Astrum Ampang Tawarkan Hartanah Harga Dari RM230,000 Dengan Ansuran RM8XX

9/28/2021 01:10:00 PTG Fara Lumière 0 Comments



Astrum Ampang berkonsep TOD & Soho Transit, Pertama di Malaysia.

Hari ini, Farah nak ceritakan suatu projek yang dibangunkan oleh Setia Awan, iaitu Astrum Ampang. Dihubungkan dengan stesen LRT Jelatek, Astrum Ampang dibina dengan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dan SOHO Transit, pertama seumpamanya di Malaysia. Menerusi konsep ini, pembeli dewasa yang bekerja memiliki kemampuan untuk membeli hartanah kediaman di bandar, selain ia turut menawarkan akses kepada kemudahan pengangkutan awam.

Dari satu sudut, kemampuan pembeli dewasa yang bekerja berusia 20-an memiliki kediaman di bandar besar sangat jarang berlaku disebabkan kos hidup yang tinggi. Justeru, Setia Awan menyasar untuk menjadi pencetus perubahan dalam pasaran hartanah Kuala Lumpur dengan menawarkan kediaman yang dirancang dengan bijak yang sesuai dengan keperluan golongan pekerja muda di bandar, selain mengembalikan aspek mampu milik bagi pembangunan bandar.


4 Faktor Astrum Ampang Buat Pilihan Bijak

1. Harga Mampu Milik

Rumah biasanya jadi aset, tapi adakalanya jadi liabiliti. Memang dah jadi lumrah, bila kerja dah agak stabil, orang akan beli rumah impian paling mampu. Dengan harga bermula RM230,000 seunit sangat sesuai untuk anda yang baru memulakan langkah baharu untuk memiliki rumah.

SOHO Transit Astrum Ampang mempunyai kawasan seluas 280 kaki persegi, SOHO Suites seluas 450 kaki persegi dan Mampu Milik Service Apartments masing-masing terdiri daripada 450 kaki persegi & 550 kaki persegi.


2. Kawasan Strategik & Mempunyai Ciri-ciri Keselamatan Tip-top

Projek kediaman yang bakal dibina ini terletak di kawasan pesat berkembang iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Jelatek. Walaupun Astrum Ampang dibina dengan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) ianya masih berada dalam kawasan strategik kerana menghubungkan stesen transit aliran ringan (LRT) Jelatek dan beberapa kemudahan pengangkutan awam yang lain. Ia adalah lokasi yang sempurna dan strategik kerana anda boleh berjalan kaki sahaja atau menaiki LRT untuk ke tempat-tempat berdekatan.

Astrum Ampang terletak hanya 4km dari Menara Berkembar Petronas dan kawasan kejiranan yang maju berhampiran dengan mercu tanda bandar yang popular di sekitarnya. Ini termasuk, Great Eastern Mall, klinik kesihatan, hospital, pasaraya, pusat membeli-belah, kedutaan juga sekolah swasta dan awam.



Mengenai ciri-ciri keselamatan di Astrum Ampang ini pula mempunyai kawalan sekuriti 24 jam , 5G Facial Recognition security dan merupakan kawasan berpagar. Tambahan pula, kebiasaannya pengawal keselamatan akan meminta IC atau pengenalan sesiapa yang memasuki kawasan condo. Oleh itu, Kadar kecurian atau pecah masuk adalah lebih rendah berbanding rumah landed.

3. Pengangkutan Awam & Akses Keluar Masuk

Jangan risau jika anda tinggal di Astrum Ampang dan tak mempunyai kenderaan persendirian kerana terdapat pelbagai jenis kemudahan pengangkutan awam yang tersedia di sini. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan , LRT teksi, bas, atau e-hailing untuk terus sampai ke mana-mana lokasi di sekitarnya.

Kalau nak tahu, berjalan kaki ke Stesen LRT Jelatek juga tidak jauh hanya 150 meter sahaja. Tinggal di Astrum Ampang ni memang sangat beruntung sebab anda tak akan rasa kekurangan dari segi apa pun. Ia kerana semua yang anda perlukan ada di dalam atau berdekatan Astrum Ampang


Traveling By Public Transport

Ampang Park Station – 3 Stops
KLCC Station – 4 Stops



Astrum Ampang terletak di antara Ampang Next to Jalan Jelatek LRT

Traveling By Car
Setiawangsa – 5 Minit
Wangsa Maju – 5 Minit
KLCC – 8 Minit
Mont Kiara – 22 Minit

Ease Of Accessibility
DUKE Highway
AKLEH Highway
MRR2 Highway

Bagi yang lebih suka bergerak sendiri, Astrum Ampang mempunyai akses keluar masuk yang banyak dan sangat memudahkan penduduknya untuk bergerak bebas ke mana saja.

Rangkaian lebuhraya tersedia untuk anda, antaranya Lebuhraya Duke Highway, Kuala Lumpur Karak Highway, KESAS Highway, Sungai Besi Expressway, Wangsa Maju dan Sentul.

3. 62 fasiliti Yang Menakjubkan





Bagi yang memilih kediaman di Astrum Ampang, terdapat 62 jenis fasiliti yang disediakan seperti,seperti Smart Gym, kolam renang, co-working space, gaming room, mini theatre, outdoor theatre, outdoor tennis court, jogging track, spa & Onsen space, cafeteria dan banyak lagi! Alah, dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, korang boleh jimat banyak dan enjoy your ‘me time’ kat apartment!


4. Pelaburan Yang Menarik

Jika korang sedang mencari pelaburan hartanah, Astrum Ampang mungkin pilihan yang ideal untuk anda. Hartanah ini berharga dari RM 230,000 dengan studio 280 sq dengan ansuran bermula dari RM 8xx. Selain itu, ramai juga yang duduk beberapa tahun, kemudian terpaksa pindah kerana bertukar kerja dan sebagainya. Daripada membiarkan rumah kosong, lebih baik disewakan. Bergantung kepada unit, harga sewa adalah sekitar RM1200.00 hingga RM1,800.00 sebulan.

Selain dari itu, Astrum Ampang juga mempunyai hotspot atau liputan WiFi di sekitar bangunannya.

Jom lihat Contoh Unit Galeri & Pameran Astrum Ampang di bawah :

Sepanjang berada unit galeri Astrum Ampang, boleh dikatakan Fara cukup suka dengan rekabentuk dalam apartment ni. Tidak terlalu besar tapi sangat selesa untuk duduk dengan pasangan. Siapa yang suka konsep minimalis pasti suka dengan konsep yang dibawa.




Selain itu, antara yang paling menarik bila memiliki rumah disini adalah korang akan dapat assistant yang boleh meringankan beban korang iaitu Google Assistant. Bayangkan masuk je rumah “hi google, im home” terus semua lampu, langsir, TV buka secara automatik. Tengah baring tiba-tiba rasa nak dengar lagu? Suruh je Google Assistant cari lagu atau muzik video pilihan korang. Semua control dengan suara, mudah kan?


Risau keselamatan? Jangan risau turut tersedia Smart Wifi Door Lock pada setiap rumah. Dengan Smart Wifi Door Lock, korang hanya masukkan kod laluan atau gunakan cap jari, dan boleh terus masuk! korang juga boleh mengunci pintu korang dari jarak jauh. Hebat!

Kalau nak tahu keselamatan juga lebih terjamin dengan adanya Smart Wifi Door Lock ni. Sistem penggera akan berbunyi jika berlaku kejadian pecah rumah dan korang akan menerima notifikasi di telefon bimbit korang.

Fara dah lihat sendiri unit galeri rumah di Asrum Ampang. Jika korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Astrum Ampang Soho Transit, boleh terus pergi ke unit galeri dan pameran penjualan Astrum Ampang di Phileo Damansara 1.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek Astrum Ampang, klik pautan di bawah :


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek Astrum Ampang, lawati

Instagram : https://www.instagram.com/astrum_ampang/
Facebook : https://www.facebook.com/AstrumAmpang

ATAU, Anda boleh membuat janji temu dengan menghubungi 018-371 2888.


You Might Also Like

0 KOmen: