4 Cara Paling Berkesan Hilangkan Kesan Parut Keloid atau Parut Timbul
Apakah Itu Keloid?
Keloid adalah parut yang lebih besar dan lebih luas daripada kecederaan asal. Apabila kulit tercedera, tisu “fibrous” atau tisu parut terbentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi kawasan yang mengalami kecederaan.
Bisanya parut ini selepas individu mengalami kecederaan yang teruk ataupun pembedahan. Keloid ini tidaklah membahayakan, tetapi kehadirannya boleh menganggu penampilan serta keyakinan diri kerana parut ini tidak boleh disorok melainkan ia di bahagian badan yang tidak boleh dilihat.
Apakah Gejala Keloid?
Keloid berpunca daripada tisu parut atau bekas luka yang terlalu aktif. Gejala berlaku di tapak kecederaan kulit sebelum ini termasuklah:
- Kawasan setempat yang berwarna merah jambu atau merah.
- Kawasan kulit yang kental atau licin dan tebal.
- Kawasan yang tercedera berkembang dengan tisu parut secara progresif.
- Parut terasa gatal.
- Parut lebih besar daripada luka asal.
- Parut yang menyakitkan apabila disentuh atau tergeser.
Keloid mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk berkembang. Kadang korang mungkin mengalami ketidakselesaan atau kerengsaan jika tergeser pada pakaian atau sebarang permukaan kasar.
Cara Hilangkan Kesan Parut Keloid (Parut Timbul)
Sakit mata bila tengok kesan parut luka kemalangan. Nak pergi laser pula takut kan. Jadi di sini aku senaraikan produk-produk yang membantu untuk mengurangkan parut keloid. Untuk luka bekas ibu-ibu czer pun boleh cuba cara ini.
Yang penting kena konsisten pakai tau.
1. ScarAway Professional Grade Silicone Scar Sheets (8 sheets / 12 sheets)
HYPERTROPHIC & KELOID SCAR TREATMENT: Mengurangkan kemerahan, gatal-gatal dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan parut, seperti parut hipertropik dan keloid akibat daripada kecederaan, melecur, pembedahan dan banyak lagi. Juga membantu mengurangkan masalah parut jerawat.
SOFTEN OLD & NEW SCARS: Memperbaiki penampilan parut baru dan lama. Melembutkan parut dalam masa 4-8 minggu. Bergantung dengan kulit individu.
COMFORTABLE BODY SCAR TREATMENT: Diperbuat daripada fabrik yang sangat nipis dan breathable. Memberikan keselesaan optimum dalam merawat parut. Boleh dibasuh, fleksibel, menghidrat, melembutkan kulit dan melindungi parut daripada pergerakan harian
CLINICALLY SUPPORTED SCAR TREATMENT: ScarAway ialah rawatan parut yang disokong secara klinikal, menampilkan teknologi yang digunakan oleh hospital, pakar bedah plastik dan pusat luka bakar untuk mencegah dan merawat parut.
2. CeraVe Resurfacing Retinol Serum
Cerave Resurfacing Retinol Serum dapat menghilangkan segala bekas parut jerawat, dan ia diakui oleh ramai pengguna.
Selain itu, serum ini membantu melicinkan tekstur kulit korang dengan mengurangkan penampilan bekas selepas jerawat, meminimumkan liang pori-pori dan memperbaiki permukaan kulit.
3. CICA-CARE Scar Treatment Gel Sheet
CICA-CARE ialah gel silikon pelekat diri yang berkesan dalam mengurangkan parut merah, gelap atau parut timbul.
CICA-CARE tahan lama, selesa dan boleh digunakan semula, sesuai untuk kegunaan siang dan malam. Ia juga selamat digunakan pada kanak-kanak dan orang dewasa, menjadikannya sesuai untuk seisi keluarga.
Dalam masa 2-4 bulan parut yang korang anggap kekal boleh dirawat dan penampilannya bertambah baik secara kekal. InsyaAllah.
4. Mederma Advanced Scar Gel
Mederma Advanced Scar Gel secara klinikal dapat membantu mengurangkan bekas, warna dan tekstur parut.
Kebanyakkan doktor dan ahli farmasi mengesyorkan Mederma daripada jenama lain untuk parut yang lebih lama dan lebih baru. Ia berfungsi untuk pelbagai jenis parut, termasuk parut jerawat, parut pembedahan, dan parut akibat melecur, luka dan kecederaan lain.
Cara penggunaan pun mudah sahaja, korang hanya perlu sapukan sedikit cream. Urut perlahan-lahan ke dalam parut sehingga tiada lagi rasa berkilat, basah atau melekit.
Jika kulit korang kelihatan kering atau mengelupas selepas menggunakan Mederma Advanced Scar Gel, korang mungkin menggunakan terlalu banyak. Jangan lupa bersihkan kawasan tersebut dengan sabun lembut dan air sebelum sapuan segar.
Secara amnya, pengguna Mederma Advanced mula melihat peningkatan yang ketara selepas kira-kira 4 minggu penggunaan harian, dengan penggunaan optimum dalam 8 minggu.
0 KOmen: