Cara Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM80,000 dari Johnson’s ® Baby



Johnson’s ® Baby of the Year Contest Kembali! Tampilkan ‘pesona diraja’ si manja anda untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM80,000



Jenama penjagaan bayi yang terkemuka, Johnson’s ® mahukan si  putera dan si puteri yang kecil membawa pulang mahkota Johnson’s ® Baby of the Year Contest 2018 yang berprestij dan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga RM80,000.

Peraduan bayi yang telah disertai oleh para ibu beberapa generasi yang lalu kini kembali dengan tema yang sangat bermakna – “The Royal Celebration for Johnson’s ® 125 Years with Your Princes & Princesses”.

Cara Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM80,000 dari Johnson’s ® Baby

Untuk meraikan kebanggaan dan kasih sayang ibu terhadap si manja anda, peraduan ini akan melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik dalam empat tema istana iaitu :
  • Royal Adventure
  • Magical Snow
  • Stardust Fairies
  • Modern Monarchy. 

Ibu bapa boleh menggunakan sticker yang sedia ada untuk menghias foto si manja mereka bagi menyertai peraduan ini.

Pemenang Dipilih Mengikut 3 Kategori Umur

Hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 sangat bersesuaian dengan tema ‘diraja’. 
Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur; 
  • 0 hingga 12 bulan, 
  • 1 hingga 3 tahun,
  • 4 hingga 6 tahun. 


Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s ® bernilai RM400. Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah.



10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s ® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.


4 Langkah Mudah Untuk Menang. Caranya Adalah :


1. Membeli mana-mana produk bayi Johnson’s ® mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

2. Ambil gambar si manja mereka yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018.

3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muat naik gambar.

4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda.

Itu sahaja! Si manja anda kini berpeluang untuk diberi gelaran sebagai Putera atau Puteri Johnson’s ® !

Boleh Hantar Sebanyak Mungkin Penyertaan!

Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu, jadi ambil gambar sebanyak mungkin untuk putera dan puteri mereka.

Bagaimana Pemilihan Akan Dibuat?

Dalam proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s ® untuk diundi oleh para pengguna. Layari laman media sosial mereka untuk menyemak sama ada si manja anda disenarai pendek.


Jangan Lupa Hantarkan Penyertaan Anda Di :

Gunakan masa yang indah bersama si manja anda dengan menyertai Johnson’s ® Baby of the Year Contest 2018 – Hantarkan penyertaan anda di www.johnsonsbaby.com.my/boty2018

Contoh gambar anak fara.. kami join contest ni jugak.. hehe

Contest Bermula Dari 1 September 2018 dan TAMAT pada 31 Oktober 2018.

Resipi Sup Daging Power Mudah Dan Sedap


Sup, Resipi seisi keluarga yang cukup mudah dibuat. Penambah selera ketika demam atau tidak sihat. Dari anak kecil hingga orang dewasa mesti suka makanan jenis bersup.


Dipendekkan cerita, Tengok dalam peti ais, ada daging korban pemberian jiran. Cairkan dahulu dagingnya, kemudianya baru fikir resipi masakan yang sedap untuk daging. Nak buat daging masak kicap, anak-anak kurang gemar. Jadinya, Sup Daging sahajalah yang sesuai untuk dimasak harini.

Kebetulan, bahan-bahan untuk membuat sup daging cukup. Mulakan dengan memotong bahan-bahan sementara anak-anak tengah leka bermain. Nak buat sup daging ni cukup mudah dan senang. Bahan-bahannya pula tidak banyak. Orang bujang pun boleh masak sup daging ni


Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Sup Daging :

Bahan bahan:
  • Daging
  • 1-2 biji ubi kentang - potong kecil
  • 1 batang karot
  • Daun sup (tak letak pun tak pa)
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Sup bunjut

Bahan Penumis:
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  • 1 inci halia - tumbuk kasar

Cara-cara Memasak :

1. Rebus daging sampai empuk.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan tumis sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan ubi kentang dan karot. Masak sehingga ubi kentang lembut.

3. Setelah daging empuk, tuang bahan yang ditumis ke dalam daging yang direbus. Masukkan garam, sedikit ajino-moto dan sesuaikan rasa.

4. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng, dan daun sup untuk penambah bau dan rasa


Siap untuk dihidang 😋



Cara Nak Lihat Produk Di Pasaran Berdaftar Dan Selamat Diamalkan

Alasan bahawa lambakan produk terkini di Malaysia sudah diluluskan oleh KKM jadi tentulah SELAMAT dan BERKESAN. Benarkah?

Sebenarnya tanggapan ini adalah Tidak tepat kerana apa yang KKM (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) lakukan ke atas produk-produk tradisional adalah menguji kehadiran bahan asing ataupun pencemaran oleh bahan-bahan tertentu. Ujian yang dilakukan hanyalah terhadap KUALITI dan KESELAMATAN (“safety”). Ujian yang KKM lakukan BUKAN untuk mengesahkan KEBERKESANAN.

KKM akan menguji sifat fizikal, steriliti dan kehadiran beberapa bahan pencemar di dalam produk yang hendak dipasarkan. Jika bahan-bahan ini tidak dikesan ataupun dikesan pada kuantiti rendah di bawah paras bahaya, maka KKM akan memberi kelulusan kepada pengeluar untuk menjualnya.

Bahan-bahan tersebut adalah:

1. Jumlah keseluruhan bakteria
2. Jumlah keseluruhan kulat
3. Pencemaran bakteria iaitu :
E.coli, Staph aureus, Salmonella dan Pseudomonas
4. Pencemaran logam berat iaitu:
Lead, Cadmium, Arsenic dan Mercury

KKM juga akan menguji kandungan steroid ataupun bahan-bahan campur-palsu. Ujian khas juga akan dilakukan bergantung kepada tuntutan dan indikasi.

Kesimpulannya, lulus KKM bukan bukti produk itu berkesan dan terjamin selamat. Ianya cuma lulus tapisan KKM dan mendapat lesen untuk menjual produk. Semuanya akan kembali kepada kebijaksanaan pengguna. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK.

Cara Nak Lihat Produk Di Pasaran Berdaftar Dan Selamat Diamalkan

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my. Sekiranya terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalakkan untuk membuat laporan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my.


Nota kecil buat semua :

Apa yang terbukti mencegah penyakit jantung ialah: 

Cegah obesiti, cegah atau kawal penyakit kencing manis, cegah atau kawal tekanan darah tinggi, bersenam dengan kerap dan jangan merokok.  Bukan telan multivitamin supplement

Untuk mencegah kanser ialah :

Jangan minum arak, Jangan merokok, Jangan jadi gemuk, Cegah diabetes, Bersenam dengan kerap, Jangan telan berlebihan supplemen Vit A, dapatkan HPV vaccine dan Pap smear untuk wanita. Bukan telan multivitamin supplement 

Saya pun ambil supplemen, tapi saya hanya ambil bila ada keperluan. Saya tak bagi nasihat sama kepada semua orang sebab keperluan setiap orang tak sama. Jika anda sihat, apakah niat makan supplemen? Kalau kata nak mencegah penyakit, anda sudah bersenam ke tidak hari ini?

Follow Professor Imelda Balchin untuk lebih ilmu.

Resipi Mee Goreng Basah Viral Meletop


Sebut je Mee goreng basah dah terliur dengan bahan-bahan menarik yang ada dalam masakan tersebut. Resipi ini juga sangat diminati ramai tidak kira usia. Fara dengan Aimi (anak sulong) sangat meminati jenis masakan berunsurkan "mee" boleh dikatakan hantu "mee".


Biasa beli di kedai pasti kurang menepati citarasa. Ada sahaja complain itu ini mengenai rasa dan bahan yang digunakan. Cara yang lebih mudah adalah dengan membuat sendiri. Hehe.

Bahan-bahan :
  • Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos...
  • Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos..
  • Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
  • Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos..
  • tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6 ..
  • Cili kisar 4sudu besar..
  • Sos cili 5sudu besar..
  • Sos tiram 1sudu besar..
  • Sos ikan 1sudu besar..
  • kicap pekat 1sudu besar..
  • Kicap manis 5sudu besar..
  • Kicap mee 2sudu besar..
  • air putih 1cawan kecil...
  • Minyak masak 2sudu besar untuk menumis...

Bahan-Bahan Untuk tumbuk

  • Cili api 10biji
  • bwg putih 3ulas...
  • Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat...

Cara-cara :

Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar..

Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..

masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..

Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap

Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup..



Harga Tiket Terkini Dan Aktiviti Di Farm In The City, Seri Kembangan


Farm In The City antara destinasi menarik bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil yang meminati haiwan. Menariknya, kita sebagai pengunjung dapat mendekati haiwan dengan lebih dekat dan berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan disitu.


Harga Tiket Farm In The City

Tiket masuk ke sini berharga RM37 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak ketinggian bawah 90cm masuk adalah percuma. Pastikan anda menunjukkan kad pengenalanan (mykad) untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah.


Suasana Alam Semulajadi Diterapkan Dalam Kandang Setiap Haiwan

Kebanyakan haiwan disini dibiarkan berkeliaran secara bebas di kandang khas yang hampir meniru alam semulajadi mereka. Pengunjung boleh memberi makan, menyentuh dan berinteraksi dengan lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik dalam jarak dekat.


Gambaran dalam Farm In The City ibarat macam anda masuk ke ruangan spesis kura-kura, kemudian birds, savanna, dan lain-lain. Setiap spesis haiwan ada kandang mereka sendiri yang luas. Haiwan disini juga banyak tidak perlu berebut untuk memberi makan kepada mereka..


Pengalaman Memegang Haiwan Dan Memberi Makan (Petting Zoo)

Destinasi pertama kami adalah mengenal sambil memberi makan kepada spesis kura-kura dari pelbagai jenis. Rasanya ini merupakan pertama kali kami melihat spesis kura-kura yang begitu besar sekali. Agak takut juga masa memberi kura-kura makan, risau tergigit. hehe. Selebihnya, rasa teruja melihat pelbagai spesis kura-kura lain disini.



Semestinya, ianya merupakan satu pengalaman manis buat kami yang telah berkunjung kesana. Lebih teruja, anak kami Aimi berpeluang untuk mengenal haiwan. Pada awalnya, Aimi agak takut melihat haiwan pada jarak dekat. Aimi mengambil masa agak lama untuk membiasakan diri. 


Part yang paling Aimi suka adalah bagi arnab makan. Bila dia lihat kawan-kawan lain bagi makan arnab, baru Aimi berani nak bagi arnab makan. Bila ada ayam yang berkeliaran di sekitar kawasan berhampiran Aimi akan kejar. Gembira Aimi sepanjang berada di Farm In The City.


Antara aktiviti paling seronok adalah menangkap ikan di Pet Village. Di sini peralatan penangkap ikan seperti yang Aimi pegang ada disediakan. Ikan yang ditangkap pula harus dilepaskan kembali ya. Berlari-lari Aimi mengejar ikan yang berenang di sepanjang kolam kecik itu.


Bawa anak-anak ke sini memang seronok. Bagi Fara ini merupakan satu peluang atau pengalaman untuk anak-anak mengenal saiz sebenar haiwan yang ada, belajar mengenal jenis-jenis haiwan, membelai haiwan, dan memberi makan haiwan yang ada. Bukan anak-anak sahaja yang gembira malah, Fara dan suami juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memegang ular, burung kakak tua, rusa dan banyak lagi! 


Gambar Sekitar Di Farm In The City











Kemudahan Lain Seperti Cafe, Tandas Awam, Dan Surau 

Kemudahan lain seperti Cafe, tandas awam, dan surau ada disediakan oleh pihak Farm In The City. Keselesaan kemudahan yang disediakan cukup memuaskan.


Lanje 1 Gambar Pegang Ular

Nak rasa sendiri pegang ular boleh ke kesini. Fara pernah pegang ular lagi besar dari ni masa di Penang. Waktu tu sampai kena pegang 2 orang sebab ular tu agak besar dan berat. Ular ni pula sedikit kecil. 


Mainkan Peranan Anda; Jadilah Pengguna Bijak




Bagaimana anda boleh menjadi Pengguna Yang Bijak? Sebagai seorang pengguna dan ibu, saya sentiasa melatih diri menjadi seorang Pengguna Bijak. Apakah ciri-ciri seorang Pengguna Bijak? Contoh paling mudah yang saya amalkan :

1. Sediakan senarai membeli-belah

Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku, sediakan senarai membeli-belah anda. Ini akan mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia akan membantu menjimatkan wang anda. Mudah, kan?

2. Bandingkan harga.

Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda idamkan, tetapi mendapat tahu yang barang itu dijual pada harga yang lebih rendah di kedai yang lain? Anggap aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari beberapa kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli.


3. Kualiti atau harga murah?

Harga memang penting tetapi anda tidak seharusnya mengabaikan kualiti barangan yang dibeli sungguhpun ia lebih murah. Sekiranya anda membeli beg berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti.

4. Pilihlah harga murah

Belilah dari peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan yang anda ingin beli. Segolongan peniaga membeli barangan mereka secara borong, untuk menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.


Kalau Untuk insurans Motor Macam Mana Pula?

Sama juga. Untuk pilih insurans ni, saya bukan ikut bulat-bulat apa yang ejen propose. Tapi saya pilih berdasarkan apa yang diperlukan. Ejen propose ikut pelan ‘standard’ syarikat, tapi kita kenalah match keperluan kita sendiri.

Baru -baru ini Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) memperkenalkan platform kepada orang ramai untuk memudahkan kita pilih insurans/takaful motor. Dari sini, pengguna boleh pilih dengan bijak serta membuat perbandingan harga sebelum membeli insurans.

Dalam website Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysia Takaful Association (MTA) ada menyediakan maklumat penting kepada anda mengenai perlindungan insurans/takaful motor secara langsung dengan syarikat insurans/takaful. Di sini, kita dapat bandingkan harga dari syarikat insurans/takaful berlainan dan siap boleh minta quotation harga.

Jadi, mainkan peranan anda dan jadilah pengguna yang bijak memilih. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang berikut :

http://www.malaysiantakaful.com.my/Phased-Liberalisation/Motor-Product-Selector.aspx
#PlayYourRole