Menu Baru "Ayam Sedap Baq Hang" di TCRS Memikat Selera

Sempena ramadan 2021 The Chicken Rice Shop menawarkan menu terbaru mereka iaitu "Ayam sedap baq hang" hanya akan disajikan pada masa yang terhad sahaja iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021. Setiap kali ada menu terbaru di TCRS Fara tidak lepaskan peluang untuk mencubanya. 


Khas untuk penggemar makanan pedas, keenakan menu terbaru ini bagi Fara terletak pada sambalnya. Sambal "Ayam Sedap Baq Hang" sesuai dimakan seisi keluarga kerana sambalnya tidak terlalu pedas dan Fara pasti korang juga akan suka dengan menu terbaru ini. 

Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ‘Ayam Sedap Baq Hang’ TCRS dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Dengan hidangan yang lazat ini, korang pasti akan repeat makan berkali-kali! 😋😊


Fara harap TCRS terus menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya. Menu baru ni benar-benar satu ciptaan hidangan yang sangat lazat dan berbaloi untuk dimakan. 


Jangan lupa menikmati ‘Ayam Sedap Baq Hang’ sebelum berakhirnya promosi iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021.

Maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari

TONTON Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Drama bersiri berjudul Yang Bakal Mati Ramadan ini akan disiarkan di Awesome TV (Astro 123, MyTV 112). Menghimpunkan gandingan mantap Nasir Bilal Khan, Liza Abdullah, Keith Foo, Jaja Iliyes, Beego, Bella Astillah, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Norreen Iman, Isaac Iman, Hannah Qiasatinna, Beayqaa, Nurul Fatihah, Zalfa Zin dan ramai lagi.



Mulai siar 12 April 2021 dan akan bersiaran penuh sebanyak 22 episod.

DRAMA YANG BAKAL MATI RAMADAN INI

Jumlah Episod : 22 Episod Penuh
Mulai Siaran : 12 April 2021
Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Awesome TV (Astro 123, MyTV 112)

Senarai barisan pelakon drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Keith Foo sebagai Mikhail
Jaja Iliyes sebagai Alana
Nasir Bilal Khan sebagai Pak Daus
Liza Abdullah sebagai Mak Bibah
Nazeera Sardi sebagai Natrah
Amar Asyraf sebagai Amli
Beego sebagai Hasnul
Bella Astillah sebagai Zalia
Norreen Iman sebagai Lynn
Isaac Iman sebagai Azril
Hannah Qiasatinna sebagai Nurul
Beayqaa sebagai Sutra
Nurul Fatihah sebagai Risteena
Zalfa Zin sebagai Juliana

SINOPSIS YANG BAKAL MATI RAMADHAN INI

Mengisahkan tentang Pak Daus, seorang bomoh, yakin bahawa dia telah mendapat petanda tentang kematian dalam keluarganya.
 
Episod 1 - Mengisahkan tentang Pak Daus, seorang bomoh, yakin bahawa dia telah mendapat petanda tentang kematian dalam keluarganya.

Episod 2 - Pada suatu malam Pak Daus tidur lalu mengalami mimpi yang pelik dan menyeramkannya. Beliau bermimpi berada di tanah perkuburan dan terlihat batu nisan tertulis nama isterinya Habibah dan anak-anaknya Hasnul, Nur Natrah Tasha dan Nur Alana

Episod 3 - Hasnul berdepan dengan beberapa pelajar bermasalah yang selalu ponteng kuliah. Terkenal dengan sikap tegasnya, Hasnul bagaimanapun bersimpati dengan nasib seorang pelajar bernama Sutra.

Episod 4 - Alana pulang ke kampung untuk melawat ibu bapanya. Mak Bibah mula berkongsi pengalaman aneh Pak Daus. Zalia menyokong Hasnul untuk membantu Sutra tanpa mengetahui Sutra mempunyai agenda lain terhadap Hasnul.


Kempen “Best Summer Ever” Cartoon Network membawakan 150 aktiviti di rumah, tayangan perdana dan pelbagai hadiah istimewa

Bersedialah untuk keseronokan sepenuhnya bersama Cartoon Network - kanak-kanak dan ibu bapa mereka boleh menikmati lebih daripada 150 pengembaraan di mikrosit CartoonNetworkAsia.com/BestSummerEver yang bermula sekarang hingga 27 Jun ini. Seisi keluarga boleh mewujudkan “zon ceria” dalam keselesaan dan keselamatan di rumah mereka untuk merasai sendiri ikatan kekeluargaan yang luar biasa semasa cuti, hujung minggu…dan setiap hari untuk dua bulan akan datang.



Aktiviti-aktiviti ini diletakkan di bawah salah satu daripada lima tema iaitu bermain, muzik, pergerakan, penerokaan dan permainan:


  • Bermain: Craft Creek bersama Looney Tunes adalah aktiviti yang membantu melatih sisi kreatif seisi keluarga - mengadun resipi yang enak, melakukan aktiviti kraf D.I.Y dan banyak lagi.

  • Muzik: Toon Tunes Valley bersama We Bare Bears mengajak anda menyanyi sepuas hati, sama seperti Ice Bear! Pilih lagu Cartoon Network kegemaran anda, panaskan peti suara, dan bolehlah mula menyanyi bersama-sama. Lebih baik lagi, jika seisi keluarga memilih satu lagu setiap orang dan menjadikannya sebagai konsert di rumah!

  • Pergerakan: Gymsville bersama Tom and Jerry membuatkan jantung anda berdegup kencang dengan set video senaman rahsia Tom. Lagipun, telatah mereka memang memerlukan dua watak ini untuk sentiasa cergas, dan anda juga boleh menjadi sihat dan aktif  – seperti mereka berdua.

  • Penerokaan: Toonsplorer Island, dihoskan oleh Teen Titans Go! membawa anda ke pelbagai jenis pengembaraan. Muat turun stiker WhatsApp, hiasan latar mudah alih yang memaparkan rancangan kegemaran anda, menjadi hos mesyuarat melalui Zoom di gua beruang, dan banyak lagi. 

  • Permainan: Arcade Town bersama Ben 10 menyediakan lambakan permainan! Sama seperti arked sebenar, pilih permainan kegemaran anda yang menyemarakkan daya saing anda. Sahut cabaran itu dengan beberapa sesi permainan yang hebat – dan ajaklah kawan-kawan anda bermain sama untuk melihat siapa yang lebih handal.


Dengan lebih 150 aktiviti, terdapat begitu banyak pilihan untuk menjadikan golongan muda dan yang berjiwa muda sibuk sepanjang musim panas ini, termasuklah cabaran digital untuk membuka e-ganjaran eksklusif seperti hiasan latar mudah alih, stiker dan sijil yang diperibadikan!



Para keluarga juga boleh memuat naik gambar atau video pengembaraan di rumah ciptaan mereka di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network untuk berpeluang melihat ia disiarkan di TV, dan memenangi hadiah hebat sambil mencipta kenangan musim panas anda yang terindah!


Kempen Best Summer Ever Cartoon Network juga menyajikan siri asal kegemaran ramai dan tayangan perdana selama lapan minggu, dengan sorotan ke atas: 


  • Siri kartun Looney Tunes yang baharu, Looney Tunes Cartoons, dengan kemunculan pertamanya pada hari Jumaat, 7 Mei, jam 5.30 petang di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD) dalam pelancaran filem animasi Space Jam: A New Legacy yang memaparkan juara bola keranjang LeBron James dan pengembaraan epiknya bersama Bugs Bunny dan kru Looney Tunes. Filem yang dinanti-nantikan ini akan ditayangkan di pawagam pada hari Khamis, 15 Julai.

  • Ben Gen 10 istimewa selama sejam di mana Ben perlu menyelamatkan dunia daripada Omnitrix yang mengalami kegagalan fungsi dan menjangkiti manusia dengan DNA asing, tayangan perdana pada hari Sabtu, 22 Mei, jam 11 pagi di Cartoon Network dan perkhidmatan penstriman HBO GO.

  • Adventure Time: Distant Lands’, episod keempat selama sejam Together Again, yang kali pertama disiarkan pada Sabtu, 12 Jun, jam 9 malam di Cartoon Network dan HBO GO, di mana Finn dan Jake bersatu kembali untuk mengharungi pengembaraan paling penting dalam hidup mereka.


Sebagai tayangan istimewa Hari Raya, Astro menghidangkan kepada SEMUA pelanggannya program-program Cartoon Network yang paling popular dari 26 Mei – 13 Jun melalui On Demand dan Astro GO, termasuklah The Amazing World of Gumball dan Ben 10 kepada We Bare Bears, New Looney Tunes, Tom and Jerry Tales, dan banyak lagi. Tontonlah program istimewa Best Summer Ever Carton Network pada bila-bila masa, di mana sahaja!



Seramai 100 pelanggan bertuah yang menstrim Best Summer Ever Cartoon Network istimewa akan berpeluang memenangi barangan Looney Tunes dan Tom and Jerry! Untuk butiran lanjut, kunjungi promotions.astro.com.my.


Yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya, tiada peminat sejati yang tidak akan menambahkan barangan terbaharu Cartoon Network dalam koleksi mereka. Berikut adalah pilihan terbaharu di Malaysia: 


  • Kidz World MY

Mencari pakaian terbaik untuk si kecil anda? Kunjungi sahaja Shopee untuk melihat koleksi pakaian Tom and Jerry yang sangat banyak!


  • Asadi Malaysia

Membawakan anda kasut yang paling popular dan selesa We Bare Bears untuk perjalanan harian anda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee atau Lazada untuk melihat koleksinya.


  • Toys“R”Us

Jika anak-anak anda peminat Tom and Jerry, kunjungi Toys”R”Us untuk melihat koleksi penuh mainan hari ini. Hanya terdapat di cawangan terpilih sahaja.


  • Zakkasg

Mencari hadiah paling tepat untuk acara istimewa? Daripada plushies, beg galas, beg kantung dan banyak lagi, anda akan rambang mata melihat seleksi hadiah yang ditawarkan! Kunjungi Shopee sekarang.


  • Tisu Royal Gold 

Manjakan kulit anda dengan tisu muka Looney Tunes Royal Gold! Kini boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar terkemuka.  




About Cartoon Network Asia Pacific


Cartoon Network, the leading kids’ channel in Asia Pacific, offers the best in original animated content including the multi-award-winning global hits Ben 10, The Powerpuff Girls, Teen Titans Go!, Tom and Jerry and We Bare Bears; and Asia Pacific originals including Monster Beach and the International Emmy-nominated Lamput.


The brand is known for putting its fans at the centre of everything by applying creative thinking, fun and innovation across multiple platforms. Cartoon Network also reaches millions more through its websites, apps, games and streaming services including HBO GO. In Asia Pacific, Cartoon Network, companion brand to Boomerang and POGO, is distributed by WarnerMedia International.


Dikeluarkan bagi pihak Cartoon Network oleh IN.Deed Communications. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

 

Sophia Lee

Tel: + 6016-229 7727

Emel: sophia@indeedcommunications.com 

Cuba Menu Baru "Feisty Arabic Ikan Bakar" di The Manhattan Fish Market

Cuba Menu Baru Feisty Arabic Ikan Bakar di  The Manhattan Fish Market| Hidangan makanan laut, antara pilihan sajian digemari ramai. Rasa semula jadi manis udang, ikan, sotong, membuatkan ramai tidak jemu mencuba masakan laut biarpun menu penyediaan ringkas. Bagi yang menyukainya, restoran The Manhattan Fish Market (MFM) pasti tempat ditujui kerana di situ disediakan makanan laut gaya Amerika disaji segar dan memenuhi selera sesiapa saja.
 

Apa yang best di The Manhattan Fish Market mestilah menu ikan laut mereka yang sangat enak dan pelbagai pilihan. Penggemar masakan ikan laut pasti takkan lepaskan peluang untuk cuba setiap menu baru di sini. Kali ini, Fara berkesempatan untuk mencuba menu baru The Manhattan Fish Market iaitu Feisty Arabic Ikan Bakar.

Jom Lihat Set makanan Feisty Arabic Ikan Bakar

1. Ikan Bakar Duo

Keistimewaan menu baru ini terletak pada Sos tomato pedas yang disapu secara rata pada ikan bakar. Yup! ikan bakar adalah salah satu menu yang sangat disukai oleh semua orang. Seteleh mencubanya, Fara rasa ini adalah hidangan pedas beraroma yang membuka selera kepada sesiapa yang menginginkan keindahan semasa berbuka puasa mahupun hari raya.


Set ini juga adalah set menu paling jimat dan bila makan sangat mengenyangkan! Masih teringat lagi rasa kesedapan aroma ikan bakar dimakan dengan sos tomato pedas memang betul-betul padu!! Makan bersama pasangan memang asyikkkk! 🥰

Dalam set ini ada Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 Garlic Herb Rice. Sesuai untuk 2 orang makan dengan harga RM59.90

2. Ikan Bakar Gembira 

Andai kata tiba-tiba ada family ngidam nak makan ikan bakar tapi nak makan tempat sejuk ber air-cond boleh bawa mereka ke The Manhattan FISH MARKET. Kenapa? dalam set ini ada ikan bakar dan juga menu lain yang pastinya sedap dan memikat hati. Makan sedap dapat, air-cond pon dapat. hehe


Dalam menu ni ada Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 Garlic Herb Rice, menu kegemaran ayam Scallop Fish Chicken, 3 minuman Strawberry Gembira dan 3 Chowder of the Day. Bagi Fara hidangan ini Sesuai untuk 3-4 orang dengan harga RM119.90 sangat murah dan berbaloi
 
3. Ikan Bakar Bersama-sama 

Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga ramai sangat sesuai order set Ikan Bakar Bersama-sama. 
  

Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 Garlic Herb Rice, Udang Pedas, Sotong Goreng dan Kerang. Dilengkapi dengan 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan pencuci mulut 2 Aiskrim Vanilla dengan Fistikli Baklava. Sesuai untuk dimakan 4-5 orang dengan harga RM159.90
 
4. Ikan Bakar with Flaming Lobster. 

Antara yang menarik untuk dicuba Ikan Bakar with Flaming Lobster, iaitu kaedah lobster dipanggang api menyala, menyerlahkan rasa makanan laut dan teknik mereneh berjaya mengekalkan kelembapan rasa serta aroma makanan.



Lobster adalah antara senarai makanan laut yang semua orang sukai kerana rasanya yang manis dan sedap. Jika anda lihat, dimana-mana tempat sahaja lobster ini dikategorikan dalam makanan laut yang mahal. Tetapi tidak di The Manhattan FISH MARKET. Anda boleh mendapatkan lobster ini pada harga yang berpatutan.

Hidangan eksklusif makanan laut premium The Manhattan FISH MARKET- Grilled Flaming Lobster. Didatangkan Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2Garlic Herb Rice, 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan pencuci mulut dengan 2 Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava. Sesuai untuk 4-5 orang makan dengan harga RM288.90

Pencuci Mulut Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava


The Manhattan FISH MARKET juga memperkenalkan pencuci mulut tawaran masa terhad - Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava. Fistikli Baklava adalah pastri berlapis yang diisi dengan kacang cincang dan direndam dalam madu. Pencuci mulut ini memberi inspirasi dalam membawa rasa pencuci mulut manis dari Timur Tengah, khususnya dari Turki.

Menu baru Feisty Arabic Ikan Bakar" di The Manhattan Fish Market Sedap dan Murah!

Bagi Fara, Kombinasi bahan-bahan pada menu baru ini lebih menarik dan sedap. Tidak mungkin anda boleh mendapatkan set makanan seperti ini ditempat lain dengan harga yang sangat berpatutan.


Boleh lihat gambar di atas untuk lihat menu baru "Feisty Arabic Ikan Bakar" di The Manhattan Fish Market dengan lebih jelas 👆👆👆

P/S : Anda boleh menikmati menu baru ini  dari 13 April 2021 di semua outlet The Manhattan FISH MARKET. 

Maklumat lanjut mengenai Menu Baru "Feisty Arabic Ikan Bakar" The Manhattan Fish Market terus klik pautan di bawah :

 Jadi tunggu apa lagi? Ajak semua rakan serta keluarga anda untuk menikmati Menu Baru Fiesty Arabic Ikan Bakar sebelum tamat. 





The Cakery Menawarkan Kek Istimewa Sempena Hari Ibu

Hari Ibu akan dirayakan tidak lama lagi dan inilah masa untuk kita menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada wanita istimewa dalam hidup kita. Banyak cara kita boleh tunjukkan rasa sayang kepada ibu sebagai contoh memberi hadiah, belikan kek, bawa berjalan, dan sebagainya. Kebiasaanya, ramai memilih untuk memberi sejambak bunga beserta potongan kek yang menarik. Terpulang pada minat masing-masing.


Bercakap tentang kek, Fara nak kongsikan kepada semua kek best dan menarik dari THE CAKERY. The Cakery telah mengetengahkan pelbagai kek bertema yang lazat, cantik dan menarik untuk Hari Ibu termasulah kek dan kek cawan.

Boleh Custom Sendiri Cupcake Anda Untuk Hari Ibu

Tahun ini, The Cakery menawarkan kek, dan kek cawan dengan mesej yang diperibadikan yang menjadikan hadiah istimewa dan benar-benar unik. Sekiranya anda mahukan reka bentuk kek cawan yang manis dan menggembirakan dengan keinginan Hari Ibu yang sederhana, kek dengan pesanan peribadi, atau gambar dengan gambar yang dapat menangkap cinta ibu anda dengan sempurna, The Cakery akan menjadikannya seperti itu. 

Senarai Harga The Cakery :

Mother’s Day Cakes


Size and Price:

5” – RM 80
6” – RM 90
7” – RM 100

Mother’s Day Cupcakes


Amount & Price:

6 pcs – RM 70
9pcs – RM 80
12pcs – RM 90
Edible Images - +RM 20

All cupcakes are medium size

Anda boleh buat tempahan mulai sekarang sehingga 8 Mei 2021

Kesemua kek dan cupcakes ini anda boleh dapatkan di semua cawangan The Cakery di Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Ipoh dan Seremban. Anda boleh buat tempahan mulai sekarang sehingga 8 Mei 2021


Sekiranya anda berminat, terus buat tempahan sekarang di :

WhatsApp : 012 750 2810.


Lee Kwang Soo bersara dari Running Man

Syarikat agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship mengumumkan kenyataan rasmi hari ini yang LKS akan meninggalkan Running Man. LKS menyertai rancangan hiburan itu sejak tahun 2010. Huhuhu sedihnyaaaa, lepasni mungkin LKS lebih aktif dalam bidang lakonan


Kenyataan rasmi dari syarikat agensi LKS

"Kami ingin memberitahu bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan 'Running Man' SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Me


Setelah terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Lee Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala, walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikalnya semasa penggambaran 'Running Man'. Hasilnya, setelah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, krew, rakan-rakannya, dan juga agensi, akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan menta


Kerana Running Man yang disebut Lee Kwang Soo sebagai "rumahnya" selama 11 tahun, sukar baginya untuk membuat keputusan ini. Namun, tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa hadapa


Kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada Lee Kwang Soo di 'Running Man', dan Lee Kwang Soo berjanji akan muncul nanti dalam keadaan lebih sihat dan ceria

Sesi Persekolahan Secara PdPR Selepas Cuti Raya 2021

Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti hari Raya Aidilfitri. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, manakala sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan selepas cuti penggal persekolahan pada 12 atau 13 Jun depan mengikut kumpulan sekolah.



Pelaksanaan ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya jangkitan di luar sekolah ke dalam sekolah.

Jelasnya, KPM mengumumkan hal ini lebih awal supaya guru mempunyai masa serta kebebasan untuk memilih kaedah pengajaran serta modul yang sesuai untuk PdPR.

Jadual PdPR Lepas Raya

Berikut adalah jadual sesi persekolahan PdPR lepas cuti Hari Raya yang diumumkan sebentar tadi. Pelajar sekolah akan bermula cuti :

Untuk cuti Hari Raya Aidilfitri

11 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021 (Kumpulan A)
11 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 (Kumpulan B)

Selepas cuti hari raya Aidilfitri pelajar bermula belajar di rumah :

16 Mei 2021 sehingga 27 Mei 2021 (kumpulan A)
17 Mei 2021 sehingga 28 Mei 2021 (Kumpulan B)

Bermula cuti sekolah : 

28 Mei 2021 sehingga 12 Jun 2021 (Kumpulan A)
29 Mei 2021 sehingga 13 Jun 2021 (Kumpulan B)

Kembali Sekolah :

12 Jun 2021 (Kumpulan A)
13 Jun 2021 (Kumpulan B)

Kumpulan A : Negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu
Kumpulan B : Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya


KELAKAR HABIS! Drama Makcik Bawang Mencuit Hati Penonton

Drama terbaru yang siar menerusi Slot Sitrus TV1. Menampilkan gandingan Nad Zainal dan Rashidi Ishak sebagai tunggak utama. Turut menampilkan berapa pelakon antaranya Izuan Fitri, Fateha Khai, Fahmie Mikail, Noralbaniah, Angeline Tan, Marisa Yasmin, Zarynn Min, Nazeera Sardi, Namron, Catriona Brian Ross dan ramai lagi.


Drama Makcik Bawang bersiar 1.30 tengah hari, setiap Isnin hingga Khamis di TV1. Mulai siar pada 12 April 2021.

Full Episode Drama Makcik Bawang Episod 1 - Episod Akhir
 
👉 https://myklik.rtm.gov.my/category/drama%20bersiri/s/2-13577-842498

SINOPSIS MAK CIK BAWANG

Kisah Isha dan Azri yang punya tiga orang anak yang baru berpindah ke tempat baharu, jadi segala-galanya adalah baharu bagi mereka. Rumah, kerja, sekolah dan macam-macam lagi. Apa yang menariknya tentang kisah keluarga ini?

Isha mulakan perniagaan bahan tumisan beliau secara kecil-kecilan dengan berikan sampel produk beliau kepada para suri rumah kejiranan beliau. Bagi memasarkan produk secara besar-besaran, Isha menyertai sebuah kursus asas pemasaran produk dan seterusnya menggunakan ilmu yang dipelajari berserta bantuan Nabila.

Rutin harian Isha yang penuh kesibukan dalam memenuhi permintaan tempahan pelanggan produk bahan tumisan beliau. Namun begitu, Isha tidak sekali mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai isteri dan juga ibu kepada tiga orang anaknya. Melihat kesungguhan Isha, majikan Azri, Hj. Azman sudi menghulurkan bantuan kepada Isha bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau.


Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Online Berjaya 2021

Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Online Berjaya 2021| Sejak kebelangkan ini, ramai usahawan yang memilih untuk menceburi perniagaan online. Ketumbuhan pesat perniagaan internet dan perkembangan exponen ‘mobile shopping’ telah memberi laluan yang baik untuk menjadikan perniagaan online satu peluang bisnes yang menguntungkan.


Di antara sebab mengapa ramai yang memilih menjadi seorang usahawan ialah keinginan untuk hidup berdikari, mengumpul aset, menabung sebagai jaminan masa hadapan dan mencari kehidupan yang lebih seimbang atau ‘work-life balance.’ Jika anda di antara yang berazam melangkah tahun baru 2021 dengan memulakan perniagaan online, apa kata ikuti program Vitual Online Bisnes Berjaya dari RichWorks ini.

Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.


Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.

“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.

“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran

Pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga di sini, hari ini. RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus.

Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.

Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.


“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.

“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.

Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.


Richworks International

Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawanyang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian- RichWorks.com untuk Inspire,Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


Datuk Wira Dr Azizan Osman

Datuk Dr Azizan Osman, Accredited Business, Marketing & Leadership Coach,Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

Dr Azizan Osman seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

Mulakan langkah anda sekarang!

Semakin ramai orang yang terlibat menjalankan perniagaan atas talian sekarang ini sebagai sumber pendapatan. Namun kerana tidak mengambil berat soal ilmu perniagaan atas talian yang betul menyebabkan ada antara mereka menemui kegagalan. Semoga program ini dapat membantu anda seterusnya perniagaan atas talian anda semakin berkembang maju.

Tempah tiket untuk hadir program virtual online ini di www.BinaBisnesBerjaya.com  

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program virtual boleh hubungi RichWorks seperti di bawah:

Alamat :

RichWorks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 11/29,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Website : www.richworks.com

No. Telefon:
📞 016 3234 6866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly)
📞 012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)

E-mel :

📩 karini@richworks.com.my / omkarini.rich@gmail.com
📩 azrin.richworks@gmail.com


Champs® Duopharma Biotech dan Nasom Anjur Kempen Kutip Derma Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Autisme

Kuala Lumpur, 9 April 2021 – Pada tahun ini, sempena dengan Bulan Autisme Sedunia, jenama vitamin untuk kanak-kanak yang terbesar di Malaysia, CHAMPS® - Pilihan Ibu Untuk Juara, dengan kerjasama pertubuhan amal bukan kerajaan, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), telah menganjurkan kempen kesedaran di seluruh negara buat tahun kelima dalam usaha meningkatkan penerimaan umum terhadap Autisme di Malaysia.

CHAMPS ialah jenama pemakanan kesihatan terkemuka keluaran bahagian Penjagaan Kesihatan Pengguna (CHC) syarikat farmaseutikal terkemuka Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech).

Majlis Pelancaran kempen Kesedaran Autisme CHAMPS®-NASOM 2021, dengan tema ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’, telah dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Lebih 150 hasil karya lukisan tangan kanak-kanak autisme turut dipamerkan sebagai sebahagian daripada usaha mengutip dana bagi menyokong perkhidmatan dan program NASOM.

Khairy berkata “Saya dan isteri memang ada kepentingan secara peribadi untuk menggalakkan kesedaran autisme dan membolehkan pesakit memanfaatkan terapi, terutamanya membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu membayar yuran. Kami percaya setiap kanak-kanak autisme seharusnya diiktiraf dan dipupuk untuk mencapai potensi penuh mereka dan menjalani kehidupan yang bermakna.”

CHAMPS® juga akan menyampaikan sumbangan daripada hasil jualannya, iaitu menerusi kerjasama dengan Guardian Malaysia, iaitu RM 1 daripada jualan setiap pek promosi Vitamin C CHAMPS® akan disumbangkan kepada NASOM. Usaha sama dengan salah satu daripada rangkaian runcit terbesar bagi CHAMPS® ini bertujuan menggalakkan pembelian produk Vitamin C CHAMPS® di kedai sepanjang April 2021. Sehingga kini, CHAMPS® telah menyumbang RM269, 217.50 kepada NASOM, membawa kerjasama industri ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech berkata, "Kami berbangga untuk meraikan kerjasama penting selama 5 tahun dengan NASOM untuk menyokong usaha meningkatkan kesedaran dan penerimaan terhadap autisme di Malaysia. Menerusi kempen ini, bakat-bakat seni kanak-kanak diketengahkan buat pertama kali, dengan mempamerkan hasil karya insan autisme di bawah Program Terapi Seni NASOM.”

“Kami yakin bahawa kempen kesedaran ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’ akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan sokongan bagi komuniti autisme sambil memupuk bakat mereka selain menggalakkan keterangkuman dalam masyarakat, agar mereka terus berkomunikasi melalui seni,” tambah beliau.

Autisme diiktiraf sebagai salah satu keadaan yang paling pantas berkembang di peringkat global, meliputi pelbagai bentuk gangguan perkembangan dari segi interaksi sosial dan kemahiran komunikasi asas. Salah satu kaedah komunikasi yang digunakan NASOM ialah terapi seni bagi kanak-kanak autisme untuk membantu mereka menyerlahkan bakat dan berkomunikasi menerusi karya kreatif. Seni didapati satu wadah yang sangat positif bagi kanak-kanak autisme, membolehkan mereka meluahkan pandangan dan perasaan masing-masing secara bebas.

Semasa merakamkan penghargaan atas sokongan dan sumbangan Duopharma Biotech sepanjang tempoh lima tahun lepas, Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM President berkata, “Kami berharap menerusi kempen ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’ orang ramai akan dapat mengiktiraf kanak-kanak istimewa ini dan cara mereka berkomunikasi. Setiap kanak-kanak adalah berbeza, lebih-lebih lagi kanak-kanak autisme. Seni itu sendiri ialah satu bentuk terapi yang bukan sahaja akan merangsang daya imaginasi kanak-kanak, tetapi mengasah kemahiran mereka untuk berinteraksi dengan pihak lain. Kaedah ini memainkan peranan penting untuk menyemai kebolehan kanak-kanak autisme, dan dengan dorongan yang betul, kami berharap mereka dapat mengembangkan bakat dan membawa manfaat kepada masyarakat menerusi kreativiti mereka.”

Karya seni oleh kanak-kanak autisme NASOM dipamerkan untuk jualan di www.dbhealth2go.com dari 8 April 2021 hingga 15 Jun 2021. Semua hasil jualan akan disalurkan untuk menyokong usaha NASOM meningkatkan kualiti kehidupan insan dengan autisme dan keluarga mereka menerusi program, perkhidmatan, sumber, ilmu dan inovasi sosial mereka, sambil memperjuangkan hak dan membuka peluang bagi insan autisme.

Kempen Kesedaran Autisme CHAMPS-NASOM telah memenangi Anugerah Jenama Kesihatan dan Kesejahteraan Malaysia 2017 di bawah kategori CSR terbaik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.