4 Cara Paling Berkesan Hilangkan Kesan Parut Keloid atau Parut Timbul

 

Apakah Itu Keloid?

Keloid adalah parut yang lebih besar dan lebih luas daripada kecederaan asal. Apabila kulit tercedera, tisu “fibrous” atau tisu parut terbentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi kawasan yang mengalami kecederaan. 

Bisanya parut ini selepas individu mengalami kecederaan yang teruk ataupun pembedahan. Keloid ini tidaklah membahayakan, tetapi kehadirannya boleh menganggu penampilan serta keyakinan diri kerana parut ini tidak boleh disorok melainkan ia di bahagian badan yang tidak boleh dilihat. 

Cara Hilangkan Kesan Parut Keloid atau Parut Timbul

Apakah Gejala Keloid?

Keloid berpunca daripada tisu parut atau bekas luka yang terlalu aktif. Gejala berlaku di tapak kecederaan kulit sebelum ini termasuklah:

  • Kawasan setempat yang berwarna merah jambu atau merah. 
  • Kawasan kulit yang kental atau licin dan tebal.
  • Kawasan yang tercedera berkembang dengan tisu parut secara progresif.
  • Parut terasa gatal.
  • Parut lebih besar daripada luka asal.
  • Parut yang menyakitkan apabila disentuh atau tergeser.

Keloid mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk berkembang. Kadang korang mungkin mengalami ketidakselesaan atau kerengsaan jika tergeser pada pakaian atau sebarang permukaan kasar. 

Cara Hilangkan Kesan Parut Keloid (Parut Timbul)

Sakit mata bila tengok kesan parut luka kemalangan. Nak pergi laser pula takut kan. Jadi di sini aku senaraikan produk-produk yang membantu untuk mengurangkan parut keloid. Untuk luka bekas ibu-ibu czer pun boleh cuba cara ini. 

Yang penting kena konsisten pakai tau. 

1. ScarAway Professional Grade Silicone Scar Sheets (8 sheets / 12 sheets)

parut-keloid-scaraway


SILICONE SCAR TREATMENT:Tidak memerlukan prosedur pembedahan untuk menghilangkan parut. Silikon ialah rawatan pengurangan parut yang paling disyorkan oleh pakar dermatologi.

HYPERTROPHIC & KELOID SCAR TREATMENT: Mengurangkan kemerahan, gatal-gatal dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan parut, seperti parut hipertropik dan keloid akibat daripada kecederaan, melecur, pembedahan dan banyak lagi. Juga membantu mengurangkan masalah parut jerawat.

SOFTEN OLD & NEW SCARS:
 Memperbaiki penampilan parut baru dan lama. Melembutkan parut dalam masa 4-8 minggu. Bergantung dengan kulit individu.

COMFORTABLE BODY SCAR TREATMENT: Diperbuat daripada fabrik yang sangat nipis dan breathable. Memberikan keselesaan optimum dalam merawat parut. Boleh dibasuh, fleksibel, menghidrat, melembutkan kulit dan melindungi parut daripada pergerakan harian

CLINICALLY SUPPORTED SCAR TREATMENT: ScarAway ialah rawatan parut yang disokong secara klinikal, menampilkan teknologi yang digunakan oleh hospital, pakar bedah plastik dan pusat luka bakar untuk mencegah dan merawat parut.


2. CeraVe Resurfacing Retinol Serum


Cerave Resurfacing Retinol Serum dapat menghilangkan segala bekas parut jerawat, dan ia diakui oleh ramai pengguna.

Selain itu, serum ini membantu melicinkan tekstur kulit korang dengan mengurangkan penampilan bekas selepas jerawat, meminimumkan liang pori-pori dan memperbaiki permukaan kulit. 

Korang boleh pakai 2-3 kali seminggu. Ada yang ambil masa selama 2-3 bulan untuk keloid hilang dengan penggunaan konsisten. Ni nak pakai untuk parut jerawat pun boleh.


3. CICA-CARE Scar Treatment Gel Sheet

CICA-CARE Scar Treatment Gel Sheet

CICA-CARE ialah gel silikon pelekat diri yang berkesan dalam mengurangkan parut merah, gelap atau parut timbul. 

CICA-CARE tahan lama, selesa dan boleh digunakan semula, sesuai untuk kegunaan siang dan malam. Ia juga selamat digunakan pada kanak-kanak dan orang dewasa, menjadikannya sesuai untuk seisi keluarga. 

Dalam masa 2-4 bulan parut yang korang anggap kekal boleh dirawat dan penampilannya bertambah baik secara kekal. InsyaAllah.


4. Mederma Advanced Scar Gel


Mederma Advanced Scar Gel secara klinikal dapat membantu mengurangkan bekas, warna dan tekstur parut. 

Kebanyakkan doktor dan ahli farmasi mengesyorkan Mederma daripada jenama lain untuk parut yang lebih lama dan lebih baru. Ia berfungsi untuk pelbagai jenis parut, termasuk parut jerawat, parut pembedahan, dan parut akibat melecur, luka dan kecederaan lain.

Cara penggunaan pun mudah sahaja, korang hanya perlu sapukan sedikit cream. Urut perlahan-lahan ke dalam parut sehingga tiada lagi rasa berkilat, basah atau melekit. 

Jika kulit korang kelihatan kering atau mengelupas selepas menggunakan Mederma Advanced Scar Gel, korang mungkin menggunakan terlalu banyak. Jangan lupa bersihkan kawasan tersebut dengan sabun lembut dan air sebelum sapuan segar. 

Secara amnya, pengguna Mederma Advanced mula melihat peningkatan yang ketara selepas kira-kira 4 minggu penggunaan harian, dengan penggunaan optimum dalam 8 minggu.

Seronoknya Bermain Aquabeads!

Assalamualaikum... hai korang!

Anak-anak Fara ni bila masuk je dalam kedai mesti ajak cuci-cuci mata ke bahagian permainan. Naluri anak kecil memang sukakan mainan. Kadang kala, Aimi dan Amira dapat tengok mainan saja pun jadilah. Hati mak-mak ni pula bila anak tengok mainan tanpa membeli rasa serba salah dibuatnya. Belikan juga apa sahaja mainan asalkan anak gembira. 


Bila anak-anak semakin meningkat besar, Fara lebih cerewet untuk membelikan mereka mainan. Kenapa? Fara lebih suka mainan yang boleh membuatkan anak fokus dalam erti kata lain 'belajar sambil bermain' seperti permainan yang boleh melatih dan merangsang perkembangan kemahiran motor halus mereka. Sambil memilih permainan yang sesuai, Fara juga kena pastikan mainan tersebut adalah mainan yang anak-anak minat. 

Memilih mainan yang baik tak semestinya mahal dan baru. Ada juga permainan murah dan klasik yang masih relevan serta tetap mempunyai nilai tertentu – melebihi daripada apa yang kita fikirkan. Disebabkan anak-anak lebih berminat kepada bahagian kreativiti Fara pun menghadiahkan meraka permainan AQUABEADS. 

Aquabeads Mystic Unicorn Set dan Aquabeads beginners carry case


Aquabeads ni mainan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan 4 tahun ke atas. Mengandungi pelbagai jenis warna dan bentuk beads, set ini lengkap dengan kotak supaya mudah untuk simpan selepas bermain. Set yang Fara beli ni adalah Aquabeads Mystic Unicorn Set dan Aquabeads beginners carry case

Aquabeads Mystic Unicorn Set

Dalam Aquabeads Mystic Unicorn Set includes over 1500 beads in 24 colors, creation display, designpegs, key chain accessories, color straps, template sheet with instructions

Template designs include colorful unicorns, rainbow, moon, and hearts which can be crafted by placingincluded star, solid, and jewel beads onto the tray

*Creation Display becomes a display stand for your Aquabeads creations.

*Includes Solid Beads, Jewel Beads, and Star Beads. Create more bead designs with Aquabeads refills soldseparately

*Aquabeads is suitable for children ages 4 and above. Not suitable for children under age 3
due to smallparts.

Aquabeads beginners carry case


Beginners Carry Case sesuai untuk mereka yang baru bermula pengembaraan Aquabeads. Dalam set ini ada lebih 900 manik dalam 24 warna, carry case with flip tray andbead pallette, double-sided Aquabeads pen, sprayer, creation display, design pegs, template sheets, dan instructions

Reka bentuk templat termasuk arnab, ikan lumba-lumba, dinosaur, pelangi, ais krim dan banyak lagi. Refill semula Aquabeads dijual secara berasingan. Kalau habis tak perlu beli set cuma beli refill sahaja.

5 kelebihan bermain AQUABEADS yang Fara nak kongsikan dengan anda.

1) Meningkatkan keyakinan


Aquabeads memberikan anak-anak challenges baru dan masalah untuk diatasi. Template corak yang diberikan agak mencabar untuk anak seawal usia 4 tahun. Dengan berpandukan kertas yang disediakan, anak-anak boleh buat dan mencipta reka bentuk tersebut. Di samping itu, anak-anak boleh belajar untuk mengenal warna jadi tidak hairanlah ia dapat membantu menambahkan keyakinan diri anak-anak. Permainan Aquabeads ini juga bagus untuk memupuk kretiviti serta imaginasi anak. 

2) Mengajar anak-anak self-control


Ha..kadang-kadang anak-anak boleh jadi terlalu 'overwhelm' dengan persekitaran mereka kan. Itu yang mudah nak mengamuk tu. Bila bermain Aquabeads menjadikan anak-anak lebih tenang serta membantu mereka untuk mengatur pemikiran dan perasaan mereka.

3) Mencetus kreativiti



Permainan seperti Aquabeads adalah cara yang baik untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak. Bayangkan berapa banyak benda yang mereka boleh buat dengan beads ini. Aimi dan Amira dah biasa dengan permainan Aquabeads ni. Dalam 30 minit mereka boleh buat sehingga 4-5 corak. Kadang kala, mereka mencipta sendiri corak tanpa melihat template yang diberi.

4) Melatih social skill


Pernah dengar x anak-anak yang selalu bermain dengan rakan-rakan lebih mudah untuk berkomunikasi seperti mengalah, pandai bergaul, bermain dengan tenang? Ia dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga sosial mereka. Di rumah juga kita boleh memupuk social skill anak-anak. Luangkan masa bermain bersama mereka inshaAllah social skill anak juga boleh meningkat dan merapatkan jua hubungan keluarga.


5) Membina kemahiran fizikal



Aquabeads juga dapat membantu membina kemahiran fizikal anak-anak seperti koordinasi, stabiliti dan juga motor-planning skills. Mengambil beads, menggunakan penyepit (tongs), memasukkan beads kedalam tempatnya dan sebagainya adalah sangat bagus untuk perkembangan anak-anak.

Mungkin Aquabeads atau manik adalah permainan yang kurang familiar bagi anda. Namun permainan ini dapat mengasah kreativiti anak anda disamping dapat melatih kemahiran motor tangan dan jari anak anda semasa bermain.



AMARAN ❗❗mainan ini agak kecil dan berbahaya jika anak anda masih kecil dan tidak faham arahan. Pastikan anda bersama dan mengawal anak anda semasa bermain.


Antara kelebihan apabila bermain beads ialah:

  • Latih meningkatkan motor halus
  • Membantu mengenal warna dan meningkatkan kreativiti
  • Latih fokus, tingkatkan kecekapan koordinasi mata, otak dan tangan
  • Bantu anak mengawal emosi

Tahukan, bermain merupakan perkara penting kepada kanak kanak dalam menjamin kesejahteraan fizikal, sosial dan emosi mereka? Ianya penting juga untuk perkembangan optimum kanak kanak. Memetik kata dari Karl Gross - “Bermain membolehkan kanak kanak berlatih menjadi dewasa dan belajar pelbagai kemahiran berguna dalam kehidupan”. Jadi, sebagai ibu bapa seharusnya kita seimbangkan antara bermain dan belajar agar anak-anak tidak stress.

Sebagai ibu bapa, sebenarnya kita boleh menjadikan mainan sebagai alat untuk mengasah kemahiran anak-anak di samping meneroka bakat terpendam mereka. Permainan yang baik bukan sekadar menyeronokkan, tetapi ia juga mampu memberi manfaat sepanjang hayat serta mengukir memori indah. Macam aquabeads ni, memang favourite Aimi dan Amira! 




Untuk maklumat lanjut mengenai Aquabeads terus klik link dibawah :



Tanda-Tanda isteri anda dah penat mental dan emosi

Bila berbicara tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki byk disebabkan oleh kegunaan anggota badan utk melakukan sesuatu kerja… itu penat fizikal, penat yg boleh dirawat dgn mendapatkan rehat yg secukupnya, pengambilan supplemen, pengamalan gaya hidup yg sihat, penjagaan pemakanan ataupun tido…


Tapi penat org perempuan, byk disebabkan oleh mental dan emosi…

Penat yg mcm ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya…ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yg ada didlm hati dan akal fikirannya yg berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan utk menjaga hati org lain especially pasangannya…

Memendam perasaan inilah yg menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…


Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat marah atau meninggi suara utk kesalahan kecil yg dilakukan oleh anak-anak…contohnya, anak2 tertumpahkan minuman, anak2 terjatuhkan barang, anak2 tersilap buat keje sekolah, anak2 tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…


Isteri cepat hilang sabar…

Apabila kita dgr isteri dah mula meninggi suara pd anak2, ketahuilah yg bukan kesalahan anak2 itu besar, tp dirinya dah penat mental dan emosi dlm melayani anak2…mgkin kita sebagai suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berperang seorang diri dgn anak2…kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil mkn popcorn atau main hp…


Isteri hilang mood utk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih – emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri byk menjauhkan diri dr kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri menangis tanpa sebab…


Dia cepat sensitive kerana dlm hatinya bergelora, fikirannya serabut, byk perasaan bercampur aduk…

Penat mental dan emosi ni hanya dapat dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yg dibuatnya, berkomunikasi a.k.a menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yg dia dah lakukan dlm rumahtangga itu, bwk dia keluar atau bercuti seketika utk menjauhkan dirinya dr persekitaran yg sama yg hari2 dihadapnya…


Jgn biarkan isteri menghadapi penat ini seorang diri jika anda masih perlukan kehadiran dirinya dlm hidup anda…😔🙏✌️




TABUNG KEMPEN HADA LABO 'WE CARE FOR SOCIETY'

TABUNG KEMPEN HADA LABO 'WE CARE FOR SOCIETY' MEMBAWA KECERIAAN KEPADA USAHAWAN WANITA B40



22 Usahawan Wanita B40 dan 500 Keluarga Mendapat Manfaat daripada Kempen ini


KUALA LUMPUR, 17 Mei 2022 – Hada Labo dengan kerjasama Watsons telah berjaya mengumpul RM50,000 sepanjang 5 minggu kempen ‘We Care For Society’. Kempen ini yang dilancarkan pada bulan Ramadan bertujuan menyokong perniagaan tukang jahit wanita B40 dan pembuat biskut wanita B40.


Dengan kerjasama Women Of Will (WOW), Hada Labo menugaskan usahawan wanita B40 menjahit sejumlah 1,500 topeng muka dan membakar lebih kurang 10,000 keping biskut, yang kemudiannya diedarkan kepada 500 keluarga yang tinggal di lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Lembah Klang iaitu, PPR Batu Muda, PPR Pekan Batu, PA Sri Kelantan, PA Sri Negeri Sembilan, dan PA Sri Perlis 2.


Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen, berkata Hada Labo gembira dapat memainkan peranan dalam menyumbang kepada komuniti yang terkesan, terutamanya komuniti B40 yang terjejas teruk semasa wabak itu.


Lim berkata, kempen ini berjaya dan dia ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan di atas sokongan mereka kepada Hada Labo dan juga menjadikan sambutan Hari Raya bermakna untuk masyarakat B40.

“Hada Labo ‘We Care For Society’ bermula dua tahun lalu sebagai komitmen jenama kami dan inisiatif untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Kempen kami dua tahun lepas telah membantu 230 orang wanita B40 dalam perniagaan mereka dan memberi manfaat kepada 300 keluarga B40 daripada tiga Projek Perumahan Rakyat. Tahun ini sahaja, kami telah membantu 22 lagi usahawan wanita B40 dan 500 keluarga B40,” tambah Lim.




'We Care For Society' Hada Labo adalah salah satu inisiatif jenama untuk kembalikan kepada masyarakat. Melalui kempen itu, RM1 daripada hasil jualan setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watsons di seluruh negara telah disumbangkan kepada tabung tersebut.


Ketua Pegawai Operasi Women Of Woill (WOW), Lakshwin Muruga, menghargai sokongan berterusan daripada Hada Labo untuk membantu wanita yang kurang berkemampuan dalam mencari rezeki.


“Walaupun kita sudah memasuki fasa endemik tetapi perniagaan kecil yang dijalankan oleh usahawan B40 masih terjejas akibat inflasi dan kos operasi yang tinggi. Oleh itu kami berterima kasih kepada Hada Labo atas sokongan kewangan berterusan mereka tahun demi tahun. Kami berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan Hada Labo untuk memperkasakan wanita yang kurang bernasib baik dengan kemahiran baharu selain menawarkan bantuan kewangan kepada mereka,” kata Lakshwin.


Untuk maklumat lanjut mengenai Hada Labo, layari www.hadalabo.com.my atau laman Facebook: MyHadaLabo.


Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:

“SEMPURNA X SEDERHANA”

Untuk kemuncak kesempurnaan dan kesederhanaan

Hada Labo menggunakan bahan terbaik, paling suci dan sangat berkesan untuk memberikan anda hasil kemuncak kulit yang cantik. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan Jepun, Hada Labo mengadaptasi falsafah “tidak lebih tidak kurang” dalam rumusan produknya untuk nisbah ramuan “sempurna” bagi memberikan hasil optimum. Bahan membebankan kulit seperti bahan tambahan, pewarna, wangian dan minyak mineral dihapuskan. Hanya ramuan pati yang bermanfaat untuk kulit dikekalkan bagi memastikan keberkesanan maksimum – Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain…



Mengenai Syarikat Mentholatum Inc.

The Mentholatum Company Inc. ditubuhkan pada tahun 1889 adalah pengeluar dan pemasar ubat-ubatan dan produk kesihatan tanpa preskripsi. Ibu pejabatnya di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat yang beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, Republik Rakyat China dan Jepun. Pengeluaran dibuat di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran di lebih dari 150 negara. Syarikat itu yang dimiliki secara swasta selama 99 tahun, diambil alih oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun pada tahun 1988. Rohto adalah pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun, produk terlaris dalam kategori penjagaan mata, topikal dan kelegaan perut. Sejak 1889, The Mentholatum Company berkembang dan daripada pembekal kecil sabun dan peralatan mandian menjadi syarikat antarabangsa yang makmur, memasarkan formula ubat-ubatan sendiri yang berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat dan banyak negara di seluruh dunia, produk keluarga Mentholatum memperoleh reputasi kerana kualiti dan nilainya. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.


Jenama di bawah Mentholatum: Lipice, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto Eye Drops, Botanics, Deep Heating Rub, Melano CC.

Set Lengkap Untuk Mengatasi masalah Rambut Gugur | Safi Sayla

Untuk memiliki rambut yang cantik dan sihat terjaga di sebalik hijab ada pelbagai cara yang boleh dilakukan. Antaranya mengunakan Safi Shayla Mengawal Keguguran Rambut, rangkaian lengkap untuk wanita berhijab.


Ini adalah rawatan untuk rambut gugur daripada Safi Shayla yang menawarkan tonik rambut bagi menguatkan akar serta melebatkan rambut. Menggunakan ramuan premium Red Ginseng khas dari Korea dan juga Niacinamide

Bukan itu sahaja, ia turut diperkayakan dengan New Hijab Scalp Biotics Technology, diformulasi dengan probiotics. Ditambahkan lagi dengan nutrisi dari 7 Habbatus Sauda Complex yang menjadikan kulit kepala lebih sihat dan rambut kembali tebal seperti sebelum berhijab

Produk Rawatan Rambut Gugur

Rangkaian produk rawatan rambut gugur daripada Safi Shayla ini ada Shampoo, Refreshing Scalp Mask, Hair Tonic, Hair Serum dan Hair Mist.

Ada 6 sebab kenapa tonok pelebar rambut Safi Shayla ini kerap menjadi pilihan, antaranya seperti:-

1. Ianya dihasilkan daripada formulasi khas dengan teknologi Hijab Scalp Biotics, 7 Habbatus Sauda Complex dan ginseng merah bermuti tinggi

2. 73% Rambut Lebih Kuat dari Akar

3. 57% Kurang Rambut Gugur dari Akar Rambut

4. Menyejukkan, melegakan kulit kepala, kulit kepala cepat kering

5. tidak berminyak

6. Wangi! bau bunga yang menyegarkan

Cara Penggunaan SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar

1. Sembur kan Tonik pada kulit kepala

2. Urut kulit kepala untuk beberapa minit dan biarkan sehingga kering

3. Gunakan 2x sehari

Set Lengkap Menjadi Pilihan Untuk Mengatasi masalah Rambut Gugur

Saya sendiri menjadi pengguna produk Safi Shayla untuk siri membantu mengatas masalah rambut gugur. Jadi untuk mendapatkan lebih keberkesanannya, saya telah menggunakan satu set rangkaian penjagaan rambutt Safi Shayla dari siri ini.

1. Syampu 


untuk membersih & menguatkan struktur rambut dengan wangian sehingga 72 jam


2. Refreshing Scalp Mask 


Menjaga kulit kepala, mengurangkan sebum, menguatkan folikel rambut & menghilangkan bau hapak

3. Hair Tonic 


Dirumus dengan Hijab Scalp Biotics teknologi, Ginseng Merah Korea & Niacinamide menguatkan folikel rambut dari akar rambut, mengurangkan rambut gugur dan 4.6X rambut lebih lebat

4. Serum Rambut


Membaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan menembusi ke struktur rambut

5. Hair Mist


mengunci, mengekalkan dan melindungi nutrien rambut supaya rambut lebih kuat. Memberi kesegaran serta menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ketika bertudung.

Masalah rambut gugur ni ramai mengalaminya termasuk saya. Nasib baik try set lengkap Safi Sayla ni membantu mengurangkan masalah rambut gugur dlm beberapa hari penggunaan sahaja.

Bahan utamanya Breakthrough Hijab Scalp Biotics Technology, 7 Habbatus Sauda Complex, Ginseng dan Pro-Vitamin B5.

Dapatkan segera produk rangkaian Safi Sayla Sekarang!!

Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita especially untuk individu yang bertudung. Ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran. 

Walaubagaimana pun, ini adalah cara saya mengatasi masalah rambut gugur dengan hanya menggunakan set lengkap dari Safi Sayla. Jika korang ingin mencubanya, produk rangkaian Safi Sayla Boleh beli kat farmasi, Watson, Guardian yang berdekatan.


Resepi cucur udang sedap & mudah buat

Resepi Cucur Udang Rangup

Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Jom try resepinya kt bawah ni👇



BAHAN👇

1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)

CARA👇

1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang & daun kucai
10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis


Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang


Kredit : Farah Farhana