Memaparkan catatan dengan label Lunavie. Papar semua catatan

Cuba Menu Baru "Feisty Arabic Ikan Bakar" di The Manhattan Fish Market

Cuba Menu Baru Feisty Arabic Ikan Bakar di  The Manhattan Fish Market| Hidangan makanan laut, antara pilihan sajian digemari ramai. Rasa semula jadi manis udang, ikan, sotong, membuatkan ramai tidak jemu mencuba masakan laut biarpun menu penyediaan ringkas. Bagi yang menyukainya, restoran The Manhattan Fish Market (MFM) pasti tempat ditujui kerana di situ disediakan makanan laut gaya Amerika disaji segar dan memenuhi selera sesiapa saja.
 

Apa yang best di The Manhattan Fish Market mestilah menu ikan laut mereka yang sangat enak dan pelbagai pilihan. Penggemar masakan ikan laut pasti takkan lepaskan peluang untuk cuba setiap menu baru di sini. Kali ini, Fara berkesempatan untuk mencuba menu baru The Manhattan Fish Market iaitu Feisty Arabic Ikan Bakar.

Jom Lihat Set makanan Feisty Arabic Ikan Bakar

1. Ikan Bakar Duo

Keistimewaan menu baru ini terletak pada Sos tomato pedas yang disapu secara rata pada ikan bakar. Yup! ikan bakar adalah salah satu menu yang sangat disukai oleh semua orang. Seteleh mencubanya, Fara rasa ini adalah hidangan pedas beraroma yang membuka selera kepada sesiapa yang menginginkan keindahan semasa berbuka puasa mahupun hari raya.


Set ini juga adalah set menu paling jimat dan bila makan sangat mengenyangkan! Masih teringat lagi rasa kesedapan aroma ikan bakar dimakan dengan sos tomato pedas memang betul-betul padu!! Makan bersama pasangan memang asyikkkk! 🥰

Dalam set ini ada Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 Garlic Herb Rice. Sesuai untuk 2 orang makan dengan harga RM59.90

2. Ikan Bakar Gembira 

Andai kata tiba-tiba ada family ngidam nak makan ikan bakar tapi nak makan tempat sejuk ber air-cond boleh bawa mereka ke The Manhattan FISH MARKET. Kenapa? dalam set ini ada ikan bakar dan juga menu lain yang pastinya sedap dan memikat hati. Makan sedap dapat, air-cond pon dapat. hehe


Dalam menu ni ada Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 Garlic Herb Rice, menu kegemaran ayam Scallop Fish Chicken, 3 minuman Strawberry Gembira dan 3 Chowder of the Day. Bagi Fara hidangan ini Sesuai untuk 3-4 orang dengan harga RM119.90 sangat murah dan berbaloi
 
3. Ikan Bakar Bersama-sama 

Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga ramai sangat sesuai order set Ikan Bakar Bersama-sama. 
  

Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2 Garlic Herb Rice, Udang Pedas, Sotong Goreng dan Kerang. Dilengkapi dengan 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan pencuci mulut 2 Aiskrim Vanilla dengan Fistikli Baklava. Sesuai untuk dimakan 4-5 orang dengan harga RM159.90
 
4. Ikan Bakar with Flaming Lobster. 

Antara yang menarik untuk dicuba Ikan Bakar with Flaming Lobster, iaitu kaedah lobster dipanggang api menyala, menyerlahkan rasa makanan laut dan teknik mereneh berjaya mengekalkan kelembapan rasa serta aroma makanan.



Lobster adalah antara senarai makanan laut yang semua orang sukai kerana rasanya yang manis dan sedap. Jika anda lihat, dimana-mana tempat sahaja lobster ini dikategorikan dalam makanan laut yang mahal. Tetapi tidak di The Manhattan FISH MARKET. Anda boleh mendapatkan lobster ini pada harga yang berpatutan.

Hidangan eksklusif makanan laut premium The Manhattan FISH MARKET- Grilled Flaming Lobster. Didatangkan Ikan Siakap dengan sos tomato pedas, disajikan dengan 2Garlic Herb Rice, 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day dan diakhiri dengan pencuci mulut dengan 2 Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava. Sesuai untuk 4-5 orang makan dengan harga RM288.90

Pencuci Mulut Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava


The Manhattan FISH MARKET juga memperkenalkan pencuci mulut tawaran masa terhad - Ais Krim Vanilla dengan Fistikli Baklava. Fistikli Baklava adalah pastri berlapis yang diisi dengan kacang cincang dan direndam dalam madu. Pencuci mulut ini memberi inspirasi dalam membawa rasa pencuci mulut manis dari Timur Tengah, khususnya dari Turki.

Menu baru Feisty Arabic Ikan Bakar" di The Manhattan Fish Market Sedap dan Murah!

Bagi Fara, Kombinasi bahan-bahan pada menu baru ini lebih menarik dan sedap. Tidak mungkin anda boleh mendapatkan set makanan seperti ini ditempat lain dengan harga yang sangat berpatutan.


Boleh lihat gambar di atas untuk lihat menu baru "Feisty Arabic Ikan Bakar" di The Manhattan Fish Market dengan lebih jelas 👆👆👆

P/S : Anda boleh menikmati menu baru ini  dari 13 April 2021 di semua outlet The Manhattan FISH MARKET. 

Maklumat lanjut mengenai Menu Baru "Feisty Arabic Ikan Bakar" The Manhattan Fish Market terus klik pautan di bawah :

 Jadi tunggu apa lagi? Ajak semua rakan serta keluarga anda untuk menikmati Menu Baru Fiesty Arabic Ikan Bakar sebelum tamat. 





Breastmilk Storage Bags Lunavie

Lunavie

Breastmilk Storage Bags Lunavie

ByFara Lumière
Assalamualaikum.. Memandangkan susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi, cara penyimpanan susu tidak boleh diambil ringan. Tambahan pula susu ibu bersifat sensitif dan perlu pengurusan yang rapi sebelum, semasa dan selepas menyusu. Teruskan membaca entri ini untuk mengetahui cara penyimpanan susu yangContinue Reading >

LUNAVIE DELUXE NAIL CLIPPER WITH MAGNIFIER

Lunavie

LUNAVIE DELUXE NAIL CLIPPER WITH MAGNIFIER

ByFara Lumière
Assalamualaikum.. hai! Bila ade anak kecil mak ayah jadi excited nak buat semua bende untuk mereka kan? Termasuklah nk potong kuku simanja. Biasa mak atau ayah yang berani potong kuku simanja yang halus tu? Haa.. macam fara lebih berani potong kuku simanja berbandingContinue Reading >

Lunavie - Seluar Pakai Buang Khas untuk Ibu lepas bersalin

Deluxe disposable Briefs

Lunavie - Seluar Pakai Buang Khas untuk Ibu lepas bersalin

ByFara Lumière
Assalamualaikum... Hi! Ibu-ibu yang sedang menunggu masa untuk melahirkan si comel sudah sediakan kelengkapan semasa di hospital nanti? Jangan lupa buat check list agar segala kelengakapan yang diperlukan semasa bersalin lengkap dan mudah terurus. Nak tahu check list apa? boleh lihat Entry checklist newborn yangContinue Reading >

Kitchen set - Set mainan dapur untuk simanja

My Story

Kitchen set - Set mainan dapur untuk simanja

ByFara Lumière
Assalamualaikum... Hiii! Nampak tak betapa excited dan berlagaknya muka aimi dapat parcel besar macam ni.  Gift from someone ye. Mak dia dah malas nak belikan pape. Hehe. Tadaa!! Kitchen set yang aimi idam-idamkan akhirnya dapat juga dia merasa. Dah bukak parcel, kenalah makContinue Reading >

Moeder - Susu Utama Pilihan Ibu Hamil & Bf

Lunavie

Moeder - Susu Utama Pilihan Ibu Hamil & Bf

ByFara Lumière
Assalamualaikum... MilkBooster & Susu Untuk Ibu Hamil TERBAIK di MALAYSIA ! Moeder adalah produk susu berperisa vanilla yang dikhaskan untuk membantu ibu mengandung atau ibu menyusu untuk kekal sihat dan cergas. Moeder juga dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak dalam kandungan atauContinue Reading >