Beli Chalkboard Digital Murah di Selangor | Quokka Koala

Jika pada zaman dulu-dulu papan hitam adalah sinonim dengan sekolah. Ia merupakan alatan mengajar yang paling utama. Kini fungsi papan hitam di sekolah-sekolah sudah ditukar kepada papan putih yang menggunakan marker pen sebagai alat tulis. Namun begitu papan hitam ini tidaklah terus pupus. Ia kini digunakan dengan cara yang lebih kreatif. Dalam majlis perkahwinan, penggunaan papan hitam atau juga disebut papan tulis (orang putih kata chalkboard) secara kreatif dapat menampilkan dekorasi yang menarik.


Kebiasaannya, Chaklboard ini banyak kita nampak di acara-acara seperti wedding, event, seminar, pameran, dan lain sebagainya. Pernah tak kita tertanya kat mana tempat atau lokasi nak buat chaklboard ni? Atau jika kita jumpa sekalipun mesti harga chalkboard digital tu mahal. Jujur Fara cakap agak sukar nak cari kedai yang boleh buat Chalkboard digital di Selangor mungkin tak banyak advertising atau iklan dari mereka. 

Mengenai Quokka Koala

Untuk makluman, Fara buat digital chalkboard untuk Amira di QUOKKA KOALA. Quokka Koala ni merupakan personalised digital chalkboard yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Walaupun Quokka Koala agak baru ditubuhkan, mereka sangat pakar membuat digital chalkboard. Hasil kerja sangat memuaskan dan nampak kemas. Yang paling penting adalah, sangat mudah untuk berurusan dengan mereka sewaktu perbincangan nak buat design digital chalkboard. 



Digital Chalkboard Dari Quokka Koala Menjadi Penyeri di Hari Jadi Amira

Jika anda ingin berjimat dan bajet anda terhad, ‘kehadiran’ sekeping papan hitam (chalkboard) dengan lukisan menakjubkan sebenarnya sudah mampu membangkit seri majlis. Gabungkan Chalkboard Digital dengan butiran majlis, ucapan atau apa sahaja kata-kata manis yang pernah mewarnakan hubungan anda. Pasti konsep ini mampu menggamit memori.



Jika dilihat, Chalkboard Digital ni secara tidak langsung menjadi penyeri dalam majlis sambutan hari jadi Amira yang ke-3 tahun. Bagi Fara dengan adanya Chalkboard Digital ini, ia memberi fungsi sebagai elemen penting dalam sesebuah majlis sebagai contoh jika anda lihat tulisan di dalam Chaklboard Digital tersebut, ia ada menunjukkan butiran diri Amira untuk orang lihat dan kenal dengan lebih mendalam. 

Boleh Custom Made Design Digital Chalkboard Mengikut Citarasa

Ini yang paling Fara suka mengenai Quokka Koala. Masa Fara order kat Quokka Koala, staff dorang sangat peramah dan senang untuk berurusan. Fara hanya berikan contoh design selebihnya mereka yang uruskan. Andai kata masa mereka tunjukkan draft digital chalkboard ada yang kita ingin tukar atau tak berkenan, kita boleh suruh mereka edit sampai kita berpuas hati. 



Kalau berminat nak Digital Chalkboard macam ni boleh order di :

Facebook : https://www.facebook.com/quokkakoalainc/
Instagram : https://www.instagram.com/quokkakoalainc/
Whatsapp https://wa.me/60125630737   /   https://wa.me/60162822627



Beli Barang Buatan Malaysia di PG MALL

Sejak terjadinya Covid 19 hingga kini ramai yang mengambil langkah membeli belah secara online. Fara sekarang pun sudah terbiasa untuk membeli secara atas talian maklumlah kena biasakan dengan norma baru kehidupan. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekonomi negara semakin jatuh dan kini sedang dalam pemulihan kembali. Kerajaan telah memperkenalkan program Pelan Jana Semula Ekonomi atau PENJANA untuk menjana kembali ekonomi negara, semoga dengan ini dapatlah memulihkan kembali kuasa ekonomi Malaysia.


Jika kita mengikuti perkembangan semasa pendemik Covid-19 terkini, kes kian meningkat kembali dengan pelbagai kluster. Nampaknya pembelian secara atas talian masih relevan untuk diamalkan.

PG Mall Sebagai Pusat Beli Belah Terbaik di Malaysia

Rasanya ramai yang dah mula mengenali PG Mall yang mana PG Mall merupakan salah satu platform yang korang boleh berbelanja secara online. PG Mall sebenarnya sudah ada di Malaysia sejak tahun 2017 dan merupakan satu-satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia. Kini PG Mall berada dalam raking ketiga e-commerce yang dipercayai dalam Iprice insight. Paling menarik di PG Mall adalah dengan pembayaran secara e-wallet dan pelbagai cara pembayaran iaitu perbankkan online seperti CIMB Clicks Maybank2u dan lain-lain. Kemudahan ini amat memudahkan para pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian.

Baru-baru ini kerajaan telah memberi bantuan secara e-wallet iaitu melalui e-penjana. E-penjana ini pula boleh ditebus ke dalam e-wallet korang seperti aplikasi Touch 'n' Go e-wallet, Boost dan Grabpay.  Jangan terlepas peluang untuk tebus RM50.00 e-wallet dan beli barang keperluan korang. Fara pun manfaat e-penjana ini dengan membeli keperluan harian rumah seperti makanan dan keperluan anak-anak. 

Kempen Sokong Beli Barangan Tempatan

Bila sebut "Sokong Barang Buatan Tempatan" apa yang berada di fikiran kita? tak lain tak bukan, beli produk atau barang buatan Malaysia! Ya, dengan cara inilah dapat membantu ekonomi negara Malaysia disamping dapat membantu memartabatkan lagi produk buatan tempatan. Dengan rasa bangga marilah kita bersama-sama menyokong barang tempatan dengan membeli barangan buatan dan keluaran negara kita Malaysia. Kalau korang nak tahu, kempen ini telah bermula sejak bulan Julai lepas sehinggalah bulan Disember 2020 nanti. Jom sematkan dalam hati kita #BarangBaikBarangKita.




Banyak lagi produk buatan tempatan lain yang ada. Mahu sokong kempen ini? Korang boleh terus ke https://pgmall.my/proudly-local-campaign untuk tengok apa yang korang boleh dapatkan barangan buatan tempatan korang di PG Mall. 

Selected Store For KBBM

KH Superior Mart | https://pgmall.my/KH-Superior-Mart
Aik Cheong     |  https://pgmall.my/AIK-CHEONG-COFFEE-ROASTER-SDN-BHD 
Cobizco Food  | https://pgmall.my/Cobizco-Food-Industries-Sdn-Bhd
Chobe Master |  https://pgmall.my/CHOBE-MASTER
Cactus Marketing | https://pgmall.my/Cactus-Marketing-Sdn-Bhd
Butik Bos   | https://pgmall.my/Butik-Bos-Official-Store-1
Costplus Online | https://pgmall.my/Costplus-Online
Softlove Malaysia | https://pgmall.my/Softlove-Malaysia
Hurixs    | https://pgmall.my/HURIXS-1
Lee Hin Motor | https://pgmall.my/Lee-Hin-Motor


Nak lebih jimat berbelanja? jangan lupa guna coupan code di bawah :

Coupon Code: KBBM20 RM20 OFF, Min Spend RM50
Coupon Code : KBBM30 RM 30 OFF, Min Spend RM100

Kempen Barang Keperluan Rumah 

Tidak cukup dengan itu, di PG Mall juga korang boleh beli barang keperluan rumah seperti sofa, meja, lampu atau apa sahaja dengan harga yang sangat berbaloi. Kempen ini berlangsung dari 19th-31st October 2020. Nak tahu produk apa lagi yang ada? korang boleh terus ke https://pgmall.my/home-essentials . Sepanjang kempen ini berlangsung ada diskaun menanti korang taw. korang boleh dapat RM15 OFF with minimum spend RM60. Masukkan coupon code ni LIFESTYLE semasa cash out ok!


By Malaysians, To Malaysians adalah slogan yang memang patut kita sokong sepenuhnya, jadi marilah sama-sama kita menyokong usahawan tempatan. Jom tengok di https://pgmall.my/shop-malaysia-online apakah yang menarik di sana. Terbaik bukan? Beli barangan tempatan dapatlah bantu penjual tempatan kita menjana ekonomi negara kembali.

Untuk maklumat lanjut terus ke :

PG Mall Website: www.pgmall.my  (https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=675)
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
Telegram : https://t.me/pgmallofficial001



#PGMall  #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #Homeessentials #Stayathome

Resepi Cheesekut Leleh banjir

Sesekali memang teringin nak makan pencuci mulut yang enak. Nak beli malas, tapi bila nak buat macam tak rajin pulak. Yalah, bukannya senang nak baking kalau tak ada skill. Nanti dah penat buat tak jadi pula. Dah kempunan dibuatnya…

Tapi mesti ramai yang pandai dan suka buat kek batik sebab ianya amat mudah. Tak perlu sukatan tertentu, tak perlu mixer, dan tak perlu oven. Kalau nak sedikit kelainan, cuba buat kek batik versi cheese yang orang panggil cheesekut ini. Jom tengok cara buat di bawah

BAHAN BAHAN :

👉 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
👉 1/2 tin susu pekat
👉 1/4 cawan susu segar
👉 250g cream cheese Tatura
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)



CARA BUAT :

1. KISAR BAHAN

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.Nak guna mixer pun boleh.



2. RENDAMKAN BISKUT

Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.



3. LAPIS-LAPISKAN

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.

Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

4. LETAK TOPPING

Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.



5. SEJUKKAN

Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!


Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.

Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.

Selamat mencuba!

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Hukum Guna Duit Anak

Hukumnya adalah HARAM, jika kita suka-suka  menggunakan duit raya anak-anak tanpa sebab yg munasabah. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.


Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut.

Tak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Jangan makan hak anak.

Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa ya, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah dan adil dgn anak2.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.

“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.

Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar.

Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak.

 Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.

JADILAH IBU BAPA YANG AMANAH..

Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka dapat. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.

Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.

CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL

• MULA-MULA ASINGKAN DULU.

Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan setiap seorang, untuk mengelakkan kekeliruan.

• SEDIAKAN TABUNG KHAS.

Didik anak dari kecil untuk menyimpan dan sayangkan duit. Elakkan pembaziran dan jangan ajar anak pegang duit sendiri sebelum umurnya matang.

• SIMPAN DUIT RAYA DALAM BANK

Buat akaun tabungan untuk anak-anak. Buka banyak akaun dari mana-mana bank pun tak apa. Selain dari duit raya, ibu bapa juga perlu disiplinkan diri untuk menyimpan sedikit duit utk anak utk simpanan untuk mereka meneruskan pembelajaran.

Moga bermanfaat!

Rujuk sini untuk fahamkan dengan lebih detail
 https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3231-al-kafi-1171-hukum-ibu-bapa-menggunakan-harta-anak-anak


Filem Ben 10 yang Baharu di Cartoon Network pada 10.10.2020

Seluruh galaksi akan terhenti secara tiba-tiba disebabkan kartun popular Ben 10 terbitan Cartoon Network menemui para peminatnya tepat jam 10 pagi dengan tayangan perdana global “Ben 10 vs. The Universe: The Movie”.


Pada hari Sabtu, 10 Oktober, para peminat dari seluruh dunia siri kartun yang telah memenangi Emmy Award ini boleh menonton filem yang ditunggu-tunggu ramai tersebut menerusi siaran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635), termasuk saluran-saluran WarnerMedia yang lain - *HBO, Boomerang dan Warner TV serta melalui khidmat penstriman HBO GO.

Filem televisyen penuh aksi tersebut akan memberi fokus kepada penceritaan sekitar letupan dari masa lalu Ben untuk kembali melakukan dua kali ganda kerosakan terhadap pasukan Tennyson dan planet Bumi itu sendiri sekali gus memaksa Ben untuk pergi ke antara bintang untuk menyelamatkan keadaan. Sementara itu, Gwen dan Grandpa Max bekerjasama untuk melindungi dunia ketika ketiadaan Ben. Tetapi apabila hero kanak-kanak lelaki kesayangan kita dikelirukan sebagai penjahat di ruang angkasa, Ben mesti mencari jalan untuk kembali ke Bumi untuk menyelamatkannya!

Menjelang tayangan perdana filem, para peminat setia Ben 10 berpeluang menikmati aksi Ben 10 dengan segmen khas “Power of 10” yang akan disiarkan setiap hari Sabtu di Cartoon Network. Episod-episod khas ini membawa anda kembali ke saat-saat menarik bersama beberapa musuh Ben 10 yang paling kuat seperti Kevin 11, Steam Smythe dan Vilgax, panglima perang alien intergalaksi yang sukar untuk dikalahkan.

Peminat yang ingin memulakan misi mendebarkan bersama Ben 10 juga boleh menyertai Cabaran Peminat Ben 10 dalam talian. Dari membina pertempuran Ben 10 epik mereka sendiri ataupun mencari grafik GIF animasi tersembunyi di mikrosit Ben 10, mereka perlu menyelesaikan pelbagai cabaran untuk memenangi Ben 10 Watch Party Pack yang boleh dimuat turun. Lawati mikrosit Ben 10: https://ben10.cartoonnetworkasia.com/ untuk maklumat selanjutya.

Siri ini diterbitkan oleh Cartoon Network Studios sementara ditulis dan diterbitkan bersama Man of Action Entertainment (Big Hero 6, Generator Rex), serta John Fang (Mixels, Generator Rex) yang berperanan sebagai penerbit eksekutif.

Jangan lupa – inilah masa wira pukul 10 pagi pada 10.10.2020! Tontoni “Ben 10 vs. The Universe: The Movie” pada Sabtu, 10 Oktober jam 10 pagi yang ditayang secara serentak di Cartoon Network, HBO, Boomerang, Warner TV, dan HBO GO.

Perincian-perincian saluran:

 Cartoon Network: Saluran Astro 615 HD / 635
 Boomerang: Saluran UnifiTV Ch 555
 Warner TV: Saluran Astro 712 HD / Saluran UnifiTV 451
 HBO: Saluran Astro 411 HD
 HBO GO: muat naik aplikasi HBO GO di App Store atau Play Store and dapatkan

tempoh percubaan secara percuma selama seminggu. HBO GO boleh diaskses melalui Android TV, Apple TV, LG TV and Samsung Smart TV – dan didatangkan dengan AirPlay dan fungsi Google Cast.



Kempen Eat Healthy, Taste Italy Fair di Intermark Mall Kuala Lumpur

Berlangsung sekarang hingga 4 Oktober di Intermark Mall Kuala Lumpur, Eat Healthy, Taste Italy Fair diadakan dengan kerjasama Jaya Grocer, Global Pacific Victory (M) Sdn Bhd dan Euro-Atlantic Sdn Bhd. Kempen ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian produk Itali yang bakal berada di pasaran sambil mengekalkan kesihatan diri

Kempen diadakan di Level G Intermark Mall, KL

Ini adalah kempen pertama dan terbesar oleh ITA (Italian Trade Agency) untuk mempromosikan makanan dan minuman buatan Itali ke pasaran di Malaysia. Melalui kempen ini, pelbagai bahan-bahan Itali, produk segar dan produk makanan dari Itali boleh kita dapati. 

Dengan adanya produk & bahan dari Itali, ianya secara tidak langsung memudahkan untuk kita memasak dan merasai citarasa asli Itali di rumah 

Kita semua tahu masakan Itali merangkumi diet yang sihat dan seimbang, yang memungkinkan anda untuk tidak hanya menikmati makanan yang enak tetapi juga menjaga gaya hidup yang sihat.

Pelbagai Produk Berasaskan Itali Ada di Kempen Eat Healthy, Taste Italy

Pelanggan boleh menikmati pelbagai produk gustatory Itali dari makanan kegemaran tradisional seperti minyak zaitun, pasta, keju dan kopi tanah hingga pilihan baru seperti coklat, pastri, makanan siap makan, jem dan truffle. Hasil segar khas dari Itali juga dibawa melalui kerjasama ini. 

Jom Lihat Antara Produk Yang Ada :





Selain menggalakkan pembelian produk Itali yang tulen, kempen ini juga bertujuan untuk menonjolkan keunggulan pengeluaran Itali. Kempen ini bukan hanya untuk meningkatkan pengedaran dan penjualan produk Itali tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang makanan Itali yang asli. 

Peraduan Berbelanja Dan Menang Produk Itali Bernilai Sehingga RM2,000

Sepanjang kempen ini berlangsung, akan ada peraduan berbelanja dan menang dalam tempoh promosi di mana pelanggan berpeluang memenangi produk Itali bernilai sehingga RM2,000, penginapan satu malam di Le Meridien Kuala Lumpur serta baucar tunai ke Favola Italian Restaurant. 

Promosi ini akan berterusan sehingga 18 Oktober, yang menampilkan jenama seperti Cactus Fig, pastificio Granoro pasta dan Galbani, antara produk gourmet Itali yang banyak.


Pastikan Produk ASLI dari Itali Baru Beli!

Macam mana nak pastikan produk buatan Asli dari Itali? Di seluruh Kesatuan Eropah, tidak seperti Malaysia, produk makanan dan minuman Itali yang asli ada Pensijilan produk DOP, IGP dan TSG. 

DOP adalah singkatan dari "Denominazione di Origine Protetta", dan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "Protected Penamaan Asal ”. 

IGP adalah singkatan dari "Indicazione Geografica Protetta" dan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "Protected Geographical Petunjuk ”. 

TSG (Jaminan Khas Tradisional) merujuk kepada komposisi tradisional dan diperbuat daripada pengeluaran. 


Pelanggan hanya perlu melihat label tersebut ditandai pada produk, mereka dapat yakinlah mereka membeli produk Itali yang asli.

Terdapat lebih daripada 800 produk terlindung di Eropah. Semua perakuan makanan adalah hasil daripada dasar Kesatuan Eropah yang digubal untuk mempromosikan dan melindungi nama berkualiti untuk produk pertanian dan makanan, yang memastikan bahawa hanya produk yang berasal dari kawasan tertentu dibenarkan untuk dikenal pasti. Tujuan pensijilan adalah untuk melindungi reputasi makanan daerah, mempromosikan desa dan pertanian aktiviti, menghilangkan persaingan yang tidak adil dan membantu mengelakkan pengguna daripada disesatkan, yang berpunca daripada kehadiran produk yang tidak asli, tidak asli.

Pertama kali memasak Risotto untuk menyertai "Cooking Challenge Eat Healthy Taset Italy"

Dalam masa yang sama Fara mengambil kesempatan untuk menyertai pertandingan memasak menggunakan produk Itali. Dalam banyak-banyak produk yang dapat Fara cuba dahulu untuk masak Risotto. Rissoto dalam bahasa melayu kita panggil bubur. 


Cara memasak cukup mudah. Sama seperti memasak bubur, sediakan air yang cukup ke dalam periuk hingga mendidih. Bila air dah mendidih baru masukkan Risotto ke dalamnya. 


Agak-agak nasi dah kembang baru tutup api. Ta-daa! siap dan inilah hasilnya. Walaupun rupa tidak seberapa cantik (tak pandai deko) rasanya boleh tahan sedap.  


Jangan Lupa Berkunjung ke Kempen Eat Healthy, Taste Italy Fair di Intermark Mall Kuala Lumpur!!

Untuk penggemar makanan atau produk dari Itali, inilah peluang anda untuk melihat kepelbagaian produk yang ada di sini dan jangan lupa rebut peluang untuk memenangai hadiah sehingga RM2,000, penginapan satu malam di Le Meridien Kuala Lumpur serta baucar tunai ke Favola Italian Restaurant. Promosi ini akan berterusan sehingga 18 Oktober,

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini anda boleh terus ke :