Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak PPZ Kini Lebih Memudahkan


Terlalu Busy Sehingga Tak Sempat Nak Keluar Bayar Zakat?

Jangan risau....


Sekarang Dah Ada Kaunter Bergerak Untuk Bayar Zakat Oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)


Pusat Pungutan Zakat-MAIWP telah menyediakan kaunter bergerak bertujuan membantu proses kutipan dan agihan zakat, khususnya melibatkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di Sekolah, Karnival, Pameran, Konvokesyen IPT dan sebagainya. Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter ini termasuklah pembayaran zakat, permohonan bantuan zakat, pertanyaan, taksiran zakat dan khidmat nasihat. 

Jadi disinilah peluang untuk anda membuat taksiran dan pertanyaan terlebih dulu di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP bagi menentukan sama ada mereka perlu membayar zakat bagi tahun berkenaan atau sebaliknya

Dimana Lokasi Kaunter Zakat Bergerak PPZ?


Sepanjang bulan Januari sehingga April kaunter bergerak ini telah beroperasi di lokasi-lokasi terpilih seluruh selangor melalui program-program, forum perdana, karnival dan banyak lagi. Untuk lokasi seterusnya, anda boleh lihat di portal PPZ atau Facebook PPZ. Mereka akan update lokasi kaunter zakat bergerak melalui platform tersebut.


Anda Boleh Menempah Kaunter Zakat Bergerak Ke Tempat Anda

Menariknya lagi, anda kini boleh memanggil pihak urusan zakat untuk terus ke tempat anda tidak kira di tempat kerja, rumah atau dimana sahaja.  Perkhidmatan Door To Door ini khas Untuk Pembayar Zakat bernilai RM5000 keatas.  Perkhidmatan seperti ini pastinya lebih memudahkan urusan anda dan sekaligus memudahkan urusan pihak PPZ. 

Antara Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kaunter Zakat Bergerak Adalah :

Servis apa agaknya ya yang ada di kaunter zakat bergerak ni? Mesti ada tertanya-tanya kan? Di kaunter ini anda boleh dapatkan perkhidmatan seperti :
  • Pertanyaan zakat
  • Taksiran zakat
  • Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)
  • Salinan penyata/resit zakat

Image result for kaunter zakat bergerak

Macam yang saya katakan sebentar tadi, Kaunter Zakat Bergerak ni membuka peluang orang ramai untuk membayar zakat dengan lebih mudah tanpa perlu ke pejabat zakat. Segala pertanyaan mengenai zakat boleh diajukan di kaunter ini dan inshaAllah pihak PPZ akan melayan anda dengan baik.

Pembayaran Zakat Boleh Dibuat Secara :

Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak yang disediakan oleh PPZ-MAIWP bukan sahaja memudahkan orang ramai membayar zakat malah mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Dengan adanya perkhidmatan kaunter zakat bergerak ini anda tidak perlu ragu-ragu kerana ianya selamat. Mengenai cara pembayaran pula, ianya boleh dilakukan secara :
  • Tunai & Cek
  • Kad Kredit Islam & Kad Debit

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tentang lokasi kaunter bergerak ini bolehlah melayari portal PPZ :


Hubungi : 1300 88 5757
Website : Pusat Pungutan Zakat Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)
Facebook :Pusat Pungutan Zakat Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)



Resipi ikan bawal masak masam manis simple


Assalamualaikum.. hi korang

Kalau ada ikan bawal biasa buat masak apa? Selain digoreng Fara suka buat masak masam manis.. teringat dulu arwah ibu kalau masak masakan ni mesti kami tiga beradik berebut makan.. nasi dah siap masak je terus amik pinggan nak makan... Hehe.. kenangan betul...


Masakan paling sedap dari air tangan seorang ibu. Fara try buat macam ibu pun takkan sama rasanya. Ok, resipi yang fara buat ni ni memang mudah... Jom tengok


Bahan-bahan :

Ikan bawal 4 ekor digoreng dulu
Bawang besar 2 sebiji *tumbuk
Bawang kecil 4 ulas *tumbuk
Halia sikit *tumbuk
Tomato 1 biji *belah 4
Sos cili 2sudu
Sos tomato 3 sudu
Cili kisar 3 sudu
Sedikit air
Cara masak

1. Goreng ikan bawal separuh masak

2. Tumis bahan bertumbuk dan cili kisar

3. Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato. Biarkan mendidih kejap

4. Lepastu masukkan ikan bawal yg dah goreng dan tomato. Biarkan didih lagi.

5. Siap dihidang.

Stain Remover Kedai Rm2 Menghakis kotoran Degil


Assalamualaikum.. hi!

Kotoran degil kat lantai terutama kat bilik air memang buat rasa geram. Nak menyental sampai licin ambil masa cukup lama baru nampak bersih. Selagi bilik air tak bersih hati jadi tak tenang kan?


Pernah beli stain remover kat kedai Eco atau kedai Rm2 tak? Macam gambar kat atas ni? Ini antara barang popular untuk mencuci kotoran degil di bilik air.

Tak dapat dinafikan sejurus tuang stain remover ke lantai dan dibiarkan selama 20 hingga 30 minit, memang lantai jadi berkilat dan bersih seperti baru. Tetapi, baunya yang agak kuat ada ada kalanya buat rasa sesak nafas. Kena pakai mask semasa proses mencuci baru tidak menyakitkan hidung.

Lagi satu, kaki jadi mengelupas bila terkena stain remover ini. Jadi, saya nasihatkan pada korang yang bercadang nak cuba Stain Remover ni :

1. Pakai Mask
2. Pakai sarung tangan
3. Pakai selipar

3 perkara ni penting bagi mengelakkan kecerderaan kecil sepanjang proses pembasuhan.




Proton Terbaru X70 Tampil Eksklusif

Assalamualaikum.. hi korang!

Baru-baru ni Proton telah mengeluarkan model kereta terbarunya iaitu X70. Pandangan pertama Fara bila lihat X70 ni serius memukau! Proton X70 memenuhi kehendak dan dan citarasa orang sekarang yang suka dengan model kereta jenis SUV dan nampak eksklusif.


Perlancaran "Proton SUV terus mencuri tumpuan umum" - TV3. Fara tengok pun kagum dengan model terbaru Proton ni. Sangat sesuai untuk semua golongan terutama untuk mereka yang memiliki ahli keluarga yang ramai. Pasti berasa selesa dengan keadaan dalaman kereta yang luas ini.


Harga Proton X70

Harga Proton X70 bermula dari RM99 800 (standard) sehingga RM123 800 (premium). Dengan features technology, safety dan performance rasanya harga ni sgt reasonable. Lagipun ia adalah sebuah SUV bersegment C, dan ia adalah model fully import (CBU).



6 Tanda Kiamat Besar Mengikut Turutan


Bismillahirrahmanirrahim...

6 Tanda Kiamat Besar Mengikut Turutan

Mengkaji kitab Sahih Bukhari & Muslim
(Ustaz Wadi Annuar)


"TANDA PERTAMA"

1. Matahari Terbit Dari Sebelah Barat.

- Sebelum berlakunya kejadian itu, bumi akan bergelap selama 2 atau 3 hari...

-Bila-bila masa sahaja akan berlaku, disebabkan petanda kiamat kecil semuanya sudah pun lengkap.

-Pada waktu itu, semua org dimuka bumi ini menjadi org beriman. Tapi semuanya sudah terlambat.

Janji Allah itu pasti, Naik matahari sebelah barat, maka tertutuplah semua pintu taubat.

Hari Pertama Terbitnya Matahari itu.

Kita akan mengalami waktu siang yg panjang, iaitu selama setahun siangnya.

*Hari_Kedua.

Waktu siang kita akan berpanjangan selama sebulan.

*Hari_Ketiga.

Mengambil masa selama seminggu.

*Hari_Keempat.

Barulah ia akan menjadi hari biasa... mengikut peredaran masa siang dan malam.

"TANDA KEDUA"

2. Binatang Yang Melata

-"DABBAH" binatang yg berkaki 4, ia akan mendatangi kita dan akan bercakap dgn kita! Setiap manusia pasti akan bertemu dengannya.

-Binatang ini akan membawa cincin Nabi Sulaiman as dan tongkat Nabi Musa as.

-Tugasnya, menggunakan tongkat yang ada padanya dan diletakkan tongkat tersebut pada orang-orang beriman Dan orang-orang yang beriman itu akan bercahaya mukanya dan org itu akan diberi gelaran "Mukmin".

Manakala, cincin yg ada padanya pula diletakkan pada muka orang-orang yang tidak beriman org tersebut mukanya akan berubah menjadi hitam. Dan dia diberi gelaran "Kafir".

-Pada masa itu, semua org akan lupakan nama masing-masing. kita hanya akan mendengar nama kita @ nama org hanya dengan panggilan "Mukmin" @ "Kafir" sahaja.

-Setiap manusia akan dilabel oleh Dabbah, "Mukmin" @ "Kafir".

"TANDA KETIGA"

3. Awan dan Asap.

-Selepas binatang melata tadi pergi, maka keluarlah tanda kiamat yg ke3 ini....

-Apabila turun asap dan awan kena dengan kita, orang yang beriman akan mengalami demam dan selsema yg ringan.

-Apabila terkena org kafir pula, mereka akan mengalami seperti api yg akan menggelegakkan kepala mereka! mereka pakat berguling habis! mereka akan menjerit kesakitan "ya Allah.... buanglah azab nie..." mereka pakat dok berdoa....

-Tetapi doa sudah tak berguna diwaktu itu.

-Pada waktu itu, 1 bumi beriman pada Allah swt... tetapi iman itu tak lagi bermanfaat.

-Kemudian asap itu pun naik dan ia hilang... maka muncullah tanda besar kiamat yg ke4.

"TANDA KEEMPAT"

4.Dajjal


-Rambutnya kerinting..

-Matanya buta sebelah, dan sebelah lagi tersembul kluar seperti biji anggur....

-Setiap dari kita akan berjumpa dengan Dajjal dan Dajjal akan mengaku dirinya Allah dan Rasullullah saw.

-Dajjal hanya akan berkuasa selama 40 hari sahaja.

-Hari pertama ia keluar sama seperti terbitnya matahari disebelah barat.

Hari pertama siang yg berpanjangan selama setahun, hari kedua selama sebulan, hari ketiga selama seminggu dan hari ke4 dan seterusnya seperti biasa....

-Kelajuan Dajjal seperti angin yg bertiup... Dan pengikutnya seramai 70 ribu org yahudi.

-Apabila Dajjal keluar dari tempatnya nanti, langit akan berhenti menurunkan hujan. Dan bumi tidak akan lagi, menumbuhkan tumbuh2han.

Allah....

-Bayangkan....

Setahun, sebulan, seminggu dan seterusnya.... makanan org beriman masa itu hanyalah "zikrullah". Org yg beriman akan merasa kenyang dengan menyebut 1 patah zikrullah itu. Pagi 1 patah, tghhari 1 patah, petang dan malam 1 patah....

#Peringatan penting!

Apabila kita nmpk Dajjal, bacalah 4 ayat pertama surah Al-Kahfi.

Itulah senjata kita nak lawan Dajjal.

~SESIAPA YG SELALU AMALKAN SURAH AL-KAHFI, ALLAH AKAN MELINDUNGI DIA DARI FITNAH DAJJAL~

"TANDA KELIMA"

5. Turunnya Nabi Isa as

-Sekarang Nabi Isa berada dilangit yg ke2 dengan sepupunya Nabi Yahya as.

-Sifat Nabi Isa as....

Mukanya berseri-seri seperti org lepas mandi, misai dan janggutnya bercantum, warna misai dan janggutnya kemerah-merahan, hidungnya mancung, dia tak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

-Nabi Isa as akan turun diNegeri Syria.

-Dia akan turun pd waktu asar @ subuh, disalah sebuah masjid disana...

-Dajjal ini, bla melihat Nabi Isa as... dia akn terus lari bersama tentera-tenteranya.... kerana bau wangi Nabi Isa as akan menghancurkan Dajjal dan tenteranya, sebagaimana garam yg cair terkena air.

"TANDA KEENAM"

6. Yakjud dan Makjud.

-Mereka adalah org biasa macam kita... tapi mereka ini sangat-sangat jahat.

-Sekarang nie, mereka berada didalam tembok yang tebal dan tinggi...

-Allah tidak menyuruh Nabi Isa as melawan mereka kerana mereka ini terlalu ramai sehinggakan Allah sendiri mengeluarkan tentera2nya.... berupa ulat bagi menyerang mereka ini!

-Allah mengarahkan Nabi Isa as dan org2nya naik ke satu bukit.

-Setelah semua Yakjud & Makjud mati, Nabi Isa pun turun dari bukit bersama2 dengan org2nya yg lain....

-Kemudian Allah turunkan hujan yg lebat bagi membasuh semua jenazah dan Allah menurunkan burung yg lehernya panjang dan mengangkat semua mayat dan dibuang ke dlm laut kesemuanya.....

-Kemudian Umat Islam pun hidup kembali seperti biasa bersama Nabi Isa as. Lepas tu, Nabi Isa as pun wafat dan disembahyangkan oleh org2 islam...

-Kemudian bumi ini pun, tidak ada lagi org2 beriman..... disebabkan Allah mengeluarkan 1 angin bagi mematikan org2 beriman....

-Tinggallah dimuka bumi ini hya org kafir sahaja...

-Dan diwaktu itulah akan berlakunya KIAMAT.

Wallahu'alam



Ganjaran Hebat Melalui Keahlian Prime Dari Ezbuy Lebih Menjimatkan


Trend terkini dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membeli-belah dalam talian kerana kaedah itu membolehkan mereka mendapatkan barangan yang diinginkan tanpa perlu ke pasar raya atau pusat membeli-belah. Pemacu terbesar untuk pembelian dalam talian adalah diskaun dan jualan kilat. Jika dilihat, untuk membeli belah sama ada di butik mahupun di pasaran diskaun pun tak ada beza. Harga yang ditawarkan tetap mahal. Tiada lagi harga rendah RM10 di butik-butik terkemuka. Malah, kalau ke butik-butik biasa, harga tetap mahal. Oleh itu, Waktu promosi membeli belah dalam talian beginilah paling ramai menanti selain mereka biasanya merancang pembelian di sekitar waktu promosi yang tidak boleh dilepaskan.


Ezbuy Platform Membeli-belah Dalam Talian Terbaik Dan Mudah

Nak shopping barangan murah Fara suka lihat di Ezbuy. Antara barangan yang menarik perhatian seperti pakaian, perabut dan barangan elektrik di Ezbuy menawarkan harga yang cukup mampu milik. Diskaun yang ditawarkan pada hari-hari tertentu pastinya lebih menjimatkan.


Sama seperti platform membeli-belah dalam talian lain, ezbuy juga mempunyai kualiti terbaik dalam produknya, dan layanan kepada semua pelanggannya. Istimewanya lagi mengenai ezbuy, yang terbaru mereka ada perkhidmatan ahli iaitu PRIME dimana pelanggan lebih mudah untuk berbelanja pelbagai jenis barangan dengan banyak tanpa perlu bimbang tentang kos penghantaran tanpa mengira saiz, berat atau kuantiti. PRIME menawarkan kos penghantaran tanpa had pada harga hanya RM8.80!

Nak Lebih Jimat Berbelanja? Gunakan Keahlian PRIME Dari Ezbuy

Fara yakin ramai lebih memilih penjimatan ketika membeli-belah dalam talian bukan? Fara pun begitu jika nak membeli-belah dalam talian pasti Fara akan bandingkan harga kemudian cari yang boleh membuat penghantaran secara percuma atau lebih murah! Barangan dalam Ezbuy tidak dapat dinafikan memang menggugat duit melihatnya. Paling risau bila beli banyak nanti akan kena caj postage pula mengikut nilai barang. Sekarang dah tak perlu risau sebab ada PRIME!



Untuk mendapat keistimewaan PRIME ini, korang perlulah mendaftar untuk keahlian Prime dan membeli barangan yang ditawarkan di dalam Prime WishList sahaja ya. Tapi korang jangan risau sebab buat masa ini terdapat lebih dari 4 juta barangan di dalam list tersebut.

Terdapat 2 jenis keahlian PRIME iaitu :

Prime Lite (6 bulan): RM 99
Prime Annual (1 tahun): RM 188



Keahlian ini membolehkan korang menikmati faedah harga ahli dalam tempoh subcription sahaja.

Kelebihan Daftar Keahlian PRIME Dari Ezbuy

1. PRIME Annual - RM188 penghantaran tanpa had

Dengan mendaftar keahlian PRIME sebanyak RM188 korang boleh menikmati penghantaran antarabangsa tanpa had! Tanpa mengira kuantiti, berat mahupun jumlah kos penghantaran dari antarabangsa, harga yang di caj hanya RM8.80 bersih untuk setiap barangan yang ada dalam wishlist prime.


Sebagai contoh gambar diatas korang nak beli sofa dan anggaran untuk postage je dah RM275.60 (mengikut berat), belum lagi kira harga nilai sofa. Bila korang ada PRIME, korang hanya bayar postage RM8.80 sahaja. Bayangkan korang dapat jimat sebanyak RM266.80!

2. Ejen tidak perlu lagi membayar yuran

Pengecualian yuran kepada ejen PRIME telah berlaku sejak September 2016, ahli PRIME kini boleh menikmati “0” yuran dan boleh membeli-belah tanpa had serta gangguan! Pemprosesan dan pemeriksaan pesanan, repacking, dan lain-lain masih merupakan perkhidmatan Ezbuy untuk ahli PRIME dan semua perkhidmatan ini kini pada kos sifar!


3. Insurans percuma sehingga RM2000

Pelanggan PRIME boleh menikmati insurans percuma sehingga setiap bungkusan untuk melindungi insiden yang tidak disengajakan seperti kerugian sampingan, kerosakan atau isu produk yang disenaraikan dalam liputan pemeriksaan. Pampasan ini mengikuti dasar yang sama seperti perkhidmatan buy-for-me service.


4. Tempoh penghantaran barang

Lebih daripada 90% barangan dari PRIME dihantar melalui udara. Untuk barang-barang lain, seperti perabot besar, produk berat, atau barangan yang terhad dari peraturan penghantaran udara, akan dihantar melalui laut. Selepas mengira dalam masa yang diperlukan untuk membeli dan menerima barangan dari peniaga, dan mengendalikan dokumen eksport dan import, anggaran masa ketibaan (ETA) dikira dan ditunjukkan pada setiap halaman produk.


Ezbuy akan berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan semua item kepada anda pada atau sebelum ETA, tetapi dalam keadaan barang-barang yang tertentu mungkin sedikit lewat dari yang diharapkan, Ezbuy boleh memisahkan item anda menjadi lebih dari satu barang dan mengirimkan kepada anda secara berasingan. Jaminan penghantaran tepat pada masa anggaran sampai ke tangan anda.

Bagaimana Nak Daftar PRIME SERVICE?

Ok, untuk korang yang berminat untuk mendaftar keahlian PRIME. Cara nya cukup mudah. korang hanya perlu :


1) Pergi ke laman https://ezbuy.my dan klik pada 'PRIME'.
2) Mendaftar untuk perkhidmatan Prime pilihan (Trial, Lite, Annual).
3) Pilih barangan yang ingin dibeli di Prime Collections.
4) Terdapat 2 pilihan samaada ezbuy dan prime. Klik pada Prime.
5) Add to cart dan boleh buat bayaran.

Penghantaran EZBUY Juga Cepat Dan Mesra Pelanggan!

Faktor lain yang mendorong Fara minat untuk shopping di Ezbuy adalah penghantaran termurah dengan jaminan harga terendah. Jaminan harga terendah yang ditawarkan Ezbuy cukup menjimatkan disamping jika anda ada masalah atau ingin membuat sebarang pertanyaan mengenai Ezbuy, team mereka sedia membantu anda!



Penjimatan Yang Sangat WOW!! Jom daftar Ezbuy PRIME Sekarang!

Prime adalah program keahlian yang memudahkan pengguna berbelanja pelbagai jenis barangan dengan banyak tanpa perlu bimbang tentang kos penghantaran tanpa mengira saiz, berat atau kuantiti. Prime menawarkan kos penghantaran tanpa had pada harga hanya RM8.80!



Jadi, kepada korang yang berminat untuk daftar Prime, boleh terus klik Daftar Sini okay! Nanti akan keluar details seperti gambar dibawah. Korang isikan je butiran korang. Lepastu dah boleh shopping. Mudah bukan? Dah daftar nanti korang akan dapat RM15 voucher percuma.



Dan Jangan Ketinggalan Dapatkan Harga Termurah Di Ezbuy Pada 12.12 Nanti!

Paling dinantikan oleh semua termasuk Fara sendiri adalah jualan murah pada hari-hari tertentu dan pastinya ianya lebih istimewa dengan tawaran harga yang menjimatkan.


Pelbagai barangan tidak kira jenama, branding, pakaian, barangan elektrik dan banyak lagi korang boleh beli pada harga termurah dari pasaran. Hanya di Ezbuy! So save the date okay! Sementara itu, korang boleh lihat jualan murah yang sedang berlangsung bermula 3 hingga 12 Disember di sini