Memaparkan catatan dengan label Kecantikan. Papar semua catatan

Skincare ini TERBUKTI Pakai Sekali Terus Putih! | ViviWhite

Assalamualaikum! hai semua...

Skincare ini TERBUKTI Pakai Sekali Terus Putih! | ViviWhite. Stress juga ya bila kulit muka terasa kusam, kering, dan berminyak. Fara ada baca info mengenai masalah tersebut dan antara punca masalah kulit terjadi begitu disebabkan akibat terdedah kepada sinaran UV. Secara tidak langsung akan membuatkan timbulnya bintik-bintik gelap dan liang pori tidak sekata. Faktor penuaan juga menjadi salah satu punca masalah kulit seperti kedutan dan kendur pada kulit. Maklumlah akan datang nak masuk usia30an. Banyaklah kena melabur untuk kecantikkan. 


Berbalik kepada tajuk artikel, lately Fara ada google dan baca pelbagai info mengenai skincare yang mudah kita apply hanya dengan 1 produk sahaja. Macam mustahil nak jumpa kan? haha! Cari punya cari terjumpalah dengan produk dari ViviWhite.

Mengenai ViviWhite

Bila makin banyak info Fara baca tentang produk ViviWhite, rasa seronok pula. Yang menarik mengenai Produk ViviWhite ni dia ada 2 ramuan hebat yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang sangat baik pada wajah. Bahan yang dimaksudkan adalah :

1. Akoya Japan Nie Prefecture Pearl = Menggunakan program saintifik nano, mengandungi 18 jenis asid amino dan mikronutrien yang diperlukan oleh kulit. 

2. Cynanchum Atratum Extract = mempunyai gelaran agen Anti-perengsa, terdiri daripada ekstrak herba tumbuhan BaI Wei. Ia dapat memberikan 5 Kesan Anti-Kulit = "Anti-sensitiviti, Anti-iritasi, Tahan minyak, Anti-pigmentasi dan Anti-dehidrasi".


Diperkaya dengan White Silk, Rice Bran dan madu ianya dapat mengekalkan hidrasi pada kulit wajah anda yang kekeringan. Kandungan 2 jenis asid Hyaluronik (sodium hyaluronate & sodium acetylated hyaluronate) pula bertindak sebagai pelembap untuk melindungi kulit daripada radikal bebas.


ViViwhite Pearl Extract Hydra Brightening Cream unik kerana ia adalah: 


1. Krim pencerah gred penjagaan kulit yang sekata cerah dalam 8 saat. 

2. Ia menyegarkan, tidak berminyak. 

3. Penggunaan krim pencerah kelas penjagaan kulit jangka panjang yang tidak akan sensitif terhadap pengelupasan. 

4. Krim pencerah kelas penjagaan kulit yang boleh digunakan sepanjang hari.


Ujian makmal klinikal membuktikan bahawa ViviWhite dapat memperbaiki 8 masalah kulit dengan berkesan: 

Pernah tak bila anda beli sesuatu produk penjagaan kulit tetapi produk itu tak berkesan untuk kulit anda? Namun bila tengok orang lain pakai, produk itu berkesan kepada mereka pula. Ianya perkara biasa. Fara sendiri telah cuba pelbagai jenis skincare dan boleh kata tidak semua serasi dengan jenis kulit muka Fara TETAPI, ViviWhite berbeza! Kenapa berbeza? macam Fara pernah explain sebelum ni bahan yang terkandung dalam produk ViviWhite adalah terbaik! 

Tekstur ViviWhite cepat meresap 👍👍

Produk ViviWhite sangat sesuai untuk korang yang hadapi masalah kulit muka seperti :

1. Kulit muka kekuningan
2. Tona kulit tidak sekata, cela 
3. Pigmentasi 
4. Bulatan gelap 
5. Kulit merah 
6. Kulit kering 
7. Pori besar 
8. Garisan halus pada kulit

Penggunaan Secara Berterusan Selama 8 Hari akan menampakkan hasil yang sangat WOW di wajah!

Macam tak percaya sejurus Fara apply ViviWhite di wajah terus menampakkan hasil yang cukup memuaskan. Wajah secara tak langsung nampak cerah sekelip mata sahaja. Mula-mula risau juga tapi setelah Fara lihat bahan yang digunakan kedalam produk ini ianya sangat bagus dan tidak merosakkan kulit. 

Nampak tak muka terus instantly CERAH 😍

1. Tiada Paraben 
2. Tiada Minyak Mineral 
3. Tiada Formaldehid 
4. Tanpa Silikon 
5. Tanpa Alkohol 
6. Tanpa Pewarna Buatan 
7. Tiada Talcum 
8. Tiada Triethanolamine 

8 ramuan ini boleh menyebabkan kepekaan kulit dan menjadikan kulit lebih rapuh, kering, tersumbat, dan sebagainya. Jangan risau dalam produk ViviWhite TIADA LANGSUNG 8 bahan berbahaya ini.

ViviWhite berfungsi juga sebagai pencerah kulit wajah agar tiada lagi masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Kulit wajah akan tampak glowing dalam masa 8 hari dengan memudarkan bintik hitam dan tona kulit lebih sekata.


Dengan cuaca yang tidak menentu, pasti kulit akan timbul menjadi masalah. Kini, tiada lagi masalah kulit tampak keletihan atau kekeringan, wajah Fara juga akan berseri serta tampil bermaya dengan ViviWhite!

Ingin kulit cerah semulajadi? Jom cuba ViviWhite ini sekarang! 

Krim pencerah wajah daripada ViviWhite ini adalah multifungsi iaitu melembap, merawat dan mencerah dengan hanya 1 langkah sahaja. kalau korang nak cuba terus klik laman sesawang mereka di :

Facebook : ViviWhite Malaysia
Instagram : ViviWhite Malaysia




Hada Labo New Platinum Kotojyun Mask Baharu Untuk Penghidaran dan Pencerahan

Hada Labo buat kali pertamanya memperkenalkan Platinum Kotojyun Mask yang serba baharu, topeng kepingan revolusi yang mengandungi serum penembusan tinggi dan diinfusikan dengan zarah nano platinum premium. Nanopartikel bertindak sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan juga meningkatkan keserian kulit. Dengan Serum Penembusan Tinggi, Diinfusi dengan Nanopartikel Platinum Premium – Topeng Kepingan Menghidrat Kulit dari Permukaan ke Lapisan Dalam


Setiap topeng kepingan sangat bernafas dan selesa kerana ia diperbuat daripada Bemliese®, fabrik bukan tenunan lestari yang diperbuat daripada kain kapas yang boleh menyerap dan menampung bahan penjagaan kulit dengan cekap.

Walaupun topeng kepingan mengandungi hanya 23ml serum, ia mampu menawarkan manfaat yang setara dengan dua botol serum, terima kasih kepada teknologi nanopartikel dan Bemliese®, fabrik bukan tenunan yang membolehkan penembusan serum ke dalam kulit.

Serum penembusan tinggi mengandungi bahan penghidratan yang sangat berkesan, termasuk pelbagai jenis Asid Hyaluronik, Ceramide dan Squalene yang menghidratkan kulit sepenuhnya dari permukaan hingga ke lapisan dalam, untuk kulit licin dan anjal yang tahan lama.

Ia adalah pH seimbang, bebas alkohol, pewangi, pewarna dan minyak mineral, oleh itu, ia tidak menyebabkan sebarang kerengsaan kulit.


Hada Labo Platinum Kotojyun Mask didatangkan dalam dua varian yang memberikan manfaat berbeza kepada kulit:

Platinum Hydrating 


Platinum Hydrating - berfungsi untuk melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan yang sengit dan tahan lama.

Kotojyun Hydrating Platinum Hada Labo Mask (RM14.90)

Diinfusikan dengan Nanopartikel Platinum dan 4 jenis Asid Hyaluronik (iaitu Nano Hyaluronic Acid, Zinc Hydrolyzed Hyaluronate, Hyaluronic Acid dan Super Hyaluronic Acid) untuk menguatkan penghalang kulit dengan berkesan dan mengurangkan garis halus untuk kulit yang lembut, licin dan anjal.

Platinum Whitening 


Platinum Whitening - berfungsi untuk melembapkan secara mendalam dan mengembalikan semula kulit yang kusam untuk kulit yang segar dan berseri.

Kotojyun Whitening Platinum Hada Labo Mask (RM14.90)

Platinum Whitening Kotojyun Mask diinfusikan dengan 3 jenis Hyaluronic Acid (iaitu Nano Hyaluronic Acid, Super Hyaluronic Acid dan Zinc Hydrolyzed Hyaluronate) dan mengandungi 2X bahan pencerah, seperti Tranexamic Acid dan PMS Whitening Factor untuk mencerahkan bintik hitam dan meratakan tona kulit dengan berkesan supaya kulit cerah berseri.

Arahan untuk Penggunaan

  1. Sapukan Hada Labo Lotion selepas membersihkan muka.
  2. Buka lipatan topeng dan tanggalkan kertas mutiara.
  3. Bersama-sama dengan lapisan mesh lut sinar letakkan topeng pada muka dan tekan dengan hujung jari. Sejajarkan kawasan mata dan mulut.
  4. Keluarkan lapisan mesh dan rehat selama 10-15 minit kemudian tanggalkan topeng.
  5. Untuk mendapatkan hasil yang jelas, disyorkan untuk menggunakan sekali atau dua kali seminggu sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda.

Topeng muka ini menawarkan manfaat pada kulit seperti :

♦ Serum mengandungi bahan hebat seperti Asid Hyaluronik, Ceramide dan Squalene yang menghidratkan kulit sepenuhnya dari permukaan hingga ke lapisan dalam, untuk kulit licin dan anjal yang tahan lama.

♦ Ia adalah pH seimbang, bebas alkohol, pewangi, pewarna dan minyak mineral, oleh itu, ia tidak menyebabkan sebarang kerengsaan kulit.

♦ Platinum Hydrating, berfungsi untuk melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan yang sengit dan tahan lama.

♦ Platinum Whitening, berfungsi untuk melembapkan secara mendalam dan mengembalikan semula kulit yang kusam untuk kulit yang segar dan berseri.



Hada Labo Platinum Kotojyun Mask kini boleh dibeli di Shopee, Lazada dan semua farmasi terkemuka di seluruh negara.



4 Cara Paling Berkesan Hilangkan Kesan Parut Keloid atau Parut Timbul

 

Apakah Itu Keloid?

Keloid adalah parut yang lebih besar dan lebih luas daripada kecederaan asal. Apabila kulit tercedera, tisu “fibrous” atau tisu parut terbentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi kawasan yang mengalami kecederaan. 

Bisanya parut ini selepas individu mengalami kecederaan yang teruk ataupun pembedahan. Keloid ini tidaklah membahayakan, tetapi kehadirannya boleh menganggu penampilan serta keyakinan diri kerana parut ini tidak boleh disorok melainkan ia di bahagian badan yang tidak boleh dilihat. 

Cara Hilangkan Kesan Parut Keloid atau Parut Timbul

Apakah Gejala Keloid?

Keloid berpunca daripada tisu parut atau bekas luka yang terlalu aktif. Gejala berlaku di tapak kecederaan kulit sebelum ini termasuklah:

  • Kawasan setempat yang berwarna merah jambu atau merah. 
  • Kawasan kulit yang kental atau licin dan tebal.
  • Kawasan yang tercedera berkembang dengan tisu parut secara progresif.
  • Parut terasa gatal.
  • Parut lebih besar daripada luka asal.
  • Parut yang menyakitkan apabila disentuh atau tergeser.

Keloid mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk berkembang. Kadang korang mungkin mengalami ketidakselesaan atau kerengsaan jika tergeser pada pakaian atau sebarang permukaan kasar. 

Cara Hilangkan Kesan Parut Keloid (Parut Timbul)

Sakit mata bila tengok kesan parut luka kemalangan. Nak pergi laser pula takut kan. Jadi di sini aku senaraikan produk-produk yang membantu untuk mengurangkan parut keloid. Untuk luka bekas ibu-ibu czer pun boleh cuba cara ini. 

Yang penting kena konsisten pakai tau. 

1. ScarAway Professional Grade Silicone Scar Sheets (8 sheets / 12 sheets)

parut-keloid-scaraway


SILICONE SCAR TREATMENT:Tidak memerlukan prosedur pembedahan untuk menghilangkan parut. Silikon ialah rawatan pengurangan parut yang paling disyorkan oleh pakar dermatologi.

HYPERTROPHIC & KELOID SCAR TREATMENT: Mengurangkan kemerahan, gatal-gatal dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan parut, seperti parut hipertropik dan keloid akibat daripada kecederaan, melecur, pembedahan dan banyak lagi. Juga membantu mengurangkan masalah parut jerawat.

SOFTEN OLD & NEW SCARS:
 Memperbaiki penampilan parut baru dan lama. Melembutkan parut dalam masa 4-8 minggu. Bergantung dengan kulit individu.

COMFORTABLE BODY SCAR TREATMENT: Diperbuat daripada fabrik yang sangat nipis dan breathable. Memberikan keselesaan optimum dalam merawat parut. Boleh dibasuh, fleksibel, menghidrat, melembutkan kulit dan melindungi parut daripada pergerakan harian

CLINICALLY SUPPORTED SCAR TREATMENT: ScarAway ialah rawatan parut yang disokong secara klinikal, menampilkan teknologi yang digunakan oleh hospital, pakar bedah plastik dan pusat luka bakar untuk mencegah dan merawat parut.


2. CeraVe Resurfacing Retinol Serum


Cerave Resurfacing Retinol Serum dapat menghilangkan segala bekas parut jerawat, dan ia diakui oleh ramai pengguna.

Selain itu, serum ini membantu melicinkan tekstur kulit korang dengan mengurangkan penampilan bekas selepas jerawat, meminimumkan liang pori-pori dan memperbaiki permukaan kulit. 

Korang boleh pakai 2-3 kali seminggu. Ada yang ambil masa selama 2-3 bulan untuk keloid hilang dengan penggunaan konsisten. Ni nak pakai untuk parut jerawat pun boleh.


3. CICA-CARE Scar Treatment Gel Sheet

CICA-CARE Scar Treatment Gel Sheet

CICA-CARE ialah gel silikon pelekat diri yang berkesan dalam mengurangkan parut merah, gelap atau parut timbul. 

CICA-CARE tahan lama, selesa dan boleh digunakan semula, sesuai untuk kegunaan siang dan malam. Ia juga selamat digunakan pada kanak-kanak dan orang dewasa, menjadikannya sesuai untuk seisi keluarga. 

Dalam masa 2-4 bulan parut yang korang anggap kekal boleh dirawat dan penampilannya bertambah baik secara kekal. InsyaAllah.


4. Mederma Advanced Scar Gel


Mederma Advanced Scar Gel secara klinikal dapat membantu mengurangkan bekas, warna dan tekstur parut. 

Kebanyakkan doktor dan ahli farmasi mengesyorkan Mederma daripada jenama lain untuk parut yang lebih lama dan lebih baru. Ia berfungsi untuk pelbagai jenis parut, termasuk parut jerawat, parut pembedahan, dan parut akibat melecur, luka dan kecederaan lain.

Cara penggunaan pun mudah sahaja, korang hanya perlu sapukan sedikit cream. Urut perlahan-lahan ke dalam parut sehingga tiada lagi rasa berkilat, basah atau melekit. 

Jika kulit korang kelihatan kering atau mengelupas selepas menggunakan Mederma Advanced Scar Gel, korang mungkin menggunakan terlalu banyak. Jangan lupa bersihkan kawasan tersebut dengan sabun lembut dan air sebelum sapuan segar. 

Secara amnya, pengguna Mederma Advanced mula melihat peningkatan yang ketara selepas kira-kira 4 minggu penggunaan harian, dengan penggunaan optimum dalam 8 minggu.

Set Lengkap Untuk Mengatasi masalah Rambut Gugur | Safi Sayla

Untuk memiliki rambut yang cantik dan sihat terjaga di sebalik hijab ada pelbagai cara yang boleh dilakukan. Antaranya mengunakan Safi Shayla Mengawal Keguguran Rambut, rangkaian lengkap untuk wanita berhijab.


Ini adalah rawatan untuk rambut gugur daripada Safi Shayla yang menawarkan tonik rambut bagi menguatkan akar serta melebatkan rambut. Menggunakan ramuan premium Red Ginseng khas dari Korea dan juga Niacinamide

Bukan itu sahaja, ia turut diperkayakan dengan New Hijab Scalp Biotics Technology, diformulasi dengan probiotics. Ditambahkan lagi dengan nutrisi dari 7 Habbatus Sauda Complex yang menjadikan kulit kepala lebih sihat dan rambut kembali tebal seperti sebelum berhijab

Produk Rawatan Rambut Gugur

Rangkaian produk rawatan rambut gugur daripada Safi Shayla ini ada Shampoo, Refreshing Scalp Mask, Hair Tonic, Hair Serum dan Hair Mist.

Ada 6 sebab kenapa tonok pelebar rambut Safi Shayla ini kerap menjadi pilihan, antaranya seperti:-

1. Ianya dihasilkan daripada formulasi khas dengan teknologi Hijab Scalp Biotics, 7 Habbatus Sauda Complex dan ginseng merah bermuti tinggi

2. 73% Rambut Lebih Kuat dari Akar

3. 57% Kurang Rambut Gugur dari Akar Rambut

4. Menyejukkan, melegakan kulit kepala, kulit kepala cepat kering

5. tidak berminyak

6. Wangi! bau bunga yang menyegarkan

Cara Penggunaan SAFI Shayla - Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar

1. Sembur kan Tonik pada kulit kepala

2. Urut kulit kepala untuk beberapa minit dan biarkan sehingga kering

3. Gunakan 2x sehari

Set Lengkap Menjadi Pilihan Untuk Mengatasi masalah Rambut Gugur

Saya sendiri menjadi pengguna produk Safi Shayla untuk siri membantu mengatas masalah rambut gugur. Jadi untuk mendapatkan lebih keberkesanannya, saya telah menggunakan satu set rangkaian penjagaan rambutt Safi Shayla dari siri ini.

1. Syampu 


untuk membersih & menguatkan struktur rambut dengan wangian sehingga 72 jam


2. Refreshing Scalp Mask 


Menjaga kulit kepala, mengurangkan sebum, menguatkan folikel rambut & menghilangkan bau hapak

3. Hair Tonic 


Dirumus dengan Hijab Scalp Biotics teknologi, Ginseng Merah Korea & Niacinamide menguatkan folikel rambut dari akar rambut, mengurangkan rambut gugur dan 4.6X rambut lebih lebat

4. Serum Rambut


Membaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan menembusi ke struktur rambut

5. Hair Mist


mengunci, mengekalkan dan melindungi nutrien rambut supaya rambut lebih kuat. Memberi kesegaran serta menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ketika bertudung.

Masalah rambut gugur ni ramai mengalaminya termasuk saya. Nasib baik try set lengkap Safi Sayla ni membantu mengurangkan masalah rambut gugur dlm beberapa hari penggunaan sahaja.

Bahan utamanya Breakthrough Hijab Scalp Biotics Technology, 7 Habbatus Sauda Complex, Ginseng dan Pro-Vitamin B5.

Dapatkan segera produk rangkaian Safi Sayla Sekarang!!

Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita especially untuk individu yang bertudung. Ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran. 

Walaubagaimana pun, ini adalah cara saya mengatasi masalah rambut gugur dengan hanya menggunakan set lengkap dari Safi Sayla. Jika korang ingin mencubanya, produk rangkaian Safi Sayla Boleh beli kat farmasi, Watson, Guardian yang berdekatan.


Resepi cucur udang sedap & mudah buat

Resepi Cucur Udang Rangup

Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Jom try resepinya kt bawah ni👇



BAHAN👇

1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir2 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air (tiada dlm gambar)
11. Minyak masak (tiada dlm gambar)

CARA👇

1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu magkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul2 kan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang & daun kucai
10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
12. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis


Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang


Kredit : Farah Farhana

Resepi Meatball Ala Ala Ikea

 Resepi Meatball Ala Ala Ikea





📌 Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya


📌 Kentang Putar

3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)

1 sudu besar butter

1/2 sudu kecil serbuk lada putih

1/4 sudu teh garam halus

3 sudu besar susu full krim


👉 Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.

👉 Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.

👉 Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.


📌 Sos Gravy

2 sudu besar butter

2 sudu besar tepung gandum

2¹/² cawan air

1 ketul kuib pati daging Knorr

1/4 cawan susu cair

1/2 sudu kecil gula

Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos


👉 Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang

👉 Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.

👉 Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata

👉 Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.


Selamat Mencuba 😀


Kredit: Nazri Ahmad

Kitsui Whitie Snow | KEJELITAAN KULIT BERMULA DARI DALAMAN

Kulit lebih cerah dalam masa 7 hari | Betul ke bila kita inginkan kulit yang cantik dan cerah perlu pastikan usus anda bersih dan sihat? Pencernaan yang Baik untuk Kulit Wajah yang Lebih Baik. Aspek lain untuk kulit bersinar yang sihat adalah kesihatan pencernaan kita. Sistem pencernaan yang sihat berfungsi untuk membuka jalan untuk kecantikan semula jadi dari dalam ke luar.




Saluran pencernaan kita seperti tanah, dan rambut dan kulit kita seperti tanaman, jika tanah tidak sihat, tanaman tidak akan mekar dengan baik. Saluran pencernaan adalah tempat nutrien penting diserap untuk menghasilkan sel kulit yang sihat, dan untuk menyerap protein seperti kolagen yang mengekalkan kehalusan kulit, kilauan rambut dan kesihatan kuku. Salah satu nutrien yang paling penting untuk kesihatan pencernaan yang optimum adalah serat makanan, yang terdapat dalam makanan yang berasal daripada tumbuhan.




Nak tahu cara mudah mengekalkan kejelitaan kulit dari dalam? Boleh cuba Kitsui Whitie Snow. Kitsui Whitie Snow ini mengandungi probiotic dan prebiotic seperti vitagen yang dpt mempercepatkan proses penghadaman makanan dan menyihatkan usus anda.


Kesemua Produk Kitsui Korean White Skincare Bebas bahan-bahan berbahaya :

  • Sumber haiwan
  • Pewarna tiruan
  • Paraben
  • Bahan toksin
  • Sulfat
  • Perfume
  • Paraffin
  • Silicone

Info Kitsui Skincare




Kitsui Whitie Snow bagus untuk mereka yang mengalami masalah seperti :






Antara kelebihan dan fungsi Kitsui Whitie Snow adalah :

  • PROBIOTIC & PREBIOTIC
  • VITAMIN C
  • NIACINAMIDE
  • GRAPE SEED EXTRACT
  • KULIT LEBIH CERAH DALAM MASA 7 HARI
  • SISTEM PENGHADAMAN LEBIH BAGUS.
  • PENCERAH KULIT YANG SELAMAT & BERKESAN


Sejurus mengamalkan Kitsui Whitie Snow, nutrisi lebih mudah diserap Kedalam sistem badan. Ianya akan membuatkan Masalah kulit akan berkurang dan menjadikan usus anda lebih bersih dan sihat.

Usus yang bersih pastinya akan menjadikan kulit lebih cerah dan sihat dengan 2 kandungan yang hebat seperti NIACINAMIDE dan VITAMIN C pencerah kulit yang paling berkesan & selamat digunakan


Cara minum Kitsui Whitie Snow :


Bancuh 1 sachet Kitsui Whitie Snow ke dalam 100ml air. Boleh minum dengan air sejuk atau suam. Goncang sehingga larut. Sedia untuk diminum



Kitsui, Cantik Semulajadi !


Jika korang berminat nak cuba boleh terus Grab di Farmasi berdekatan korang!

Dan jangan lupa guna code "KITSNOW" semasa checkout & nikmati 25% off (capped at RM2) di Kitsui Official Shopee Mall

👉🏻 Kitsui Whitie Snow Shopee Mall : Shopee

Maklumat lanjut mengenai produk Kitsui terus ke laman sesawang mereka :


Kitsui Website : https://kitsui.com.my/
Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq
Kitsui Official Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/
Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia
Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty


#Kitsui #KitsuiLovers #KitsuiWhitieSnow #WhitieSnow #WatsonMalaysia #GuardianMalaysia


Kitsui Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah , sihat , bersih dan licin – Sesuai untuk Kulit Kering & Sensitif

Kulit kering merupakan permasalahan kulit yang umum. Genetik, pemakaian kosmetik yang tidak bersesuaian, stres dan ketidakseimbangan kulit merupakan penyumbang utama dalam terjadinya masalah kulit kering. 


Jadi, apakah cara terbaik bagi merawat masalah kulit kering ini? Senang sahaja. Fara tidaklah pakar dalam bidang kecantikkan masih banyak kena belajar. Ilmu yang dikongsi dari rakan-rakan, doktor, google (try and error) menjadi rujukan utama. Apa yang Fara tahu akan Fara kongsikan dibawah. 

Kalau nak tahu sekarang ni Fara tengah mencuba set skincare dari KITSUI iaitu Korean White Skincare. Fara berani cuba sebab review mengatakan ianya sangat bagus dan berkesan untuk kulit kering dan sensitif. Bak kata pakar, skincare lebih penting dari make-up. Yup! memang betul...  Sampai bila nak menutup parut, jerawat dan jeragat dengan make-up? tebal macam mana pun make up tetap tidak dapat memberikan kepuasan pada wajah.

KITSUI Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah , sihat , bersih dan licin – Sesuai untuk Kulit Kering & Sensitif

Masalah kulit kering kat muka ni geram juga rasanya. Selalu sangat timbul kering di bahagian dagu dan pipi. Pernah cuba set sincare lain tapi tak suka dengan krim pelembap muka dia yang rasa berminyak dan berat. Terasa rimas bila pakai. Mujur jumpa Kitsui Korean White Skincare.

Kitsui Korean White Skincare ni teksturnya ringan dan tidak terasa berat di wajah. Ianya diperkaya dengan kelembapan yang tinggi dan akan memberikan hidrasi selama 24 jam

3 Langkah Mudah Dapatkan kulit yang lebih cerah , sihat , bersih dan licin 

Step 1 : Korean White Cleansing Gel

Membersihkan kulit berminyak & berjerawat secara lembut tanpa kesan pengeringan pada kulit kerana R&D team KITSUI telah dengan telitinya memmilih agen pembersih lembut untuk memastikan ia menerima toleransi yang baik pada kulit yg sentiasa mengalami masalah keradangan . Ia juga dapat membantu menghilangkan kekotoran dan sebum berlebihan, meninggalkan kulit yang bersih dan segar sepanjang hari . 


SESUAI UNTUK Kulit kering dan sensitif

TEKSTUR 

-Lembut & Ringan, Tekstur yang sesuai untuk mengurangkan masalah kulit kering 
-MEMBERSIH KULIT DENGAN LEMBUT 
-Gel pembersih yang tidak mengeringkan kulit

BAHAN-BAHAN AKTIF 

NIACINAMIDE : Membantu kulit kekal lembab dan bebas kemerahan 
CoENZYME Q10 : Memperlambat timbulnya tanda-tanda penuaan 
VITAMIN-E : Meningkatkan penghidratan kulit

CARA PENGGUNAAN 

-Gunakan air suam untuk membantu membersihkan pori yang tersumbat. 
-Buat buih di tangan dan urut dengan lembut pada zon-t dan leher. 
-Bergerak dengan melakukan sapuan secara bulatan. 
-Bilas dengan air sejuk untuk mengetatkan pori. 

FAEDAH UTAMA 

-Membersihkan kekotoran dan lebihan sebum. 
-Mengangkat kotoran dan daki dengan lembut dari kulit. 
-Mengurangkan bintik hitam yang ketara dan mengawal kilauan. 
-Meninggalkan kulit bersih dan segar.

Step 2 : Korean White Toning Lotion

Korean White Toner direka khas untuk kulit yang normal dan kering. Adalah satu produk TONER yang bantu melembapkan kulit dan mengangkat sel sel kulit mati dari mengumpul di permukaan kulit yang menyebabkan kedutan dan muka kusam. 


TEKSTUR

-Tekstur ringan dan segar 
-Ultra Soothing 

 BAHAN-BAHAN AKTIF 

CoEnzyme Q10: Kulit menjadi lebih licin dan lembut . Menegangkan dan menganjalkan kulit. 
Galactomyces Rice Water : Membantu mengurangkan saiz liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
Rosemary Eextract : Membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit sekaligus menangani masalah jeragat. 

SESUAI UNTUK -Kulit KERING DAN SENSITIF 

CARA PENGGUNAAN 

-Sapukan pada keseluruhan wajah pagi dan petang selepas membersihkan kulit dengan Kitsui Korean White Cleansing Gel - Blue 
-Elakkan kawasan sekitar mata. 

 FAEDAH UTAMA 

-Melembapkan kulit dan menghalang sel kulit mati dari mengumpul di permukaan kulit yang menyebabkan kedutan 
-Mengembalikan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit. 
- Melembapkan tekstur kulit. 
- Melembap untuk memulihkan kulit dan meningkatkan penghidratan kulit. 
- Mengangkat kotoran dari liang liang pori muka 
 - Pengurangan kadar whitehead and blackhead

Step 2.5 : Korean White Essence Serum

Kandungan premium, Niacinamide yang juga dikenali sebagai vitamin b3 membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan bekas parut. 

Tekstur yang lebih ringan dan sangat menenangkan dengan ultra soothing membantu penyerapan lebih pantas sehingga ke lapisan kulit. 

Bahan aktif seperti Rosemary dan Coenzyme Q10 sekaligus membaiki masalah kulit wajah seperti tanda- tanda bintik hitam , keradangan dan parut jerawat. Menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah , bersih dan licin


TEKSTUR

-Tekstur ringan dan segar
-Molekul yang sgt kecil untuk penyerapan yang lebih baik.

BAHAN-BAHAN AKTIF

Coenzyme Q10 : Membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat
Niacinamide : Mengurangkan kemerahan dan kegatalan. Niacinamide juga bantu mengurangkan keradangan dan meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat, dan masalah keradangan kulit lain
Rosemary extract : Vitamin C yang tinggi yang menjadikan kulit lebih licin dan lembut, dan menjadikan kulit kelihatan lebih bersih dan bebas jerawat.
Hyaluronic Acid : Meminimumkan penampilan liang pori. Ia dapat membantu menyamarkan penampilan liang pori

CARA PENGGUNAAN

-Sapukan serum pagi atau malam.
-Sapukan serum selepas cleanser , toner dan sebelum mosituriser anda.
-Elakkan kawasan sekitar mata.

FAEDAH UTAMA

- Mencerahkan Kulit
- Sesuai untuk Semua Jenis Kulit
- Merawat Parut dan tanda tanda Bintik Hitam
- Menjadikan kulit kulit anda tegang ,sihat & licin
- Memperbaiki Masalah kulit wajah
- Menyelesaikan masalah kulit kering mahupun kulit berminyak.
- Kulit akan lebih ringan dan pori pori akan mengecut.
- kandungan Vitamin C dari Rosemary Extract dpatkan menjadikan kulit lebih bersih dan bebas jerawat.
- Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari. Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping ---Melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
- Merawat hiperpigmentasi. Beberapa kajian mendapati niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap.

Step 3 : Korean White Moisturizer

KITSUI KOREAN WHITE MOISTURIZER - NORMAL & DRY SKIN |
Adalah satu pelembap yang Memberi kulit yang lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan dan masalah kulit mengelupas.


TEKSTUR

-Tekstur ringan dan segar
-Ultra Soothing
-Kesan tekstur penyerapan yang kuat 
-Dibukti berkesan dan tahan lama serta tidak berkilau
-Dibukti berkesan dan tahan lama serta tidak berkilau. 

BAHAN-BAHAN AKTIF

Niacinamide : Melambatkan tanda-tanda penuaan, bintik hitam, garis halus dan kedutan.
Coenzyme Q10 : Kulit Menjadi lebih lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan dan masalah kulit mengelupas.
Hyaluronic Acid  : Mampu mengurangkan masalah kulit kusam & warna kulit yang tidak serata

SESUAI UNTUK

-Untuk Kulit Kering & Kulit Normal
-Membantu kulit yang Kering
-Menghalang kulit yang normal untuk menjadi lebih kering
-Melembap dan menghaluskan kulit kering

CARA PENGGUNAAN:

-Sapukan pada keseluruhan wajah pagi dan petang selepas membersihkan kulit dengan Kitsui Korean White Cleansing Gel - Pink dan Kitsui Korean White Toning lotion . 
-Elakkan kawasan sekitar mata. 
-Asas Solekan yang tahan lama . 

FAEDAH UTAMA

-Penyerapan pada kulit yang cepat. 
-Melambatkan tanda-tanda penuaan, bintik hitam, garis halus dan kedutan.
-Mengurangkan masalah kulit kering. 
-Menjadikan pori pori muka kecil.
-Memberi kulit yang lembap lalu mengurangkan rasa kekeringan dan masalah kulit mengelupas.
-Mampu mengurangkan masalah kulit kusam & warna kulit yang tidak serata

Kesemua Produk Kitsui Korean White Skincare Bebas bahan-bahan berbahaya :

  • Sumber haiwan
  • Pewarna tiruan
  • Paraben
  • Bahan toksin
  • Sulfat
  • Perfume
  • Paraffin
  • Silicone



Info Kitsui Skincare


Menjadikan kulit anda lebih cerah , sihat , bersih dan licin. Semua produk KITSUI SKINCARE adalah dijamin HALAL , bebas dari Alcohol dan hanya menggunakan ESSENTIAL OIL sebagai pewangi semulajadi

Maklumat Lanjut Mengenai Kitsui Korean White Skincare, Sila Layari Pautan Di bawah :