Prego buddies - Pasta Menarik Pelbagai Bentuk Untuk Anak-Anak

Prego, pakar hidangan pasta, telah meleraikan pelancaran Prego Buddies iaitu pasta kering berbentuk menarik keluarannya yang pertama untuk kanak-kanak baru baru ini. Apa yang lebih hebat ialah ia boleh disediakan dalam hanya 10 minit.


Prego Buddies Bertemakan Sukan Dan Angkasa

Prego Buddies didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta boleh didapati dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM 2.35. Pengenalan pasta untuk kanak-kanak itu ke dalam rangkaian produk sos pasta dan pasta kering Prego bakal memenuhi kehendak serta citarasa pengguna yang lebih luas.


Prego telah memenuhi citarasa keluarga dengan menawarkan pelbagai jenis sos pasta dan pasta kering. Prego kini teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya dengan memperkenalkan Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta serta bagi memenuhi keinginan para ibu untuk menjadikan masa makan anak-anak mereka sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.

10 Minit Sahaja Waktu Penyedian Prego Buddies

Kebanyakan ibu bersetuju bahawa anak-anak mereka cerewet dalam memilih makanan dan tidak mahu masa bermain mereka diganggu ketika makan. Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.

Khasiat Sayuran Ada Dalam Prego Buddies

Para ibu dapat menyediakan hidangan yang mengandungi khasiat sayuran dan menjadikan masa makan mereka lebih menyeronokkan. Prego turut membantu para ibu agar lebih kreatif dalam menyediakan hidangan bertemakan barat atau tempatan untuk si cilik dengan resipi hidangan pasta menggunakan Prego Buddies serta beraneka pilihan sos pasta Prego


Artis Terkenal  Meraikan Majlis Perlancaran Prego Buddies

Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid itu ialah selebriti serta pelakon wanita terkenal, Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana; pengacara radio dan TV, Gan Mei Yan dan anaknya Jo; tukang masak cilik, Danish Harraz; maskot Prego Buddies, Buddies dan watak siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.


Pada majlis itu, Danish Harraz yang baru berusia sebelas tahun turut mempamerkan bakatnya dalam bidang masakan dengan menyediakan salah satu daripada dua resipi ciptaannya yang menggunakan Prego Buddies dan sos pasta Prego. Apa yang pasti, hidangan Buddies Ayam Keju hasil air tangannya itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan para selebriti serta media yang dijemput ke majlis berkenaan.


Resipi Ciptaan Danish

Para penggemar pasta boleh mendapatkan resipi istimewa hasil ciptaan Danish iaitu – Buddies Ayam Keju dan Cucur Ayam Buddies di www.pregobuddies.com. Para ibu dan anak-anak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta resipi mereka sendiri di laman sesawang berkenaan sementara anak-anak menerokai aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan Buddies.

Dapatkan Prego Buddies Di : 

Semua produk tersebut boleh didapati dengan mudah di seluruh negara. Dapatkan beraneka resepi yang mudah serta enak untuk disediakan di www.pregobuddies.com



Kelebihan Aveeno Baby Terbaik Untuk Perlindungan Kulit Bayi Anda


Aveeno, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan kesejahteraan hidup.


ACTIVE NATURALS – ramuan daripada sumber semula jadi yang memberikan kebaikan sebenar!



Ciri paling unik Aveeno adalah ramuan ACTIVE NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar.

Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.

Fungsi dan kebaikan Oat untuk kulit 

Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya.


Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan. Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi.

Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti oksida

Memberi Kelembapan Dan Melindungi Kulit Bayi Termasuk Kulit Sensitif

ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir. Aveeno Baby® menyediakan produk untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit gatal, kering atau merengsa daripada berulang.



Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan.

Boleh dapatkan rangkaian produk Aveeno di :





Perbezaan Momo Challenge VS Blue Whale

Perbezaan Antara Momo Challenge Dengan Blue Whale Challenge



Game Momo Challenge ini berbeza dengan The Blue Whale tapi mempunyai tujuan yang sama iaitu supaya remaja bunuh diri selepas terlibat.

Momo Challenge lebih agresif dari segi pihak Momo Challenge mengugut perkara violence dan call untuk mengugut sekiranya mangsa tidak mahu meneruskan game tersebut.

The Blue Whale lebih kepada peningkatan body tolerance towards pain and to finally commit suicide.

Momo Challenge lebih kepada mencabar orang untuk melakukan keganasan termasuklah membunuh diri.


Sebagai ibu bapa, awasi setiap pergerakan anak anda. Didik hati dan minda anak supaya tahu yang mana baik, yang mana buruk. Yang mana boleh diikut, yang mana tidak boleh diikut. Semoga dijauhkan dari perkara tidak diingini.




AMARAN! Awasi Anak Anda Dari Terlibat Dengan Momo Challenge


AMARAN pada IBU BAPA: Momo challenge galak kanak-kanak bunuh diri?



Momo Challenge ?

Momo Challenge ialah sebuah permainan 'psycho' yang target utama ialah golongan kanak-kanak. Sosial media yang menjadi target mereka ialah whatapps.

Biasanya akan ada satu mesej melalui whatapps daripada nombor yang tidak di kenali yang ber'DP'kan gambar seram di bawah. Mereka akan suruh kita save nombor itu.

Mereka akan ugut kita melakukan apa yang mereka suruh dan akhirnya akan memberi arahan untuk bunuh diri. Mereka akan hack segala bentuk maklumat dalam phone kita termasuk contact,gambar,video dan paling penting kamera kita. Mereka boleh rakam melalui kamera kita dan mereka memerhatikan kita setiap masa.

Adakah permainan ini bahaya? Ya, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun meninggal di Argentina kerana permainan ini. Ada beberapa lagi kes direkodkan di negara-negara lain.

Perhatikan apa anak anda buat dengan telefon. Biasanya Mentaliti kanak-kanak cepat percaya apa orang cakap bahkan orang dewasa pun pernah kena dengan permainan seperti 'blue whale game'.

Bagaimana nak elakkan dan atasi masalah ini? 

1.Jangan save nombor itu. Tiada siapa setahu saya mampu hack seluruh maklumat dalam phone hanya dengan chat whatapps.

2.Anda kena block nombor itu secepat mungkin. Biasanya momo akan beritahu nombor itu tidak boleh di block tetapi sebenarnya boleh.

3.Jangan muat turun apa-apa jenis media atau tekan apa-apa link.Biasanya mereka akan hack melalui virus yang disertakan dalam media itu. Anda bukan saja download media tetapi virus sekali.

4.Elakkan simpan apa-apa gambar peribadi seperti gambar bogel,tidak menutup aurat, maklumat akaun bank dsb dalam phone.

5.Sila buat laporan polis secepat mungkin kerana momo bukan hanya satu nombor. Mungkin mereka mempunyai berpuluh, beratus, beribu atau berjuta nombor. Momo ialah satu 'network'.



Sila #share maklumat ini, anda mampu menyelamatkan nyawa.
#MomoChallenge

Perkhidmatan Penghantaran Bunga Di Seluruh Malaysia

Assalamualaikum..

Mencari perkhidmatan penghantaran bunga ke seluruh Malaysia pada harga murah dan servis berbaloi? Fara ingin memperkenalkan kepada anda Flower Chimp. 


Tawaran Harga Serendah RM89 Sahaja!

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. 


Penghantaran Bunga Boleh Dibuat Ke Seluruh Malaysia

Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. 


Boleh Memilih Tarikh Sendiri Untuk Penghantaran

Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. Pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas

Related image

Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. 


Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.


Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.



Hubungi :

Flower Chimp di Malaysia 

Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp


Flower Chimp di Indonesia

Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina

Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com



Japan Seamless Bra Selesa Dipakai Setiap Masa | Hwoofit

Perasan atau tidak apabila kita memakai T-Shirt seringkali ternampak bentuk 'nipple' atau 'renda' walaupun telah memakai bra? Haaa, inilah kesilapan kita memilih bra mengikut kesesuaian pakaian. Ya! nak pakai bra pun kena pandai pilih kalau tidak boleh menimbulkan 'wak sangka' pada yang memandang.


Pemilihan bra yang tepat sebenarnya penting agar tak nampak garisan bra bila memakai baju jenis T-Shirt. Fara sendiri baru tahu perkara ni setelah baca tips dari pakar. Sebelum mengetahui perkara ini, Fara hanya 'sekadar beli/amik je' apa yang murah dan berkualiti. Silap rupenya!

Jepun Seamless Bra Memberi Sokongan Dan Keselesaan Sempurna

Ok, dipendekkan cerita, Fara pun try la beli Seamless Bra dari Hwoofit untuk lihat perbezaannya. Yess! memang ada perbezaan. Bahagian hadapan Seamless Bra ni licin dan apabila memakai T-Shirt nampak lebih rapi dan rasa selamat.


Material bra ini pula diperbuat daripada bahan yang sangat lembut sehingga tidak ketara kelihatan bentuk payudara apabila memakai T-shirt. Warna Seamless Bra ini pula paling menarik perhatian Fara. Warna tona Hijau Lumut. Seamless Bra adalah alternatif push up bra tanpa dawai yang memberikan sokongan dan keselesaan yang sempurna pada masa yang sama.



Sesuai Dipakai Harian Dan Ketika Tidur

Japan Seamless Bra memberikan rasa ringan dan keselesaan paling best sesuai dipakai harian mahupun ketika tidur.  Satu-satunya keburukan memakai bra semasa tidur, terutamanya bra dengan sokongan dawai (underwire) adalah ia boleh menyekat peredaran darah anda. Jika dawai itu terlalu ketat, otot-otot dada akan tersempit, dan ini akan menjejaskan peredaran darah ke lengan dan tangan. Tanpa disedari, ketidakselesaan ini boleh menganggu anda tidur dengan nyenyak. Apabila seseorang tidak mendapat tidur secukupnya, kesihatan individu itu boleh terjejas.

5.png

Gambar diatas adalah bahagian dalam bra. Pemakaian bra jenis dawai adakalanya membuatkan rasa tidak selesa dan sakit kan? Japan Seamless Bra ni direka khas untuk memberikan keselesaan bagi peminat bra push up tanpa dawai. Paling istimewanya, bra ini menyokong penuh payudara nampak macam pakai 'push up'. Biasanya kena beli bra push up untuk terlihat montok tapi pakai bra ni pun sudah memadai. Kalau korang suka beli push up ber 'dawai' apa kata cuba jenis Japan Seamless ni pula?

Kelebihan Japan Seamless Bra :
  • Payudara lebih montok
  • Push Up Bra tanpa wayar
  • Boleh dipakai harian dan tidur
  • Selesa dan Ringan
  • Menyokong penuh payudara
Macam Mana Nak Beli Japan Seamless Bra ni?

kalau korang berminat nak beli, terus buat pembelian ke laman sesawang Hwoofit okay!

Facebook : Hwoofit