Melindungi pada siang hari, memelihara pada waktu malam, SKINMADE hadir dengan penjagaan bibir intensif pertama di Malaysia!
Tahukah anda? Kulit pada bahagian bibir kita sebenarnya tidak mempunyai pori-pori, kelenjar sebum ataupun kelenjar peluh. Ini bermakna ianya tidak berupaya melembapkan bibir secara semula jadi atau menghasilkan minyak dengan sendirinya. Malah, kulit bibir kita adalah 5 kali lebih nipis daripada kulit dibahagian wajah, membuatkan ia lebih mudah terdedah dengan kerosakan dan ketidaksamaan warna.
Dengan cuaca Malaysia yang lembap dan suhu melebihi 30°C sepanjang tahun, ia adalah
penting untuk kita sentiasa melindungi bibir kita dari sinaran matahari yang terik. Tambahan
pula, ramai diantara kita yang bekerja, menetap dan tidur di kediaman yang berhawa dingin,
membuatkan bibir lebih mudah kering dan merekah.
Masalah yang membimbangkan ialah, kebanyakan produk penjagaan bibir di pasaran tidak
fokus pada kesan jangka panjang. Sebaliknya, produk-produk tersebut menawarkan
penyelesaian segera yang tidak menangani punca sebenar bibir kering, merekah atau
berubah warna.
Sama seperti seseorang menggunakan serum wajah di siang hari dan masker muka
semalaman pada waktu malam, pakar kulit di SKINMADE menyarankan anda melakukan
penjagaan yang sama untuk bibir anda.
Lindungi pada siang hari dan pelihara pada waktu malam dengan SKINMADE Lip Power
Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum dan Lip Elixir Overnight
Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask, sistem terapi bibir pertama di pasaran
Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat untuk bibir.
SKINMADE merupakan sebuah jenama tempatan yang diasaskan pada tahun 2017, yang
didirikan berasaskan nilai untuk menghasilkan produk bermanfaat. Apa yang menjadikan
jenama ini unik ialah dedikasinya terhadap penciptaan inovasi, serta pengabungan formula
yang terbukti secara saintifik yang mampu menghasilkan produk luar biasa dan serasi
dengan keadaan kulit rakyat Malaysia. Kehadiran jenama ini di atas talian terbukti dalam produk viralnya seperti Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF50+
PA++++, INFINITEBRIGHT™️ 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening serum,
dan Golden C®️ + Exoshot™️ Collagen Boosting Filler Concentrate.
Untuk Waktu Siang: Melindungi, Mencerah & Memulih dengan SKINMADE Lip Power
Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum

Dengan perlindungan tertinggi SPF50+ PA++++, Lip Power ini yang diaktifkan oleh cahaya
antioksidan dapat meningkatkan rona merah jambu semula jadi bibir dan menguatkan daya
tahannya dari kerosakan sinar UV. Gabungan penapis UV mineral dan kimia memastikan
liputan spektrum penuh daripada sinaran UVB, UVA dan UVA ultra panjang, sekaligus
menghalang hingga 80% pigmentasi yang disebabkan oleh matahari serta mengurangkan
risiko penuaan foto dan penipisan bibir. Lip Power ini juga dirumus dengan perisai sinar biru,
yang dapat mengurangkan sehingga 70% tekanan oksidatif akibat sinar biru daripada
pencahayaan dalam rumah dan alat peranti digital.
Lip Power ini mengandungi beberapa bahan yang dipilih secara khusus, antaranya ialah:
👄Kompleks Pencerahan Lanjutan (X50®️ Pure White, Lumiskin™️, LUMINIA
GRANATUM™️, Oligopeptide-68, Asid Kojic Dipalmitate)
Manfaat: Memudarkan perubahan warna dan memulihkan rona merah jambu semula
jadi bibir
👄 Kompleks Antioksidan Lanjutan (Vitamin C THDA, Beta-Carotene, Resveratrol,
Ectoin, Mikro Alga Merah Jambu, Ekstrak Akar Likuoris)
Manfaat: Melawan tekanan oxida dan mengelakkan bibir dari menjadi gelap
👄 Minyak Kacang Soya, Minyak Biji Lobak, Silymarin
Manfaat: Pelembapan dari dalam dan memperbaiki lapisan pelindung.
Penggunaan: Oleskan pada bibir dengan menggunakan aplikator yang disediakan pada
waktu siang. Untuk perlindungan maksimum, oleskan pada bibir sebelum anda memakai
gincu.
Untuk Waktu Malam: Melembap, Menganjal & Mengelupas dengan SKINMADE Lip
Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask
Bangun dengan bibir yang lebih anjal, licin dan lembap! Di dalam tiub ini terdapat bahan-
bahan yang terbukti secara klinikal yang mampu meningkatkan kolagen, mengurangkan
garis-garis halus dan membuat bibir tampak penuh. Tidak seperti produk bibir lain, yang
mana untuk mendapat efek sebegini harus meningkatkan aliran darah dan menyebabkan rasa kesemutan yang tidak selesa, SKINMADE menggunakan ramuan inovasi pro-kolagen
dan bahan aktif bagi menambah isipadu bibir yang canggih untuk membuat bibir mungil
secara semula jadi. Bukan itu sahaja, dengan peptida penghalus tekstur ia mampu
membuang sel kulit mati yang menyebabkan kekasaran dan warna bibir tidak sekata.
Bahan-bahan pilihan pakar dalam Lip Elixir termasuk:
💄 Kompleks Pro-Kolagen & Berisi Padu (Matrixyl®3000, Humacoll21®, Volufilline™,
Linefill™, Kompleks 10-Peptida)
Manfaat: Meningkatkan penghasilan kolagen, keanjalan dan kemungilan bibir.
💄 Pengelupasan & Peptida Penghalusan Tekstur (Hexanoyl Dipeptide-3 Norleucine
Acetate)
Manfaat: Menyingkirkan kulit mati dengan lembut, serta menghasilkan bibir yang lebih
mulus dan lembut.
💄 Kompleks Pengukuhan Lapisan Perlindungan Kulit (Mentega Shea, Squalane, Beta
Karotena, Mikro Alga Merah Jambu, 5 Ceramide penting)
Manfaat: Memberikan kelembapan dan perlindungan yang berpanjangan.
💄 7 Minyak Phyto-Nutritive (Pir Berduri, Biji Oat, Kacang Soya, Macadamia, Avokado,
Meadowfoam, dan Jojoba)
Manfaat: Mengurangkan inflamasi dan merawat bibir merekah
Penggunaan: Oleskan pada bibir yang bersih dan kering sebelum tidur. Untuk penjagaan
rapi, oleskan lapisan tebal dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membersihkan
lebihanya.
Tip Penjagaan Kulit SKINMADE
Apabila mnghasilkan Lip Power dan Lip Elixir, SKINMADE memberi perhatian yang cukup
teliti untuk memastikan sistem terapi bibir ini serasi dengan semua:
💄 Tiada pewangi, minyak pati atau alkohol = sesuai untuk kulit dan bibir yang sensitif!
💄 Tiada retinoid, hidrokuinon atau pengganggu endokrin = selamat untuk ibu
mengandung dan sedang menyusu!
💄 Pembungkusan dan aplikator bebas logam = selamat untuk alahan nikel!
💄 Tekstur yang jernih, kemasan yang mulus & tidak melekit = sesuai untuk wanita dan
lelaki!
💄 Tiada kesan sampingan atau derivatif haiwan = mesra vegan dan halal!
SKINMADE Lip Power Light-Activated Maximum Boost Super Antioxidants Serum (8g, RM120) dan Lip Elixir Overnight Maximum Treatment Pro-Collagen Lip Mask (8g, RM113)
boleh didapati di TikTok Shop, Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.myskinmade.com/
0 KOmen: