CERIA RAYA, HARMONI BERSAMA” MENGHIDUPKAN SUASANA DI MITSUI OUTLET PARK KLIA SEPANG

CERIA RAYA, HARMONI BERSAMA” MENGHIDUPKAN SUASANA DI MITSUI OUTLET PARK KLIA SEPANG (MOP KLIA) PADA MUSIM KEHARMONIAN DAN KEGEMBIRAAN BERSAMA  

Hayati Semangat Kebersamaan di MOP KLIA, di mana Dekorasi Hari Raya Aidilfitri yang Elegan dan Sambutan Penuh Keceriaan Mencipta Latar Sempurna untuk Detik Bermakna Bersama Insan Tersayang

SEPANG, 10 Mac 2026 – Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menjemput para pengunjung untuk bersama-sama meraikan kemeriahan perayaan melalui kempen selama sebulan bertemakan “Ceria Raya, Harmoni Bersama”, yang berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026. Mengangkat konsep kemewahan dalam suasana mesra keluarga, sambutan ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang istimewa serta ganjaran menarik. Fokus utama kempen ini adalah untuk mewujudkan suasana perayaan yang penuh dengan nilai perpaduan, keharmonian dan kebahagiaan, sejajar dengan semangat Hari Raya Aidilfitri.

Para pengunjung dijemput ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) untuk menyaksikan dekorasi perhiasan dengan inspirasi elemen kebudayaan dan keseniaan Malaysia. Selain itu, seiring dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026, MOP KLIA telah menjadi bekerjasama secara strategik dengan Tourism Malaysia dengan memaparkan maskot rasmi kempen Wira dan Manja pada dekorasi. Dengan pencahayaan yang kondusif dan suasana mesra pengunjung, ruang tersebut turut menyediakan sudut fotografi yang estetik untuk pengunjung bagi merakam kenangan istimewa, sekali gus mencerminkan komitmen MOP KLIA dalam memperkasa budaya tempatan dan menyokong pembangunan pelancongan negara secara mampan.

Menurut TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development, tema “Ceria Raya, Harmoni Bersama” dapat menzahirkan suasana penuh kehangatan dan kegembiraan menyambut Aidilfitri yang berkonsepkan perpaduan, keharmonian dan kebahagiaan yang dikongsi bersama. “Selain itu, kami turut mengingatkan para pengunjung tentang kekayaan kepelbagaian budaya Malaysia melalui hiasan perayaan yang diinspirasikan daripada elemen pelancongan, kesenian dan kebudayaan negara selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026. Persembahan tarian tradisional juga dipentaskan, dan tawaran ganjaran membeli-belah yang eksklusif serta pelbagai aktiviti perayaan khas buat para pengunjung. Sehubungan itu, kami ingin menjemput pengunjung dari seantro dunia untuk berkunjung ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) bagi menikmati kemeriahan suasana perayaan agar menjadikan MOP KLIA sebagai destinasi pilihan utama untuk membeli-belah dan meraikan detik bermakna bersama,” kata TJ Cheah.

 


Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan pesta jualan barangan mewah seperti Coach, pengunjung boleh menikmati tawaran eksklusif dan pembelian istimewa yang berlangsung di Sunshine Square, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) sepanjang kempen berlangsung. Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50 dalam satu resit daripada premis yang mengambil bahagian dalam kempen sambutan hari raya maka para pengunjung layak untuk menyertai Bengkel Penanda Buku Batik yang akan diadakan pada 7, 8, 14 dan 15 Mac mulai jam 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam bertempat di Workshop Booth @ River Walk, Aras Bawah. Pada hujung minggu, sambutan musim perayaan ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan tradisional Raya Medley bersama Kuda Kepang yang dijadualkan pada pada 7 dan 14 Mac jam 2.00 petang dan 4.00 petang manakala persembahan Gamelan pada pada 8 dan 15 Mac jam 2.00 petang dan 4.30 petang di kawasan Sunshine Square.

MOP KLIA turut memperkenalkan pelbagai ganjaran beli-belah khas bagi pengunjung yang berlangsung pada 28 Februari hingga 22 Mac, setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Para pengunjung yang berbelanja minimum RM450 layak menebus sampul raya edisi terhad dengan had penebusan sehingga 100 sampul setiap hari minggu manakala 200 sampul pada hujung minggu. Selain itu, pengunjung yang berbelanja RM800 dalam maksimum dua (2) resit pada tarikh terpilih berpeluang membawa pulang barangan eksklusif seperti pinggan hiasan pada 6 hingga 8 Mac, set hadiah batik pada 13 hingga15 Mac, set cadar Akemi pada 20 hingga 23 Mac dan pelembap udara beraroma pada 27 hingga 29 Mac dengan semua hadiah terhad kepada 100 pelanggan terawal bagi setiap kategori. Penebusan boleh dibuat di Kaunter Informasi, Sunshine Square sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah di MOP KLIA lebih bermakna sambil menyemarakkan kemeriahan musim perayaan Hari Raya. 

Selain itu, pengunjung Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) berpeluang menikmati baucar pulangan tunai secara berperingkat sehingga RM50 dengan ganjaran bermula daripada RM20 bagi perbelanjaan RM400, RM30 bagi RM700 dan RM50 untuk pembelian RM1,200 ke atas tertakluk kepada penebusan harian dari 14 hingga 29 Mac 2026. Bagi penggemar gastronomi, pengunjung yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di premis makanan dan minuman yang mengambil bahagian bermula pada 27 Februari hingga 20 Mac layak menerima keistimewaan tambahan sempena bulan Ramadhan, termasuk e-baucar makanan dan minuman bernilai RM10 dan beg tote percuma. Pengguna aplikasi Mitsui Shopping Park MY (MSP) MY App) akan menerima ganjaran eksklusif tambahan seperti E-Duit Raya RM10 pada 28 Februari, 1, 14 dan 15 Mac serta mata ganjaran berganda pada hujung minggu yang terpilih sahaja. 

Paling baharu pada kali ini adalah pengunjung berpeluang menebus Hadiah Premium dengan perbelanjaan minimum sebanyak 3,000 mata Mitsui Shopping Park (MSP) MY App) dalam satu transaksi di premis yang terlibat serta menunjukkan resit yang memaparkan penolakan mata tersebut. Tawaran ini terhad kepada satu penebusan bagi setiap pelanggan yang layak setiap hari terhad kepada 50 pelanggan terawal setiap hari tertakluk kepada stok yang masih ada. Penebusan boleh dibuat dari jam 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam pada 28 Februari, 1, 7 dan 8 Mac 2026 di Printing Booth, Sunshine Square, Aras satu.

Sebagai usaha mempromosi dan memasarkan dekorasi perayaan yang mempesona, persembahan kebudayaan, bengkel interaktif dan pengalaman ganjaran yang menarik, para pengunjung Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) akan menikmati sambutan Hari Raya Aidilfitri yang cukup bermakna. MOP KLIA menawarkan destinasi ideal untuk keluarga menjamu selera, membeli-belah dan meraikan suasana Raya bersama dalam persekitaran yang mesra serta penuh keceriaan. Terletak secara strategik hanya 8 minit dari KLIA T1 (Terminal 1) dan KLIA T2 (Terminal 2), serta kira-kira 45 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, pusat beli-belah ini mudah diakses melalui lebuh raya utama termasuk ELITE, LDP, KESAS, Lebuhraya MAJU, Lebuhraya Utara–Selatan dan NKVE serta pelbagai pilihan pengangkutan awam yang tersedia bagi keselesaan pengunjung.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi dan acara terkini di MOP KLIA, layari mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA.

Pengalaman Guna LUMOS DAYSTAR Projector

Dalam zaman di mana hiburan visual semakin dicari di rumah, ruang kerja, dan juga tempat sosial seperti kafe atau pejabat, pilihan projector berkualiti kini bukan lagi sekadar alat persembahan, tetapi juga sumber hiburan keluarga dan komuniti. Salah satu model yang semakin mendapat perhatian di pasaran Malaysia ialah LUMOS DAYSTAR Projector — sebuah projector “smart” yang menjanjikan prestasi baik serta ciri-ciri moden pada harga yang kompetitif. 

📌 Apa Itu LUMOS DAYSTAR?

Secara ringkasnya, LUMOS DAYSTAR adalah sebuah smart projector dengan keupayaan built-in aplikasi seperti Netflix dan YouTube, serta ciri-ciri moden seperti mirroring telefon (iOS & Android), auto fokus dan keystone, serta resolusi Full HD 1080p. Ia direka untuk memberikan paparan besar — sehingga 200 inci — tanpa memerlukan gelap sepenuhnya dalam bilik. 

Bezanya dari projector biasa ialah DAYSTAR direka untuk penggunaan siang hari, dengan konfigurasi pencahayaan dan kontras yang baik supaya paparan tetap jelas walaupun dengan cahaya sekitar yang ada. 

🎬 Pengalaman Guna — Dari Setup Hingga Paparan

🛠️ 1. Setup & Penyediaan

Pertama kali unboxing, saya dapati DAYSTAR agak mudah dipasang — tiada kabel rumit atau peranti tambahan yang perlu dihubungkan terlebih awal. Kabel kuasa dan alat kawalan disertakan, dan unit boleh dipasang di meja ataupun dipasang pada siling jika anda mempunyai mount standard. 

Ciri Auto Focus dan Auto Keystone Correction juga benar-benar membantu. Tiada lagi masalah imej miring atau tidak rata — hanya letak projector pada kedudukan yang ingin anda gunakan, dan projector itu sendiri akan adjust imej supaya sesuai dengan skrin atau dinding. 

📺 2. Kualiti Paparan

Dalam pengalaman saya sendiri, paparan tetap tajam dan terang walaupun dalam bilik yang tidak gelap sepenuhnya — satu bonus besar jika anda sering menonton filem atau bermain game pada waktu siang. 


Resolusi Native 1080p sangat bagus untuk sesetengah jenis filem dan video; dan walaupun sistem menyatakan ia support 4K, realitinya itu lebih kepada kemampuan membaca fail 4K, bukan benar-benar memaparkan dalam resolusi 4K penuh. Ciri ini memberikan output visual yang jelas, walaupun masih di skala “boleh terima” berbanding beberapa model klas premium. 

🔊 3. Audio & Sistem Pintar

Speaker sedia ada memang memuaskan untuk ruang sederhana besar — cukup kuat dan jelas untuk kebanyakan filem dan video YouTube tanpa perlu sambung speaker luar. Pakar audio mungkin tetap nak guna speaker tambahan, tetapi bagi penggunaan santai di rumah, sistem bunyi sedia ada adalah lebih dari cukup. 

Yang menariknya, DAYSTAR datang dengan Android OS, Netflix, YouTube, Play Store dan sokongan penstriman lain (bergantung pada versi / konfigurasi). Ini bermakna anda tidak perlu sambung laptop atau TV box semata-mata untuk menikmati kandungan streaming — hanya buka terus dalam projector. 

📱 4. Ciri-Ciri Bonus

📌 Phone Mirroring — memudahkan anda berkongsi skrin telefon terus ke skrin besar.

📌 Bluetooth & Wi-Fi — sambungkan tanpa wayar untuk audio atau kawalan.

📌 Pelbagai port — HDMI/USB/AV/LAN semuanya tersedia untuk sambungan alat lain seperti konsol, laptop, atau kad media. 

🌟 Kelebihan Utama LUMOS DAYSTAR

Berikut antara kelebihan yang paling menonjol berdasarkan pengalaman pengguna dan spesifikasi rasmi model ini:

✅ Prestasi Terang Di Siang Hari

Tidak semua projector mampu mengekalkan ketajaman visual apabila digunakan dalam persekitaran yang terang — tetapi DAYSTAR memang direka untuk itu. Paparan kekal jelas walaupun dalam bilik yang terang atau ada cahaya luar, sesuai untuk hiburan harian atau kerja persembahan tanpa blackout curtains. 

✅ Saiz Skrin Besar Sampai 200 Inch

Anda boleh menonton filem atau tayangan pada skala besar tanpa perlu ruang yang luas. Ini memberikan pengalaman “home cinema” di rumah tanpa perlu TV super besar. 

✅ Sistem Android + Apps Terbina

Ramai projector di pasaran masih memerlukan sambungan luaran untuk streaming. DAYSTAR pula memudahkan ini dengan sistem pintar sendiri, jadi lebih mudah untuk menonton Netflix atau YouTube terus tanpa alat tambahan. 

✅ Mudah Setup — Auto Fokus & Keystone

Ini salah satu ciri yang benar-benar membezakan pengalaman pengguna — tiada lagi kerumitan menunggu fokus atau lupapaskan sudut skrin secara manual. 

📌 Kesimpulan

Secara keseluruhan, LUMOS DAYSTAR Projector menawarkan gabungan fungsi pintar, paparan terang, serta pengalaman yang mudah untuk pengguna harian yang mahukan sesuatu lebih daripada TV biasa. Ia sesuai untuk sesi filem keluarga, tayangan persembahan ringan, pertandingan e-sports ibu bapa bersama anak, atau hanya untuk hiburan santai pada hujung minggu. 

Jika anda sedang mencari projector yang mampu memberi kualiti paparan siang hari yang baik, sistem pintar terbina, dan setup yang mudah tanpa kerumit

an, LUMOS DAYSTAR boleh jadi pilihan yang berbaloi untuk dipertimbangkan. 

Kenapa LUMOS Kids Tablet Pilihan Terbaik Untuk Kanak-Kanak 9 Tahun Ke Bawah?


Dalam dunia digital hari ini, tablet bukan lagi sekadar alat hiburan. Jika dipilih dengan betul, ia boleh menjadi medium pembelajaran yang sangat membantu perkembangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita mahu berikan yang terbaik untuk anak — bukan sekadar tablet yang murah, tetapi selamat, berfaedah dan sesuai dengan usia mereka.


Itulah sebabnya saya tertarik untuk mencuba LUMOS Kids Tablet, sebuah tablet yang direka khas untuk kanak-kanak 9 tahun ke bawah.

Kenapa Perlu Tablet Khas Untuk Kanak-Kanak?

Ramai ibu bapa bagi anak guna tablet atau telefon dewasa, sedangkan hakikatnya peranti tersebut tidak direka untuk kanak-kanak. Antara masalah yang biasa berlaku:

  • Kandungan sukar dikawal
  • Interface terlalu kompleks
  • Tablet mudah lag & cepat panas
  • Anak mudah bosan atau stress bila tablet sangkut


Tablet kanak-kanak sepatutnya memudahkan pembelajaran, bukannya menambah masalah. Di sinilah LUMOS Kids Tablet tampil sebagai solusi yang lebih sesuai untuk anak kecil.

First Impression & Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, LUMOS Kids Tablet nampak kemas dan mesra kanak-kanak. Saiznya sesuai dengan tangan anak kecil dan mudah digunakan tanpa bantuan orang dewasa. Anak boleh pegang dan guna sendiri dengan yakin.




Sebagai parents, perkara kecil seperti ini sebenarnya sangat penting kerana ia memberi rasa selamat dan selesa kepada anak.

Interface Mesra Kanak-Kanak & Kandungan Pendidikan

Antara perkara yang paling saya suka ialah interface LUMOS Kids Tablet yang kids-friendly. Susun atur aplikasi mudah difahami dan tidak mengelirukan.

Tablet ini dilengkapi dengan pelbagai kandungan:

  • Aplikasi pembelajaran
  • Aktiviti kreatif seperti melukis
  • Video pendidikan
  • Hiburan yang sesuai dengan umur



Anak boleh belajar sambil bermain, dan parents pula tak perlu risau tentang kandungan yang tidak sesuai.

Performance Laju Dengan 6GB RAM (Tak Lag!)

Ini antara point paling penting bagi saya sebagai parents.

LUMOS Kids Tablet hadir dengan 6GB RAM, menjadikan prestasinya laju, smooth dan tidak lag walaupun anak membuka beberapa aplikasi pada masa yang sama. Tablet tidak mudah sangkut, jadi anak tidak cepat marah atau hilang fokus ketika belajar.


Berbanding tablet murah yang cepat perlahan selepas beberapa bulan, prestasi LUMOS Kids Tablet terasa lebih stabil dan memuaskan untuk kegunaan harian anak.

Sesuai & Selamat Untuk Kanak-Kanak 9 Tahun Ke Bawah

Tablet ini memang direka khas mengikut keperluan kanak-kanak kecil. Ia membantu parents:

  • Memberi anak gadget sendiri tanpa perlu guna phone ibu ayah
  • Mengawal screen time dengan lebih baik
  • Memberi pendedahan awal kepada pembelajaran digital yang betul

Anak boleh explore sendiri dalam persekitaran yang lebih terkawal dan selamat.

Harga & Nilai Untuk Wang

Dengan harga sekitar RM399, saya rasa LUMOS Kids Tablet sangat berbaloi. Ia bukan sekadar tablet untuk tengok video, tetapi pelaburan pendidikan jangka panjang untuk anak.


Bila ambil kira prestasi 6GB RAM, kandungan pendidikan dan rekaan khas untuk kanak-kanak, harganya memang setimpal dengan apa yang ditawarkan.

Siapa Yang Sesuai Membeli LUMOS Kids Tablet?

Tablet ini sangat sesuai untuk:

  • Parents yang ada anak 3–9 tahun
  • Anak yang baru mula belajar guna tablet
  • Ibu bapa yang mahu tablet education + entertainment
  • Mereka yang mahu elakkan anak guna telefon dewasa
Kelebihan & Kekurangan

Kelebihan:

  • Interface mesra kanak-kanak
  • Kandungan pendidikan yang sesuai
  • 6GB RAM – laju & smooth
  • Harga berbaloi untuk parents

Kekurangan:

Tidak sesuai untuk gaming berat (kerana ia memang direka khas untuk kanak-kanak, bukan tablet dewasa)

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari tablet pertama untuk anak, LUMOS Kids Tablet adalah pilihan yang sangat wajar dipertimbangkan. Ia membantu anak belajar dengan cara yang menyeronokkan, dan pada masa yang sama memberi ketenangan kepada ibu bapa.


👉 Untuk dapatkan LUMOS Kids Tablet boleh beli di official page LUMOS Projector atau di Shopee.

Website : LUMOS Malaysia



Suria Park di Puncak Alam: Taman yang Menyatukan Komuniti

Kalau anda pernah lalu kawasan Suria Hill di Bandar Puncak Alam, anda mesti perasan suasananya yang tenang, penuh kehijauan dan rasa macam “resort vibes”. Sekarang, kawasan ni tambah lagi satu tarikan baru — Suria Park, taman komuniti seluas 4.42 ekar yang bukan sekadar tempat riadah, tapi simbol kesejahteraan dan hubungan antara penduduk.


IJM Land, nama besar yang dah lama sinonim dengan pembangunan di Puncak Alam, sekali lagi menunjukkan komitmen mereka melalui pembukaan taman bernilai RM3 juta ini. Dari dulu lagi, IJM Land memang antara peneraju utama membentuk kawasan ni — bukan saja bina rumah, tapi bina komuniti yang berkembang dengan harmoni.


☀️ Taman Berinspirasikan Mentari

Menariknya, reka bentuk Suria Park dihasilkan oleh HODA Design dan diinspirasikan daripada “Suria” — simbol tenaga, kehangatan dan pembaharuan. Jadi tak hairanlah bila masuk ke taman ni, rasa tenang tapi penuh semangat.

Segalanya direka dengan teliti  dari pemilihan pokok renek berwarna-warni, pepohon yang tahan lasak, sehinggalah sistem saliran semula jadi yang bantu pastikan taman kekal lestari. Malah, ada juga tumbuhan berakar dalam untuk stabilkan cerun, menjadikan ruang hijau ni bukan saja cantik tapi juga kukuh dan mesra alam.

Sempena pelancaran Suria Park, IJM Land turut menganjurkan Program Penanaman Pokok yang menyatukan penduduk, pemimpin komuniti dan rakan strategik. Aktiviti ini dijalankan sebagai simbol pertumbuhan, perpaduan dan kelestarian untuk generasi akan datang, seiring dengan komitmen IJM Land dalam membina komuniti yang hidup bersama alam.



🏃‍♀️ Aktiviti untuk Semua

Apa yang best tentang Suria Park ni, semua orang boleh enjoy!
Untuk mereka yang suka aktiviti luar, ada trek joging sepanjang 400 meter dan laluan mendaki sejauh 250 meter. Kalau nak main sukan, dua gelanggang serba guna disediakan,  boleh main bola keranjang, futsal, badminton, pickleball atau sepak takraw.





Kanak-kanak pun tak dilupakan. Ada skate park, dinding panjat, dan Taman Permainan Kanak-kanak Suria yang pasti jadi tempat lepak utama setiap hujung minggu. Malah, pencinta haiwan pun boleh bawa si bulus ke Taman Kucing khas  comel kan?

Kemudahan lain pun lengkap  stesen kecergasan luar, gazebo untuk bersantai, ruang rehat berbumbung, dan tempat letak kereta yang cukup luas. Pendek kata, semua generasi boleh nikmati suasana yang selesa dan menyeronokkan.


♿ Direka untuk Semua, Tanpa Pengecualian

Satu lagi perkara yang buat Suria Park istimewa — ia direka dengan aksesibiliti dan keselamatan sebagai keutamaan. Laluan tanpa halangan, peralatan mesra pengguna kerusi roda dan turapan taktil untuk mereka yang mempunyai penglihatan terhad, menjadikan taman ini benar-benar inklusif.


🌸 Nadi Kehidupan di Suria Hill

Suria Park sebenarnya sebahagian daripada visi besar IJM Land untuk Suria Hill, sebuah perbandaran bernuansa resort di atas tanah tinggi seluas 170 ekar. Keseluruhan kawasan ini bakal menampilkan lebih 29 ekar taman dan kebun yang dirancang merentasi lima fasa pembangunan, termasuk Vitality Garden, Sensory Garden, Sunrise Garden, Joyous Garden dan Spice Garden. Semua kawasan hijau ini dihubungkan melalui laluan joging, mendaki dan berbasikal sejauh 4.6 kilometer, membolehkan penduduk menikmati gaya hidup sihat sambil merasai keharmonian alam di puncak bukit.


Ketua Pegawai Operasi IJM Land, Datuk Chai Kian Soon, berkata:

> “Suria Park bukan sekadar taman, tapi ruang untuk komuniti membesar bersama. Dari larian pagi hingga permainan petang, kami mahu setiap orang rasa mereka sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar.”


🏡 Suria Hill – Di Mana Alam & Kehidupan Bertemu

Bagi yang sedang mencari rumah impian di Puncak Alam, Suria Hill memang patut ada dalam radar anda. Fasa pertama, Soren, yang dilancarkan pada Mac 2025 dah mencatatkan 80% tempahan, sementara fasa kedua, Sovana, bakal menyusul pada Februari 2026.

Dengan suasana bernuansa resort, kediaman di sini menawarkan kepadatan rendah hanya 10 unit bagi setiap ekar serta kemudahan moden termasuk titik pemutus bekalan EV (EV isolator point) untuk kenderaan elektrik. Lokasinya juga strategik, dengan akses terus ke Persiaran Mokhtar Dahari, Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) serta Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang memperluas akses utara–selatan. Kemudahan ini bakal dipertingkat lagi dengan pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang terletak kira-kira satu kilometer dari Suria Hill, menambah pilihan pengangkutan moden yang lebih selesa dan efisien.

Sekitar kawasan ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan harian — Lotus’s, Econsave, Jaya Grocer, KIP Mall serta Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, memastikan gaya hidup seimbang dan segala keperluan penduduk sentiasa dalam jangkauan.


🌿 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Suria Park bukan sekadar taman, tapi satu simbol cara hidup baru tenang, sihat, mesra komuniti dan berpaksikan kelestarian. Dalam dunia yang semakin sibuk, ruang seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya berhenti seketika, hirup udara segar dan hargai keindahan sekitar.

Kalau anda berada di Puncak Alam, luangkan masa singgah ke Suria Park. Siapa tahu, mungkin di sinilah anda jumpa makna baru tentang “home”. 💛



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Galeri Alam Suria IJM Land di 03-33933103 atau layari www.suriahill.com.



 

Cari Kilang Baju Korporat Berkualiti di Malaysia? Ini Pilihan Terbaik!



Tengah cari tempat nak buat baju korporat untuk staf? Nak yang selesa, kemas dan ikut bajet? Kalau jawapan korang “Ya!”, ni berita baik – tempah direct dari kilang adalah pilihan paling bijak!


Kenapa? Sebab bila korang order terus dengan kilang, harga jadi lebih murah, kualiti terjamin, dan semua design boleh custom ikut kehendak korang. Tak ada caj tersembunyi, tak ada proses yang leceh.



✅ Nak pilih kain sendiri? Boleh.
✅ Nak warna ikut corporate branding? Boleh.
✅ Nak sulam logo atau letak nama staf? Pun boleh.

Sebab tu sekarang ramai syarikat besar pilih cara ni. Salah satu nama yang memang terkenal dalam bidang ni ialah Mafeya Sdn Bhd – kilang printing baju korporat yang lengkap dengan mesin moden, team berpengalaman dan servis menyeluruh.






Kenapa Tempah Direct Dari Kilang Lebih Berbaloi?

✔ Harga Asal Dari Kilang

Tak ada orang tengah yang ambil untung lebih. Harga memang terus dari pengeluaran, lebih jimat. Order banyak? Dapat diskaun lagi!




✔ Custom Design Ikut Syarikat Korang

Nak warna sama macam logo? Nak kain premium cotton? Nak cutting slim fit? Semua boleh ikut citarasa sendiri.




✔ Siap Cepat & Servis Pantas

Mafeya ada kilang sendiri lengkap dengan mesin printing & sulam berkomputer. Kalau ada event urgent, mereka boleh siapkan on time.



Apa Yang Mafeya Sediakan?

Mafeya bukan sekadar buat baju korporat. Mereka juga sediakan printing untuk:

✅ T-Shirt & Jersey Sublimation
✅ Jaket, Apron & Uniform
✅ Barangan korporat seperti pen, topi, payung, medal, trofi, plaque dan banyak lagi

Senang kerja bila semua ada di bawah satu bumbung. Tak payah tempah di banyak tempat.





Kenapa Baju Korporat Penting?

Ini ramai tak ambil kisah. Uniform korporat bukan sekadar pakaian, tapi identiti syarikat. Bila staf pakai baju kemas dengan logo sulam, pelanggan nampak korang profesional. First impression terus naik level.



Selain tu, uniform juga tingkatkan semangat kerja dan kekalkan imej syarikat bila berjumpa pelanggan. Yang penting, baju tu mesti selesa. Kalau kain berkualiti dan jahitan kemas, staf pun happy nak pakai setiap hari.


Apa Kelebihan Tempah Dengan Mafeya?

✅ Harga direct kilang – tanpa ejen dan orang tengah
✅ Jahitan & sulaman berkualiti – guna teknologi terkini
✅ Pilihan design & warna yang banyak
✅ Kapasiti besar – sesuai untuk order ratusan hingga ribuan helai
✅ Proses mudah & boleh order online
✅ Penghantaran ke seluruh Malaysia



Pilihan Kain Yang Sesuai Untuk Baju Korporat

✅ Cotton – Sejuk & serap peluh
✅ Polyester – Mudah jaga, tahan lama
✅ Poly-Cotton – Gabungan selesa & lasak
✅ Microfibre – Ringan, sesuai untuk aktiviti luar

Tips: Untuk staf pejabat, cotton atau poly-cotton pilihan terbaik. Kalau banyak aktiviti outdoor, pilih microfibre.


Macam Mana Nak Tempah? Senang Je!

1️⃣ Pilih design, warna & material
2️⃣ Hantar logo syarikat atau nama staf
3️⃣ Mafeya bagi mockup design untuk confirm
4️⃣ Bila lulus, kilang terus jahit & sulam
5️⃣ Siap, terus pos sampai depan pintu


Tak payah datang kedai pun boleh. Semua boleh urus online.


Kenapa Mafeya Sdn Bhd Jadi Pilihan Ramai?

✔ Harga terus dari kilang – Tiada caj tersembunyi
✔ Jahitan & sulaman kemas – Hasil premium
✔ Proses pantas – Sesuai untuk order urgent
✔ Kapasiti besar – Tak ada masalah order kuantiti tinggi
✔ Servis mesra pelanggan – Team akan guide dari mula sampai siap


Nak Tempah Baju Korporat Berkualiti?

Berhenti bazir masa cari ejen yang caj mahal. Terus order dengan Mafeya Sdn Bhd untuk hasil terbaik, harga jimat dan proses cepat.


Jom upgrade imej syarikat korang dengan baju korporat yang profesional, selesa dan custom ikut citarasa!


Lokasi & Hubungi Kami

📍 Team Cetak Showroom
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor

📞 017-229 0224 / 03-5523 6690

🌐 www.kilangbaju.com


📍 Oh! T-Shirt / Kilangjahit.com (Production 1)

21, Jalan Keluli AP 7/AP, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor

📞 017-229 0994 / 03-5523 6690

🌐 www.ohtshirt.com

Melindungi pada siang hari, memelihara pada waktu malam, SKINMADE hadir dengan penjagaan bibir intensif pertama di Malaysia!

Tahukah anda? Kulit pada bahagian bibir kita sebenarnya tidak mempunyai pori-pori, kelenjar sebum ataupun kelenjar peluh. Ini bermakna ianya tidak berupaya melembapkan bibir secara semula jadi atau menghasilkan minyak dengan sendirinya. Malah, kulit bibir kita adalah 5 kali lebih nipis daripada kulit dibahagian wajah, membuatkan ia lebih mudah terdedah dengan kerosakan dan ketidaksamaan warna.


Dengan cuaca Malaysia yang lembap dan suhu melebihi 30°C sepanjang tahun, ia adalah
penting untuk kita sentiasa melindungi bibir kita dari sinaran matahari yang terik. Tambahan
pula, ramai diantara kita yang bekerja, menetap dan tidur di kediaman yang berhawa dingin,
membuatkan bibir lebih mudah kering dan merekah.

Masalah yang membimbangkan ialah, kebanyakan produk penjagaan bibir di pasaran tidak
fokus pada kesan jangka panjang. Sebaliknya, produk-produk tersebut menawarkan
penyelesaian segera yang tidak menangani punca sebenar bibir kering, merekah atau
berubah warna.

Sama seperti seseorang menggunakan serum wajah di siang hari dan masker muka
semalaman pada waktu malam, pakar kulit di SKINMADE menyarankan anda melakukan
penjagaan yang sama untuk bibir anda.

Lindungi pada siang hari dan pelihara pada waktu malam dengan SKINMADE Lip Power
Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum dan Lip Elixir Overnight
Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask, sistem terapi bibir pertama di pasaran
Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat untuk bibir.

SKINMADE merupakan sebuah jenama tempatan yang diasaskan pada tahun 2017, yang
didirikan berasaskan nilai untuk menghasilkan produk bermanfaat. Apa yang menjadikan
jenama ini unik ialah dedikasinya terhadap penciptaan inovasi, serta pengabungan formula
yang terbukti secara saintifik yang mampu menghasilkan produk luar biasa dan serasi
dengan keadaan kulit rakyat Malaysia. Kehadiran jenama ini di atas talian terbukti dalam produk viralnya seperti Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50+
PA++++, INFINITEBRIGHT™️ 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening serum,
dan Golden C®️ + Exoshot™️ Collagen Boosting Filler Concentrate.

Untuk Waktu Siang:
Melindungi, Mencerah & Memulih dengan SKINMADE Lip Power
Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum


Dengan perlindungan tertinggi SPF50+ PA++++, Lip Power ini yang diaktifkan oleh cahaya
antioksidan dapat meningkatkan rona merah jambu semula jadi bibir dan menguatkan daya
tahannya dari kerosakan sinar UV. Gabungan penapis UV mineral dan kimia memastikan
liputan spektrum penuh daripada sinaran UVB, UVA dan UVA ultra panjang, sekaligus
menghalang hingga 80% pigmentasi yang disebabkan oleh matahari serta mengurangkan
risiko penuaan foto dan penipisan bibir. Lip Power ini juga dirumus dengan perisai sinar biru,
yang dapat mengurangkan sehingga 70% tekanan oksidatif akibat sinar biru daripada
pencahayaan dalam rumah dan alat peranti digital.

Lip Power ini mengandungi beberapa bahan yang dipilih secara khusus, antaranya ialah:

👄Kompleks Pencerahan Lanjutan (X50®️ Pure White, Lumiskin™️, LUMINIA
GRANATUM™️, Oligopeptide-68, Asid Kojic Dipalmitate)
Manfaat: Memudarkan perubahan warna dan memulihkan rona merah jambu semula
jadi bibir
👄 Kompleks Antioksidan Lanjutan (Vitamin C THDA, Beta-Carotene, Resveratrol,
Ectoin, Mikro Alga Merah Jambu, Ekstrak Akar Likuoris)
Manfaat: Melawan tekanan oxida dan mengelakkan bibir dari menjadi gelap
👄 Minyak Kacang Soya, Minyak Biji Lobak, Silymarin
Manfaat: Pelembapan dari dalam dan memperbaiki lapisan pelindung.

Penggunaan: Oleskan pada bibir dengan menggunakan aplikator yang disediakan pada
waktu siang. Untuk perlindungan maksimum, oleskan pada bibir sebelum anda memakai
gincu.

Untuk Waktu Malam: Melembap, Menganjal & Mengelupas dengan SKINMADE Lip
Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask


Bangun dengan bibir yang lebih anjal, licin dan lembap! Di dalam tiub ini terdapat bahan-
bahan yang terbukti secara klinikal yang mampu meningkatkan kolagen, mengurangkan
garis-garis halus dan membuat bibir tampak penuh. Tidak seperti produk bibir lain, yang
mana untuk mendapat efek sebegini harus meningkatkan aliran darah dan menyebabkan rasa kesemutan yang tidak selesa, SKINMADE menggunakan ramuan inovasi pro-kolagen
dan bahan aktif bagi menambah isipadu bibir yang canggih untuk membuat bibir mungil
secara semula jadi. Bukan itu sahaja, dengan peptida penghalus tekstur ia mampu
membuang sel kulit mati yang menyebabkan kekasaran dan warna bibir tidak sekata.

Bahan-bahan pilihan pakar dalam Lip Elixir termasuk:

💄 Kompleks Pro-Kolagen & Berisi Padu (Matrixyl®3000, Humacoll21®, Volufilline™,
Linefill™, Kompleks 10-Peptida)
Manfaat: Meningkatkan penghasilan kolagen, keanjalan dan kemungilan bibir.
💄 Pengelupasan & Peptida Penghalusan Tekstur (Hexanoyl Dipeptide-3 Norleucine
Acetate)
Manfaat: Menyingkirkan kulit mati dengan lembut, serta menghasilkan bibir yang lebih
mulus dan lembut.
💄 Kompleks Pengukuhan Lapisan Perlindungan Kulit (Mentega Shea, Squalane, Beta
Karotena, Mikro Alga Merah Jambu, 5 Ceramide penting)
Manfaat: Memberikan kelembapan dan perlindungan yang berpanjangan.
💄 7 Minyak Phyto-Nutritive (Pir Berduri, Biji Oat, Kacang Soya, Macadamia, Avokado,
Meadowfoam, dan Jojoba)
Manfaat: Mengurangkan inflamasi dan merawat bibir merekah

Penggunaan: Oleskan pada bibir yang bersih dan kering sebelum tidur. Untuk penjagaan
rapi, oleskan lapisan tebal dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membersihkan
lebihanya.

Tip Penjagaan Kulit SKINMADE

Apabila mnghasilkan Lip Power dan Lip Elixir, SKINMADE memberi perhatian yang cukup
teliti untuk memastikan sistem terapi bibir ini serasi dengan semua:

💄 Tiada pewangi, minyak pati atau alkohol = sesuai untuk kulit dan bibir yang sensitif!
💄 Tiada retinoid, hidrokuinon atau pengganggu endokrin = selamat untuk ibu
mengandung dan sedang menyusu!
💄 Pembungkusan dan aplikator bebas logam = selamat untuk alahan nikel!
💄 Tekstur yang jernih, kemasan yang mulus & tidak melekit = sesuai untuk wanita dan
lelaki!
💄 Tiada kesan sampingan atau derivatif haiwan = mesra vegan dan halal!


SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum (8g, RM120) dan Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask (8g, RM113)
boleh didapati di TikTok Shop, Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.myskinmade.com/