MENCERAHKAN KULIT DENGAN MELANO CC VITAMIN C BRIGHTENING MILK MOISTURIZER YANG BAHARU
MELANO CC VITAMIN C BRIGHTENING MILK MOISTURIZER YANG BAHARU Diformulasikan untuk Mencerahkan Bekas Jerawat dan Bintik-bintik Hitam Sambil Memberikan Penghidratan Kulit
Rohto-Mentholatum dengan bangganya memperkenalkan Melano CC, produk penjagaan kulit berasaskan Vitamin C yang komited untuk memanfaatkan potensi Vitamin C. Melano CC telah menjadi sebuah jenama yang terkenal dengan merevolusikan pencerahan dan peremajaan kulit.
Vitamin C dipandang tinggi dalam industri penjagaan kulit disebabkan bahan tersebut mempunyai sifat antioksidannya yang luar biasa, kehebatan dalam mencerahkan kulit, dan faedah-faedah antipenuaan yang luar biasa.
Dengan mengambil berat potensinya, Melano CC telah menjadikan Vitamin C sebagai inti utama formulasi dalam inovasi mereka untuk mencipta rangkaian produk yang memberikan hasil agak transformatif.
Penggiat social media, peminat kecantikan dan pakar penjagaan kulit di seluruh dunia telah menyokong jenama ini dengan sepenuh hati dan memuji keberkesanannya pada kulit mereka. Perkongsian pengalaman dan ulasan product telah memainkan peranan agak penting dalam mendorong jenama ini berada di barisan hadapan dalam industri penjagaan kulit.
Melano CC telah dikenali sebagai jenama No. 1 Brightening Essence di Jepun. Dengan itu, Melano CC ingin memperkenalkan produk penjagaan kulit terbaru: Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer. Dirumus dengan teknologi canggih, pelembap ini menjanjikan untuk menangani pelbagai masalah kulit, termasuk tanda jerawat, bintik hitam, kusam dan tona kulit tidak sekata.
Dicipta oleh Rohto Pharmaceutical Co. Jepun, Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer mempunyai formula Vitamin C asli yang dirumuskan dengan teliti untuk meningkatkan keberkesanannya dalam memulihkan kekusaman, meratakan tona kulit dan menggalakkan kulit yang sihat dan berseri.
Faktor yang memperbezakan pelembap ini daripada pelembap yang lain termasuk keupayaannya menyerap dengan cepat, memberikan penghidratan berpanjangan tanpa rasa melekit atau berminyak dan mencerahkan tona kulit. Produk ini boleh meminimumkan penampilan pori-pori untuk menghasilkan kulit yang lebih licin. Komponen Vitamin C yang berkuasa meresap ke dalam kulit supaya kesan jerawat dan bintik-bintik hitam dicerahkan dengan berkesan, mengurangkan ketidaksempurnaan dan cela.
Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer mencampur Vitamin C dan bahan anti-radang yang dipilih dengan teliti untuk memastikan keberkesanannya yang luar biasa untuk semua jenis kulit. Beberapa bahan utamanya termasuk:
• Ekstrak Biji Alpinia: Mencerah dan sekatakan tona kulit, mendedahkan wajah yang lebih berseri.
• Dipotassium Glycyrrhizate: Berkesan meredakan kemerahan dan menenangkan kulit yang merengsa, menggalakkan penampilan yang sihat dan seimbang.
• Lemon & Ekstrak Limau Gedang: Pemberi penghidratan yang mendalam, menjadikan kulit lebih lembut dan licin.
Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer ini adalah bebas dari alkohol dan paraben, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif. Pengguna juga digalakkan memakainya bersama Losyen dan Essence. Selain itu, pelembap ini menyelubungi kulit anda dengan aroma Yuzu yang menyegarkan, membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sepanjang hari.
Alami kuasa transformatif Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer untuk mendedahkan keserian kulit anda.
Dijual pada harga RM59 (120ml), Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer boleh didapati di cawangan Watsons di seluruh negara dan kedai rasmi Rohto-Mentholatum di Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, log masuk ke www.facebook.com/MelanoCCMY.
0 KOmen: