Kitsui Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah , sihat , bersih dan licin – Sesuai untuk Kulit Kering & Sensitif

Kulit kering merupakan permasalahan kulit yang umum. Genetik, pemakaian kosmetik yang tidak bersesuaian, stres dan ketidakseimbangan kulit merupakan penyumbang utama dalam terjadinya masalah kulit kering. 


Jadi, apakah cara terbaik bagi merawat masalah kulit kering ini? Senang sahaja. Fara tidaklah pakar dalam bidang kecantikkan masih banyak kena belajar. Ilmu yang dikongsi dari rakan-rakan, doktor, google (try and error) menjadi rujukan utama. Apa yang Fara tahu akan Fara kongsikan dibawah. 

Kalau nak tahu sekarang ni Fara tengah mencuba set skincare dari KITSUI iaitu Korean White Skincare. Fara berani cuba sebab review mengatakan ianya sangat bagus dan berkesan untuk kulit kering dan sensitif. Bak kata pakar, skincare lebih penting dari make-up. Yup! memang betul...  Sampai bila nak menutup parut, jerawat dan jeragat dengan make-up? tebal macam mana pun make up tetap tidak dapat memberikan kepuasan pada wajah.

KITSUI Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah , sihat , bersih dan licin – Sesuai untuk Kulit Kering & Sensitif

Masalah kulit kering kat muka ni geram juga rasanya. Selalu sangat timbul kering di bahagian dagu dan pipi. Pernah cuba set sincare lain tapi tak suka dengan krim pelembap muka dia yang rasa berminyak dan berat. Terasa rimas bila pakai. Mujur jumpa Kitsui Korean White Skincare.

Kitsui Korean White Skincare ni teksturnya ringan dan tidak terasa berat di wajah. Ianya diperkaya dengan kelembapan yang tinggi dan akan memberikan hidrasi selama 24 jam

3 Langkah Mudah Dapatkan kulit yang lebih cerah , sihat , bersih dan licin 

Step 1 : Korean White Cleansing Gel

Membersihkan kulit berminyak & berjerawat secara lembut tanpa kesan pengeringan pada kulit kerana R&D team KITSUI telah dengan telitinya memmilih agen pembersih lembut untuk memastikan ia menerima toleransi yang baik pada kulit yg sentiasa mengalami masalah keradangan . Ia juga dapat membantu menghilangkan kekotoran dan sebum berlebihan, meninggalkan kulit yang bersih dan segar sepanjang hari . 


SESUAI UNTUK Kulit kering dan sensitif

TEKSTUR 

-Lembut & Ringan, Tekstur yang sesuai untuk mengurangkan masalah kulit kering 
-MEMBERSIH KULIT DENGAN LEMBUT 
-Gel pembersih yang tidak mengeringkan kulit

BAHAN-BAHAN AKTIF 

NIACINAMIDE : Membantu kulit kekal lembab dan bebas kemerahan 
CoENZYME Q10 : Memperlambat timbulnya tanda-tanda penuaan 
VITAMIN-E : Meningkatkan penghidratan kulit

CARA PENGGUNAAN 

-Gunakan air suam untuk membantu membersihkan pori yang tersumbat. 
-Buat buih di tangan dan urut dengan lembut pada zon-t dan leher. 
-Bergerak dengan melakukan sapuan secara bulatan. 
-Bilas dengan air sejuk untuk mengetatkan pori. 

FAEDAH UTAMA 

-Membersihkan kekotoran dan lebihan sebum. 
-Mengangkat kotoran dan daki dengan lembut dari kulit. 
-Mengurangkan bintik hitam yang ketara dan mengawal kilauan. 
-Meninggalkan kulit bersih dan segar.

Step 2 : Korean White Toning Lotion

Korean White Toner direka khas untuk kulit yang normal dan kering. Adalah satu produk TONER yang bantu melembapkan kulit dan mengangkat sel sel kulit mati dari mengumpul di permukaan kulit yang menyebabkan kedutan dan muka kusam. 


TEKSTUR

-Tekstur ringan dan segar 
-Ultra Soothing 

 BAHAN-BAHAN AKTIF 

CoEnzyme Q10: Kulit menjadi lebih licin dan lembut . Menegangkan dan menganjalkan kulit. 
Galactomyces Rice Water : Membantu mengurangkan saiz liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
Rosemary Eextract : Membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit sekaligus menangani masalah jeragat. 

SESUAI UNTUK -Kulit KERING DAN SENSITIF 

CARA PENGGUNAAN 

-Sapukan pada keseluruhan wajah pagi dan petang selepas membersihkan kulit dengan Kitsui Korean White Cleansing Gel - Blue 
-Elakkan kawasan sekitar mata. 

 FAEDAH UTAMA 

-Melembapkan kulit dan menghalang sel kulit mati dari mengumpul di permukaan kulit yang menyebabkan kedutan 
-Mengembalikan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit. 
- Melembapkan tekstur kulit. 
- Melembap untuk memulihkan kulit dan meningkatkan penghidratan kulit. 
- Mengangkat kotoran dari liang liang pori muka 
 - Pengurangan kadar whitehead and blackhead

Step 2.5 : Korean White Essence Serum

Kandungan premium, Niacinamide yang juga dikenali sebagai vitamin b3 membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan bekas parut. 

Tekstur yang lebih ringan dan sangat menenangkan dengan ultra soothing membantu penyerapan lebih pantas sehingga ke lapisan kulit. 

Bahan aktif seperti Rosemary dan Coenzyme Q10 sekaligus membaiki masalah kulit wajah seperti tanda- tanda bintik hitam , keradangan dan parut jerawat. Menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah , bersih dan licin


TEKSTUR

-Tekstur ringan dan segar
-Molekul yang sgt kecil untuk penyerapan yang lebih baik.

BAHAN-BAHAN AKTIF

Coenzyme Q10 : Membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat
Niacinamide : Mengurangkan kemerahan dan kegatalan. Niacinamide juga bantu mengurangkan keradangan dan meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat, dan masalah keradangan kulit lain
Rosemary extract : Vitamin C yang tinggi yang menjadikan kulit lebih licin dan lembut, dan menjadikan kulit kelihatan lebih bersih dan bebas jerawat.
Hyaluronic Acid : Meminimumkan penampilan liang pori. Ia dapat membantu menyamarkan penampilan liang pori

CARA PENGGUNAAN

-Sapukan serum pagi atau malam.
-Sapukan serum selepas cleanser , toner dan sebelum mosituriser anda.
-Elakkan kawasan sekitar mata.

FAEDAH UTAMA

- Mencerahkan Kulit
- Sesuai untuk Semua Jenis Kulit
- Merawat Parut dan tanda tanda Bintik Hitam
- Menjadikan kulit kulit anda tegang ,sihat & licin
- Memperbaiki Masalah kulit wajah
- Menyelesaikan masalah kulit kering mahupun kulit berminyak.
- Kulit akan lebih ringan dan pori pori akan mengecut.
- kandungan Vitamin C dari Rosemary Extract dpatkan menjadikan kulit lebih bersih dan bebas jerawat.
- Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari. Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping ---Melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
- Merawat hiperpigmentasi. Beberapa kajian mendapati niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap.

Step 3 : Korean White Moisturizer

KITSUI KOREAN WHITE MOISTURIZER - NORMAL & DRY SKIN |
Adalah satu pelembap yang Memberi kulit yang lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan dan masalah kulit mengelupas.


TEKSTUR

-Tekstur ringan dan segar
-Ultra Soothing
-Kesan tekstur penyerapan yang kuat 
-Dibukti berkesan dan tahan lama serta tidak berkilau
-Dibukti berkesan dan tahan lama serta tidak berkilau. 

BAHAN-BAHAN AKTIF

Niacinamide : Melambatkan tanda-tanda penuaan, bintik hitam, garis halus dan kedutan.
Coenzyme Q10 : Kulit Menjadi lebih lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan dan masalah kulit mengelupas.
Hyaluronic Acid  : Mampu mengurangkan masalah kulit kusam & warna kulit yang tidak serata

SESUAI UNTUK

-Untuk Kulit Kering & Kulit Normal
-Membantu kulit yang Kering
-Menghalang kulit yang normal untuk menjadi lebih kering
-Melembap dan menghaluskan kulit kering

CARA PENGGUNAAN:

-Sapukan pada keseluruhan wajah pagi dan petang selepas membersihkan kulit dengan Kitsui Korean White Cleansing Gel - Pink dan Kitsui Korean White Toning lotion . 
-Elakkan kawasan sekitar mata. 
-Asas Solekan yang tahan lama . 

FAEDAH UTAMA

-Penyerapan pada kulit yang cepat. 
-Melambatkan tanda-tanda penuaan, bintik hitam, garis halus dan kedutan.
-Mengurangkan masalah kulit kering. 
-Menjadikan pori pori muka kecil.
-Memberi kulit yang lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan dan masalah kulit mengelupas.
-Mampu mengurangkan masalah kulit kusam & warna kulit yang tidak serata

Kesemua Produk Kitsui Korean White Skincare Bebas bahan-bahan berbahaya :

  • Sumber haiwan
  • Pewarna tiruan
  • Paraben
  • Bahan toksin
  • Sulfat
  • Perfume
  • Paraffin
  • Silicone



Info Kitsui Skincare


Menjadikan kulit anda lebih cerah , sihat , bersih dan licin. Semua produk KITSUI SKINCARE adalah dijamin HALAL , bebas dari Alcohol dan hanya menggunakan ESSENTIAL OIL sebagai pewangi semulajadi

Maklumat Lanjut Mengenai Kitsui Korean White Skincare, Sila Layari Pautan Di bawah :

Cara mudah hilangkan masalah double chin dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Selain daripada pertambahan berat badan, double chin ini sebenarnya boleh terjadi disebabkan oleh kulit kendur akibat penuaan, struktur wajah dan sebagainya.


Kerap kali kita dengar nak hilangkan double chin ini, kita perlu diet. Tak juga sebenarnya kerana nak hilangkan double chin ini pun boleh dilakukan dengan apply Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. Macam mana? teruskan membaca....

Produk  Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ini dikhususkan bagi anda yang ingin mengecilkan area dagu, akibat lemak dan kontur wajah yang tidak seimbang. Dagu yang mulanya terlihat melebar, setelah pemakaian serum akan terlihat lebih kecil dan tampak minimalis. Sehingga dengan pemakaian teratur, maka kulit lebih anjal, lemak di area dagu akan perlahan menghilang dan garis dagu tampak terlihat lebih baik dari sebelumnya.

Fungsi  Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum :

Formulasi serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan Pembaharuan Keremajaan Kulit 7D dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. 

*Kulit kelihatan lebih tegang seawal 15 minit agar lebih muda, anjal dan berseri.
*Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal.


Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.

Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.

Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.

6 FAKTA Hebat Tentang Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum:

Formulasi serum ringan olden C dan Ceramide 3 dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan G

1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.

2. Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.

3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus.

4. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.


Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.

Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.

Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.

5. Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.

6. Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:

* Menegangkan kulit
* Meningkatkan keanjalan
* Mengurangkan garis halus & kedutan
* Meningkatkan kelembapan kulit
* Melindungi kulit dari pengoksidaan
* Meningkatkan kehalusan kulit
* Memperbaiki kulit rosak
- Berdasarkan ujian saintifik & klinikal

SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

T
idak lengkap jika tidak dipakai sekali pencuci muka SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser. Pembersih wajah ini diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.


· Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.

· Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.

· Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.

· Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.

Rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold.

Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.


Harga berpatutan

Hanya RM59.00, boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.

Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm
Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj



RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS & PASTI SEDAP (INDONESIA)

Telur bumbu kuning pedas ni merupakan masakan yang berasal dari Indonesia. Resepi ni kaya dengan bahan yang sedap dan wangi dan perlu dimasak pedas untuk membangkitkan lagi selera.


BAHAN-BAHAN:

Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
Serai 1 batang ( dikatok )
Lengkuas 3 cm dihiris
Tomato ( dibelah )
2 helai Daun limau purut ( dihiris )
1 helai Daun kunyit ( dihiris )
Santan fresh 700ml
Serbuk perasa

Garam

1-1½ cawan minyak
Bawang besar 1-2 biji 
Bawang putih 4 ulas 
Halia 3cm 
Kunyit hidup 3cm
Cili hijau 3 batang 
Cili padi hijau 10 batang 
Cili kering 7-10batang 

P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .
2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .
3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan Gaulkan Dan masak sehingga sedikit kering
4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata
6 . Masukkan telur yg telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .
7. Angkat dan siap untuk dihidang .

TONTON Episod Penuh DRAMA SIHIR

SIHIR adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni mengupas sihir sebagai ikatan halus, jampi dan perkataan yang diucapkan, ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir termasuk kesengsaraan hati dan akal seseorang tanpa menyentuh jasad secara langsung.

Percaya atau tidak, amalan sihir yang bertentangan dengan ajaran Islam masih lagi menjadi obsesi segelintir masyarakat Melayu di negara ini. Dan sudah banyak juga naskhah atau karya yang dihasilkan dalam usaha mendidik golongan itu agar menghentikan amalan yang tidak elok.


Terbaharu, Astro bakal mempersembahkan sebuah lagi tayangan drama rantaian berjudul Sihir yang jalan ceritanya masih lagi berkisar mengenai amalan itu.

Sihir yang diterbitkan sebanyak 20 episod oleh syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd itu menceritakan kisah pasangan kembar, Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam.

Astro dalam kenyataannya memberitahu, idea asal drama Sihir diilhamkan oleh pengarah prolifik Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma.


Selain Kamal Adli dan Hun Haqeem, drama Sihir turut diserikan dengan kehadiran nama-nama popular seperti Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad, Zaryn Myn, Wan Ellyas, Fiza Thomas,Dr. Katalina, Mak Wan Latah, Dilla Ahmad serta ramai lagi.

Bakal membuka panggung malam ini, drama Sihir akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pukul 11 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

SINOPSIS SIHIR

Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka.

Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.

Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

Episod 01
Hud & Nuh kini perlu meninggalkan rumah anak yatim yang didiaminya setelah cukup umur namun terpaksa membatalkan hasrat mereka setelah mendapat alamat mengenai Mak Cik Halimah yang merana terkena busung.

Episod 02
Nuh mendapat alamat mengenai seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun di sebuah jambatan. Hal ini membawa mereka kepada gangguan di sebuah majlis perkahwinan yang terkena sihir pemisah.

Episod 03
Bayangan yang mucul dalam pandangan Hud menjelaskan keadaan Nuh yang sedang sakit. Kerana iri hati, Nuh di uji dengan sihir "Gong Tau" yang hampir meragut nyawanya.

Episod 04
Salina membawa Nuh & Hud bekerja di sebuah kelab malam tempatnya bekerja. Nuh & Hud mula mendapat petunjuk tentang penyanyi suara merdu yang mereka dengari selama ini menggunakan minyak buluh perindu.

Episod 05
Cik Hilyah meminta bantuan Nuh & Hud setelah kes histeria yang berlaku di asrama mereka sukar dibendung. Kembalinya mereka kini merungkai kisah jin yang bersarang dalam rahim warden asrama itu.

Episod 06
Berbekalkan informasi terbaru, Nuh & Hud kembali merantau untuk mencari asal usul mereka dan dipertemukan dengan keluarga En Azmir. Azimat taring rimau yang digunakan En Azmir akhirnya memakan diri.

Episod 07
Nuh & Hud bekerja sambilan di sebuah kedai makan untuk kelangsungan hidup. Namun kehadiran mereka telah membuka rahsia pemilik kedai itu yang menggunakan pocong pelaris bagi menarik pelanggan.

Episod 08
Fikri menjemput Nuh & Hud untuk hadir ke majlis perkahwinannya. Namun di majlis itu Hud mendapat bayangan wajah sebenar mak andam yang hodoh dan menakutkan.

Episod 09
Nuh mendapat petunjuk melalui mimpinya mengenai kes perogol bersiri yang semakin berleluasa. Dari petunjuk itu mereka cuba merungkai dan menjejaki penjahat ini yang mengamalkan ilmu pukau.

Episod 10
Ben adalah kenalan Nuh & Hud yang telah terkena sihir Bitas sebagai balasan atas kejahtan yang sering dia lakukan terhadap gadis-gadis yang ditemuinya. Sihir ini sangat popular kalangan masyarakat Sabah.

Episod 11
Nuh & Hud diberi kepercayaan untuk menguruskan food truck baru majikan mereka. Namun persaingan yang mereka hadapi semakin teruk apabila ada yang menggunakan sihir tanah kubur.

Episod 12
Ustaz Ayub terpaksa meminta bantuan Nuh & Hud untuk membantu anak rakanya yang terkena sawan tangis. Tanpa Daim sedari gangguan itu datang dari pedang antik lama yang disimpan olehnya.

TONTON Online Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3

Drama adaptasi novel karya Aein Dhiyauddin berjudul Mr. Bibik. Drama Mr. Bibik ini menampilkan gandingan Zara Zya dan Saharul Ridzwan sebagai tunggak utama.

Drama Mr. Bibik ini juga dijangka bersiar 20 episod penuh. Drama Mr. bibik mulai siar 29.10.2021 (Jumaat), 7.00 malam di tv3.


Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3
Mulai siar 29.10.2021
7.00 malam
Jumlah Episod : 20 episod

Tonton Online Drama Mr Bibik Episod 1 - Episod 20 (Akhir) - https://www.iq.com/play/2azsr8vykvp?&lang=ms_my&sh_pltf=4


Kalau berminat nak Baca Novel Mr. Bibik Bab 1 hingga Bab 5 tekan link bawah :

Baca Novel Mr. Bibik Bab 1 - https://www.wattpad.com/844187548-mr-bibik-bab-1
Baca Novel Mr. Bibik Bab 2 - https://www.wattpad.com/884659570-mr-bibik-bab-2
Baca Novel Mr. Bibik Bab 3 - https://www.wattpad.com/886911523-mr-bibik-bab-3
Baca Novel Mr. Bibik Bab 4 - https://www.wattpad.com/887677205-mr-bibik-bab-4
Baca Novel Mr. Bibik Bab 5 - https://www.wattpad.com/889389460-mr-bibik-bab-5


Sinopsis Novel Mr. Bibik

“Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik.” – Firas Iman

“Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje.” – Aulia Izzatunnisa

Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.
Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.

“Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa.” – Firas
Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?


Nikmati keenakan rasa Thailand dengan Marrybrown Tom Yam Chicken yang pedas dan masam!

Sawadee! Hai Korang, tetiba cakap Thailand ni ada apa-apa ke? adeeee.. Ni ha nak bagitahu yang Marrybrown ada menu baru taw.. Menu baru Marrybrown kali ni hidangan pedas, masam dan YAM-my iaitu, Marrybrown Tom Yam Chicken. Sementara menunggu sempadan negara dibuka semula, Marrybrown sudah bersiap sedia untuk pengembaraan seterusnya dengan nikmat keenakan hidangan YAM-my yang terbaharu ini! Syabas Marrybrown bertindak pantas demi selera rakyat Malaysia yang rindu makanan Thailand.

 

Sejak penubuhannya, Marrybrown sentiasa memberikan 'something different' kepada pelanggan mereka. Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-40 tahun, rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia telah membawa penggemarnya mengembara ke seluruh dunia bermula dari Korea, Itali dan kali ini ke Thailand dengan hidangan Tom Yam Chicken yang pasti menyelerakan!


Tidak kira tua atau muda, Thailand merupakan destinasi percutian yang disukai ramai kerana budaya membeli-belahnya yang memuaskan dan makanan “Street food” yang lazat. Oleh itu, kami membawakan hidangan istimewa dengan gabungan rasa pedas dan masam yang diadaptasi dari negara Thailand iaitu “Tom Yam Chicken”, kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Dapatkan 5 ketul Tom Yam Chicken yang dihidangkan di dalam ‘bucket’, bermula harga dari RM31.50. Terdapat juga Tom Yam Chicken Burger Combo dengan harga dari RM14.90, set yang dilengkapi dengan kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade eksklusif di Marrybrown. Untuk mendapatkan hidangan lengkap, Tom Yam Big Box adalah pilihan tepat, bermula harga dari RM 25.80. Setiap pembelian hidangan kombo, anda boleh menukar kentang goreng asli ke Tom Yam Fries dengan harga dari RM1.00 atau pesanan secara à la carte, bermula harga dari RM5.00.


Jom Lihat Harga Set Menu Marrybrown Tom Yam Chicken

○ à la carte (comes in bucket when order 5pcs or
more)
■ Tom Yam Chicken 2-pc – price from RM12.70
■ Tom Yam Chicken 5-pc – price from RM31.50
■ Tom Yam Chicken 9-pc - price from RM55.80

○ Combo
■ Tom Yam 2-pc Chicken Combo - price from RM17.90
■ Tom Yam 3-pc Chicken Combo - price from RM21.90
● Tom Yam Chicken Burger

○ Single - price from RM7.90
○ Tom Yam Chicken Burger Combo - price from RM14.90

● Tom Yam Porridge
○ Single - price from RM7.80
○ Tom Yam Porridge Combo - price from RM16.50


● Tom Yam Chicken Nuggets
○ 6-pc - price from RM9.50
○ 12-pc - price from RM17.00


● Tom Yam Big Box - price from RM25.80
● Tom Yam Fries

○ Upgrade on combo – price from RM1.00
○ Single - price from RM5.00

● Promotion: Buy 6-pc Tom Yam Chicken Free 6-pc Tom Yam Chicken Nuggets - price from RM37.80

Sokongan dari penggemar yang “Sememangnya Best” adalah pemangkin semangat bagi kami untuk terus berusaha menyajikan hidangan istimewa di masa akan datang. Nantikan kejutan hidangan dengan pilihan destinasi pengembaraan yang seterusnya dari Marrybrown!” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, dan promosi and perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV