjaApa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian

Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.

Mengapa Prof Hariz Target Online Marketing?

Trend sekarang, kita akan fokus terus ke prospek yang TEPAT. Betul, agak sukar jika kita masih menggunakan kaedah tidak menapis lebih awal prospek yang kita nak. Tapis dan tapis itulah akan jadikan prospek yang kita perolehi adalah benar-benar yang sedang mencari atau berminat dengan produk atau servis yang ditawarkan.

Ramai yang fokus kepada bentuk perniagaan online ini, dan persaingan semakin sengit dalam internet. Namum bila anda tahu sebenarnya 'Strategi & Teknik' yang diberikan oleh Prof Hariz, adalah mudah bagi perniagaan anda bersaing secara sihat. Antara teknik yang dibicarakan lebih kepada:

  • Platfom TEPAT semasa melakukan promosi online
  • Teknik dan Strategi berkesan dalam menarik prospek
  • Menentukan prospek TEPAT dengan NICHE market yang dikenalpasti
  • 'Zero Cost Marketing' - Hot

Pemasaran Produk Yang Lebih Efektif di Internet

Prof Hariz menjalankan perniagaan berasaskan Internet secara Online sehingga kini. Kini sudah tidak asing lagi dengan penjualan dan pembelian secara 'online' dalam talian internet telah diterima ramai dalam dan luar negara. Pelbagai produk dan perkhidmatan telah beliau memasar dan mempromosikan dengan hanya menggunakan internet dalam pelbagai platform online ini.



Dari menerima tempahan membina laman web, membantu mengadakan kempen pemasaran dalam internet, membuat perkongsian ilmu pemasaran internet dan kini menumpukan kepada memberikan latihan khusus kepada usahawan dan bakal usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka dalam menggunakan media internet. Apa sahaja yang berkaitan dengan internet dan online adalah menjadi rutin harian beliau.


Semua ilmu teknik dan strategi perniagaan internet dan online yang dilakukan akan dikongsikan kepada anda dengan bahasa dan gaya yang mudah untuk fahami, walaupun anda masih baru dalam bidang ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah ikut apa yang beliau tawarkan. Itu sahaja! Prof Hariz akan membantu dalam menyelongkarkan rahsia dan teknik dalam menghasilkan penjualan produk atau perkhidmatan yang anda jalankan sebagai perniagaan.


Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian.

Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review

Prof Hariz Servis Terbaik di Malaysia dalam dunia Internet Marketing


Pemasaran internet kini menjadi salah satu cabang yang penting dalam perniagaan anda. Kekuatan pemasaran internet dalam perniagaan anda mampu membuatkan perniagaan anda untung berlipat kali ganda berbanding anda bergantung sepenuhnya dengan pemasaran offline.

Jangan ketinggalan! hubungi Prof Hariz sekarang!!

Whatsapp : +6012-5336713


Baju senaman Jonlivia selesa dan serap peluh!


Assalamualaikum...

Salah satu menjaga kesihatan diri adalah dengan bersenam. Rasanya ramai yang memilih untuk bersenam di rumah kerana kita bebas nak pakai baju yang kita suka tanpa perlu diperhatikan oleh orang.

Bagi mereka yang memilih bersenam di gym pula lebih banyak kelebihan kerana peralatan di gym lebih banyak, dan selesa. Walaubagaimana pun, terpulang pada individu sama ada ingin bersenam di rumah atau di gym. 


Fara lebih memilih bersenam di rumah kerana faktor selesa. Kalau berpeluh banyak sekalipun tidak rasa malu sebab di rumah hanya ada anak-anak.  Kalau anak-anak meragam semasa sedang bersenam, agak senang untuk fara tangani mereka. 

Baju senaman dari Jonlivia selesa dan serap peluh

Siapa kata kalau bersenam di rumah tak perlu pakai baju senaman? Boleh je kalau nak pakai baru ada semangat nak melakukan senaman. Baju ni dari jonlivia. Istimewanya baju ni sampai fara sanggup pakai semasa senaman adalah ianya menyerap peluh dan tidak panas!


Kualiti baju senam Jonlivia juga sangat bagus dan ditambah dengan aksesori di bahagian tangan yang boleh diletakkan telefon memudahkan waktu senaman. Nak letak Telefon screen 6 inci pon muat. Sesuai kalau anda yang suka bersenam di luar mahupun di gym bolehlah try baju ni. 

Kelebihan bersenam

Senaman memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan kita. Kita disarankan melakukan 30 minit exercise setiap hari dan anda akan mendapati sesuatu kelainan. Tidak percaya?? Cubalah !! Anda pasti akan merasainya. Antara kelebihan bersenam ialah :


1. Meningkatkan daya ingatan/memory. Aliran oksigen dan tenaga kedalam otak meningkat selepas setiap kali bersenam
2. Membaiki posture badan dan menjadikan badan lebih tegak dan lurus.
3. Membaiki rupa paras dan seterunya meningkatkan keyakinan diri/self confidence.
4. Menghilangkan kesan buruk dari stress akibat tekanan fizikal dan mental.
5. Mudah dan nyenyak tidur.
6. Meningkatkan tenaga dan produktiviti kerja.
7. Lebih sihat dan mengurangkan sakit seperti deman selsema dan lain-lain
8. Meningkatkan tenaga seksual dan mencegah lemah tenaga batin.
9. Lebih sihat dan hidup lebih lama. Exercise ada kesan anti ageing.



Ingin dapatkan baju senaman Jonlivia? Beli dan tempah sekarang di laman sesawang di bawah : 




Tempahan/Servis Jahitan Pukal Murah di Selangor

Assalamualaikum...

Safraa Tailor menyediakan perkhidmatan menjahit secara pukal khusus untuk anda dan usahawan-usahawan pakaian serta tudung yang ingin mengeluarkan pakaian di atas jenama sendiri.

Pernah tak anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat tukang jahit yang berkemahiran untuk menghasilkan hasil jahitan yang berkualiti tinggi?


Perkhidmatan Menjahit Tudung & Baju Secara Pukal. 

Disitulah kemahiran dari servis Safraa' Tailor bukan sahaja mampu menghasilkan hasil kerja yang berkualiti dan bagus malah, membantu anda fokus pada jualan dan selebihnya seperti jahitan mereka akan uruskan.


Mesin Jahit berkualiti untuk kekemasan jahitan

Safraa Tailor sanggup melabur dengan banyak bagi memiliki mesin-mesin jahit ini kerana kebolehan mesin jahit tersebut dapat menghasilkan jahitan yang berkualiti tinggi lagi terbaik.


Kelebihan jahitan pukal berbanding borong

Anda mempunyai kelebihan berbanding peniaga-peniaga pakaian lain di mana anda boleh menempah produk pakaian anda mengikut kehendak dan citarasa permintaan pelanggan anda. Dalam kata yang lain, anda boleh buat custom-made dalam kuantiti yang lebih banyak dan pantas!

Berbeza jika anda beli daripada pemborong, anda 'terpaksa' ikut pattern yang mereka sediakan. Jika anda yang berpengalaman, tentunya anda akan tahu dengan tren fesyen sebenar kehendak pelanggan tetap anda.




Kelebihan servis jahitan pukal di Safraa' Tailor

➡ Produksi di kedai mereka berjalan pada pagi hinggalah ke malam bagi memenuhi permintaan 'macam goreng pisang panas!' daripada para pelanggan kami yang terdiri daripada usahawan pakaian seperti anda.

➡ Mengikut rekod safraa'Tailor, mereka banyak menerima tempahan jahit pukal jenis-jenis pakaian seperti tudung, shawl, halfmoon, jubah, telekung, baju kurung, baju wanita bersaiz besar serta baju nursing (ibu menyusu).

➡ Dari situ anda sendiri boleh lihat inilah dia hot niche dalam perniagaan pakaian yang saya pasti tentunya anda sendiri pun inginkannya. Inilah potensi produk-produk pakaian yang boleh berikan 'wang besar' untuk anda!

➡ Berapa minimum helai yang kami terima untuk tempahan? Inilah salah-satu soalan 'panas' sering ditanya. Baiklah begini ... Minimum Order Quantity (MOQ) yang Safraa'Tailor terima bagi tempahan tudung adalah sekodi yang bersamaan dengan 30 helai. Bagi pakaian jenis baju kurung, top, skirt, jubah dan pelbagai lagi yang seangkatan dengannya pula adalah juga 30 helai Minimum Quantity Order yang kami terima.

➡ Bagi ke semua jenis tudung dan pakaian ini, dari segi pola iaitu pattern rekabentuk & saiz perlulah sama. Dari segi warna dan material jenis kain pula boleh campur-campur tiada masalah.





Kepuasan Pelanggan Keutamaan kami

Safraa' Tailor turut menekankan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap tempahan yang diterima bagi menjamin kepuasan pelanggan pada paras maksimum. Pekerja jahitan juga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tugas berasingan seperti memotong kain, menjahit tepi, jahitan penuh pakaian, menyeterika serta membungkus pakaian yang siap dijahit.


Tempat/Lokasi kedai Jahit Pukal Safraa' Tailor :

Alamat
no 8-2, jalan klang sentral 11/ku5
klang central
41050 klang selangor



Saffraa' Trailor Mahir dalam pemotongan dan jahitan pakaian baju wanita seperti Baju Kurung Biasa, Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Moden, Baju Kurung Riau, Blause, Jubah,tudung, khimar dan lain-lain.

Kedai Jahit Saffraa' Tailor yang terletak di Klang Sentral semakin mendapat nama dan tempat dalam masyarakat kerana hasil jahitannya begitu kemas, teliti, dan yang paling penting murah mengikut budget anda. 

"Pengalaman adalah faktor safra' Tailor dapat bertahan di dalam industri ini"

PERHATIAN!!

Bagi yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan harga baju sila hubungi atau Whatsapp terus :

Tel : 012 7713753 (Mastura Abdullah)
Tel : 011 14215554 (Mila Ramli)
Tel : 011 1258 2328 (Rohaya)



Bayi dan Jaundis | Jangan Ambil Mudah |

Apakah Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi yang baru lahir mendapat jaundis

Image result for jaundis


Apakah yang menyebabkan jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan di buang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.

Bayi yang sering mendapat Jaundis adalah:
  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi kekurangan G6PD
  • Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya :
          - Ibu mengalami Rhesus Negatif(-ve)
          - Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis Merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak, dan kematian otak

Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?
  • Jaundis dalam masa 24jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh

Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa sekiranya bayi mengalami jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi dibawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan penyusuan susu ibu



Apakah masalah jangka panjang daripada Jaundis?

sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami :
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum

Petua/Tip Menurunkan Jaundis Paling Berkesan

Setiap bayi mempunyai Jaundis yang berbeza tahap Bilirubin dalam badan Termasuk bayi fara sendiri menghadapi masalah Jaundis selepas dilahirkan. Ibu-ibu jangan khuatir kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali Mati. InshaAllah tips atau petua yang fara amalkan untuk menurunkan Jaundis pada bayi fara mujarab dan paling senang untuk diamalkan. Sebagai seorang ibu, jika bayi anda mengalami Jaundis, ikhtiarlah semampu yang boleh untuk memastikan Jaundis tersebut dapat di turunkan sebelum perkara yang tidak di ingini terjadi.

Hati ibu mana tidak risau jika anak terkena Jaundis kan? Perkara pertama sejurus check bayi ada Jaundis terus fara "search" di google dan bertanyakan pada orang tua tip untuk menurunkan Jaundis dengan cepat. Rata-rata suggest fara minum air sengkuang cina.


Sepanjang bayi kena jaundis, Fara minum air tin F&N seasons NutriWell water chestnut sahaja untuk menurunkan Jaundis. Dan alhamdulillah kesan yang dapat dilihat sangat memberangsangkan. Result bilirubin yang turun begitu ketara sekali. Selain itu, pastikan anak anda kerap minum susu selang 2 jam. Minum susu yang kerap juga turut membantu menurunkan kadar Jaundis.


Lega hati bila tengok result Jaundis dari 192 TURUN ke 85 dalam masa 3 hari... Kerapkan penyusuan dan amalkan Air tin F&N water Chestnuts sahaja sepanjang bayi Jaundis.


Rujukan : Buku klinik kesihatan