Projek Perumahan Terbaru Myra Putri Putrajaya, Rumah Moden Citarasa Terkini

6/19/2023 05:41:00 PTG Fara Lumière 1 Comments


Hari minggu kelmarin Fara menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun ke-7 Myra di Myra Sales Gallery yang terletak di Taman Desa Jenderam Hilir, Dengkil Selangor. Majlis ini diadakan untuk memberitahu orang ramai tentang projek terbaru mereka yang terletak di Putrajaya iaitu Myra Putri. Memang ramai hadir untuk lihat plan projek terbaru Myra Putri kerana nak cari rumah disini sebagai pilihan kediaman lebih-lebih lagi di Putrajaya kerana terletak di lokasi yang strategik mudah untuk membuat perjalanan ulang-alik ke tempat kerja. Pusat ekonomi dan peluang pekerjaan juga tertumpu padat disini. Jadi ramai orang berhajat untuk memiliki rumah disini untuk akses mudah pusat bandar serta menikmati gaya hidup serba moden.


 

Untuk makluman semua Myra, pemaju hartanah yang dipercayai sejak tahun 2016, amat berbangga dengan rekod prestasinya yang mengagumkan iaitu telah berjaya menawarkan lebih 2,534 rumah mampu milik bernilai lebih RM 1.17 bilion kepada pembeli rumah pertama atau bekerluarga sepanjang tahun itu. Dan hari ini, Myra berpegang teguh pada komitmen untuk menyediakan pilihan perumahan berkualiti kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

Infrastruktur dan kemudahan berhampiran dengan Perumahan Myra Putri, Putrajaya

Myra Putri direka khas untuk memenuhi cita rasa ideal keluarga muda. Terletak di lokasi yang strategik bersebelahan Putrajaya. Apartment bertingkat rendah ini lengkap dengan jaminan keselamatan dan fasiliti luaran yang mesra alam, menjadikannya pilihan ideal rumah pertama semua! Lebih menarik, apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air serta mempunyai keluasan binaan iaitu 904 kps ini merupakan tanah rizab melayu. Sangat sesuai untuk mereka yang memilih untuk menetap di kawasan kejiranan rizab Melayu. 



Kawasannya juga strategik hanya :

- 10 km ke Dengkil
- 5 km ke Putrajaya
- 11 km ke Cyberjaya
- 12 km ke Bangi
- 17 km ke Kajang
- 35 km ke Kuala Lumpur



Manakala kemudahan lain apartment Myra Putri ini adalah mempunyai multipurpose hall, management office, padang futsal, kidstopia, bakar & grill, surau, trampolin park dan banyak lagi. Boleh rujuk gambar rajah diatas.


Lihat Pelan Lantai Dan Tapak Projek Perumahan Myra Putri




Boleh Jadikan Rumah Myra Putri Sebagai Pelaburan Atau Diduduki


1) Jika beli untuk diduduki


Jika anda membeli sebuah rumah untuk diduduki, rumah anda mesti memenuhi keperluan anda dan keluarga. Itulah keutamaan yang jauh lebih penting daripada berapa harga rumah anda akan naik atau berapa sewa yang anda boleh dapat. Jika rumah anda turut mempunyai prospek pelaburan yang baik, ianya suatu bonus. Bukan kewajipan.


2) Jika beli sebagai pelaburan

Bagaimana pula dengan pembelian untuk tujuan pelaburan? Keutamaan di sini adalah potensi pulangan. Kenapa saya sarankan begitu? jika anda beli rumah itu untuk tinggal, anda perlu keluarkan wang tiap-tiap bulan untuk membayar installment rumah yang akan menyebabkan gaji bersih anda berkurangan. Jika anda beli rumah pertama untuk pelaburan, anda mungkin boleh menggunakan duit lebihan tunai dari sewaan untuk membayar installment rumah yang anda tinggal. 


Kelebihan yang ada akan peroleh jika menyewakan rumah di sini adalah :

- Lokasi strategik
- Pulangan sewa lumayan
- Potensi masa depan untuk kenaikan harga dan sewa

Beli Rumah Myra Putri Segera Untuk Elakkan Harga Rumah Semakin Meningkat

Kenaikan harga rumah semakin tidak dapat dikawal kerana di kawasan-kawasan yang membangun terlalu banyak permintaan di sesuatu kawasan yang menyebabkan harga rumah meningkat dengan mendadak. Jika anda tidak beli hari ini, tahun depan mungkin harga rumah telah naik 10% dari harga hari ini.


Berapa harga unit rumah apartmen di Myra Putri? Dengan unit bermula dari RM 380,000, Myra Putri menyediakan ruang tamu yang luas seluas 904 kaki persegi, terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Pilihan kos efektif ini memberikan nilai yang luar biasa, memastikan pembeli rumah boleh nikmati pengalaman hidup yang berkualiti tanpa membebankan wang.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan promosi pra-pelancaran, korang boleh mendaftar dengan segera di 

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. cantiknyaa perumahan sekarang kan farah, serba serbi lengkap

    BalasPadam