Memaparkan catatan dengan label Advertising. Papar semua catatan

Suria Park di Puncak Alam: Taman yang Menyatukan Komuniti

Kalau anda pernah lalu kawasan Suria Hill di Bandar Puncak Alam, anda mesti perasan suasananya yang tenang, penuh kehijauan dan rasa macam “resort vibes”. Sekarang, kawasan ni tambah lagi satu tarikan baru — Suria Park, taman komuniti seluas 4.42 ekar yang bukan sekadar tempat riadah, tapi simbol kesejahteraan dan hubungan antara penduduk.


IJM Land, nama besar yang dah lama sinonim dengan pembangunan di Puncak Alam, sekali lagi menunjukkan komitmen mereka melalui pembukaan taman bernilai RM3 juta ini. Dari dulu lagi, IJM Land memang antara peneraju utama membentuk kawasan ni — bukan saja bina rumah, tapi bina komuniti yang berkembang dengan harmoni.


☀️ Taman Berinspirasikan Mentari

Menariknya, reka bentuk Suria Park dihasilkan oleh HODA Design dan diinspirasikan daripada “Suria” — simbol tenaga, kehangatan dan pembaharuan. Jadi tak hairanlah bila masuk ke taman ni, rasa tenang tapi penuh semangat.

Segalanya direka dengan teliti  dari pemilihan pokok renek berwarna-warni, pepohon yang tahan lasak, sehinggalah sistem saliran semula jadi yang bantu pastikan taman kekal lestari. Malah, ada juga tumbuhan berakar dalam untuk stabilkan cerun, menjadikan ruang hijau ni bukan saja cantik tapi juga kukuh dan mesra alam.

Sempena pelancaran Suria Park, IJM Land turut menganjurkan Program Penanaman Pokok yang menyatukan penduduk, pemimpin komuniti dan rakan strategik. Aktiviti ini dijalankan sebagai simbol pertumbuhan, perpaduan dan kelestarian untuk generasi akan datang, seiring dengan komitmen IJM Land dalam membina komuniti yang hidup bersama alam.



🏃‍♀️ Aktiviti untuk Semua

Apa yang best tentang Suria Park ni, semua orang boleh enjoy!
Untuk mereka yang suka aktiviti luar, ada trek joging sepanjang 400 meter dan laluan mendaki sejauh 250 meter. Kalau nak main sukan, dua gelanggang serba guna disediakan,  boleh main bola keranjang, futsal, badminton, pickleball atau sepak takraw.





Kanak-kanak pun tak dilupakan. Ada skate park, dinding panjat, dan Taman Permainan Kanak-kanak Suria yang pasti jadi tempat lepak utama setiap hujung minggu. Malah, pencinta haiwan pun boleh bawa si bulus ke Taman Kucing khas  comel kan?

Kemudahan lain pun lengkap  stesen kecergasan luar, gazebo untuk bersantai, ruang rehat berbumbung, dan tempat letak kereta yang cukup luas. Pendek kata, semua generasi boleh nikmati suasana yang selesa dan menyeronokkan.


♿ Direka untuk Semua, Tanpa Pengecualian

Satu lagi perkara yang buat Suria Park istimewa — ia direka dengan aksesibiliti dan keselamatan sebagai keutamaan. Laluan tanpa halangan, peralatan mesra pengguna kerusi roda dan turapan taktil untuk mereka yang mempunyai penglihatan terhad, menjadikan taman ini benar-benar inklusif.


🌸 Nadi Kehidupan di Suria Hill

Suria Park sebenarnya sebahagian daripada visi besar IJM Land untuk Suria Hill, sebuah perbandaran bernuansa resort di atas tanah tinggi seluas 170 ekar. Keseluruhan kawasan ini bakal menampilkan lebih 29 ekar taman dan kebun yang dirancang merentasi lima fasa pembangunan, termasuk Vitality Garden, Sensory Garden, Sunrise Garden, Joyous Garden dan Spice Garden. Semua kawasan hijau ini dihubungkan melalui laluan joging, mendaki dan berbasikal sejauh 4.6 kilometer, membolehkan penduduk menikmati gaya hidup sihat sambil merasai keharmonian alam di puncak bukit.


Ketua Pegawai Operasi IJM Land, Datuk Chai Kian Soon, berkata:

> “Suria Park bukan sekadar taman, tapi ruang untuk komuniti membesar bersama. Dari larian pagi hingga permainan petang, kami mahu setiap orang rasa mereka sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar.”


🏡 Suria Hill – Di Mana Alam & Kehidupan Bertemu

Bagi yang sedang mencari rumah impian di Puncak Alam, Suria Hill memang patut ada dalam radar anda. Fasa pertama, Soren, yang dilancarkan pada Mac 2025 dah mencatatkan 80% tempahan, sementara fasa kedua, Sovana, bakal menyusul pada Februari 2026.

Dengan suasana bernuansa resort, kediaman di sini menawarkan kepadatan rendah hanya 10 unit bagi setiap ekar serta kemudahan moden termasuk titik pemutus bekalan EV (EV isolator point) untuk kenderaan elektrik. Lokasinya juga strategik, dengan akses terus ke Persiaran Mokhtar Dahari, Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) serta Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang memperluas akses utara–selatan. Kemudahan ini bakal dipertingkat lagi dengan pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang terletak kira-kira satu kilometer dari Suria Hill, menambah pilihan pengangkutan moden yang lebih selesa dan efisien.

Sekitar kawasan ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan harian — Lotus’s, Econsave, Jaya Grocer, KIP Mall serta Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, memastikan gaya hidup seimbang dan segala keperluan penduduk sentiasa dalam jangkauan.


🌿 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Suria Park bukan sekadar taman, tapi satu simbol cara hidup baru tenang, sihat, mesra komuniti dan berpaksikan kelestarian. Dalam dunia yang semakin sibuk, ruang seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya berhenti seketika, hirup udara segar dan hargai keindahan sekitar.

Kalau anda berada di Puncak Alam, luangkan masa singgah ke Suria Park. Siapa tahu, mungkin di sinilah anda jumpa makna baru tentang “home”. 💛



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Galeri Alam Suria IJM Land di 03-33933103 atau layari www.suriahill.com.



 

Cari Kilang Baju Korporat Berkualiti di Malaysia? Ini Pilihan Terbaik!



Tengah cari tempat nak buat baju korporat untuk staf? Nak yang selesa, kemas dan ikut bajet? Kalau jawapan korang “Ya!”, ni berita baik – tempah direct dari kilang adalah pilihan paling bijak!


Kenapa? Sebab bila korang order terus dengan kilang, harga jadi lebih murah, kualiti terjamin, dan semua design boleh custom ikut kehendak korang. Tak ada caj tersembunyi, tak ada proses yang leceh.



✅ Nak pilih kain sendiri? Boleh.
✅ Nak warna ikut corporate branding? Boleh.
✅ Nak sulam logo atau letak nama staf? Pun boleh.

Sebab tu sekarang ramai syarikat besar pilih cara ni. Salah satu nama yang memang terkenal dalam bidang ni ialah Mafeya Sdn Bhd – kilang printing baju korporat yang lengkap dengan mesin moden, team berpengalaman dan servis menyeluruh.






Kenapa Tempah Direct Dari Kilang Lebih Berbaloi?

✔ Harga Asal Dari Kilang

Tak ada orang tengah yang ambil untung lebih. Harga memang terus dari pengeluaran, lebih jimat. Order banyak? Dapat diskaun lagi!




✔ Custom Design Ikut Syarikat Korang

Nak warna sama macam logo? Nak kain premium cotton? Nak cutting slim fit? Semua boleh ikut citarasa sendiri.




✔ Siap Cepat & Servis Pantas

Mafeya ada kilang sendiri lengkap dengan mesin printing & sulam berkomputer. Kalau ada event urgent, mereka boleh siapkan on time.



Apa Yang Mafeya Sediakan?

Mafeya bukan sekadar buat baju korporat. Mereka juga sediakan printing untuk:

✅ T-Shirt & Jersey Sublimation
✅ Jaket, Apron & Uniform
✅ Barangan korporat seperti pen, topi, payung, medal, trofi, plaque dan banyak lagi

Senang kerja bila semua ada di bawah satu bumbung. Tak payah tempah di banyak tempat.





Kenapa Baju Korporat Penting?

Ini ramai tak ambil kisah. Uniform korporat bukan sekadar pakaian, tapi identiti syarikat. Bila staf pakai baju kemas dengan logo sulam, pelanggan nampak korang profesional. First impression terus naik level.



Selain tu, uniform juga tingkatkan semangat kerja dan kekalkan imej syarikat bila berjumpa pelanggan. Yang penting, baju tu mesti selesa. Kalau kain berkualiti dan jahitan kemas, staf pun happy nak pakai setiap hari.


Apa Kelebihan Tempah Dengan Mafeya?

✅ Harga direct kilang – tanpa ejen dan orang tengah
✅ Jahitan & sulaman berkualiti – guna teknologi terkini
✅ Pilihan design & warna yang banyak
✅ Kapasiti besar – sesuai untuk order ratusan hingga ribuan helai
✅ Proses mudah & boleh order online
✅ Penghantaran ke seluruh Malaysia



Pilihan Kain Yang Sesuai Untuk Baju Korporat

✅ Cotton – Sejuk & serap peluh
✅ Polyester – Mudah jaga, tahan lama
✅ Poly-Cotton – Gabungan selesa & lasak
✅ Microfibre – Ringan, sesuai untuk aktiviti luar

Tips: Untuk staf pejabat, cotton atau poly-cotton pilihan terbaik. Kalau banyak aktiviti outdoor, pilih microfibre.


Macam Mana Nak Tempah? Senang Je!

1️⃣ Pilih design, warna & material
2️⃣ Hantar logo syarikat atau nama staf
3️⃣ Mafeya bagi mockup design untuk confirm
4️⃣ Bila lulus, kilang terus jahit & sulam
5️⃣ Siap, terus pos sampai depan pintu


Tak payah datang kedai pun boleh. Semua boleh urus online.


Kenapa Mafeya Sdn Bhd Jadi Pilihan Ramai?

✔ Harga terus dari kilang – Tiada caj tersembunyi
✔ Jahitan & sulaman kemas – Hasil premium
✔ Proses pantas – Sesuai untuk order urgent
✔ Kapasiti besar – Tak ada masalah order kuantiti tinggi
✔ Servis mesra pelanggan – Team akan guide dari mula sampai siap


Nak Tempah Baju Korporat Berkualiti?

Berhenti bazir masa cari ejen yang caj mahal. Terus order dengan Mafeya Sdn Bhd untuk hasil terbaik, harga jimat dan proses cepat.


Jom upgrade imej syarikat korang dengan baju korporat yang profesional, selesa dan custom ikut citarasa!


Lokasi & Hubungi Kami

📍 Team Cetak Showroom
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor

📞 017-229 0224 / 03-5523 6690

🌐 www.kilangbaju.com


📍 Oh! T-Shirt / Kilangjahit.com (Production 1)

21, Jalan Keluli AP 7/AP, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor

📞 017-229 0994 / 03-5523 6690

🌐 www.ohtshirt.com

Melindungi pada siang hari, memelihara pada waktu malam, SKINMADE hadir dengan penjagaan bibir intensif pertama di Malaysia!

Tahukah anda? Kulit pada bahagian bibir kita sebenarnya tidak mempunyai pori-pori, kelenjar sebum ataupun kelenjar peluh. Ini bermakna ianya tidak berupaya melembapkan bibir secara semula jadi atau menghasilkan minyak dengan sendirinya. Malah, kulit bibir kita adalah 5 kali lebih nipis daripada kulit dibahagian wajah, membuatkan ia lebih mudah terdedah dengan kerosakan dan ketidaksamaan warna.


Dengan cuaca Malaysia yang lembap dan suhu melebihi 30°C sepanjang tahun, ia adalah
penting untuk kita sentiasa melindungi bibir kita dari sinaran matahari yang terik. Tambahan
pula, ramai diantara kita yang bekerja, menetap dan tidur di kediaman yang berhawa dingin,
membuatkan bibir lebih mudah kering dan merekah.

Masalah yang membimbangkan ialah, kebanyakan produk penjagaan bibir di pasaran tidak
fokus pada kesan jangka panjang. Sebaliknya, produk-produk tersebut menawarkan
penyelesaian segera yang tidak menangani punca sebenar bibir kering, merekah atau
berubah warna.

Sama seperti seseorang menggunakan serum wajah di siang hari dan masker muka
semalaman pada waktu malam, pakar kulit di SKINMADE menyarankan anda melakukan
penjagaan yang sama untuk bibir anda.

Lindungi pada siang hari dan pelihara pada waktu malam dengan SKINMADE Lip Power
Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum dan Lip Elixir Overnight
Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask, sistem terapi bibir pertama di pasaran
Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat untuk bibir.

SKINMADE merupakan sebuah jenama tempatan yang diasaskan pada tahun 2017, yang
didirikan berasaskan nilai untuk menghasilkan produk bermanfaat. Apa yang menjadikan
jenama ini unik ialah dedikasinya terhadap penciptaan inovasi, serta pengabungan formula
yang terbukti secara saintifik yang mampu menghasilkan produk luar biasa dan serasi
dengan keadaan kulit rakyat Malaysia. Kehadiran jenama ini di atas talian terbukti dalam produk viralnya seperti Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50+
PA++++, INFINITEBRIGHT™️ 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening serum,
dan Golden C®️ + Exoshot™️ Collagen Boosting Filler Concentrate.

Untuk Waktu Siang:
Melindungi, Mencerah & Memulih dengan SKINMADE Lip Power
Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum


Dengan perlindungan tertinggi SPF50+ PA++++, Lip Power ini yang diaktifkan oleh cahaya
antioksidan dapat meningkatkan rona merah jambu semula jadi bibir dan menguatkan daya
tahannya dari kerosakan sinar UV. Gabungan penapis UV mineral dan kimia memastikan
liputan spektrum penuh daripada sinaran UVB, UVA dan UVA ultra panjang, sekaligus
menghalang hingga 80% pigmentasi yang disebabkan oleh matahari serta mengurangkan
risiko penuaan foto dan penipisan bibir. Lip Power ini juga dirumus dengan perisai sinar biru,
yang dapat mengurangkan sehingga 70% tekanan oksidatif akibat sinar biru daripada
pencahayaan dalam rumah dan alat peranti digital.

Lip Power ini mengandungi beberapa bahan yang dipilih secara khusus, antaranya ialah:

👄Kompleks Pencerahan Lanjutan (X50®️ Pure White, Lumiskin™️, LUMINIA
GRANATUM™️, Oligopeptide-68, Asid Kojic Dipalmitate)
Manfaat: Memudarkan perubahan warna dan memulihkan rona merah jambu semula
jadi bibir
👄 Kompleks Antioksidan Lanjutan (Vitamin C THDA, Beta-Carotene, Resveratrol,
Ectoin, Mikro Alga Merah Jambu, Ekstrak Akar Likuoris)
Manfaat: Melawan tekanan oxida dan mengelakkan bibir dari menjadi gelap
👄 Minyak Kacang Soya, Minyak Biji Lobak, Silymarin
Manfaat: Pelembapan dari dalam dan memperbaiki lapisan pelindung.

Penggunaan: Oleskan pada bibir dengan menggunakan aplikator yang disediakan pada
waktu siang. Untuk perlindungan maksimum, oleskan pada bibir sebelum anda memakai
gincu.

Untuk Waktu Malam: Melembap, Menganjal & Mengelupas dengan SKINMADE Lip
Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask


Bangun dengan bibir yang lebih anjal, licin dan lembap! Di dalam tiub ini terdapat bahan-
bahan yang terbukti secara klinikal yang mampu meningkatkan kolagen, mengurangkan
garis-garis halus dan membuat bibir tampak penuh. Tidak seperti produk bibir lain, yang
mana untuk mendapat efek sebegini harus meningkatkan aliran darah dan menyebabkan rasa kesemutan yang tidak selesa, SKINMADE menggunakan ramuan inovasi pro-kolagen
dan bahan aktif bagi menambah isipadu bibir yang canggih untuk membuat bibir mungil
secara semula jadi. Bukan itu sahaja, dengan peptida penghalus tekstur ia mampu
membuang sel kulit mati yang menyebabkan kekasaran dan warna bibir tidak sekata.

Bahan-bahan pilihan pakar dalam Lip Elixir termasuk:

💄 Kompleks Pro-Kolagen & Berisi Padu (Matrixyl®3000, Humacoll21®, Volufilline™,
Linefill™, Kompleks 10-Peptida)
Manfaat: Meningkatkan penghasilan kolagen, keanjalan dan kemungilan bibir.
💄 Pengelupasan & Peptida Penghalusan Tekstur (Hexanoyl Dipeptide-3 Norleucine
Acetate)
Manfaat: Menyingkirkan kulit mati dengan lembut, serta menghasilkan bibir yang lebih
mulus dan lembut.
💄 Kompleks Pengukuhan Lapisan Perlindungan Kulit (Mentega Shea, Squalane, Beta
Karotena, Mikro Alga Merah Jambu, 5 Ceramide penting)
Manfaat: Memberikan kelembapan dan perlindungan yang berpanjangan.
💄 7 Minyak Phyto-Nutritive (Pir Berduri, Biji Oat, Kacang Soya, Macadamia, Avokado,
Meadowfoam, dan Jojoba)
Manfaat: Mengurangkan inflamasi dan merawat bibir merekah

Penggunaan: Oleskan pada bibir yang bersih dan kering sebelum tidur. Untuk penjagaan
rapi, oleskan lapisan tebal dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membersihkan
lebihanya.

Tip Penjagaan Kulit SKINMADE

Apabila mnghasilkan Lip Power dan Lip Elixir, SKINMADE memberi perhatian yang cukup
teliti untuk memastikan sistem terapi bibir ini serasi dengan semua:

💄 Tiada pewangi, minyak pati atau alkohol = sesuai untuk kulit dan bibir yang sensitif!
💄 Tiada retinoid, hidrokuinon atau pengganggu endokrin = selamat untuk ibu
mengandung dan sedang menyusu!
💄 Pembungkusan dan aplikator bebas logam = selamat untuk alahan nikel!
💄 Tekstur yang jernih, kemasan yang mulus & tidak melekit = sesuai untuk wanita dan
lelaki!
💄 Tiada kesan sampingan atau derivatif haiwan = mesra vegan dan halal!


SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum (8g, RM120) dan Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask (8g, RM113)
boleh didapati di TikTok Shop, Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.myskinmade.com/



Penyertaan Paling Ramai Dalam Acara Demonstrasi Penanggalan Solekan | Hada Labo


HADA LABO CIPTA REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS DENGAN PENYERTAAN PALING RAMAI DALAM ACARA DEMONSTRASI PENANGGALAN SOLEKAN

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2025 — Hada Labo, jenama penjagaan kulit terkemuka Jepun, telah mencapai satu pencapaian yang mengagumkan dengan meraih gelaran berprestij dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Penyertaan Paling Ramai dalam Acara Demonstrasi Penanggalan Solekan. Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi Hada Labo sebagai jenama penjagaan kulit yang berkesan, berkualiti tinggi, tetapi juga menonjolkan komitmennya untuk mendidik dan melibatkan pengguna dalam rutin penjagaan kulit yang betul.


Dianjurkan di Puteh, Subang, acara ini menjadi lebih istimewa dengan sokongan daripada Watsons Malaysia, rakan kolaborasi setia Hada Labo. Seramai 250 peserta hadir dengan solekan penuh dan bersama-sama menanggalkannya menggunakan Hada Labo Hydrating Cleansing Oil, diikuti dengan rutin pembersihan menggunakan Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash. Demonstrasi yang diselaraskan ini membuktikan kehebatan pembersihan yang berkesan namun lembut pada kulit daripada rangkaian produk Hada Labo, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai penyelesaian utama untuk kulit yang bersih dan terhidrat.

Pencapaian Sejarah dalam Penjagaan Kulit

Rakan runcit setia Hada Labo, Watsons Malaysia, turut memberi sokongan kepada acara ini, sekaligus memperkukuh impak jenama tersebut. Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, meluahkan perasaan teruja atas pengiktirafan berprestij ini: “Pencapaian ini adalah bukti yang kukuh terhadap falsafah penjagaan kulit ‘Perfect X Simple’ kami—membuktikan bahawa kulit bersih dan berseri boleh dicapai dengan mudah dengan produk dan rutin yang betul. Kami sangat berbangga kerana dapat penanda aras baharu dalam industri penjagaan kulit dan berkongsi detik ini bersama pengguna setia kami.”

Dalam satu detik yang membanggakan bagi jenama tersebut, seorang wakil daripada Malaysia Book of Records menyerahkan anugerah tersebut kepada Hada Labo, di samping mengiktiraf komitmennya terhadap inovasi dan penglibatan pengguna.



“Kami berasa sangat gembira untuk menganugerahkan gelaran rekod ini kepada Hada Labo. Keupayaan jenama untuk mengumpulkan begitu banyak peserta dalam satu demonstrasi penjagaan kulit yang interaktif telah menetapkan satu piawaian baharu dalam penglibatan industri,” kata Puan Siti Hajar Binti Johor, Malaysia Book of Records Official.


Sains di Sebalik Kehebatan Produk Pembersihan Hada Labo

Hada Labo Hydrating Cleansing Oil menjadi tumpuan utama dalam acara bersejarah ini,
dengan menanggalkan solekan, pelindung matahari, dan kotoran dengan mudah. Dikuasakan dengan lima jenis minyak kecantikan berkualiti tinggi, ia memberikan manfaat penjagaan kulit yang luar biasa:


➤Penanggal Solekan yang Berkesan – Minyak Zaitun, Jojoba, Macadamia, Rosehip & Biji Moringa menanggalkan minyak berlebihan, kotoran, dan solekan kalis air yang degil dengan berkesan.
➤Hidrasi Yang Mendalam – Diperkaya dengan dua jenis Asid Hialuronik untuk mengekalkan kelembapan kulit selepas pembersihan.
➤Perlindungan Anti-Pencemaran – Melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran dan mengurangkan lekatan kotoran dan sisa cemar.
➤Lembut pada Kulit – Bebas daripada alkohol, pewangi, pewarna, dan minyak mineral, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.


Setelah menggunakan Hydrating Cleansing Oil, peserta menyelesaikan rutin pembersihan dua langkah dengan Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash, yang bukan sahaja membersihkan tetapi juga meningkatkan kecerahan kulit dengan ciri-ciri berikut:


➤Mengunci Kelembapan – 2 jenis Asid Hialuronik mengekalkan kelembutan, keanjalan, dan kelembapan kulit.
➤Mencerahkan &Menyerikan – Resveratrol, Niacinamide, Vitamin C & E meratakan tona kulit dan memperbaiki tekstur kulit.
➤Memberi Hidrasi Mendalam – Ekstrak Alga Perang membekalkan mineral dan mengekalkan kelembapan.
➤Lembut pada Kulit – Bebas daripada alkohol, pewangi, pewarna, dan minyak mineral, sesuai untuk semua jenis kulit.

Raikan dengan Tawaran Eksklusif Hada Labo di Watsons!

Bagi meraikan detik bersejarah ini, Hada Labo menawarkan penjimatan ekslusif kepada peminat dari 6 Mac hingga 14 April 2025 di cawangan Watsons Malaysia!

✨ Rebat Segera RM10 dengan pembelian minimum RM100 untuk produk Hada Labo.
✨ Diskaun 20% untuk Hydrating Cleansing Oil + diskaun tambahan 5% untuk ahli
Watsons.
✨ Diskaun 30% untuk Hydra & Whitening Face Wash sebagai tawaran Pembelian dengan
Pembelian (PWP) dengan minyak pembersih.

Jangan lepaskan tawaran terhad ini—kerana kulit sihat dan terhidrat bermula dengan
pembersihan yang betul!

Untuk maklumat lanjut tentang produk atau untuk mendapatkan kemas kini mengenai acara
yang akan datang, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook: MyHadaLabo
atau Instagram: @hadalabomalaysia atau TikTok: @hadalabomy

Cara Menggandakan Duit Persaraan Anda Menggunakan Akaun KWSP

Peluang untuk Menggandakan Duit Persaraan Anda Menggunakan Akaun KWSP dengan Melakukan Pelaburan di Private Mandate dan Unit Trust

Dalam usaha untuk mencapai matlamat persaraan yang selesa, kebanyakan rakyat Malaysia bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Walaupun KWSP menyediakan asas yang kukuh untuk masa depan kewangan, potensi untuk menggandakan duit persaraan boleh lebih dimaksimumkan melalui strategi pelaburan yang bijak. Salah satu cara yang semakin mendapat perhatian adalah dengan melakukan pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP dalam Private Mandate dan Unit Trust.

Memahami Akaun 1 KWSP

Akaun 1 KWSP adalah akaun yang dikhaskan untuk simpanan persaraan anda. Di dalam akaun ini, hanya 30% dari jumlah simpanan dibenarkan untuk dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang diluluskan oleh KWSP, seperti Private Mandate dan Unit Trust. Ini bermakna anda boleh memanfaatkan simpanan persaraan anda untuk menjana lebih banyak pulangan, selagi anda memilih pelaburan yang sesuai dengan profil risiko anda.

Apa Itu Private Mandate?

Private Mandate merupakan satu bentuk pelaburan yang lebih khusus dan biasanya disesuaikan mengikut keperluan dan matlamat kewangan individu. Dalam Private Mandate, anda akan mempunyai seorang pengurus pelaburan yang akan merancang dan menguruskan portfolio pelaburan anda berdasarkan mandat yang anda tetapkan. Kelebihan Private Mandate ialah pelaburan ini lebih fleksibel dan dapat disesuaikan untuk mencapai matlamat tertentu, seperti pertumbuhan modal jangka panjang atau pendapatan pasif.


Kelebihan Private Mandate:

  • Pengurusan Profesional: Anda mendapat khidmat pengurus pelaburan yang berpengalaman.

  • Fleksibiliti: Anda boleh menetapkan mandat yang disesuaikan dengan matlamat kewangan anda.

  • Pulangan Lebih Tinggi: Berpotensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi berbanding pelaburan konvensional.

Apa Itu Unit Trust?

Unit Trust pula adalah pelaburan kolektif di mana wang dari pelbagai pelabur dikumpulkan dan dilaburkan dalam pelbagai instrumen kewangan seperti saham, bon, dan hartanah. Unit Trust adalah pilihan yang popular kerana ia menawarkan diversifikasi yang baik dengan modal yang lebih rendah, menjadikannya sesuai untuk pelabur yang ingin memulakan pelaburan dengan risiko yang lebih terkawal.

Kelebihan Unit Trust:

  • Diversifikasi: Mengurangkan risiko melalui pelaburan dalam pelbagai instrumen.

  • Aksesibiliti: Lebih mudah diakses dengan modal permulaan yang lebih rendah.

  • Pengurusan Profesional: Diuruskan oleh pengurus dana yang berpengalaman.

Mengapa Melabur Menggunakan Akaun 1 KWSP?

Melabur menggunakan Akaun 1 KWSP menawarkan beberapa kelebihan unik:

  1. Manfaat Cukai: Dividen dan keuntungan modal daripada pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP tidak dikenakan cukai, yang membantu memaksimumkan pulangan bersih anda.

  2. Potensi Pertumbuhan Modal: Dengan melabur dalam instrumen seperti Private Mandate dan Unit Trust, anda boleh mencapai pertumbuhan modal yang lebih tinggi, melebihi kadar faedah simpanan KWSP biasa.

  3. Kepelbagaian Portfolio: Pelaburan dalam Private Mandate dan Unit Trust membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan anda, mengurangkan risiko ketidakstabilan pasaran.

  4. Pengurusan Risiko: Pengurusan oleh profesional pelaburan membolehkan anda memanfaatkan kepakaran mereka dalam membuat keputusan pelaburan yang lebih baik dan meminimumkan risiko.

Langkah-Langkah untuk Memulakan Pelaburan

Untuk memulakan pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

  1. Semak Kelayakan: Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Akaun 1 KWSP untuk layak melabur.

  2. Pilih Syarikat Pengurusan Pelaburan: Pilih syarikat pengurusan pelaburan yang diluluskan oleh KWSP. Anda boleh menyemak senarai di laman web rasmi KWSP.

  3. Tentukan Strategi Pelaburan: Bincang dengan pengurus pelaburan anda untuk menentukan strategi yang sesuai, sama ada dalam Private Mandate atau Unit Trust.

  4. Lakukan Pelaburan: Serahkan borang permohonan yang diperlukan dan lakukan pelaburan. Anda boleh memantau prestasi pelaburan melalui portal KWSP atau laporan yang diberikan oleh syarikat pengurusan pelaburan anda.

Kesimpulan

Melabur menggunakan Akaun 1 KWSP dalam Private Mandate dan Unit Trust adalah peluang yang baik untuk menggandakan duit persaraan anda. Dengan manfaat cukai, potensi pertumbuhan modal, dan pengurusan risiko yang baik, anda boleh mencapai matlamat kewangan yang lebih tinggi. Namun, penting untuk anda memahami risiko yang terlibat dan mendapatkan nasihat daripada profesional kewangan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Jadi, ambillah langkah pertama ke arah persaraan yang lebih selesa dengan mempertimbangkan pelaburan melalui Akaun 1 KWSP hari ini!

Nota 

Jika anda ada intention atau berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai bagaimana cara melabur menggunakan duit KSWP akaun 1 anda ke arah Private Mandate atau Unit Trust, atau Private Equity menggunakan kaedah yang dibenarkan di Malaysia, anda boleh mengisi borang register interest di sini terlebih dahulu. Dan kami akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.


TuJu Residences: Inovasi Hidup Bandar Terkini


Hari ini, Farah teruja untuk memperkenalkan TuJu Residences & Retail, projek pertama oleh Distinctive World Sdn Bhd—hasil usaha sama antara Distinctive Capital Sdn Bhd dan Eccaz Sdn Bhd.

Terletak di KL Duta North, TuJu Residences & Retail bukan sekadar pembangunan kediaman bercampur; ia membawa revolusi dalam gaya hidup bandar Kuala Lumpur. Dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh karya abstrak kontemporari Piet Mondrian dari tahun 1930-an, TuJu Residences menawarkan seni bina yang benar-benar mencuri perhatian dan memukau

TuJu Residences membina kediaman yang memenuhi keperluan setiap generasi.


Mengambil perkataan Melayu untuk "arah," TuJu melambangkan satu usaha untuk mencipta ruang yang memiliki fungsi dan bermakna secara mendalam bagi membolehkan penghuninya meningkatkan asas kefungsiannya. Komitmen ini untuk dapat memupuk sebuah komuniti berbilang generasi yang berhubung dan prihatin, selain memastikan setiap penduduk merasai sokongan, kebersamaan, dan keberdayaan.

Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM750 juta, TuJu Residences dimajukan di atas tanah berkeluasan 4.52 ekar dan terdiri daripada 932 unit kediaman luas dan 38 unit kedai. Pembangunan dengan kepadatan rendah ini terdiri daripada dua blok, dengan setiap satu menawarkan 466 unit kediaman. Blok B dilancarkan pada Mac 2024, sementara Blok A dijangka pada suku keempat 2024.

Lebih khusus, penggunaan rangka menonjol dan warna utama menyelitkan sebuah asimetri sudut permainan tetapi dipadankan dengan sempurna seumpama blok Tetris aneh dalam satu tataan kediaman moden yang konsisten. Pembangunan menara berkembar setinggi 41 tingkat ini juga terdiri daripada unit komersial dan kediaman yang kelihatan modular dan berbeza. Meskipun begitu, ia dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan keluarga moden dan mewujudkan komuniti berbilang generasi yang dinamik serta berwarna-warni.

Setiap satu blok menawarkan 466 unit kediaman.


Di TuJu Residences, prinsip panduan kesederhanaan berbeza berbanding praktikaliti yang telah menghasilkan ruang asimetri dengan warna dan tekstur kontra yang bertenaga di tengah-tengah persekitaran yang malar subur. Setiap komponen dirancang dengan teliti untuk menjadikannya lebih elegan dan memberi inspirasi kepada penduduk ketika menikmati seni bina dalaman bangunan.

Seni bina bahagian hadapan TuJu menggabungkan pendekatan pragmatik terhadap kelestarian. Belebas balkoni disatukan dengan dinding struktur, membentuk pendekatan elegan yang akan menambah daya tarikan luar bangunan, sekali gus menyumbang kepada pengurusan haba yang baik melalui saluran pengudaraan pasif.


Nikmati pemandangan panoramik dari ruang atas bumbung TuJu.


Alami ketenangan di lounge terapung TuJu Residences, tempat yang ideal untuk bersantai.


Nikmati pemandangan bandar yang menakjubkan dari rooftop TuJu Residences


Ia merangkumi beberapa inisiatif yang mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan menggalakkan kehidupan bandar yang lestari termasuk penggunaan saluran pengudaraan silang semula jadi yang mesra alam, landskap hijau yang terbentang luas, kawasan tadahan air, serta teknologi solar dan pengumpulan air hujan canggih.

Dari satu sudut, kemampuan pembeli dewasa yang bekerja berusia 20-an memiliki kediaman di bandar besar sangat jarang berlaku disebabkan kos hidup yang tinggi. Justeru, TuJu Residences & Retail menyasar untuk menjadi pencetus perubahan dalam pasaran hartanah Kuala Lumpur dengan menawarkan kediaman yang dirancang dengan bijak yang sesuai dengan keperluan golongan pekerja muda berkeluarga dan warga emas, selain mengembalikan aspek mampu milik bagi pembangunan bandar.

Kawasan Strategik & Mempunyai Ciri-ciri Keselamatan Tip-top

TuJu Residences mengutamakan keselamatan dan kemudahan untuk semua lapisan masyarakat. Dengan lebih daripada 50 kemudahan rekreasi yang direka khas, TuJu menawarkan persekitaran yang selamat dan inklusif. Kemudahan ini memastikan penghuni, dari kanak-kanak hingga warga emas, dapat menikmati gaya hidup berkualiti sambil berinteraksi secara positif. Dengan komitmen untuk mencipta ruang yang mendukung kesejahteraan dan hubungan sosial, TuJu menjanjikan pengalaman hidup bandar yang benar-benar holistik.

Kolam renang dengan suasana yang menenangkan.


Antara kemudahan rekreasi di TuJu Residences adalah taman perkhemahan.


Di TuJu Residences, nikmati ketenangan dan keselesaan di ruang rehat yang selesa


Pembangunan ini merangkumi pelbagai kemudahan yang ditawarkan di tiga aras, termasuk kolam renang infinity 50m, bilik permainan, ruang makan terbuka, ruang teater, ruang komputer, ruang bacaan, dan lain-lain. Tambahan pula, Blok Annexe menawarkan kemudahan seperti tingkat senaman, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, dan dewan serba guna untuk penghuni berkumpul dan mengadakan majlis sambutan istimewa.

Terletak di off Jalan Kuching, TuJu Residences menawarkan ketersambungan yang sangat baik ke kawasan-kawasan utama di Lembah Klang. Lokasi perdana ini memastikan penduduk terhubung dengan kemudahan asas dan hab bandar yang dinamik. Selain itu, perkhidmatan bas percuma disediakan, menyediakan akses mudah ke pusat tumpuan utama seperti Publika Shopping Gallery, MRT Titiwangsa, dan MITEC.

TuJu Residences terletak di kawasan strategik KL Duta North, menawarkan kemudahan yang tiada tandingan.


Jangan risau jika anda tinggal di TuJu Residences tanpa kenderaan persendirian. Anda akan menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lengkap, termasuk MRT, teksi, bas, dan perkhidmatan e-hailing. Dengan pelbagai pilihan ini, anda mudah bergerak ke mana sahaja di sekitar kawasan dengan selesa dan tanpa masalah

Pembangunan ini juga memiliki akses melalui rangkaian utama Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya SPRINT, Penchala Link, Kerinchi Link, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Ia menyediakan rangkaian mudah kepada penghuni TuJu Residences untuk urusan kerja, membeli-belah, atau bersantai.

Unit Galeri Rumah di TuJu Residences

Fara dah terpesona dengan unit galeri di TuJu Residences! Nak tahu lebih lanjut tentang TuJu Residences? Ayo kunjungi unit galeri dan pameran di TuJu Sales Gallery. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri kehebatan dan keselesaan yang ditawarkan!


Type A1a, 710sf, 1R 1B (bedroom)


Type B, 893sf, 2R 2B (livingroom, dining & kitechen)


Type D1a, 1270sf, 3R 1S 2B (dining & living room)


Type D1a, 1270sf, 3R 1S 2B (ruang tamu)


Fara sangat teruja dengan rekabentuk unit galeri TuJu Residences! Walaupun tidak terlalu besar, apartment ini menawarkan keselesaan luar biasa, ideal untuk pasangan. Jika anda penggemar konsep minimalis, pasti akan jatuh cinta dengan gaya yang segar dan moden ini!

Komitmen Berbilang Generasi

TuJu Residences direka untuk memenuhi keperluan setiap generasi, mencipta kediaman yang berkembang bersama penghuninya. Pembangunan ini menggalakkan komuniti yang menyokong dan berkembang di mana semua peringkat usia dapat hidup dan maju bersama.

Projek ini menawarkan pelbagai pelan lantai fleksibel, membolehkan ruang diubah suai untuk memenuhi keperluan keluarga yang berubah dari masa ke masa. Dengan 10 reka bentuk unik, unit berkeluasan antara 710 hingga 1,442 kaki persegi, tersedia dari harga RM440,000.

Dari segi kelestarian, pembangunan ini menyediakan tempat letak kereta mesra EV, dan penduduk boleh memohon untuk memasang stesen pengecas EV mereka sendiri, tertakluk kepada kelulusan.

Dinding bukan struktur dalam unit memberikan fleksibiliti untuk perubahan masa depan, menjadikan TuJu Residences pilihan ideal untuk keluarga yang berkembang, mereka yang menjaga ibu bapa warga emas, dan sesiapa yang mencari keseimbangan antara kehidupan moden dan nilai tradisional.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek TuJu Residences, sila lawati laman web di https://tujuresidences.com.my/