Drama Kekasihku Seru Episod 1 - Episod 13 (Episod Akhir)

11/21/2020 11:44:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Seram - Drama Kekasihku Seru Episod 1 - Episod 13 (Episod Akhir) :  Drama Kekasihku Seru antara drama seram yang lain dari lain. Mulai 24 Julai 2008  hingga 30 Oktober 2008 menerusi slot "Seram". 


Tonton online Drama Kekasihku Seru Episod 1 - Episod 13 ( Episod Akhir)

  • Drama Kekasihku Seru Episod 1 - https://youtu.be/B8eAtku2Wig
  • Drama Kekasihku Seru Episod 2 - https://youtu.be/UhkKNxw5z4U
  • Drama Kekasihku Seru Episod 3 - https://youtu.be/yrKVu6MBM0A
  • Drama Kekasihku Seru Episod 4 - https://youtu.be/546I0-1jp1Q
  • Drama Kekasihku Seru Episod 5 - https://youtu.be/JvX84mgWs3k
  • Drama Kekasihku Seru Episod 6 - https://youtu.be/S6bUsJu71Tc
  • Drama Kekasihku Seru Episod 7 - https://youtu.be/w3BYHWy6uCE
  • Drama Kekasihku Seru Episod 8 - https://youtu.be/4fgMqE5PWaQ
  • Drama Kekasihku Seru Episod 9 - https://youtu.be/ClsE4IpsIqo
  • Drama Kekasihku Seru Episod 10 - https://youtu.be/dosdw9ZbEO8
  • Drama Kekasihku Seru Episod 11 - https://youtu.be/rrzmj0QT-tY
  • Drama Kekasihku Seru Episod 12 - https://youtu.be/Xok6CA-xK80
  • Drama Kekasihku Seru Episod 13 - https://youtu.be/vl6fUvqBuOQ



Sinopsis Drama Kekasihku Seru

Marissa (Emelda Rosmila) merupakan pelajar bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marissa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat selepas kematian Puan Noreen, ibu angkatnya. Keinginan untuk mengenali keluarga asal membawa Marissa ke Highland Estate.

Rashad (Fizz Fairuz) yang baru sahaja kehilangan isteri dan anaknya dalam kemalangan jalan raya menyedari hijabnya telah terbuka selepaskemalangan itu. Rashad pergi mencari atuknya, Ustaz Qadir untuk mendapatkan bantuan.

Ketibaan Marissa di Highland Estate disambut Mak Wan, pembantu rumah di situ yang menyangka Marissa adalah Maryam, jururawat yang diupah untuk menjaga Mas Ayu (Kuza) yang dalam keadaan katatonik. Yakin Mas Ayu adalah ibu kandungnya, Marissa berlakon menjadi Maryam untuk meluangkan masa bersama Mas Ayu.

Marissa bertemu Mas Suri (Umi Aida), kakak kepada Mas Ayu dan mak cik mereka, Mas Lela (Rose Iskandar). Marissa merasa tidak selesa dengan Mas Suri yang tegas dan banyak berahsia. Dia juga didatangi Dr Hakim (Beto Khusyairi) yang memberitahu bahawa ubat yang diberikan oleh Mas Suri adalah punca Mas Ayu sakit.

Setelah dihalau oleh Mas Suri, Dr Hakim mengugut untuk membawa Mas Ayu keluar dari rumah tersebut. Dr Hakim ditemui mati di kliniknya keesokan hari.

Rashad yang diberitahu orang kampung bahawa atuknya telah meninggal dan tidak tahu di mana kuburnya memandangkan arwah banyak mengembara di hujung hayat didatangi Ustaz Qadir yang mengatakan beliau masih hidup dan berada di Bukit Jerai. Rashad mendapat berita adiknya, Dr Hakim dibunuh dan pergi ke Highland Estate untuk menyiasat kematian adiknya.

Waris (Hairi Othman) telah hidup di dalam keadaan terumbang-ambing selama 100 tahun. Untuk memastikan hayatnya berpanjangan, Waris memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mastura Selama ini keturunan Mas Ayu cuba menghalang gangguan Waris dengan tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk berkahwin, apatah lagi Mastura (Emelda Rosmila), seorang nenek moyang Marissa, dengan alasan perbezaan darjat.


Senarai Pelakon Drama Kekasihku Seru

  • Emelda Rosmila sebagai Marissa/Mastura
  • Fizz Fairuz sebagai Rashad
  • Hairie Othman sebagai Waris
  • Umie Aida sebagai Mas Suri
  • Kuza sebagai Mas Ayu
  • Rose Iskandar sebagai Mas Lela
  • Beto Kusyairy sebagai Dr. Hakim

You Might Also Like

0 KOmen: