Kelebihan Mendoakan Orang Lain

DOA ZAHRIL GHAIB?

Kenapa kita minta orang lain doa untuk kita ?Kenapa kita tidak berdoa sendiri sahaja? Bukankah Allah itu Maha mendengar doa hamba-Nya?


Biasanya apabila kita duji dengan ujian dalam hidup. Kita akan bagitau kawan kita ” doakan kat aku sama”. Jika kawan kita pergi buat umrah, kita akan pesan kat dia “doa kat aku di sana nanti ye”.


Kadang- kadang kita minta ustazah atau imam doakan untuk kita, ” ustazah, tolong doakan saya”.


1. Apabila kita meminta orang lain doakan untuk kita dan orang itu mendoakan kita maka ia dinamakan sebagai doa zahril ghaib iaitu doa tanpa pengetahuan orang itu.


2. Doa zahril ghaib adalah mustajab atau makbul.


3. Ada kemungkinan orang yang doakan kita itu orang yang soleh dan hati bersih serta dekat dengan Allah. Doa orang soleh mustajab.


4. Malaikat mengaminkan doa zahril ghaib.


5. Malaikat turut mendoakan yang sama untuk kita


6. Nabi saw. pernah menyebut tentang doa zahril ghaib dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Abi Darda’ RA seperti berikut:-


diriwayatkan daripada Ummu Dardā` RA- secara marfū’, Nabi SAW bersabda:


“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya mustajab. Di dekat kepala orang tersebut ada malaikat yang ditugaskan untuk itu. Setiap kali seorang muslim mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat berkata, “amin dan untukmu seperti (doamu padanya).” ( Riwayat muslim)


7. Tidak salah kita meminta orang lain mendoakan untuk kita sebagaimana dalam hadith di atas.


8. Nabi SAW pernah menyuruh para sahabat RA jika bertemu dengan Uwais Al-Qarni RA agar meminta beliau mendoakan untuk mereka. Ini hujah kita apbila meminta orang soleh mendoakan untuk kita.


يقدُم عليكم أُويس القرني، كان بارًّا بأمه، فمَن لقيه منكم فليطلب منه الدعاء،


“Akan datang kepada kalian (pada suatu saat nanti) Uwais Al Qorni, dia adalah seorang yang sangat berbakti kepada ibunya, maka siapa diantara kalian berjumpa dengannya mintalah beliau untuk mendoakan kalian.”


9. diriwayatkan nabi SAW pernah bersabda kepada Umar bin Al Khattab RA ketika Umrah


لا تنسانا يا أخي من دعائك،


“Jangan engkau lupakan kami wahai saudaraku dari doamu.”


10.Apabila kita mendoakan untuk orang lain, rasa mahabbah sesama saudara Islam itu akan timbul dalam diri kita.


11. Kita perlu sentiasa doakan kebaikan untuk rakan- rakan secara zahril ghaib.


12. Mohon doa kalian untuk saya jua..🌹




- Dr. Abdél rahmanov -




Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...


Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.


Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.


3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.


4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.


5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.


6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.


7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.


8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Amalan Yang Boleh Dilakukan Ketika Sedang Hamil

AMALAN KETIKA HAMIL (Khas untuk sahabat yang sedang hamil dan bakal hamil )


1. Membaca surah Al-Insyirah : Membacanya disepanjang kehamilan

2. 1st trimester : Banyakkan membaca Surah Al-Luqman di mana otak bayi, fakulti mental dan juga sistem saraf sedang berkembang. Pada waktu ini ibu dinasihatkan untuk sentiasa bersangka baik dan bercakap perkara yang baik2 didalam hati kerana anak menyerap apa yang dinalurikan oleh si ibu. Suami juga kena jaga perasaan ibu baik-baik waktu ini. Biar si ibu merasa sentiasa disayangi supaya dia boleh menalurikan yang baik2 buat si anak..

Tambahan : Baca surah Muhammad semoga akhlak anak menjejak akhlak nabinya..

2. 2nd Trimester : Membaca surah Yusuf di mana fizikal anak sedang terbentuk. Banyakkan pandang wajah-wajah para ulama dan bayi yang comel.
Tambahan : Membaca surah Muhammad semoga wajah anak menjejak indah nabinya..

3. 3rd trimester : Membaca surah Maryam dimana ini trimester terakhir dan sudah dekat dengan waktu bersalin

Tambahan : Membaca Simurah Muhammad : semoga senangnya bersalin seumpama senangnya Sayyidah Aminah bersalin kepada Rasulullah s.a.w

4. Membaca Ya Latif sebanyak 129 kali setiap pagi dan petang

5.Pada bulan ketujuh kehamilan sahaja : Dianjurkan supaya suami membaca surah Al Insyirah 152 kali pada bayi

6. Ketika bersalin di labour room : Untuk membaca ayat pertama daripada surah Al Fath, memperbanyakkan bacaan Ya Lateef, Membaca Surah Maryam, surah Insyirah dan membaca " assalamualaikum ayyuhan nabiyyu wa rahmatullahi wabarakatuh"

Semoga anak yang lahir menjadi anak yang membawa akhlak sang nabi dan pembawa dakwah baginda. Amin...

Tips nak kurangkan sakit Pelvic Girdle Pain (PGP)

Pelvic Girdle Pain (PGP) - nak jalan pun azab! Sakit pada bahagian ari ari boleh bawak ke bahagian belakang (bawah), tulang pinggul dan peha. Sendi Sacroiliac kat belakang sendi symphisis pubis kat depan - tu yang sakit depan dan belakang.



1 dalam 5 wanita hamil ada masalah ni. 3 sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak sedikit. Sakit bermula bila sendi ini bergerak tidak seragam menyebabkan tulang pinggul menjadi kurang stabil dan sakit. Bila baby makin besar dalam rahim, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul.


Perubahan hormon ketika hamil, menyebabkan sendi ini menjadi longgar dan tak stabil. Yelah, nak prepare tulang pinggul supaya menjadi lebih besar dan fleksibel supaya baby nak lalu (proses kelahiran)


Bila sakit tu datang ?

Jalan pada permukaan tak rata
Nak kangkang untuk keluar dan masuk kereta
Naik tangga, nak pakai seluar atau kain - berdiri sebelah kaki
Masa buat hubungan kelamin


Tips nak kurangkan sakit Pelvic Girdle Pain (PGP) 

Kena aktif, dalam masa yg sama kena dapatkan rehat secukupnya
Sentiasa tukar posisi - jgn duduk lama-lama untuk lebih 30 minit. Sentiasa ubah posisi.
Nak pakai kain atau seluar - duduk dan pakai. Jangan berdiri
Kalau berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua dua kaki
Nak masuk dan keluar kereta kena pastikan kaki rapat, jangan kangkang lebih sangat
Nak pusing-pusing kat katil pun kena pastikan kaki sentiasa rapat
Bila tidur letak bantal kecil pada bahagian belakang dan antara kedua belah kaki untuk sokongan tambahan


JANGAN


jangan Angkat benda-benda berat
Jangan Naik dan turun tangga terlampau kerap
Jangan kerap membongkok
Jangan duduk atas lantai, diri atau duduk sahaja dalam tempoh jangka masa panjang
Jangan Duduk bersilang kaki dan bertimpuh


Rawatan fisioterapi banyak membantu ibu kurangkan sakit. Ada senaman-senaman yg membantu yg akan diajar oleh ahli fisioterapi.


Yg penting Kesan awal, rujukan awal ke fisioterapi untuk pastikan sakit tak jadi makin teruk, supaya ibu boleh buat kerja harian mcm biasa.


Ibu ada masalah pelvic girdle pain PGP ni boleh je bersalin normal, kena inform Misi dan doktor yang merawat ketika itu, supaya mereka boleh bagi support extra pada kaki dan tolong ibu untuk tukar posisi dan bergerak di wad bersalin


PGP akan pulih selepas bersalin, 1 dalam 10 akan ada sakit yg berterusan. Dalam keadaan ini, kena pastikan ibu terus menerus mendapatkan rawatan fisioterapi dan ada alat bantuan untuk ibu terus bergerak.


Kalau pernah ada PGP, ada kemungkinan berulang lagi kehamilan berikutnya.
Make sure sihat dan fit sebelum mengandung lagi, untuk elakkan ianya berulang. Buat senaman kuatkan otot ( strengthening exercises ) dan senaman Kegel ( lantai pelvis/ kemutan )


Darah beku kat kaki (thrombosis) senang terbentuk pada ibu hamil. Dgn PGP ni ibu lazimnya tak bergerak atau kurang bergerak disebabkan sakit, lagi la senang dapat thrombosis. Ada stokin khas TED stokin diperlukan dan ada sesetengah kes memerlukan ubat injection untuk mencairkan darah. Tanya Doktor yang merawat nanti.


Jangan ditanya nape ibu mengandung ni berjalan macam penguin

Tips Untuk Meredakan Kesakitan Sakit Tulang Ekor (COCCYDYNIA) Selepas Melahirkan Anak

Selepas melahirkan anak, mommy ada rasa sakit di hujung tulang belakang tak? Buat kerja banyak sikit, cepat lenguh. Diri lama sikit, dah rasa sengal-sengal dekat belakang. Kalau baring atas simen atau lantai, mudah rasa ngilu dan sakit. Ada ibu yang mengalami sakit belakang ni sampai mengganggu segala kerja harian mereka.


Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui postingnya..

Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. Ia kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj.

Tulang ekor (coccyx) ialah sekumpulan tulang yang terakhir pada tulang belakang kita. Ia mempunyai 5 tulang yang berbeza. Adakalanya tulang-tulang ini bercantum menjadi 2 atau tiga segmen. Ia dicantumkan pada tulang belakang yang lebih besar oleh ligamen, yang membenarkan pergerakan antara tulang belakang dan tulang coccyx.

Ketika melahirkan bayi, bayi dikeluarkan melalui saluran peranakan (rahem dan faraj). Pergerakan bayi dari rahem ke luar melalui faraj memberikan tekanan fizikal pada tisu di sekeliling.

Tekanan ini boleh menyebabkan bengkakan dan koyakan pada tisu-tisu tersebut. Jika tekanan itu terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tulang coccyx terseliuh (dislocate). Dalam kes yang jarang berlaku ia boleh menyebabkan tulang coccyx ini patah. Dalam kes-kes yang agak ekstrem, tulang yang patah boleh menusuk ke saluran dubur dan menyebabkan pendarahan.

Selalunya wanita yang sedang sakit ketika proses melahirkan tidak perasan tulang coccyxnya patah. Ini kerana kesakitan ketika melahirkan lebih kuat dari kesakitan akibat patah tulang coccyx. Setelah beberapa hari, barulah sakit di bahagian hujung tulang belakang dapat dirasakan. Walaubagaimanapun kadang-kala patah tulang coccyx dapat dikesan ketika lahir apabila terdengar bunyi seperti ranting yang patah.

Oleh itu wanita yang hamil anak yang bersaiz besar dinasihatkan menjalani pembedahan Caeserean kerana fizikal yang besar boleh menyebabkan tulang coccyx tercedera. Begitu juga jika bayi dilahirkan secara songsang. Proses kelahiran yang sukar akan memudahkan kecederaan ini.

Adakalanya wanita yang hamil itu sendiri mempunyai tulang coccyx yang tidak normal. Kelima-lima tulang itu mungkin bercantum menjadi satu dan melekat pada tulang belakang menyebabkan ia tidak boleh lagi bergerak bagi memberikan laluan ketika ketika bayi dilahirkan. Ia mudah patah atau terseliuh apabila wanita meneran bayi keluar.

.

Wanita yang pernah mengalami kecederaan tulang coccyx perlu memberitahu doktor yang menyambut kelahiran bayi bagi mengelakkan kerosakan tulang tulang coccyx lebih teruk. Kecederaan tulang coccyx biasa berlaku pada wanita yang agak obese dan terjatuh dari tangga dengan posisi duduk.

Hentakan pada tulang coccyx menyebabkan tulang itu cedera. Sekiranya wanita itu hamil dan melahirkan bayi bersaiz besar, ia akan menyebabkan kecederaan pada tulang coccyx ini bertambah teruk.

Kesakitan akibat kecederaan tulang ini semasa proses kelahiran selalunya ditanggung beberapa minggu terutama apabila ketika duduk atau berubah posisi dari bangun ke posisi berdiri.

Kesakitan ini membuatkan pesakit tidak dapat melakukan kerja rutin seharian dengan baik. Saya menasihatkan wanita yang mengalami kesakitan pada tulang coccyx akibat melahirkan anak harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan fizikal dan xray akan dilakukan untk mengesahkan kerosakan pada tulang coccyx. Selalunya kecederaan sebegini akan pulih dalam masa beberapa minggu. Kebiasaannya 6 hingga 8 minggu.

Saya merasa simpati jika musibah ini berlaku pada wanita yang melahirkan. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali doktor akan memberikan ubat penahan sakit sama ada berbentuk tablet atau suntikan. Pembedahan tidak membantu kecuali mengeluarkan tulang yang patah. Pembedahan bukanlah rawatan terbaik kerana banyak ligament dan otot yang melekat pada tulang coccyx ini. Ia boleh membawa komplikasi yang lebih teruk.

Tips Untuk Meredakan Kesakitan Sakit Tulang Ekor (COCCYDYNIA) Selepas Melahirkan Anak

1. Tuamkan ice pack dibahagian belakang untuk mengurangkan bengkak dan sakit.

2. Ketika tidur, seeloknya tidur baring mengiring. Elakkan tidur terlentang atau menangkup, ia akan memberi tekanan kepada punggung dan tulang coccyx.

3. Ketika duduk, lapikkkan bantal di bahagia belakang badan.

4. Anda juga boleh berendam dlm kolam air panas atau tab mandi. Ia bagus utk merehatkan otot-otot pelvis yg melekat apda tulang coccyx yg sakit.

5. Mommy juga perlu disiplin utk minum air yang cukup dan makanan makanan yg banyak serat utk mengelakkan sembelit.

6. Minta suami urutkan selalu. Urut dengan minyak panas atau minyak yg boleh melegakan sengal2 badan.

7. Jangan paksa diri kalau tak larat, jangan angkat barang2 berat dan dapatkan kualiti tidur yang baik dan cukup.





Moga bermanfaat!

6 Resepi Air Senang Nak Buat Ketika Berbuka Puasa

1. Air tembikai bandung


Bahan-bahan

  • 1/2 buah tembikai tanpa biji, potong dadu
  • susu cair
  • sirap
  • ais secukupnya

Campur semua bahan jadikan satu. Siap untuk dihidang.


2. Air Sirap Selasih



Bahan-bahan

  • Selasih
  • Sirap
  • Air dan ais secukupnya

Rendamkn selasih dengan air panas. Kemudian bancuh air sirap seperti biasa. Masukkn ais ke dalam jug, letakkan air dan diikuti selasih lalu kacau-kacau hingga sebati.

3. Sirap Bandung Campur


Bahan-bahan

  • Sirap
  • Air
  • Cendol
  • Cincau
  • Biji Selasih
  • Susu cair
  • Susu pekat

Tuangkan ais dalam jug masukkan sirap 2-3 sudu. Kemudian tuang air sehingga paras jug. Masukkan cendol, cincau, biji selasih. Campurkan setengah susu cair dan 2-3 sudu susu pekat (ikut kemanisan korang nak). Siap untuk dihidang.


4. Laici Aiskrim Soda


Bahan-bahan

  • 3 tangkai daun pudina
  • 6 biji laici dengan air
  • 3 kepimg lemon
  • 1 batang serai
  • Air soda
  • Ais secukupnya

Masukkan daun pudina yang dihancurkan sedikit. Kemudian masukkan laici, lemon bersama serai. Masukkan ais diikuti dengan air soda. Siap!


5. Laici Lemonade


Bahan-bahan

  • 1 tin laici
  • Lemon
  • Air campuran madu
  • Daun pudina
  • Air dan ais secukupnya

Campurkan laici beserta airnya. Prah lemon dan masukkan potongan lemon. Letakkan air campuran madu, daun pudina dan akhir sekali masukkan air dan ais. Sedia untuk dihidang.

6. Air Buah Masam Manis Cincau


Bahan- bahan:

  • 1 tin susu sejat
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 tin buah laici
  • 1 biji buah naga
  • 2 biji buah manga
  • Cincau
  • Ais secukupnya

Bancuh susu pekat bersama 2 cawan air panas. Kemudian campurkan kesemua bahan. Masukkan ais secukupnya.