Provital Immuna Plus Untuk Kesihatan Dan Menguatkan Sistem Imunisasi

7/20/2023 09:38:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Kebiasaannya golongan kanak-kanak yang digalakkan untuk minum susu supaya pembentukan tulang lebih kuat dan tumbesaran sempurna. Tapi sebenarnya golongan dewasa juga perlu minum susu untuk mengelakkan sakit-sakit sendi pada usia tua nanti. Bagi sesetengah orang, untuk mencari dan memastikan pengambilan nutrisi yang betul memang satu perkara yang mencabar terutama dalam pemilihan susu yang sesuai.


PROVITAL Immuna Plus untuk perkembangan dan kekuatan tulang

Kalsium pada susu amat penting untuk tubuh badan manusia terutama untuk perkembangan dan kekuatan tulang. Ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan organ-organ dan otot-otot rangka berfungsi dengan baik. Tubuh kita mendapat kalsium yang diperlukan untuk fungsi asas dengan melepaskan kalsium yang disimpan dalam tulang kita ke dalam darah melalui sejenis proses pemecahan dan pembentukan semula yang kita tidak nampak. 

Oleh kerana ketumpatan tulang semakin berkurang dengan faktor peningkatan usia, ditambah pula dengan kadar kesembuhan tulang yang semakin menurun apabila berlaku kerosakan, saintis dan pakar kesihatan berpendapat bahawa penting bagi badan untuk mengekalkan tahap kalsium dalam darah yang secukupnya bagi memastikan kalsium yang terkandung di dalam tulang dapat terus disimpan. Oleh sebab itulah Fara telah mengamalkan PROVITAL Immuna Plus

PROVITAL Immuna Plus diformulasikan secara saintifik untuk memberi manfaat kesihatan dan menyokong sistem imun untuk orang dewasa berumur 40 tahun ke atas. PROVITAL Immuna Plus ni mengandungi tiga ramuan utama iaitu Yeast Beta-Glucan, Selenium, dan Vitamin C yang membantu dalam menyediakan 3 kali ganda Perlindungan Imuniti.


Provital Immuna Plus ini juga mengandungi Kalsium, Vitamin D & magnesium yang merupakan nutrien penting untuk tulang. Cukup dengan dua hidangan sehari, dapat membantu memenuhi 50% keperluan pengambilan kalsium untuk orang dewasa berumur lebih 40 tahun Susu ini direka untuk orang dewasa berumur 40 tahun dan ke atas. 

Selain meningkatkan imun badan, PROVITAL Immuna Plus juga mengandungi formula menyeluruh yang mengandungi kalsium dan protein yang tinggi untuk menyokong pergerakan dan kekuatan otot. 

Provital Immuna Plus Menguatkan Sistem Imun

Provital Immuna Plus juga mempunyai kebaikan tambahan dari selenium serta vitamin C untuk menguatkan sistem imun. Kandungan kalsium dan protein yang tinggi turut membantu menggalakkan perkembangan tulang dan otot yang kuat

Korang cuma perlu minum 2 gelas PROVITAL Immuna Plus sehari pun dah mampu memberikan nutrien pada jumlah yang disyorkan untuk menunjukkan kesan yang positif.

Bagus untuk tulang Meningkatkan imunisasi badan Bagus untuk kesihatan dalaman

PROVITAL Immuna Plus kini boleh didapati di farmasi, pasar raya dan gedung e-dagang dalam pek 480g dan 960g pek.

Untuk maklumat lanjut tentang PROVITAL Immuna Plus, korang boleh layari :

You Might Also Like

0 KOmen: