Little Venice Kini Di Indonesia

Little Venice adalah satu destinasi perlancongan yang berada di kawasan Cipanas, Puncak Bogor. Di sini terdapat banyak bangunan dengan gaya Itali, lengkap dengan kanal-kanal air yang cantik dan menawan seperti kita sedang berada di kota Venice. Suasana dan udara yang sejuk kerana berada di puncak Bogor juga buat kita rasa seperti berada di Itali.


Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor


Jarak dari Kota Bogor ke sini lebih kurang 44 km. Jika dari Jakarta pula dalam 87 km. Perjalanan ke sini mengambil masa dalam 2 jam jika dari Bogor. Walaupun agak jauh tapi berbaloi kerana tempat ini sangat cantik dan romantik. 


Harga Pakej Penginapan di Rumah Sungai, Lenggong Perak

Walaupun baru sahaja dibuka pada bulan Februari 2019, Rumah Sungai yang terletak di Lenggong Perak telah menjadi salah satu lokasi percutian terbaik untuk anda yang ingin mencari ketenangan sambil beriadah dengan family tercinta. Menariknya lagi, rumah sungai ini betul-betul berhadapan dengan sungai. Sesekali merehatkan diri di tempat seperti ini dapat melapangkan fikiran yang serabut.



Gambar di sekitar Rumah Sungai, Lenggong Perak








Untuk Maklumat Lanjut Terus Hubungi Mereka di :

Call/Whatsapp : 011-3272 6225 
FB : Rumah Sungai
ALAMAT : Kg Kuak Lata Papan 33400 Lenggong Perak 

UPDATE | Destinasi Perlancongan Yang Sering Dikunjungi Di Pulau Pinang


Jika di tanya di mana destinasi menarik yang perlu dikunjungi ketika berada di Pulau Pinang mungkin senarai dibawah boleh dijadikan panduan.

Jom Lihat Tempat Menarik Di Pulau Pinang :

1. Penang Street Art, George Town


Image result for Penang Street Art, George Town

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

2. Bukit Bendera, Air Itam


Related image

Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular adalah Bukit Bendera atau Penang Hill. Percutian ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak ke sini. Sungguhpun Bukit Bendera adalah tempat tarikan yang telah wujud sejak sekian lama, kini pelbagai penambahan telah dibuat bagi membolehkan lebih banyak aktiviti dapat dilakukan di puncak Bukit Bendera. Naik kereta api ke puncak adalah pengalaman yang cukup menarik. Boleh juga mendaki ke atas melalui Taman Botanikal bagi yang minat aktiviti lasak.

Selain menikmati keindahan Pulau Pinang dari ketinggian 830 meter, Bukit Bendera juga mempunyai banyak spot menarik seperti:

  • Muzium Burung Hantu
  • Dataran Love Locks
  • The Habitat
  • Earthquake & Typhoon Pavilion
  • Little Village
  • Viewing Deck

3. Night Market, Batu Ferringhi

Image result for Night Market, Batu Ferringhi

Sebuah pasar malam yang menjual pelbagai barangan cenderahati seperti keychain, pakaian, kraftangan dan sebagainya. Terletak di Batu Feringgi dan tidak jauh dari Pantai Tanjung Bungah. Satu tempat menarik di Penang untuk shopping cenderahati sambil-sambil makan malam di sini.

4. Avatar Secret Garden, Tanjung Tokong

Related image

Kalau di Avatar Secret Garden anda dapat melihat cahaya lampu magikal pada pokok-pokok, dekat Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum ini pula anda akan dikelilingi oleh cahaya daripada lukisan-lukisan yang berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D. Antara dunia 3D Glow yang dapat anda nikmati di sini adalah tema-tema seperti misteri hutan tropika, jambatan bercahaya, berjalan di dalam laluan yang dikelilingi cahaya bintang dan banyak lagi! Jangan lupa untuk penuhkan bateri kamera anda sebelum ke sini!

5. Gurney Drive, George Town



Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke 
Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih. Kerana laut hanya beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk kesana pada waktu malam anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Disebabkan populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru didirikan di sini dan tempat ini telah menjadikan kawasan perdagangan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

6. ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang

Image result for ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.

7. Upside Down Museum, George Town



Kalau melancong ke Penang bersama anak-anak kecil, destinasi sebegini adalah satu kemestian untuk kita terjah. Masa riang ria bersama keluarga & bergambar bersama dalam suasana persekitaran rumah yang perabutnya semua tunggang terbalik. Memang sangat best kalau datang ke sini dengan anak-anak & yang pasti, rumah terbalik di Penang ini mempunyai tarikannya yang tersendiri yang sudah tentu lain daripada kebanyakan rumah terbalik yang ada di negeri lain seperti di Melaka & Negeri Sembilan.

8. 3D Trick Art Museum, George Town

Image result for 3D Trick Art Museum, George Town

Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Trick Art Musem Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandang. Sesiapa yang suka bergambar pastikan anda singgah ke rumah ini.

9. Wonderfood Museum, George Town



Wonderfood Museum adalah sebuah tarikan yang unik di Penang ni. Macam mana muzium makanan boleh unik pula kan? Sebagai ‘wonder’ food museum, sudah semestinya ada keistimewaan pamerannya. Terletak di dalam bangunan berekabentuk kolonial 1940-an, muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian galeri yang digelar sebagai Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone. Di dalam seksyen pertama, dipamerkan 100 jenis street food dan makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan komuniti Melayu, India, Cina dan Peranakan yang kesemuanya diletakkan di dalam gelas kaca. Untuk Zon Info, anda dapat melihat pameran bersaiz mini tentang bagaimana rakyat tempatan menikmati makanan di gerai-gerai di tepi jalan, gerai mamak dan macam-macam lagi.

10. Ghost Museum, George Town


Anda jenis yang suka menakutkan diri sendiri? Jom ke Ghost Museum yang terletak di George Town ni! Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’  dengan patung-patung yang nampak sangat real dan dipenuhi dengan darah. Jangan lupa juga untuk bergambar sewaktu berjumpa dengan hantu-hantu yang terdapat di sini, boleh meremang bulu roma kalau dilihat sekali lagi.

11. The Top Penang, George Town

Image result for The Top Penang, George Town

Buat yang masih tak tahu, The Top, Komtar kini telah pun dibuka sejak Disember 2016. Mungkin pernah sepi dengan pengunjung suatu ketika dulu, tetapi pembukaan The Tops menampakkan inisiatif yang baik untuk mengembalikan era kegemilangannya.

Percutian Anda Lebih Menyeronokkan Apabila Menyewa Homestay di Qnada Homestay

Selain banyak tempat popular yang boleh dikunjungi, menginap di Qnada Homestay salah satu rumah percutian yang dikehendaki dikelilingi oleh rasa sebenar Pulau Pinang namun hidup moden. Rumah percutian Qnada Homestay menawarkan pengalaman yang indah dan keselesaan untuk masa lapang kepada anda sekeluarga. Rumah yang selesa, luas, dan ditambah pula dengan berdekatan dengan destinasi popular di Pulau Pinang sentiasa menjadikan Qnada Homestay pilihan para pelancong


Klik Untuk Maklumat Lanjut : Qnada Homestay di Pulau Pinang

UPDATE : Cara Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Online (eGumis)

  1. Klik link https://egumis.anm.gov.my/
  2. Klik “pendaftaran”
  3. Isi butiran peribadi
  4. Dah sattle pegi ke bahagian semakan
  5. Isi nombor kad pengenalan
  6. Keluar jumlah duit yang ada dalam akaun bank atas penama seperti dalam gambar bawah ni.


Cara Claim Duit Anda (WTD)

Bila dah periksa dan didapati ada duit anda boleh buat tuntutan seperti berikut:

MUAT TURUN BORANG WANG TAK DITUNTUT (WTD) DI WEBSITE ANM http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut

Selepas dah semak berapa amaun wang yang ada, klik link website tersebut dan perkara pertama yang harus dibuat adalah muat turun garis panduan permohonan Wang Tak Dituntut (WTD). Setiap borang boleh di muat turun seperti mana yang ditetapkan.

Boleh la sedikit sebanyak tambah wang saku anda sementara tunggu next gaji kerja nanti


Pendaftaran Online Murid Tahun 1 2021 & 2022

Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!


Guideline nya begini :-

📌1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

📌2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my

📌3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

📌4) Dokumen yang diperlukan

- sijil lahir anak (salinan + asal)
- kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- surat nikah / cerai (salinan + asal)
- bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- sampul surat standard dan setem
- laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
- semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

📌5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.


Kelebihan Dan Fungsi Bio Essence 24K Bio-Gold Gold Water

Bio Essence 24K Bio-Gold Gold Water adalah produk yang ditujukan untuk kulit tampak lebih cerah dan bercahaya, lebih halus dan mulus. Selain itu, juga membantu memelihara elastisitas kulit, memelihara kulit tetap terasa kencang dan kenyal, membantu mencegah penampakan tanda-tanda penuaan pada kulit seperti garis halus dan kerutan, memelihara kelembaban dan menjaga tampilan kulit tampak tidak berminyak, serta menutrisi dan memelihara keremajaan kulit sehingga kulit tampak sehat dan segar.

Image result for Bio Essence 24K Bio-Gold Gold Water a"

Dengan manfaat tersebut, produk perawatan wajah ini diciptakan terutama bagi wanita yang mencari toner jenis anti-aging. Bio Essence 24K Bio-Gold Gold Water tentunya memiliki kandungan gold dan ekstrak herba yang membantu memelihara keremajaan kulit, mengurangi penampakan tanda-tanda penuaan dengan fungsi emas sebagai anti oksidan. Diperkaya dengan teknologi Bio-Energi yang mampu memberikan hasil lebih maksima dan menjadikan kulit lebih baik tanpa berminyak. Di dalam produk perawatan wajah ini juga terdapat kandungan trace mineral yang sangat diperlukan kulit untuk membantu proses regenerasi. Hal ini juga membantu menstimulasi produksi kolagen dan elastin pada kulit, sehingga meningkatkan serat kolagen kulit dan menjaga kulit kencang dan muda. Skin care ini juga membantu melindungi kulit dari sinaran radikal bebas kerana kandungannya anti oksidan

Tekstur Cair Dan Mudah Meresap ke Wajah

Image result for Bio Essence 24K Bio-Gold Gold Water a"

Bio Essence 24K Bio-Gold Gold Water ini memiliki tekstur cair, sesuai namanya Gold Water. Meski dari luar botol terlihat seperti minyak, saat dituang di tangan teksturnya tidak terlalu cair mahupun tidak terlalu pekat. Saat menuangkan ke telapak tangan, anda boleh melihat butiran asli emas yang ada di dalam kemasan bersama dengan cairannya. Baunya juga sangat sedap dan terasa rilex ketika memakainya. Formulanya juga mudah meresap.