CERIA RAYA, HARMONI BERSAMA” MENGHIDUPKAN SUASANA DI MITSUI OUTLET PARK KLIA SEPANG
CERIA RAYA, HARMONI BERSAMA” MENGHIDUPKAN SUASANA DI MITSUI OUTLET PARK KLIA SEPANG (MOP KLIA) PADA MUSIM KEHARMONIAN DAN KEGEMBIRAAN BERSAMA
Hayati Semangat Kebersamaan di MOP KLIA, di mana Dekorasi Hari Raya Aidilfitri yang Elegan dan Sambutan Penuh Keceriaan Mencipta Latar Sempurna untuk Detik Bermakna Bersama Insan Tersayang
SEPANG, 10 Mac 2026 – Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menjemput para pengunjung untuk bersama-sama meraikan kemeriahan perayaan melalui kempen selama sebulan bertemakan “Ceria Raya, Harmoni Bersama”, yang berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026. Mengangkat konsep kemewahan dalam suasana mesra keluarga, sambutan ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang istimewa serta ganjaran menarik. Fokus utama kempen ini adalah untuk mewujudkan suasana perayaan yang penuh dengan nilai perpaduan, keharmonian dan kebahagiaan, sejajar dengan semangat Hari Raya Aidilfitri.
Para pengunjung dijemput ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) untuk menyaksikan dekorasi perhiasan dengan inspirasi elemen kebudayaan dan keseniaan Malaysia. Selain itu, seiring dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026, MOP KLIA telah menjadi bekerjasama secara strategik dengan Tourism Malaysia dengan memaparkan maskot rasmi kempen Wira dan Manja pada dekorasi. Dengan pencahayaan yang kondusif dan suasana mesra pengunjung, ruang tersebut turut menyediakan sudut fotografi yang estetik untuk pengunjung bagi merakam kenangan istimewa, sekali gus mencerminkan komitmen MOP KLIA dalam memperkasa budaya tempatan dan menyokong pembangunan pelancongan negara secara mampan.
Menurut TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development, tema “Ceria Raya, Harmoni Bersama” dapat menzahirkan suasana penuh kehangatan dan kegembiraan menyambut Aidilfitri yang berkonsepkan perpaduan, keharmonian dan kebahagiaan yang dikongsi bersama. “Selain itu, kami turut mengingatkan para pengunjung tentang kekayaan kepelbagaian budaya Malaysia melalui hiasan perayaan yang diinspirasikan daripada elemen pelancongan, kesenian dan kebudayaan negara selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026. Persembahan tarian tradisional juga dipentaskan, dan tawaran ganjaran membeli-belah yang eksklusif serta pelbagai aktiviti perayaan khas buat para pengunjung. Sehubungan itu, kami ingin menjemput pengunjung dari seantro dunia untuk berkunjung ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) bagi menikmati kemeriahan suasana perayaan agar menjadikan MOP KLIA sebagai destinasi pilihan utama untuk membeli-belah dan meraikan detik bermakna bersama,” kata TJ Cheah.
Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan pesta jualan barangan mewah seperti Coach, pengunjung boleh menikmati tawaran eksklusif dan pembelian istimewa yang berlangsung di Sunshine Square, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) sepanjang kempen berlangsung. Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50 dalam satu resit daripada premis yang mengambil bahagian dalam kempen sambutan hari raya maka para pengunjung layak untuk menyertai Bengkel Penanda Buku Batik yang akan diadakan pada 7, 8, 14 dan 15 Mac mulai jam 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam bertempat di Workshop Booth @ River Walk, Aras Bawah. Pada hujung minggu, sambutan musim perayaan ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan tradisional Raya Medley bersama Kuda Kepang yang dijadualkan pada pada 7 dan 14 Mac jam 2.00 petang dan 4.00 petang manakala persembahan Gamelan pada pada 8 dan 15 Mac jam 2.00 petang dan 4.30 petang di kawasan Sunshine Square.
MOP KLIA turut memperkenalkan pelbagai ganjaran beli-belah khas bagi pengunjung yang berlangsung pada 28 Februari hingga 22 Mac, setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Para pengunjung yang berbelanja minimum RM450 layak menebus sampul raya edisi terhad dengan had penebusan sehingga 100 sampul setiap hari minggu manakala 200 sampul pada hujung minggu. Selain itu, pengunjung yang berbelanja RM800 dalam maksimum dua (2) resit pada tarikh terpilih berpeluang membawa pulang barangan eksklusif seperti pinggan hiasan pada 6 hingga 8 Mac, set hadiah batik pada 13 hingga15 Mac, set cadar Akemi pada 20 hingga 23 Mac dan pelembap udara beraroma pada 27 hingga 29 Mac dengan semua hadiah terhad kepada 100 pelanggan terawal bagi setiap kategori. Penebusan boleh dibuat di Kaunter Informasi, Sunshine Square sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah di MOP KLIA lebih bermakna sambil menyemarakkan kemeriahan musim perayaan Hari Raya.
Selain itu, pengunjung Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) berpeluang menikmati baucar pulangan tunai secara berperingkat sehingga RM50 dengan ganjaran bermula daripada RM20 bagi perbelanjaan RM400, RM30 bagi RM700 dan RM50 untuk pembelian RM1,200 ke atas tertakluk kepada penebusan harian dari 14 hingga 29 Mac 2026. Bagi penggemar gastronomi, pengunjung yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di premis makanan dan minuman yang mengambil bahagian bermula pada 27 Februari hingga 20 Mac layak menerima keistimewaan tambahan sempena bulan Ramadhan, termasuk e-baucar makanan dan minuman bernilai RM10 dan beg tote percuma. Pengguna aplikasi Mitsui Shopping Park MY (MSP) MY App) akan menerima ganjaran eksklusif tambahan seperti E-Duit Raya RM10 pada 28 Februari, 1, 14 dan 15 Mac serta mata ganjaran berganda pada hujung minggu yang terpilih sahaja.
Paling baharu pada kali ini adalah pengunjung berpeluang menebus Hadiah Premium dengan perbelanjaan minimum sebanyak 3,000 mata Mitsui Shopping Park (MSP) MY App) dalam satu transaksi di premis yang terlibat serta menunjukkan resit yang memaparkan penolakan mata tersebut. Tawaran ini terhad kepada satu penebusan bagi setiap pelanggan yang layak setiap hari terhad kepada 50 pelanggan terawal setiap hari tertakluk kepada stok yang masih ada. Penebusan boleh dibuat dari jam 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam pada 28 Februari, 1, 7 dan 8 Mac 2026 di Printing Booth, Sunshine Square, Aras satu.
Sebagai usaha mempromosi dan memasarkan dekorasi perayaan yang mempesona, persembahan kebudayaan, bengkel interaktif dan pengalaman ganjaran yang menarik, para pengunjung Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) akan menikmati sambutan Hari Raya Aidilfitri yang cukup bermakna. MOP KLIA menawarkan destinasi ideal untuk keluarga menjamu selera, membeli-belah dan meraikan suasana Raya bersama dalam persekitaran yang mesra serta penuh keceriaan. Terletak secara strategik hanya 8 minit dari KLIA T1 (Terminal 1) dan KLIA T2 (Terminal 2), serta kira-kira 45 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, pusat beli-belah ini mudah diakses melalui lebuh raya utama termasuk ELITE, LDP, KESAS, Lebuhraya MAJU, Lebuhraya Utara–Selatan dan NKVE serta pelbagai pilihan pengangkutan awam yang tersedia bagi keselesaan pengunjung.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi dan acara terkini di MOP KLIA, layari mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA.















0 KOmen: