[UPDATED] 10 Destinasi Popular Di LANGKAWI Yang Paling Ramai Pengunjung


1. Dataran Helang


Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar.

Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran.

Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini.

2. Temonyong Night Market


Pasar malam ini dibuka pada setiap hari Khamis dari jam 6 petang hingga 11 malam. Kalau anda merancang untuk ke sini, seeloknya, datanglah seawal yang mungkin supaya mudah untuk anda mendapat tempat parking kereta.

3. Langkawi Sky Bridge


Jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang.

Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.

Anda perlu menaiki Cable Car jika anda hendak ke Jambatan Udara tersebut.

4. Underwater World Langkawi


Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.

Underwater World ini terletak di hujung pantai cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar.

Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.

Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda.

5. Langkawi WIldlife Park


Taman burung langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002

Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung yang berlainan.

Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter.

Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia.

6. Muzium 3D Langkawi


Muzium 3D Langkawi adalah salah sebuah tarikan yang terletak di Oriental Village. Muzium ini bertempat di dalam sebuah bangunan 3 tingkat yang mempamerkan bukan sedikit tapi 200 buah lukisan 3D! Ingin lagi sebab kenapa anda perlu melawat muzium ini? Kalau anda nak tahu, muzium ini memiliki koleksi lukisan 3D yang terbesar di negara ini dan antara yang terbesar di dunia

Muzium ini terbahagi kepada 9 zon berbeza iaitu Zon Interaktif 1 dan 2, Zon Malaysia, Zon Akuarium, Zon Klasik, Zon Main Hall, Zon Fantasi, Zon Safari dan Zon Ilusi Optik.

7. Pantai Cenang


Pantai Cenang merupakan lokasi utama di Langkawi. Mungkin Pantai ini tidak sehebat Pantai Maldive tetapi ia adalah pantai paling maju di Malaysia, memiliki pantai dengan campuran pasir putih yang cantik yang cantik, perairan biru kristal dan kawasan yang mendamaikan.

8. Skytrex Adventure Langkawi


Ingin melakukan sesuatu yang lasak? Jom ke Skytrex Adventure Langkawi. Kalau anda pernah dengar tentang Skytrex di Shah Alam, cawangan Skytrex di Langkawi ini pula agak berbeza dan lagi best daripada Shah Alam kerana kawasannya yang lebih luas dan waktu operasinya yang lebih kerap.

Memang puaslah kalau dapat beraktiviti kat sini! Sambil melakukan aktiviti lasak yang ditawarkan, anda boleh menikmati pemandangan yang mengujakan Gunung Mat Chincang.

9. Kota Mahsuri & Makam Mahsuri



Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat.

Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri .

10. Kereta Kabel Langkawi



Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah.

Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.

Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi.

Kedai Makan Popular Di Taipan, Setia Alam | Restoran Kambing Cik Tri Sahara

Assalamualaikum.. hi!

Kedai makan Kat Taipan Setia Alam banyak kan? Kalau buntu nak makan kat mana, Fara akan ke Restoran Kambing Cik Tri Sahara. Tak kisah nak makan tengah hari, petang atau malam, setiap kali makan kt sini mesti tak kan kecewa. Rasa kambing pedas-pedas manis memang menaikkan selera! Restoran ini dimiliki oleh Tri Turyanah dan mula beroperasi sejak tahun 2013 lagi. Sesekali kalau teringinkan kambing bakar dan tak tahu hendak makan di mana, datang je ke Setia Alam.


Dulu kedai kambing Cik Tri Sahara ni pernah buka satu kat Meru. Setiap hari padat dengan pelanggan sampai ramai sanggup beratur panjang sebab nak rasa kelazatan Kambingnya. Lepas tu kedai ni berpindah ke Taipan Setia Alam. Pindah la mana-mana sekalipun, kalau pelanggan suka dorang akan cari sampai dapat. Kedai sekarang ni pula lebih besar berbanding dahulu.

Harga Set Kambing Bakar Restoran Cik Tri Sahara


Restoran ini menyediakan hidangan set kambing bakar yang dihidangkan bersama nasi putih, sup kosong dan kambing bakar. Harga satu set hidangan cumalah RM 14.00 dan air minuman adalah percuma untuk pilihan samada air teh, air limau atau air sirap. Keunikan kicapnya yang agak pedas inilah yang buat Fara suka makan disini.


Restoran ini beroperasi setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 malam kecuali hari Khamis. 


Maternity Pad Khas Untuk Wanita Lepas Bersalin | Libresse Maternity Pad

Antara keperluan yang diperlukan oleh para ibu sejurus selepas bersalin adalah pad wanita bersalin.


Para Ibu boleh sahaja menyesuaikan diri dengan menggunakan pad yang biasa digunakan semasa datang bulan tetapi dinasihatkan ibu-ibu gunalah maternity pad khas untuk darah nifas kerana selalunya lebih banyak dari haid. Maka, amatlah digalakkan untuk ibu-ibu yang baru bersalin menggunakan pad wanita bersalin yang ada di pasaran.

Libresse Maternity Pad

Pad wanita bersalin Libresse Maximum Security ini adalah antara pad pilihan ramai ibu-ibu bersalin yang telah menggunakannya sebelum ini. Sesuai digunakan pada waktu malam mahupun siang, Libresse Maternity Pad ini direka lebih tebal untuk waktu aliran darah nifas yang banyak.

Direka dengan seperti khas untuk darah nifas tidak mudah mengalir atau bocor, posisi pad tidak mudah berubah apabila dipakai untuk keselesaan penggunanya serta selesa dipakai. Tidak akan menyakitkan pinggang anda. 


Darah nifas yang keluar selepas bersalin boleh menyebabkan luka dan sakit kepada kulit sensitif. Pemilihan pad wanita bersalin yang betul dan selesa, ditambah dengan teknologi rekaan bentuk sesuai pastinya membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan kepada para ibu. Darah nifas keluar secara banyak juga boleh menyebabkan pad wanita biasa tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

Yang penting, tidak akan membuatkan kulit anda menjadi ruam atau iritasi.

baca lagi : pengalaman fara pakai maternity pad dari lunavie

Kedai Jahit Dan Alter Pakaian Di Meru, Klang | Jahitan Ahmad Zainal

Assalamualaikum... Hi !

Rasanya kat Meru ni banyak je kedai jahit baju tapi susah nak jumpa. Ada yang menerima tempahan mengikut limit, lokasi kedai tidak dijumpai dan sebagainya. Kesukaran macam ni memang sedikit menyukarkan pelanggan yang betul-betul mahu membuat tempahan ataupun alter pakaian.


Dikesempatan ini Fara nak share pada anda semua lokasi kedai jahit di Meru, Klang iaitu Kedai Jahitan Ahmad Zainal yang terletak di Jalan Kenangan. Lokasi kedai jahit Ahmad Zainal agak tersorok dan terlindung sedikit dengan pokok-pokok besar di tepi jalan. Drive kereta perlahan inshaAllah jumpa.


Pemilik Kedai iaitu Ahmad Zainal ataupun dikenali sebagai Pakcik Zainal yang bertugas sebagai tukang jahit di Kedai ini adalah seorang yang bertanggungjawab dalam melakukan pekerjaannya. Keadaan Kedai beliau jika dilihat walaupun kecil tapi sangat bersih.

Susunan Mesin jahit pula disusun dengan baik sekali. Pengalaman Fara hantar seluar jeans untuk alter di sini sangat bagus sekali. Jahitannya sangat kemas dan yang paling penting, boleh siap tepat pada waktunya


Fara bukan sahaja berpuas hati dengan hasil jahitan Pakcik Ahmad Zainal malah, terpegun dengan adab sopan pakcik Zainal. Tutur kata semasa berbicara dengan pelanggan membuatkan Fara tidak rasa kekok semasa berurusan dengan beliau. Berpengalaman lama dalam bidang jahitan menjadikan Pakcik Zainal tahu akan kehendak para pelanggannya. 

Masa Fara beritahu nak alter seluar jeans ikut style begini-begini, pakcik Zainal tahu kehendak Fara. Mengenai harga pula, bayaran yang dikenakan untuk alter seluar jeans adalah RM10 sahaja. Bagi Fara ianya berbaloi dengan keadaan seluar jeans yang keras sesuailah dengan upah begitu.

Bagi anda yang menitikberatkan soal kualiti jahitan, bolehlah cuba sendiri alter atau buat tempahan baju di kedai ini. Sangat Recommended

Sebelum nak datang kedai, sila call dahulu untuk memudahkan urusan. Kadang-kadang kedai buka sedikit lewat.

Call : 0192579315 (Pakcik Zainal)

JABAL UHUD, BUKIT YANG AKAN BERADA DI DALAM SYURGA

Jika kita hendak melihat bukit yang terdapat di syurga, maka ziarahlah ke Jabal Uhud.

Nabi SAW bersabda :

"Jabal Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang terdapat di syurga..."

-HR Bukhari-

Gambar Jabal Uhud di waktu malam.

Di lembah gunung ini pernah terjadi pertempuran besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy pada 15 Syawal 3 Hijriah (625 Masehi) yang mengakibatkan 70 pejuang Islam mati secara syahid.

Suatu ketika, Rasulullah SAW sedang bersama-sama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar Al-Faruq RA, dan Sayyidina Utjman bin Affan RA.

Ketika mereka berempat berada di puncak, terasa Jabal Uhud bergetar.

Rasulullah SAW kemudiannya menghentakkan kakinya dan berkata :

"Tenanglah wahai Uhud. Di atasmu sekarang ialah Rasulullah, seorang siddiq dan dua orang yang akan syahid kelak."

Tak lama kemudian, Uhud berhenti bergetar.

Demikianlah tanda kerinduan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah saw.

Kelebihan Tanam Pokok Snake Plant Di Rumah

Snake Plant atau Pokok Lidah Mertua adalah antara pokok yang sering ditemui dikebanyakan rumah di Malaysia.


Selain ditanam di luar rumah, pokok ini juga boleh diletakkan di ruang tamu, dalam bilik air dan bilik tidur.

Menurut Balcony Garden, Pokok Lidah Mertua mempunyai manfaat yang tersendiri.

1. Pembekal oksigen yang baik

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Universiti Harvard, Pokok Lidah Mertua merupakan tanaman yang menjadi pembekal oksigen yang baik.

Selain Pokok Lidah Mertua, pokok lain yang turut membekalkan oksigen dengan baik adalah pokok Ficus dan pothos.

2. Pokok Lidah Mertua memberikan latar menarik

Kerana bentuknya yang unik, keberadaan Pokok Lidah Mertua di dalam ruang tamu ataupun ruang tidur memberikan suasana yang menarik dan juga mood yang baik untuk dipandang.

Selain itu, bentuk daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau juga memberikan tarikan yang tersendiri.

3. Membersihkan udara

Pokok Lidah Mertua juga dikatakan boleh bertindak sebagai pembersih udara dalam rumah yang baik. Selain karbon monoksida, gas-gas berbahaya yang boleh disingkirkan oleh pokok ini teramsuklah benzene, formaldehyde, xylene, and toluene.

Ramai pakar berpendapat gas-gas toksik berkenaan adalah salah satu punca kanser kepada manusia.

4. Efektif dalam melawan alahan

Pokok yang merupakan pembekal oksigen yang baik dan boleh mengurangkan gas berbahaya dalam udara diyakini juga boleh mengurangkan alahan yang berpunca daripada masalah udara.

Walaupun anda menggunakan pembersih udara, menanam pokok seperti Pokok Lidah Mertua di dalam rumah sebenarnya turut membantu.

5. Senang diuruskan

Pokok Lidah Mertua tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dijaga. Ia dikatakan boleh hidup dengan baik bawah simbahan cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.