Cara Join Contest Spin & Win 1 Million Happy Members Sushi King!

6/27/2023 04:59:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Sushi King kini telah mencapai sejuta keahlian dalam loyalty program melalui Aplikasi Sushi King pada Mac 2023 yang lalu. Bersempena dengan pencapaian tersebut, Sushi King berbesar hati melancarkan kempen 1 Millon Happy Members bagi menghargai pelanggan setia mereka. Kempen ini juga memberi peluang kepada korang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM1,000,000 melalui Contest Spin & Win bermula 1 hingga 31 Mei 2023.



Kalau korang nak tahu, Loyalty Program ni telah dilancarkan sejak Januari 2019 lagi tau.. Di mana Happy Members boleh mengumpul dan menebus Smile Point.. Bukan itu sahaja, malah Happy Members juga boleh menebus Ganjaran Hari Jadi, Ganjaran Kejutan, Smile Setem dan banyak lagi melalui program ini menerusi Aplikasi Sushi King.

Kepada yang belum menjadi ahli tu, jom jadi ahli sekarang dengan memuat turun Aplikasi Sushi King melalui Google Play Store, Apple App Store atau Galeri Aplikasi Huawei. Bolehlah terus join Contest Spin & Win ini!!

Cara Join Contest Spin & Win 1 Million Happy Members Sushi King!

Ok, nak join Contest Spin & Win 1 Million Happy Members ni mudah sahaja.. Korang hanya perlu ikut step di bawah ini :-

- Muat turun Aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Galeri Aplikasi Huawei.
- Daftar sebagai ahli Happy Members
- Berbelanja di Sushi King minimum RM50 dan ke atas dalam 1 resit
- Join Contest Spin & Win di Aplikasi Sushi King dengan melakukan Spin & Win!

Mudah je kan.. Contest ini bermula 1 hingga 31 Mei 2023 tau.. Masih sempat lagi ni.. Rugi tak grab.. Pelbagai hadiah menarik disediakan seperti :-

- Percutian ke Jepun
- Oppo N2 Flip Phones
- Apple Watch SE
- 600,000 Smile Points
- dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM 1,000,000

Jom ke Sushi King Sekarang!



Ok guys, yang mana penggemar makanan di Sushi King atau korang yang nak cuba makanan jepun yang sedap, jom ke Sushi King.. Sesambil tu bolehlah join Contest Spin & Win 1 Million Happy Members.. Sampil makan sambil memang.. good luck!


You Might Also Like

0 KOmen: