Resipi Mexican Bun ROTI BOY sedap dan mudah buat

Kalau pergi kat mana-mana pasaraya yang ada jual roti ni, mesti boleh bau keharuman roti ni daripada jauh. Bau dia memang menggoda. Jom lihat resipi ROTI BOY di bawah



Bahan-bahan Roti Boy:

Doh:

130 ml susu segar
40 gram gula
2 sudu kecil yis
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pelembut roti
250 gram tepung roti
10 gram susu tepung (optional) *kalau tak letak, tambah 10g lagi tepung roti
30 gram mentega

Cara-cara:

Masukkan susu ke dalam mangkuk besar dan kacau bersama gula dan yis.
Biarkan yis mengembang dan berbuih lebih kurang 15 minit.
Masukkan telur, garam dan lembut roti. Kacau sebati.
Masukkan pula tepung roti dan susu tepung. Uli sehingga sebati. (boleh uli guna tangan ataupun mixer)
Letak mentega ke dalam adunan tadi dan uli lagi sehingga sebati dan menjadi doh.
Biarkan doh mengembang sekali ganda lebih kurang 60 minit.
Setelah kembang, ambil sedikit doh (lebih kurang 55g-60g). Leperkan doh dan masukkan inti yang dibekukan tadi. Tutup dan bulatkan doh.
Letakkan doh di atas tray yang beralaskan baking paper.
Biarkan ia mengembang sekali ganda lebih kurang 30 minit.
Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180ºC.
Kemudian pipekan topping di atas dan tepi doh yang telah kembang tadi.
Bakar roti selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (Boleh guna api atas untuk 5-10 minit terakhir bagi mendapatkan toping roti yang garing)

Inti:

10 gram mentega
40 gram gula perang
1/4 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Masukkan ke dalam plastik dan bekukan.
Setelah beku, potongkannya berbentuk kiub supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam doh roti.
Topping:
2 sudu besar air
2 sudu besar kopi / mocha segera (3 in 1)
1/4 sudu kesil esen vanila
50 gram gula aising
50 gram mentega
1 biji telur
50 gram tepung kek

Cara-cara:

Kacau kopi bersama air sehingga larut dan masukkan esen vanila. Ketepikan.
Pukul gula aising bersama mentega sehingga sehingga gebu dan berkrim menggunakan kelajuan tinggi.
Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan air kopi yang telah dibancuh tadi.
Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sehingga adunan sebati.
Isikan adunan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.

Nota:

Boleh sediakan topping dan inti 2-3 hari lebih awal.
Jika menggunakan kopi @ nescafe yang asli, boleh kurangkan jumlahnya supaya tidak terlalu pahit.
Boleh guna api atas untuk 5-10 minit terakhir bagi mendapatkan toping roti yang garing.

8 Produk Drugstore yang boleh hilangkan masalah bekas hitam di badan

Sebenarnya bekas luka sendiri dapat dihilangkan secara cepat dengan mengunjungi dokter pakar kulit. Namun, tentu cara tersebut memerlukan perbelanjaan yang banyak. Tahukah Anda bahawa bekas hitam, luka atau gigitan nyamuk yang terdapat pada badan dapat dihilangkan dengan bahan-bahan semulajadi atu mungkin jua boleh dihilangkan dengan menggunakan produk dari drugtore?

Gadis Ini Share Cara Nak Cerahkan Bahagian Badan Yang Gelap | ERA

Sebelum itu jom kenali jenis-jenis parut 

Parut keloid
Bagi parut biasa, fibrosa akan terbentuk di kulit yang luka dan memperbaikinya. Namun untuk parut keloid, jaringan tersebut menebal dan membesar dari saiz sepatutnya sehingga kelihatan timbul dari kulit. Mereka yang berkulit gelap lebih cenderung untuk mendapat keloid berbanding mereka yg berkulit cerah.

Parut kontraksi
Jika kulit anda terbakar, anda mungkin akan mendapat parut jenis ini. Ia menjadikan kulit anda tegang dan sukar untuk melalukan pergerakan. Ia juga boleh memberi kesan

Parut hypertrophic
Parut memerah dan seakan keloid tetapi ia tidak timbul.

Parut acne
Terdapat pelbagai jenis parut jerawat, daripada parut dalam hingga yang berbentuk seperti ombak. 

Berikut 8 Produk Drugstore yang boleh hilangkan masalah bekas hitam di badan

1. Teh Hijau
MyEijan: Tips Kecantikan Menggunakan Uncang Teh

Teh hijau merupakan tanaman herbal yang sangat populer di kalangan pecinta herbal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesehatan. Bukan hanya baik bagi kesehatan, teh hijau juga efektif dalam menghilangkan bekas luka pada tubuh.

Hal itu karena kandungan Epigallocatechin Gallate (EGCG) atau katekin, yaitu zat yang bersifat antioksidan, antibakteri sekaligus antiinflamasi terbukti dapat mengatasi berbagai permasalahan kulit.

Cukup dengan menggosokkan ampas teh hijau pada kulit yang terdapat bekas luka secara rutin setiap hari.

2. Vitamin E
All About Vitamin E - Indoindians.com

Cara menghilangkan bekas luka di kaki selanjutnya adalah dengan vitamin E. Menurut penelitian, menggunakan vitamin E sebelum dan sesudah operasi dapat mempercepat proses penyembuhan dan mencegah munculnya keloid atau jaringan parut pada kulit. Anda boleh menggunakan krim, atau suplemen yang mengandung vitamin E.

Anda juga boleh mengamalkan makanan sihat yang mengandung cukup vitamin E, seperti biji-bijian, kacang, dan sayuran hijau.

3. COSMODERM Vitamin E Cream 1000 IU with Rosehip Oil 

Vitamin E Cream 1000 I.U. 50ml

Cosmoderm Vitamin E Cream adalah krim wajah yang menyuburkan, menghidupkan semula dan melembap jauh ke dalam kulit wajah untuk mencegah kesan penuaan pramatang. Krim ini juga dapat memudarkan kedut, garis halus dan bekas luka sambil menegangkan kulit. 

Dengan ramuan khas campuran minyak vitamin E yang mampu untuk merangsang penyembuhan parut, kehitaman dan parut jerawat lebih cepat. Krim ini terbaik untuk kulit kombinasi, biasa dan berminyak productnation

4. Kitsui Whitenin B.B Drink | 10g x 15 sachet

Untuk anda yang inginkan kulit cerah dan cantik berseri-seri, anda boleh cuba KITSUI WHITENIN B.B dan KITSUI KOREAN WHITE. Nak cuba kedua-duanya sekaligus pun boleh, takda masalah. Kitsui ni merupakan produk keluaran Gemini Beauty Resources (M) dan pernah menang dalam Super Health Brand Asia Pacifik tau. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi anda boleh amalkan dengan rasa selamat.


Kitsui Whitenin B.B Drink dikenali sebagai minuman anti-penuaan dan supplement pencerahan kulit dalam satu produk. Bahan utamanya adalah Hydrolized Vitamin C+ dimana kekuatannya adalah 2 kali ganda, kombinasi yang kuat untuk sistem imun yang sihat dan kulit cerah. Yela, nak kulit yang cantik, mestilah bermula dari dalam kan. Takkan nak harap krim pemutih saja.

Bestnya tentang Hydrolized Vitamin C+ ni, ia bukan saja membuatkan kulit anda lebih putih, licin dan sempurna, malah ia juga membantu untuk anda kekal sihat kerana Vitamin C mampu mengurangkan risiko pertumbuhan kanser, melindungi kita daripada penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan.

Antara bahan-bahan lain yang ada dalam Kitsui Whitenin B.B ni adalah Sucrose, Citric Acis, Alpha Lipoic Acid, Mixberries Extract, Acerolla Cherry Extract, dan Orange Extract dimana kesemuanya memberi kesan yang sangat baik untuk kulit anda.

5. Sumber Ayu Lulur Mandi / Body Scrub 230g

Kulit Cerah dengan 5 Varian Baru “Sumber Ayu”Majalah OUCH!

Bagi mereka yang menginginkan kulit halus dan cerah berseri, pastikan anda mengamalkan penggunaan produk ini secara konsisten. Ia mengandungi antioksida yang dapat membebaskan kulit daripada radikal bebas, melembap dan mencerahkan kulit.

Bahan semulajadinya membantu menghilangkan daki serta melembutkan kulit lebih-lebih lagi di bahagian lutut dan tumit. Ia juga mengandungi AHA yang dapat mempercepatkan proses penghasilan sel kulit baru.

6. The Body Shop® Special Edition Ginger Body Scrub 250ml

Special Edition Ginger Body Scrub (250ml) @The Body Shop | Shopee ...

Anda mempunyai masalah bau badan? Ini ialah scrub kunyit yang mampu menghilangkan bau badan kerana mempunyai aroma tersendiri. Selain itu, scrub ini dapat menanggalkan sel kulit mati tanpa menyebabkan iritasi.

7. Watsons Gel Body Scrub Oatmeal Cocoa Butter (200g) 
WATSONS, Gel Body Scrub Oatmeal & Cocoa Butter 200g | Watsons Malaysia

Anda mempunyai masalah memilih scrub yang sesuai untuk kulit berjerawat? Ini merupakan scrub badan yang diperbuat daripada oat yang dapat menyelesaikan masalah kulit kusam atau kering.

Selain itu, ia mengurangkan pembiakan jerawat dan juga parut. Oat mengandungi serat dan nutrien tinggi, jadi ia dapat membuatkan kulit nampak lebih muda dari usia sebenar!

8. Nivea Extra White Firming Body Serum

Kulit Badan Cerah & Anjal Sempurna — Keajaiban Produk Terbaharu NIVEA

NIVEA sebagai peneraju jenama produk penjagaan kulit antarabangsa berdedikasi dalam memenuhi kehendak khsusus setiap wanita untuk memiliki kulit yang cantik. NIVEA telah mengambil pendekatan baru dalam kategori produk penjagaan kulit badan dengan inovasi produk yang menggabungkan formulasi 95% keaslian Vitamin C dan Q10. Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menawarkan dwi fungsi; manfaat mencerah dan menganjalkan kulit badan dalam satu aplikasi.

Produk terbaharu mencerah dan menganjal NIVEA ini bukan sahaja menawarkan manfaat pencerahan kulit, malah ia juga turut menganjalkan kulit. Dengan pelancaran produk ini, NIVEA merupakan jenama penjagaan kulit pertama yang melancarkan produk penjagaan kulit badan yang menggabungkan Vitamin C & Q10 untuk manfaat kecantikan kulit yang lebih cerah dan anjal.

Rangkaian produk ini menggunakan Vitamin C dengan 95% keaslian untuk merawat kulit kusam dan tidak sekata akibat pendedahan kepada sinaran matahari. Manakala Q10 pula adalah coenzyme yang terdapat di dalam sel manusia yang membekalkan tenaga kepada sel kulit manusia. Walaubagaimanapun, kadar coenzyme menurun apabila usia semakin meningkat. Justeru itu, NIVEA Q10 terkenal dengan manfaat anti kedutan, anti oksidan dan merangsang tenaga sel kulit menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Gabungan kedua-dua bahan utama ini dalam formulasi produk terbaru NIVEA ini, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang dengan aplikasi yang berterusan.



5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM BELI RUMAH DENGAN PEMAJU

Zaman kegawatan ekonomi semakin mendatang. Kuasa membeli semakin kurang. Masing- masing sudah memulakan strategi cara untuk meningkatkan pendapatan. Antaranya dengan memulakan perniagaan. Termasuk membeli rumah untuk tujuan membina aset.

Membeli hartanah bukan semudah membeli barang di kedai runcit. Ada prosedur penting yang perlu dilalui. Artikel ini berkongsi senarai semak yang penting kita ketahui sebelum membeli rumah dengan syarikat pemaju. Jangan terlalu rakus membeli, khuatir akan datang, ada masalah yang perlu dihadapi oleh kerana tidak kenal latar belakang pemaju.

1. Lakukan Carian Tentang Syarikat Pemaju

Sebelum anda putuskan untuk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidik dahulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut.

Melalui carian syarikat, anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ia syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ia masih aktif, dan tidak digulungkan (wound-up) atau sebaliknya. Bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah, tetapi sebenarnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana perniagaannya adalah pemajuan hartanah).

Apakah Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil? | PropertyGuru ...

Melalui carian syarikat juga anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar (paid-up capital) serta untung rugi syarikat tersebut. Maklumat tersebut dapat memberi gambaran awal kepada anda, tentang sejauh manakah establishnya serta kemampuan syarikat tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah.

Kalau syarikat yang modal berbayarnya (paid-up capitalnya) hanyalah RM2 atau baru seminggu didaftarkan, bagaimanakah anda boleh meyakini ia mampu melaksanakan satu projek perumahan yang melibatkan 100 unit buah rumah misalnya. Bagi saya gambaran awal sebegitu amat penting dalam kita menilai sesuatu.


2. Semak Pengalaman Dan Track Record Pemaju

Saya amat menyarankan anda membuat semakan tentang pengalaman dan track record pemaju tersebut dalam bidang hartanah, dan berapa banyakkah projek perumahan yang pemaju tersebut telah bina dan siapkan. Caranya adalah dengan menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengetahui tentang pengalaman syarikat tersebut dalam bidang hartanah.

Nak beli rumah pertama? Semak senarai hitam pemaju projek ...

  • Melalui semakan tersebut anda boleh tahu setakat mula penubuhannya?
  • Berapa banyakkah projek perumahan yang mereka telah bina dan siapkan dengan
  • sempurna?
  • Berapa banyakkah projek perumahan mereka yang lewat atau terbengkalai?
  • Adakah pemaju atau mana-mana ahli lembaga pengarahnya pernah disabitkan dengan apa-apa pertuduhan atau kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)?
  • Adakah pemaju tersebut pernah kena black list oleh kementerian?
  • Dan lain-lain maklumat yang berkenaan lagi


Melalui maklumat tersebut juga anda dapat membuat penilaian sejauh manakah bersihnya track record syarikat pemaju tersebut. Kalau anda sudah mengetahui yang syarikat tersebut ada projeknya pernah terbengkalai dan bermasalah, eloklah jangan ambil risiko untuk membeli hartanah yang dibina olehnya.

3. Semak Status Lesen Pemajuan Perumahan Pemaju

Sila semak juga dengaan kementerian sama ada pemaju tersebut telah memperoleh lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan atau tidak untuk sesuatu projek perumahan yang didirikan tersebut.

10 Tip Beli Rumah Baru Di Malaysia | PropertyGuru Malaysia

Lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini perlu diperolehi oleh mana-mana syarikat pemaju, sebelum mereka boleh memulakan pembinaan sesuatu projek perumahan dan menawarkannya untuk jualan kepada orang ramai. Adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) bagi mana-mana pemaju yang gagal mendapatkan kelulusan lesen dan permit tersebut.

Biasanya syarikat yang telah memperolehi lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini, mereka dikehendaki menulis, dan memaparkan nombor lesen dan permit tersebut dalam setiap notice board atau pampalet/ broucher yang mereka keluarkan. Walaubagaimanapun, untuk pengesahan, sila semak dengan kementerian tentang nombor lesen pemajuan dan permit iklan dan jualan tersebut sama ada ianya benar-benar telah diluluskan dan sah (valid).


4. Minta Salinan Geran Hartanah Daripada Pemaju

10 Tip Beli Rumah Baru Di Malaysia | PropertyGuru Malaysia

Setelah anda meyakini yang syarikat tersebut benar-benar berpengalaman dan kukuh dalam melaksanakan sesuatu projek perumahan, bolehlah anda berurusan dengan mereka untuk mengetahui maklumat terperinci tentang rumah yang anda ingin beli tersebut. Cumanya, satu perkara yang saya ingin ingatkan, sebelum anda putuskan untuk membeli rumah tersebut, macam biasa, sila minta salinan geran rumah tersebut daripada pemaju, dan lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah. Sila minta minta daripada pemaju salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan untuk projek tersebut sebagai pengesahan.


5. Fahami Terma-terma Penting Dalam Perjanjian Jual Beli Sebelum Menandatanganinya

Jika anda telah berpuas hati dengen keadaan fizikal, status tanah, harga dan lain-lain berkenaan hartanah tersebut, barulah anda memasuki perjanjian jual beli dengan pemaju. Jangan sama sekali anda tergesa-gesa untuk tanda tangan perjanjian jual beli selagi anda masih belum berpuas hati dengan hartanah tersebut.

Masa inilah anda boleh bertanya, minta dan clarify apa sahaja dengan pemaju. Kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli kelak, anda dianggap telah terikat dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut dan kebiasaannya, pemaju pun sudah agak kurang minat untuk melayan anda, sebab mereka sudah berjaya mengikat anda.

Semak 14 Perkara Ini Dahulu Sebelum Beli Rumah Pertama, "Checklist ...

Seboleh-bolehnya, baca dan cuba fahami terma-terma penting yang terdapat di dalam perjanjian jual beli sebelum anda menandatanganinya. Tanyakan apa sahaja tentang terma perjanjian jual beli tersebut kepada peguam yang telah dilantik. Sesetengah Pemaju akan minta anda menandatangani perjanjian jual beli tersebut di hadapan mereka. Sebenarnya, anda berhak untuk minta, agar perjanjian jual beli tersebut ditandatangan di hadapan peguam, supaya anda boleh bertanyakan apa sahaja berkaitan perjanjian jual beli tersebut kepada peguam. Setelah anda betul-betul berpuas hati, barulah anda tandatangan perjanjian jual beli tersebut.





Cara jimat elektrik walaupun pakai air conditioning

Bab Aircond Ni Memang Ramai Yang Salah Cara Penggunaan.

Yang mana aircond ialah penyumbang pada kadar bil elektrik yang tinggi. Ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik tu dari penggunaan aircond.

Basic Guide to Using A Japanese Air Conditioner

Pertama, beli air cond pada HP (Horsepower) yang mencukupi.

Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je.
Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor.
Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.

Kedua, gunakan aircond yang ada teknologi inverter.

Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik.
Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Budak electrical engineering maybe boleh explain further pasal ni. Bagi yang guna inverter ni, tak payah la nak gatal on off aircond tu kerap sangat.
Inverter ni dia hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam.

Ketiga, setkan aircond pada cara yang betul, yang ni memang majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat.

Selalunya saya tengok diorang akan set pada satu suhu, let say 23 deg C.. kipas set level 2 out of 4.
Lepas tu biar je sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (cth: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (cth level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30minit ke 45minit.
Lepas tu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur.. kipas pula setkan separuh (cth: level 2 out of 4). Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on.

Gambar Hiasan

So kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga, tapi lama-lama dah boleh maintain. So kalau kita set aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, kmpresor akan kerja lebih.
Kalau kita set macam yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor tu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.

Keempat, jangan selalu on dan off, ini biasa berlaku bila tidur.

Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik.. ingat, aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.

Kelima, service air cond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.

Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun.

Gambar Hiasan

Dah keluar kos yang bukan-bukan. Kalau dah terlalu lama tak service, aircond boleh rosak. Dah kene keluar duit beli yang baru. Disebabkan kita lokek nak keluar RM70, dah RM1,500 melayang.


Resipi Rempeyek mudah & Sedap

Tempeyek.. Buh kacang n ikan bilis banyak baru best.. Alhamdulillah


Tempeyek /Rempeyek

1 paket kecik tepung beras cap 3 gajah
1/2 cawan tepung ubi
4 1/2  cawan air
1-2 biji telur gred c/d
2 sudu teh garam
Perasa secukup rasa, pak aji(pilihan)
2-3 sudu besar air kapur
Bahan kisar
Ikan bilis/udang kering/udang geragau 1/2 cawan... Pilih salah 1
3 sudu makan penuh ketumbar(biji rempah)
2 sudu makan jintan manis
4 ulas bawang putih

Hiasan

500g kacang tanah cuci n keringkan(saya masukkan dalam oven dalam 1/2 jam @ sehingga masak)
Ikan bilis (kopek n panggang dalam oven sehingga garing)

Cara penyediaan

Kisar bahan kisar dengan 2 cawan air...
Satukan bahan kering, air kapur, telur, perasa n bahan kisar.. Kacau sebati masukkan baki air 2 1/2 cawan tadi sikit demi sikit sampai dapat tekstur yang cantik.. Perasakan dengan garam.
Panaskan minyak n goreng guna acuan / sirai/curah tepi kuali.

Kredit resepi:Buiemah Paimen

*Saya tambah 2 sudu besar jintan putih, 8 helai daun limau purut(gunting nipis) Kacang tanah n ikan bilis basuh bersih n sejat airnya. (Saya xbakar saya goreng mentah gitu je guna api slow sampai rempeyek/tempeyek garing kekuningan)
*Penggunaan garam n perasa tu boleh kurangkan ikut selera ye.. Sebab kalau dah blender ikan bilis/udang kering/udang geragau ni dah masin.
*Goreng deep fry ye.. (Minyak banyak)
*Acuan celup dalam minyak n biar panas baru tuang sikit adunan n tabur kacang n ikan bilis
*Kalau xda acuan.. Curah/sirai adunan tepi kuali... Sambil curah² minyak ke kuali sampai rempeyek/tempeyek tanggal sendiri.. (Hati² minyak panas)

Selamat mencuba..

Anak Bertanya Dimana Allah? Apakah Jawapannya?

ANAK BERTANYA DI MANA ALLAH?
BAGAIMANA IBUBAPA MAHU JAWAB?


Antara nafkah yang wajib ke atas seorang wali bagi anak-anaknya adalah mengajarkan ilmu agama. Sebaik-baik ilmu agama ialah ilmu aqidah.

Pertanyaan "Di mana Allah?" merupakan antara pertanyaan daripada anak kecil yang kadangkala terbit kerana keinginannya untuk mencambahkan pengetahuannya tentang Tuhan sekalian alam.

Maka, selari dengan disiplin dalam menimba ilmu agama, apa-apa perkara yang berkait dengan perihal agama haruslah disandarkan ataupun dirujuk kepada mereka yang arif dalam hal agama seperti Ulama agar hal yang ingin disampaikan itu bertepatan dengan pegangan agama.

Sheikh Zainul ^Abidin atau lebih dikenali dengan nama Tuan Minal Al-Fathoni telah menjelaskan dalam kitabnya Irsyadul ^Ibad jawapan bagi pertanyaan "Di mana Allah?".
Kata Tuan Minal:
"Maka jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: Di mana Allah Taala? Maka jawabnya tiada ia pada tempat"

Maka, jawapan bagi pertanyaan "Di mana Allah?" ialah Allah tidak bertempat. Inilah jawapan yang harus diberikan oleh para ibubapa kepada anak-anak mereka.

Usah pula diberi jawapan yang terpesong daripada aqidah umat Islam seperti "Allah di langit" atau "Allah di mana-mana" atau "Allah di dalam Kaabah" atau "Allah di dalam masjid".

Terangkan kepada anak-anak bahawasanya Allah menciptakan bumi, langit, laut, udara dan sekalian tempat. Allah telah ada sebelum segala sesuatu ada. Maka Dia tidak bertempat.

Jika anak masih tidak faham akan jawapan yang diberikan, tegaskan sahaja agar anak itu hafal akan jawapan tersebut dan tenteramkan dirinya dengan mengatakan suatu hari nanti dia akan faham apabila meningkat dewasa kelak.

Adapun jika ibu bapa mampu memberikan contoh untuk mendekatkan kefahaman si anak maka boleh disoalkan kepada anak tersebut soalan "Bilakah pintu makan nasi?". Maka sudah pasti tidak boleh diberi jawapan sama ada "pintu makan pada waktu pagi" atau "waktu petang" atau "waktu malam".

Jelaskan kepada anak sepertimana soalan tentang pintu tidak boleh dijawab dengan pilihan jawapan seperti di atas kerana "makan" bukan sifat bagi pintu, seperti itulah pertanyaan tentang tempat bagi Allah tidak boleh dijawab sama ada  "Allah di sini" atau "di sana" atau "di bumi" atau "di atas arasy" atau "di langit" atau di "mana-mana" kerana bertempat itu bukanlah sifat bagi Allah.

Ibu bapa harus tahu bahawasanya pertanyaan daripada anak tidak semestinya dijawab mengikut kerangka soalan yang diajukan kerana anak kecil kebiasaan pertanyaan mereka sebenarnya tidak 'valid'.

Contoh soalan tidak valid: Adakah batu pandai atau bodoh? Soalan sebegini tidak mampu kita jawab dengan "batu pandai" atau "batu bodoh" kerana hakikatnya batu bukanlah makhluk yang berakal atau mempunyai daya intelektual.

Asas aqidah beriman kepada Allah adalah beriman bahawasanya Allah mencipta segala sesuatu, Dia tidak sama dengan ciptaanNya.

- Allah cipta langit sebagai tempat bagi malaikat. Maka Allah bukan di langit
- Allah cipta bumi sebagai tempat bagi manusia, haiwan dan tumbuhan. Maka Allah bukan di bumi
- Allah cipta udara di mana-mana. Maka Allah bukan di mana-mana.
- Allah mencipta arasy tetapi Dia bukan duduk di atasnya. Yang tepat ialah Allah menguasai arasy, bukan duduk di atas arasy.

Allah telah ada tanpa permulaan sebelum segala sesuatu ada.

Sayyiduna Ali ibn Abi Talib telah mengatakan:
"Sesungguhnya Allah menciptakan arasy untuk menzahirkan kekuasaanNya, bukan mengambilnya sebagai tempat bagi Zatnya"

Pengetahuan Allah meliputi sesuatu. Allah Maha mengetahui segala perkara di alam ini tetapi tidak boleh kita mengatakan Allah di mana-mana.

Maka, jawapan yang tuntas bagi pertanyaan "Di mana Allah?" ialah Allah tidak bertempat.

Waspadalah daripada fahaman yang mengatakan Allah di langit atau di atas arasy. Fahaman ini bercanggah dengan pegangan sekalian umat Islam. Mengatakan Allah bertempat dan berjisim bukan aqidah Rasulullah.

Kredit : Yunan A Samad