Sedih Wei!! Ramai Sebak Tengok Drama AYAHANDA

Drama adaptasi novel karya Azizi Haji Abdullah akan disiarkan di slot Lestary TV3. Diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan menampilkan gandingan Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah dan ramai lagi. Drama Ayahanda mulai siar malam ini 10 Julai 2021 bagi menggantikan drama Budak Tebing 2. Bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat di saluran tv3. 



Tonton Drama Ayahanda Episod 1 - Episod 13 (Episod Akhir) Disney+ Hotstar! https://www.hotstar.com/my/1260064734 



Sinopsis Drama Ayahanda - Slot Lestary TV3


Drama Ayahanda mengisahkan  kehidupan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang, Noriah (Fauziah Ahmad Daud).

Konflik bermula apabila anak meminta Haji Abdullah meletakkan semua jawatannya kerana faktor usia dan kesihatan namun tidak dipersetujui olehnya. 

Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga merasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.

Jangan ketinggalan menyaksikan Ayahanda mulai 10 Julai ini setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

JUDUL : AYAHANDA

EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 10.07.2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS NOVEL : Azizi Haji Abdullah

WATAK PELAKON 

  • Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
  • Fikry Ibrahim sebagai Aziz
  • Noorkhiriah sebagai Halimah
  • Shahz Jaszle sebagai Ramli
  • Hairi Safwan sebagai Ahmad
  • Sherry Ibrahim sebagai Aishah
  • Mimi Ernida sebagai Rahayu

Pen Dakwat cepat kering dan tidak comot Dari Faber-Castell Fast Gel Z

Faber-Castell Malaysia telah melancarkan Fast Gel Z, pen gel boleh retrak yang menghasilkan pengalaman penulisan yang sempurna, menjadikannya pen gel paling lancar dalam pasaran.


Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled inovatif dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan 1 rendah bagi menghasilkan penulisan yang sempurna. Gabungan yang inovatif ini pen Fast Gel Z memberikan pengalaman penulisan yang tiada pada pen lain di pasaran.

Teknologi mata pen baharu ini mengurangkan geseran antara kertas dan pen, menghasilkan hasil tulisan yang rata. Dalam ujian perbandingan geseran, Fast Gel Z menunjukkan tahap geseran yang paling rendah berbanding pen gel pesaing lain.

“Faber-Castell sentiasa berusaha menghasilkan produk inovatif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar serta dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya sewaktu menulis untuk jangka waktu yang lama, menyebabkan para pengguna tidak berpuas hati. Ini telah mendorong kami untuk menginovasi pen Fast Gel Z yang membawa pengalaman penulisan ke mercu yang berbeza” kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.


“Dengan membawa teknologi terkini seperti teknologi mata pen yang sempurna dan ciri dakwat ultra licin, pelanggan dapat menikmati kepuasan penulisan sejati menggunakan Pen Fast Gel Z kerana ia menjamin penulisan yang mudah, terang dan garisan yang jelas, tanpa tersekat-sekat, dan tidak comot,” tambah Andrew.

Menurut Andrew lagi, pen gel merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber-Castell Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kantar, sebuah syarikat penyedia data dan perunding terkemuka dunia, pasaran bagi pen gel di Malaysia pada 2019 sudah mencecah RM43 juta.


Menurut laporan oleh Persistence Market Research pada 2020, pasaran alat tulis sedunia dijangka akan berkembang sebanyak 1.5 kali ganda pada 2030. Para pelajar merupakan penyumbang terbesar pasaran sebagai pengguna alat tulis, dan pasaran sedang menuju perkembangan di CAGR sebanyak lima peratus menjelang 2030. Dalam kesemua jenis alat tulis, pen merupakan segmen yang besar dengan pegangan sebanyak 60 peratus dalam pasaran alat tulis secara global.

Pen Fast Gel Z mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan
  • Dakwat cepat kering dan tidak comot
  • Dakwat yang pekat dan terang
  • Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis
  • Boleh diisi semula

Jangan lepaskan peluang untuk merasa kesempurnaan Fast Gel Z sekarang! Pen gel ini datang dalam dua varian - 0.5mm dan 0.7mm, kedua-duanya boleh didapati dengan dakwat hitam, biru dan merah.


Pen Fast Gel Z dijual pada harga RM5 setiap satu sementara dakwat isi semula pada harga RM3.50. Boleh didapati di mana-mana kedai alat tulis dan pasar raya di seluruh negara dan juga eShop Faber-Castell di
https://shop.faber-castell.com.my/ .


Menu Terbaru Dari Marrybrown iaitu "Marrybrown Eatalian" Sedap!

Dalam meraikan ulang tahun ke-40, Marrybrown (rangkaian makanan segera Halal terbesar di negara ini) telah memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Marrybrown Eatalian yang pastinya dapat memikat selera penggemar makanan Itali. Sejak dahulu Marrybrown terkenal dengan hidangkan ayam rangup, nasi lemak wangi dan banyak lagi. Marrybrown juga sering  memperkenalkan "sesuatu yang berbeza" dalam setiap hidangannya.


Fara percaya ramai ternanti-nantikan menu terbaru dari Marrybrown ini. Apa yang Fara rasa, Fara akan kongsikan di bawah :

Marrybrown Spaghetti 

Spaghetti adalah hidangan wajib yang biasanya dikaitkan dengan masakan Itali dan dimakan di seluruh dunia. Hidangan ini mengandungi spaghetti, daging, sos dan rosemary. Dalam ahli keluarga Fara, yang minat jenis pasta Amira dan Fara. Memang kami berdua sahaja yang habiskan spaghetti Marrybrown ni. Spaghetti ni kena makan time panas-panas baru sedap. 



Italian Cheesy Rice Bites

Tidak ada makanan Itali yang lengkap dengan spageti sahaja. Untuk memastikan sesama rakyat Malaysia menikmati makanan sepenuhnya, Marrybrown memperkenalkan Cheesy Rice Bites yang dijamin akan dibuat Rakyat Malaysia menggunakan "MMMMM" hanya dengan satu suapan!

            

Cheesy Rice Bites atau Fara panggil Bebola nasi disalut dengan serbuk roti dan digoreng sehingga bertukar warna keemasan. Cheesy Rice Bites ini disumbat risotto, cheese dan ada mcm jenis herba/sayur (kurang kepastian) di dalamnya. Keistimewaan hidangan ini dibuat dengan pelbagai jenis bahan yang disumbat ke dalam bola nasi serta bentuk bulat yang sangat comel. Cheesy Rice Bites ni Fara habiskan sorang! Paling suka! hahahaha

MB Crispy Chicken & Burger

Apa sahaja jenis burger memang Favourite Fara! Ayam dan burger Marrybrown memang tak dinafikan sedap. Dalam set ini ada 2 pilihan sama ada Spaghetti combo atau Italian Box Meal. Harga boleh rujuk list kat bawah

                    

List Harga Menu Marrybrown :

● MB Spaghetti – price from RM13.90
● MB Spaghetti Combo – price from RM19.90
● MB Italian Box Meal – price from RM27.90
● MB Italian Cheesy Rice Bites
○ Add-on – price from RM3.50
○ Single - price from RM4.40
● Mushroom Soup
○ Add-on – price from RM2.50
○ Single - price from RM3.80

Menu terbaru Marrybrown Eatalian ini sudah boleh didapati di semua outlet mereka bermula dari 5 Ogos dan seterusnya membawakannya selera kepada kita semua rasa Italian yang boleh dirasai di rumah.

Untuk Maklumat lanjut :

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my



COVID19 Rapid Test hanya pakai saliva/air liur untuk check

Dengan kemajuan teknologi, kini ujian saringan mengesan Covid-19 boleh dilakukan sendiri oleh individu di rumah.  COVID19 Rapid Test tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.


Setakat ni ada lima jenis 
COVID-19 Rapid Test mendapat kelulusan bersyarat MDA. Dengan kelulusan MDA, ia sekali gus membolehkan set ujian kendiri itu diimport dan diedarkan dalam negara.

COVID-19 Rapid Test yang boleh digunakan adalah yang telah mendapat rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Senarai jenis kit ujian ini akan dikemaskini di website MDA dari semasa ke semasa.

Berikut Merupakan Senarai COVID-19 Rapid Test yang diberi kelulusan bersyarat dan boleh dijual untuk kegunaan orang awam :


COVID-19 Rapid Test digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. COVID-19 Rapid Test tidak menggantikan fungsi diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) untuk COVID-19 tetapi mempunyai kelebihan untuk mengesan status COVID-19 individu dengan cepat dan mudah.

COVID-19 Rapid Test boleh digunakan untuk :

• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)

Pihak pengguna hendaklah memastikan kit yang dibeli telah mendapat kebenaran dari MDA.

Bagaimana hendak mendapatkan 
COVID-19 Rapid Test ?

a. 
COVID-19 Rapid Test boleh dibeli di farmasi atau fasiliti swasta.
b. 
COVID-19 Rapid Test dibekalkan oleh fasiliti kesihatan KKM mengikut keperluan.

Cara penggunaan COVID-19 Rapid Test

Sebelum memulakan prosedur:-

a) Membaca arahan penggunaan COVID-19 Rapid Test dengan teliti
b) Memeriksa dan memastikan 
COVID-19 Rapid Test adalah lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.
c) Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
d) Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
e) Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan & kontaminasi silang.
f) Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya face mask & glove bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
g) Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.

Prosedur ujian:

a) Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
b) Melakukan ujian menggunakan 
COVID-19 Rapid Test dengan cermat mengikut arahan kit.
c) Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.

Selepas melakukan prosedur:

a) Memastikan semua alatan 
COVID-19 Rapid Test dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna
b) Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah
c) Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian
d) Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.

Melaporkan Keputusan Ujian

a) Semua keputusan ujian 
COVID-19 Rapid Test sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.
b) Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Sekiranya keputusan ujian positif:-

a) Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
b) Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, COVID-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya. Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.

Sekiranya keputusan ujian negatif:-

a) Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
b) Sekiranya individu berkenaan merupakan seorang kontak kepada kes COVID 19, individu tersebut perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.

Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.

Kat Mana Nak Beli?

COVID19 Rapid Test berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di Malaysia




Kolagen Peptida Merawat Kulit Muka Kering, Kusam Dan Masalah Penuaan Dengan Pantas Dan Berkesan | LAMEEYS

Memanglah setiap manusia sejak lahir ada kolagen yang banyak dalam tubuh tapi bila dah jejak umur 30an tak mustahil akan berlaku penurunan kolagen pada tubuh taw. Peratusan kolagen dalam tubuh memang akan berkurang dari tahun ke tahun ye. Tanda kurang kolagen? apabila berlakunya kedutan pada kulit, leher kendur, ada garis yang membentuk di sekeliling mata dan mulut dan banyak lagi.


Kita semua sedia maklum bahawa penghidratan, sajian yang seimbang, pengambilan suplemen dan rutin senaman yang kerap membolehkan mengeluarkan toksin. Namun, kadang-kadang ini tidak mencukupi untuk mendapatkan wajah yang berseri. So sebab tulah Fara ambil keputusan nak ambil kolagen tambahan. Yang Fara amalkan ni bukan Kolagen biasa tau, ni Kolagen Peptida yang dikeluarkan oleh LAMEEYS - Colla-genic With Pomegranate.

LAMEEYS Colla-Genic With Pomegrante

Kolagen Peptida yang Fara sedang amalkan sekarang adalah Colla-Genic With Pomegrante dari LAMEEYS. Serba sedikit info yang Fara tahu tentang LAMEEYS adalah mereka menawarkan pelbagai produk penjagaan kesihatan & kecantikan yang diperakui bersih, selamat dan bebas daripada unsur-unsur yang membahayakan. Colla-Genic with Pomegranate ini pula merupakan produk terbaru dari mereka. Istimewanya Colla-Genic with pomegranate ini adalah ianya dihasilkan dari teknologi Korea terkini dan juga merupakan penyelesaian terbaik untuk membantu kecantikan dan kesihatan diri terutama wanita. 


Colla-Genic With Pomegrante  Mengandungi 6,000mg Kolagen Peptida

6,000mg kolagen peptida marin ini sangat sinonim atau cenderung menjadi pilihan pengguna sebagai penyelesaian semulajadi kepada masalah kulit dan kecantikan, bermula dari dalam. 


Nak Tau Apa Yang Menjadikkannya Lebih Berkesan?

Sebab minuman Kolagen yang Fara ambil ni mengandungi 6,000mg Kolagen Peptida! 
Banyak kali Fara highlight ada kolagen peptida. Hebat sangat ke kolagen peptida ni? Macam mana ianya berfungsi? Sebentar lagi Fara akan terangkan perbezaan kolagen biasa dan kolagen peptida. Jangan ingat semua kolagen tu sama ya. 

Setiap 6,000mg titisan Kolagen Peptida Colla-Genic With Pomegrante  yang terbentuk dalam produk ini akan hasilkan elemen berikut:

  • 6,000mg Kolagen Peptida – meningkatkan keberkesanan Kolagen
  • Tambahan Peptida Sutera – memelihara kelembapan, melindungi kulit daripada kekeringan
  • Ekstrak buah delima – kaya dengan antioksidan untuk mencegah kerosakan oksidatif kulit
  • Tanpa bahan pengawet tambahan. Bebas warna tiruan.
  • Teknologi termaju Korea – membantu menghidrolisis Kolagen menjadi molekul terkecil
  • <1000 Dalton – semakin kecil molekulnya, semakin baik penyerapan kepada badan

Sekarang Jom Lihat Perbezaan Kolagen & Kolagen Peptida :

Kolagen merupakan blok binaan terpenting bagi kulit manusia. Protein kompleks ini membentuk hampir 80% kulit dan memberikan struktur, keanjalan, perlindungan, selain berfungsi membantu mengekalkan kelembapan dari lapisan kulit yang paling dalam

Namun, kolagen sahaja dalam bentuk memanjang dengan struktur molekul yang besar menyebabkan kadar serapannya agak perlahan. Sebaliknya, Peptida Kolagen yang terhasil melalui proses hidrolisis pula menghasilkan molekul lebih kecil dan bersedia secara biologi untuk diserap dengan pantas ke dalam aliran darah kerana rantai asid aminonya lebih pendek. Peptida Kolagen mempunyai berat molekul yang jauh lebih rendah (<1,000) Daltons). Semakin rendah berat molekul, semakin tinggi daya serapan  yang dibenarkan oleh tubuh. 

Sebab tu lah kolagen peptida marin ini sangat sinonim atau lebih cenderung menjadi pilihan pengguna sebagai penyelesaian semulajadi kepada masalah kulit dan kecantikan, bermula dari dalam, sepantas 7 hari.

Kelebihan Colla-Genic With Pomegrante :

• Menganjalkan Kulit Wajah
Bertindak menganjalkan dan menegangkan kulit wajah yang kendur. Kulit kusam menjadi cerah  bersinar dan membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata

• Menguatkan Struktur Kulit
Daya serapan kolagen peptida yang tinggi meningkatkan fungsi agen penghalang kulit daripada kesan kerosakan

• Menghidupkan Semula Kulit
Mengurangkan garis halus dan kesan kedutan. Membantu penjanaan semula kulit melalui agen utama anti-penuaan

• Mengembalikan Kekeremajaan Kulit
Kaya dengan antioksidan & vitamin C demi mengembalikan sumber  dan mineral yang diperlukan oleh kulit

• Membekalkan Kelembapan Kulit
Membekalkan kelembapan yang diperlukan dengan daya penghidratan yang tinggi agar kulit kekal lembap sekaligus memberi efek kilauan pada wajah

Untuk yang bermasalah jeragat dan pigmentasi, elok sangat amalkan Colla-Genic With Pomegrante ni kerana ianya membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit dengan lebih cepat sekaligus menangani masalah jeragat. Kalau cuma ada masalah macam Fara iaitu seperti tona kulit tak sekata, kering, kusam dan bekas jerawat pun boleh amalkan. Colla-Genic with Pomegranate sangat membantu mengatasi masalah kulit dan kesihatan diri.

Apa Yang Lebih Penting Ia Dicipta Untuk Menangani Lima Masalah / isu Umum Kecantikan Wanita:


1. Kulit - Membaiki kolagen kulit & serat protein elastin untuk meningkatkan keanjalan, ketegangan dan penghidratan atau kelembapan kulit sehingga 91%.

2. Penuaan - Mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, mencegah tanda penuaan.

3. Tanda/Kesan/Regangan - Minuman kolagen telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan keanjalan kulit sehingga mengurangkan penampilan stretchmarks akibat bersalin.

4. Rambut- Membantu melancarkan pertumbuhan semula sel-sel rambut dan memperbaiki penampilan dan kilauan rambut.

5. Kuku - Membantu meningkatkan kualiti kuku dan kesihatan kuku.

Kesannya Boleh Dilihat Dalam Masa 7 Hari (jika di amalkan secara konsisten)


Didatangkan dalam bentuk sachet yang sedia diminum, setiap kotak mengandungi 15 paket yang senang dibawa dan diminum pada bila masa di mana sahaja. Berkesan cepat atau lambat? Kat sini dia ada beritahu jaminan untuk pengguna dapat merasakan kesannya hanya dalam 7 hari.

Fara dah amalkan lebih 7 hari, perubahan yang Fara nampak adalah kulit muka dah tak kusam, tak kering, kulit jadi lebih lembut memang berbeza dari sebelum ni yang kering pada bahagian dagu, pipi dan kusam. Tak sabar nak teruskan minum! Fara cuma harapkan kulit nampak lebih sihat dan segar seperti anak dara! hiks 😆

Mana tahu setelah mencubanya berbulan-bulan dapat mengekalkan keanjalan pada kulit dan mengurangkan penampilan garis halus serta kedutan? Berseri muka siapa tak suka kan? 


Oh ya, lupa pula nak kongsikan rasa Colla-Genic With Pomegrante ni. Bagi Fara rasa buah delima dari kolagen ni tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu manis. Tiap kali bangun pagi dan sebelum tidur malam tak sabar Fara nak makan. 
Rasanya yang lazat dan enak membuatkan Fara makan tanpa perlu berfikir panjang. Memang sedap delimanya!

Note : Colla-Genic With Pomegrante tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan dan perasa tambahan, ianya selamat diambil dan diperakui Halal. Korang boleh tengok kat belakang kotak, ada sticker HalVec – makmal panel yang diiktiraf JAKIM untuk pengendalian makanan.

Cara Pengambilan :  

Pengguna baru : 2 sachet sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur secara konsisten selama 7 hari. 

Pengguna biasa : 1 sachet sehari sebelum sarapan pagi


Colla-Genic With Pomegrante Disyorkan Untuk :

  • 20 tahun ke atas
  • Berhadapan komputer untuk waktu yang lama
  • Berada di persekitaran berhawa dingin
  • Gaya hidup tidak sihat, diet yang buruk
  • Terdedah kepada cahaya matahari
  • Lewat tidur akibat belajar/bekerja
  • Pengambilan gula yang tinggi
  • Peminum kafein tegar
  • Kerap mengembara

Harga LAMEEYS

Dah baca-baca mesti nak tahu pula harga produk ni berapa kan? Harga pengenalan RM108 sekotak. Beli 2 kotak dapat harga RM188. Harga Runcit Biasa ialah RM120 sekotak.

Lebih Penjimatan Sempena HARI RAYA HAJI !!!

Haa!! yang mana nak cuba tapi rasa mahal sangat jangan risau kerana bersempena sambutan dan kedatangan Hari Raya Haji, LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ada promo hebat.


Kalau korang Beli 2 Kotak RM188 (Harga Biasa: RM 240LEBIH JIMAT dengan BAUCAR RM30 untuk pembelian di Shopee atau Lazada bermakna hanya RM158 untuk 2 kotak! Memang menjimatkan!

*Tertakluk terma & syarat

Dapatkan Produk LAMEEYS di Platform e-dagang Seperti SHOPEE dan LAZADA!!


Jangan tunggu! korang pun boleh dapatkan kulit wajah licin, cerah berseri dengan LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ni. Fara dah check bahan produk ini dibuat hasil penelitian dengan 100% bahan semula jadi, diperakui HALAL dan selamat dimakan.

LAMEEYS Colla-genic Dengan Jus Delima ini korang boleh dapatkan di platform e-dagang seperti : 

1. SHOPEE 👉👉👉 LAMEEYS_MY
2. LAZADA 👉👉👉👉 LAMEEYS 
Atau Klik je Link ni 👉 👉 👉 https://we.tl/t-ep23byEc9A

Untuk maklumat lanjut, hubungi Mereka di :

Facebook : Facebook Lameeys
Instagram Lameeys : @lameeys_my


TENTANG LAMEEYS

Tiada yang mampu meredupkan cahaya yang semulajadi bersinar dari dalam." - Maya Angelou Jelas, kunci kepada kecantikan adalah sihat. Peraturannya mudah dan seharusnya dipatuhi oleh semua – iaitu dengan mengekalkan tabiat yang baik. Malangnya, sebahagian besar daripada kita wanita atau lelaki, tidak menyedari akan kesan gaya hidup, diet dan tabiat buruk terhadap tubuh kita, kulit kita dan akhirnya kehidupan kita.

Di LAMEEYS, kami berusaha menyediakan pelbagai penyelesaian supaya setiap orang dapat menikmati atau mencapai kecantikan secara semulajadi dari dalam tanpa kesan sampingan. Hasil bertahun-tahun pengalaman, LAMEEYS memastikan bahawa semua produk yang dihasilkan adalah berasaskan sumber semula jadi dan asli, sesuai dengan ertinya dalam bahasa Arab - lembut untuk disentuh. Yang paling penting produk LAMEEYS dijual dengan harga yang berpatutan melalui pelbagai saluran membeli-belah yang bersesuaian dengan keperluan semua pengguna. Ingat, penyelesaian kesihatan & kecantikan itu tidak mahal.. pengabaian yang menjadikannya mahal

Drama Ayat-Ayat Halal Episod 1 - Episod 26 (Akhir)

Drama adaptasi novel 'Ayat-Ayat Halal' karya Syamnuriezmil bersiar menerusi saluran RTM. Menampilkan gandingan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa sebagai pelakon utama. Drama 26 episod  Ayat Ayat Halal akan mula bersiaran pada 2 Julai 2021 setiap Isnin Hingga Sabtu jam 8 malam di TV2.



Tonton Drama Ayat Ayat Halal Episod 1 - Episod 26 (Akhir) Full Episod - https://rtmklik.rtm.gov.my/s/2-14901-890146


Senarai Pelakon Drama Ayat-Ayat Halal

  • Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez
  • Nadiya Nisaa sebagai Ulya Ayani
  • Razak Ahmad sebagai Pak Ayop
  • Chiwan Chilok sebagai Hazmon
  • Mia Nasir sebagai Murni
  • Fikhree Bakar sebagai Ustaz Hassan
  • Shah Rezza sebagai Pak Ali 

Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal


Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.


Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.

"Ambil lah... sekeping saja lagi."
"Haih seganlah saya pak cik."
"Dah taram sampai berkeping-keping... takkan tinggai sekeping, tolak kot."
"Saya ni memang suka kek pandan."

Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal... Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya... Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya... rupanya tidak. Ulya lurus bendul!

Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim... Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Kerana... cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan! 


Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal Episod 1 - Episod 26


Tonton Ayat-Ayat Halal Episod 1 - https://rtmklik.rtm.gov.my/s/2-14901-890142


Sinopsis Ayat-Ayat Halal Episod 1 

Eb bercinta dengan gadis sekampungnya Murni dan akhirnya bertunang. Eb mendapat tawaran bekerja di Qatar tetapi Murni tidak setuju dan memaksa Eb membuat pilihan. 



Tonton Ayat-Ayat Halal Episod 2 - https://rtmklik.rtm.gov.my/s/2-14901-890146


Sinopsis Ayat-Ayat Halal Episod 2


Pak Ayop memandang tinggi Eb yang bekerja di Qatar dan menyampaikan hasratnya untuk belajar mengaji Al-Quran. Eb bersetuju untuk mengajar Pak Ayop mengaji. Dengan cara tersebut dia akan kerap bertandang ke rumah Pak Ayob dan berpeluang memerhati Ulya.


Tonton Ayat-Ayat Halal Episod 3 - https://rtmklik.rtm.gov.my/s/2-14901-891611


Sinopsis Ayat-Ayat Halal Episod 3

Eb mula kelam kabut selepas mengetahui Ulya dan Murni adalah sepupu. Dia risau rancangannya untuk memikat Ulya terganggu. Abang Ulya pula beria-ia mencadangkan pada Ulya agar dia berkawan dengan Ustaz Hasan.