5 Sebab Kenapa Saya Memilih Beg Jenama SWAN untuk Anak Saya



Beg sekolah anak merupakan salah satu perkara yang penting dan hendaklah dibeli sebelum bermulanya sesi persekolahan. Bila waktu yang sesuai untuk beli beg dan peralatan sekolah yang lain? bagi Fara, bila-bila masa boleh beli barang sekolah anak. Ada parents suka beli awal, ada pula yang suka beli last minute. Fara lebih suka buat persiapan awal supaya tidak kalut dengan perkara yang lain. Anak dah ramai jadi kena pandai bahagikan masa.


Tidak dinafikan, zaman sekarang nak memilih beg sekolah untuk anak-anak sedikit mencabar. Bagi anak-anak, beg sekolah mesti mengikuti trend, sesuai digunakan, dan kelihatan cantik. Bagi parents pula, beg sekolah bukan hanya untuk gaya tapi mestilah tahan lasak dan paling penting tidak menyakitkan badan anak. Thats is soooo me... you know struggle nak campur tangan dalam memilih beg sekolah anak sampai terpaksa tegas dengan anak (tegas sambil terangkan kebaikan/keburukan)

Berikut merupakan 5 Sebab Kenapa Saya Memilih Bag Jenama SWAN untuk Anak Saya

Beg Sekolah akan digunakan pada setiap hari, jadi memilih beg sekolah yang betul sangat memainkan peranan penting agar badan dan kesihatan anak terjaga. Kalau korang ada bajet ekstra, apa salahnya sesekali berbelanja lebih untuk barang anak-anak, terutamanya jika anak sering mengalami sakit belakang akibat bawa beg sekolah yang berat. Berikut 5 Sebab Kenapa Saya Memilih Beg Jenama SWAN untuk Anak Saya :

1. Bahagian troli boleh dipisahkan dari beg :

Bila masuk sesi persekolahan, Fara akan tanya anak kelas dimana? berat tak beg? Bila check jadual dan tengok buku yang dibawa "berat" mulalah risau dan terbayang bagaimanalah anak aku bawak beg berat-berat. Terpaling risau bila kelas anak di tingkat 1 atau 2... Mula risau anak bawak beg jatuh tergolek sebab beg berat la macam-macam lagi perkara buruk yang difikirkan😓 simptom mak-mak gini kan? (minta dijauhkan dari perkara buruk berlaku)



Sejak belikan beg Swan yang siap troli ni serius cakap dah tak risau sebab hahagian trolinya pula bukan sahaja sangat stabil, malah ia boleh dipisahkan daripada beg. Oleh itu, tak ada masalah kalau kadang-kadang anak enggan tarik beg sebab mereka boleh pilih untuk galasnya macam biasa.

2. Beg yang memberikan keselamatan: 

Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang serta masalah-masalah tulang belakang yang lain seperti skoliosis dan kyphosis. Bagi mengatasi masalah ini berlaku, Fara sangat yakin beg jenama swan ini mampu memberikan ciri keselamatan yang terbaik kepada anak kerana beg ini mempunyai 2 tali penyandang dan penyandangnya mempunyai pelapik span yang selesa.


3. Tiada lagi masalah sakit bahu :

Bagaimanakah meringankan beg sekolah yang berat? Anak Fara selalu complain sakit bahu sebab beg berat. Setelah diteliti baru Fara tahu puncanya kerana tali beg atau straps tiada span. Start dari situlah Fara tukar beg lain iaitu beg jenama Swan ini kepada anak. Beg sekolah Swan miliki bahagian belakang yang berlapik atau jenis padded, barulah belakang anak tak terbeban. 



Selain itu, Fara juga ajar anak-anak untuk letak buku teks yang berat dan besar di bahagian belakang tempat beg digalas. Jadi, buku-buku tersebut tak akan sebabkan anak kehilangan keseimbangan ketika berlari. Paling penting, berikan anak beg sekolah yang bersaiz sesuai dengan badan mereka. Pastikan anak turut menggalas beg dengan kedua-dua belah tali walaupun sesetengah budak akan rasa lebih hebat jika hanya menggalas beg dengan sebelah strap saja. 

4. Cantik, bergaya dan selesa :

Walaupun muatan berpatutan dan kualiti yang baik adalah faktor terbesar yang perlu dititik beratkan, Fara juga perlu mengambil kira sama ada anak menyukai beg tersebut atau tidak kerana mereka akan menggunakannya hampir setiap hari. Jadi, bantulah anak korang membuat pembelian pintar, tetapi berikan juga anak korang peluang untuk membuat pilihan mereka sendiri. 😉


5. Bag sekolah kalis air :

Siri SWAN Smile Pop Up Roll ini didatang dengan dua fungsi khas iaitu OVC Bersalut Ketumpatan Tinggi dan kalis air. Fungsi-fungsi ini berkesan menyekat kerosakan pada buku sekolah dan memastikan perlindungan daripada hujan lebat secara tiba-tiba.


Kelebihan Lain Siri SWAN Smile Pop Up Roll :

👉 SWAN Smile Pop Up Roll dilengkapi dengan straps bahu tebal berbentuk U yang bakal mengagihkan berat beg secara sama rata.

👉 Bahagian belakang beg pula jenis ergonomik yang akan memastikan badan pelajar sekolah sentiasa dalam posisi menegak ketika menggalas beg, jadi tak akan membongkok dan sakit belakang. 

👉 Bila hujan risau buku basah? kini tidak lagi kerana beg SWAN Smile Pop Up Roll ini water resistant material

👉 Paling penting, beg Swan juga hadir dengan poket khas untuk tulis nama. Hasilnya, anak korang tak akan tersalah bawa balik beg rakan sekelas ketika pulang dari sekolah. Bagus kan?

👉 Direka khas dengan gambar karakter unicorn, space, astronaut dan lain-lain design beg galas ini wajib dimiliki oleh kanak-kanak perempuan mahupun lelaki sekolah rendah atau tadika.

👉 Beg sekolah paling cantik ini boleh meningkatkan semangat anak korang untuk lebih rajin ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.

👉 Di sisi beg pula, ada poket yang muat untuk letak botol air anak, jadi mereka tak akan haus ketika belajar dalam kelas.

👉 Beg ini bersaiz Dimensions without Trolley: 40cm (Height) x 30cm (Width) x 16cm (Depth) ini cukup besar, muat untuk isi pelbagai jenis barangan sekolah.

👉 Menariknya lagi, di bahagian dalam pun ada beberapa compartment yang boleh digunakan untuk asingkan buku ikut subjek.

Mengenai SWAN Smile Pop Up Roll series
 
Panjang bercerita mengenai beg, apa kata Fara terangkan pula tentang beg SWAN Smile Pop Up Roll ini. SWAN Smile Pop Up Roll series ini ada 4 saiz dan mempunyai troli yang boleh dipisahkan dari beg. Korang boleh pilih saiz mengikut kesesuaian anak korang. SWAN Smile Pop Up Roll yang anak Fara pakai saiz XL.

Colour variations 

★ Blue
★ Black
★ Pink
★ Purple


Not to mention, the exterior and interior of the SWAN Smile Pop Up Roll series are a good choice for your children.

The Exterior:

★ Lightweight
★ High quality zipper/material
★ Strong grip pattern handle
★ Durable stitching
★ Water bottle pocket on both sides
★ With smooth 360o wheels
★ Detachable
★ Vibrant & Colourful

The Interior:

★ Spacious
★ Bright inner lining
★ Multiple spacious compartment
★ Thick sponge lining on back strap

Warranty policy:

SWAN SMILE POP UP ROLL SCHOOL BAG (XL) and SWAN SMILE POP UP ROLL SCHOOL BAG (XXL) provides a 6-month repair and service warranty to ensure you have peace of mind and quality assurance when you do invest in a school bag forblong-term use.

★ The warranty covers manufacturing defects.
★ The warranty provides free repair service and the warranty card must be presented upon service.

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman sesawang Swan Malaysia :



Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash BERKESAN mengurangkan bintik hitam, pores dan sel kulit mati



Jenama pemutih esen No. 1 di Jepun, Melano CC telah memperkenalkan Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash, penyelesaian yang berkesan untuk membersihkan liang pori sambil mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia adalah pencuci muka enzim jenis tiub pertama yang dihasilkan untuk membantu mengekalkan kulit licin berseri. Dengan campuran Vitamin C dan enzim protease, pencuci muka ini mengurangkan bintik hitam, dan sel kulit mati dengan lembut serta menanggalkan kekotoran untuk menghidupkan semula kulit kusam. Pencuci berkrim ini kaya dengan buih untuk membuka pori-pori yang tersumbat dan menjadikan kulit licin dan bersih.


Enzim adalah bahan pengelupasan berkesan yang membantu memecahkan protein keratin di dalam lapisan paling atas kulit untuk membuang sel-sel kulit mati dengan lembut menghasilkan kulit kelihatan licin dan sihat. Ia juga boleh membantu dalam mengurangkan jeragat dan pigmentasi.


Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash, sesuai untuk kegunaan harian

Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash

kerana ia mengandungi bahan yang tidak merengsa seperti:

  • Enzim untuk mengelupas dan menanggalkan sel kulit mati dengan lembut.
  • Tanah liat Kaolin untuk menyerap lebihan minyak, kotoran, dan kekotoran daripada liang-liang.
  • Vitamin C untuk mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan jerawat.
  • Bebas daripada bahan yang merengsakan seperti Alkohol, Paraben dan Silikon- sesuai untuk kulit sensitif.

Enzim mengandungi bakteria aktif, Melano CC menggunakan teknologi unik untuk mengurangkan kandungan airnya bagi menghalang enzim hidup daripada dinyahaktifkan semasa masih dalam tiub. Berbeza dengan pencuci muka enzim jenis serbuk di pasaran yang mengambil masa untuk berbuih selepas dicampur dengan air, pencuci muka enzim Melano CC jenis tiub dapat berbuih dengan lebih mudah dan pantas. Ia senang digunakan dan buihnya padat dan licin.


Cara untuk menggunakannya:

1. Picitkan jumlah yang mencukupi pada tapak tangan anda.
2. Buihkan dengan air.
3. Urut pada muka dan bilas dengan air bersih.

Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash

Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash


Buih pembersih ini perlahan-lahan melarut dan membersihkan bintik hitam, sebum berlebihan, kotoran, dan kekotoran dari permukaan kulit, mendedahkan kulit yang lebih segar dan kelihatan lebih licin dengan kecerahan yang dipertingkatkan. Ia juga berbau wangian Yuzu yang menyegarkan menjadikan kulit cantik dan segar.


Berharga RM39.90, Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash boleh didapati di cawangan Watsons di seluruh negara dan juga di kedai dalam talian rasminya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk, log masuk ke www.facebook.com/MelanoCCMY.

Set Tisu Terbaik Untuk Kegunaan Di Rumah | Carina



Dahulunya, kita mengunakan tuala untuk membersihkan dapur. Namun, terdapat beberapa keburukan mengunakan kaedah ini. Antaranya menyebabkan pengumpulan bakteria pada tuala jika tidak di bersihkan selalu. Hal ini akan menambahkan beban tugas di dapur khususnya mereka yang mempunyai masa terhad menguruskan dapur


Oleh sebab itu, tisu dapur adalah langkah penyelesaian yang paling relevan dalam membantu kerja-kerja pembersihan di dapur. Bagi memastikan kerja-kerja pembersihan di dapur menjadi mudah, perkara utama adalah perlu pastikan tisu yang diguna adalah sesuai dengan penggunaan didapur supaya senang untuk bersihkan permukaan yang kotor. Selain itu, penggunaan tisu yang lain seperti tisu kering dan tisu basah juga main peranan penting dalam kehidupan harian kita. So, kali ini Fara nak cerita sikit mengenai tisu yang Fara guna iaitu CARINA.  

Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:

Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) – Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.




Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.

Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.

Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.

#1  Carina Kitchen Towel


Dengan ciri tisu dapur Carina ini, korang tidak perlu bilas kain banyak kali dengan sabun untuk memastikan dapur kelihatan bersih dari minyak. Ini kerana, tisu dapur ini dapat menghilangkan kotoran bahagian berminyak dengan efektif. Boleh lap air buah atau sayur, cecair kotoran kerana penyerapannya sangat bagus. tisu ini boleh juga dibuat untuk lap tangan, lap singki, lap pinggan mangkuk yang basah dan banyak lagi. 

Kelebihan lain Carina Kitchen Towel :

  • Tebal
  • Sukar koyak
  • Boleh lap minyak
  • Penyerapan bagus
  • Tidak mengeluarkan habuk tisu 

#2 Carina Wet Wipes



Bila ada anak kecil, wipes atau tisu basah antara barang yang sangat penting. Carina Antibacterial Wipes ini adalah tisu basah yang tidak mengandungi paraben. Ianya direka dengan pelembap tambahan dan diuji secara klinikal keselamatan penggunaannya. Ia juga tidak mengandungi sebarang campuran alkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi dan merengsa

Carina Antibacterial Wipes ini lembut, menyegarkan dan selamat digunakan bukan sahaja pada kulit bayi yang sensitif, malah juga untuk mengelap kotoran di tangan dan mulut.


#3 Carina Facial Cotton & Cotton Bud



Cotton bud Carina memiliki bahagian kapas yang lembut kerana diperbuat daripada kapas, manakala pemegangnya pula diperbuat daripada plastik. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk membersihkan telinga haiwan peliharaan, membersihkan luka, dan memperbaiki solekan korang. Ia datang dalam botol plastik bulat dan beg kunci zip yang tahan lama, untuk menjamin kebersihan setiap putik kapas, selain untuk menghalang putik kapas terdedah kepada bakteria luar. Ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Bagi korang yang amat mementingkan penjagaan wajah, kapas muka atau facial cotton menjadi salah satu komponen penting yang mesti ada dalam set penjagaan kulit. Ini kerana kapas cuci muka ini boleh digunakan dengan pelbagai tujuan seperti membersihkan wajah ataupun semasa mengenakan toner pada muka.

Penting tak kapas muka ni? Mestilah penting! ianya boleh membantu menyingkirkan segala bentuk kulit mati. Sekiranya korang menggunakan kapas bersama-sama dengan pembersih muka, ia boleh membantu menanggalkan sel-sel kulit yang telah mati pada wajah. Selain itu, ia juga boleh membantu menyingkirkan blackhead dan whitehead sehingga menjadikan kulit tampak lebih bersih dan cerah.

#4 Carina Dry Tissue


Sama seperti memilih pencuci muka sesuai, pemilihan tisu pembersih muka juga penting agar kulit korang tidak mengalami iritasi. 

Tisu pembersih muka jenama Carina ini mampu membersihkan dan menyegarkan semula kulit wajah yang tidak bermaya. Ia membersihkan wajah secara mendalam dengan menyingkirkan kesan minyak serta sisa-sisa solekan. 

Kelebihan lain Carina Dry Tissue :


  • Terdapat pek kecil sesuai untuk kegunaan travel
  • Mampu membersihkan kotoran dengan mudah

Carina Facial Tissue adalah barang wajib untuk disimpan di rumah! Carina Facial Tissue terkenal dengan tisu Ekstra Kuat, Lembut dan mudah menyerap. Ia terdiri daripada 100% Virgin Pulp yang diperoleh dari Amerika Utara dan Selatan. Kalau korang tengah cari tisu muka berkualiti tinggi, kena cuba brand Carina ni pasti ianya tidak akan mengecewakan korang!

Serba Sedikit Info Mengenai CARINA

Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama di Malaysia. Bahan Tisu produk ini dihasilkan menggunakan 100% Virgin Pulp dan 100% kapas tulen asli yang membantu memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Produk Carina sesuai dan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.



Dimana boleh dapatkan produk CARINA?

OFFLINE

Aeon Big
Aeon Wellness
Econsave
Mydin,
NSK,
Ascen+ Pharmacy
MiX Store
PotBoy Groceries
C-Mart Penang, Kedah, Perlis
Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
Family Stores Seremban
Family Stores Melaka
Oppa Mart Melaka & Seremban
Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
Target Supermarket Johor
Song Mart Malaysia Johor
Pasaraya Hwa Thai Johor


Carina Gift Box termasuk produk-produk berikut;


Selain produk, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga:

  • Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
  • Review & Win campaign flyer
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG






Sila ambil perhatian bahawa, di pasaran, Carina Gift Box Set TIDAK termasuk


  • Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online)
  • Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)

Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?

  • Aeon Big (Cawangan terpilih)
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
  • Hot Market @ Berjaya Times Square
  • Tong Hup Trading, Melaka

CARINA Review & *WIN (*T&C apply)


Jumlah 100 pemenang untuk *MENANGI 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan
Jumlah bernilai RM 150 / Pemenang

Cara MENYERTAI:

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok

2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @carina.malaysia rasmi Facebook / Instagram / Tiktok

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).

*Terma & Syarat:

Tempoh kempen: SEKARANG- 30 April 2023


#300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Kami akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook kami bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!

Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.

Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.

Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.

Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.

Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Ikuti Carina Malaysia di platform berikut :

Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.


ONLINE

Shopee: https://shopee.com.my/carina.os
Lazada: https://www.lazada.com.my/wangzheng-care/
TopzMall: https://topzmall.com/store/789


Social Media Carina MY



Carina MY Facebookhttps://www.facebook.com/profile.php?id=100086976432740
Carina MY Instagram: https://www.instagram.com/carina.malaysia/
Carina MY Tiktok: https://www.tiktok.com/@carinamalaysia



#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender
#CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove
#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue
#handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea
#CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina
#CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

CU DAN CHRISTY NG SEMEMANGNYA GABUNGAN YANG DAEBAK


Kuala Lumpur, 15 Februari 2023 – Peminat setia CU, kedai serbaneka Korea nombor satu di Malaysia, kini boleh menikmati musim percutian yang akan datang dengan gaya fesyen yang trendy! CU telah bekerjasama dengan pereka terkenal Malaysia, Christy Ng untuk menghasilkan beg tote dengan rekaan menarik yang juga boleh dijadikan sebagai koleksi serta sesuai untuk digayakan oleh semua.


Samada anda nak membeli belah mencari hadiah Krismas, bertemu teman baik ataupun bercuti bersama yang tersayang – beg tote CU x Christy Ng ini adalah koleksi terbaik sebagai aksesori tambahan untuk anda ber- #ootd! Rekaan untuk setiap beg tote ini diinspirasikan daripada reka bentuk kedai CU di Korea, menjadikan ianya sungguh unik dan tersendiri. Disamping itu juga, kedua-dua beg ini dihasilkan dengan dua warna tema istimewa mengikut kesesuaian personaliti dan citarasa anda.

Sekiranya anda gemarkan warna yang terang dan terserlah, beg tote pertama yang ceria serta nampak segar dengan warna biru laut dan kuning seperti sinaran matahari - adalah beg yang sesuai untuk anda. Namun jika anda lebih sukakan aura yang lebih tenang dan klasik – anda boleh memilih beg tote kedua yang menampilkan rekaan minimalis dengan pilihan warna rasmi CU yang sememangnya dikenali iaitu ungu dan hijau.

Apapun warna pilihan anda, beg tote yang cantik ini diperbuat daripada kanvas berkualiti tinggi, bagi menjamin pengalaman membeli belah yang selesa disamping menjadikan anda kelihatan sungguh bergaya. Jadikan beg tote ini sebagai peneman anda ketika mencari hadiah istimewa dari Santa, atau semasa berehat sambil makan snek di CU atau boleh juga dijadikan teman anda untuk berswafoto ketika berjalan-jalan di bandar!

Sempena pelancaran cawangan CU yang ke-100 di Malaysia, kolaborasi ini adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang CU terima dari rakyat Malaysia dan juga perasaan sarang (cinta) CU kepada kesemua pelanggan-pelanggan CU. Keutamaan CU adalah untuk memberikan para pelanggannya suasana membeli belah yang segar serta menyeronokkan dan ini adalah langkah pertama, akan ada lebih banyak lagi kejutan istimewa – jadi tunggu!

Koleksi beg tote CU x Christy Ng kini boleh dibeli di seluruh cawangan CU seluruh Malaysia, dengan harga runcit RM49.90 satu. Setiap beg tote ini didatangkan bersama pelbagai barangan menarik antaranya termasuklah: Foodaholic Aloe Soothing Gel, Lovint Choco Stick, pek kluster Coca Cola Rasa Asli dan juga Buku Nota Coca Cola dengan kuantiti yang terhad*!

Kami tak sabar untuk bertemu anda di CU dengan satu atau kedua-dua beg tote yang trendy ini. 

Jom kunjungi cawangan CU terdekat anda dan dapatkan beg tote yang sungguh bergaya rekaan Christy Ng, hari ini!


*Selagi stok masih ada.