LUMOS DOMINATE Action Camera, Kamera aksi berbaloi dengan harga mesra poket
Kalau korang jenis yang suka travel, hiking, camping atau sekadar suka rakam video masa jalan-jalan, mesti pernah terfikir nak beli action camera. Tapi bila tengok harga sesetengah jenama terkenal, memang boleh tahan juga.
Sebab itu saya tertarik nak cuba LUMOS DOMINATE Action Camera. Nak tengok sendiri sama ada kamera ni memang berbaloi atau sekadar nampak cantik dalam iklan.
First Impression
Bila buka kotak, perkara pertama yang saya perasan ialah saiznya memang kecil dan ringan. Senang nak masuk dalam beg, poket jaket atau beg kamera.
Setup pun tak susah. Beberapa minit saja dah boleh mula rakam video. Kalau korang baru pertama kali guna action camera pun rasanya tak ada masalah.
Bawa Jalan-Jalan Baru Tahu Best Ke Tak
Saya bawa kamera ni masa keluar hujung minggu. Biasalah, rakam suasana jalan, makanan, pemandangan dan beberapa video semasa memandu.
Apa yang saya suka, kamera ni tak rasa berat langsung bila pegang. Kalau dipasang pada tripod kecil atau helmet pun masih selesa digunakan.
Hasil video waktu siang memang cantik. Warna nampak hidup dan gambar pun jelas. Bila tengok balik video dekat laptop, memang puas hati juga.
Rakaman Stabil dan Gambar Pun Cantik!
Ini antara benda yang saya paling nak tahu sebelum cuba.
Masa berjalan laju dan bergerak ke sana sini, video masih nampak stabil. Memang bukan tahap kamera profesional yang harganya ribuan ringgit, tapi untuk kegunaan travel, media sosial atau vlog santai, saya rasa dah lebih daripada mencukupi.
Kalau korang suka upload video dekat TikTok, Instagram Reels atau YouTube Shorts, hasilnya memang nampak kemas.
Bateri Macam Mana?
Sepanjang saya guna, baterinya boleh tahan juga. Saya sempat rakam beberapa klip video sepanjang hari sebelum perlu cas semula.
Kalau nak pergi travel sehari suntuk, masih ada bateri extra diberi jadi tidak perlu risau tentang kehabisan bateri. Boleh terus shoot dengan hati yang tenang
Apa Yang Saya Suka
✔️ Saiz kecil dan ringan.
✔️ Mudah digunakan walaupun baru pertama kali cuba.
✔️ Hasil video nampak cantik pada waktu siang.
✔️ Sesuai untuk travel, road trip dan aktiviti outdoor.
✔️ Harga lebih mesra poket berbanding banyak action camera lain.
Kelebihan LUMOS DOMINATE Action Camera
🎥 Rakaman sehingga 5K – video nampak lebih tajam dan jelas, memang puas hati bila tengok balik.
🤳 Dual screen – senang nak buat vlog atau selfie sebab boleh nampak diri sendiri masa merakam.
🌄 Lensa ultra lebar 170° – dapat rakam lebih banyak pemandangan tanpa perlu berundur jauh.
🚴 EIS (Electronic Image Stabilization) – walaupun tengah bergerak atau berlari, video tetap nampak lebih stabil dan kurang gegar.
📸 48MP – gambar yang diambil lebih jelas dan penuh dengan detail.
💦 Waterproof case disertakan – nak bawa snorkeling, mandi air terjun atau aktiviti lasak pun lebih yakin.
📱 Ada Wi-Fi – lepas rakam, terus pindah ke telefon dan edit atau upload ke TikTok, Reels atau Shorts dengan mudah.
🔋 Bateri tahan sehingga 2 jam – cukup untuk rakam banyak momen tanpa perlu kerap mengecas.
Pendek kata, LUMOS DOMINATE Action Camera ni sesuai untuk sesiapa yang nak hasilkan video cantik dengan harga yang lebih mesra poket. Memang sesuai untuk travel, sukan, aktiviti outdoor dan juga content creator yang baru nak bermula.
Jadi... Berbaloi Ke?
Bagi saya, kalau korang baru nak mula guna action camera atau tak nak berbelanja terlalu banyak, LUMOS DOMINATE Action Camera memang menarik untuk dipertimbangkan.
Kalau diberi pilihan, saya memang akan bawa kamera ni setiap kali pergi bercuti. Lebih mudah daripada sentiasa bergantung pada telefon, dan rasa lebih yakin nak rakam video dalam pelbagai situasi.
Kesimpulannya, LUMOS DOMINATE Action Camera sesuai untuk mereka yang mahukan action camera yang mudah digunakan, hasil video yang memuaskan dan harga yang tidak terlalu membebankan. Kalau objektif korang adalah nak simpan kenangan dan hasilkan content yang menarik tanpa perlu berbelanja besar, kamera ini memang berbaloi untuk dipertimbangkan
Untuk maklumat lanjut mengenai LUMOS DOMINATE Action Camera sila klik pautan ini : http://www.lumosprojector.my/dominate




















































