Seronoknya Bermain Aquabeads!

7/05/2022 09:11:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum... hai korang!

Anak-anak Fara ni bila masuk je dalam kedai mesti ajak cuci-cuci mata ke bahagian permainan. Naluri anak kecil memang sukakan mainan. Kadang kala, Aimi dan Amira dapat tengok mainan saja pun jadilah. Hati mak-mak ni pula bila anak tengok mainan tanpa membeli rasa serba salah dibuatnya. Belikan juga apa sahaja mainan asalkan anak gembira. 


Bila anak-anak semakin meningkat besar, Fara lebih cerewet untuk membelikan mereka mainan. Kenapa? Fara lebih suka mainan yang boleh membuatkan anak fokus dalam erti kata lain 'belajar sambil bermain' seperti permainan yang boleh melatih dan merangsang perkembangan kemahiran motor halus mereka. Sambil memilih permainan yang sesuai, Fara juga kena pastikan mainan tersebut adalah mainan yang anak-anak minat. 

Memilih mainan yang baik tak semestinya mahal dan baru. Ada juga permainan murah dan klasik yang masih relevan serta tetap mempunyai nilai tertentu – melebihi daripada apa yang kita fikirkan. Disebabkan anak-anak lebih berminat kepada bahagian kreativiti Fara pun menghadiahkan meraka permainan AQUABEADS. 

Aquabeads Mystic Unicorn Set dan Aquabeads beginners carry case


Aquabeads ni mainan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan 4 tahun ke atas. Mengandungi pelbagai jenis warna dan bentuk beads, set ini lengkap dengan kotak supaya mudah untuk simpan selepas bermain. Set yang Fara beli ni adalah Aquabeads Mystic Unicorn Set dan Aquabeads beginners carry case

Aquabeads Mystic Unicorn Set

Dalam Aquabeads Mystic Unicorn Set includes over 1500 beads in 24 colors, creation display, designpegs, key chain accessories, color straps, template sheet with instructions

Template designs include colorful unicorns, rainbow, moon, and hearts which can be crafted by placingincluded star, solid, and jewel beads onto the tray

*Creation Display becomes a display stand for your Aquabeads creations.

*Includes Solid Beads, Jewel Beads, and Star Beads. Create more bead designs with Aquabeads refills soldseparately

*Aquabeads is suitable for children ages 4 and above. Not suitable for children under age 3
due to smallparts.

Aquabeads beginners carry case


Beginners Carry Case sesuai untuk mereka yang baru bermula pengembaraan Aquabeads. Dalam set ini ada lebih 900 manik dalam 24 warna, carry case with flip tray andbead pallette, double-sided Aquabeads pen, sprayer, creation display, design pegs, template sheets, dan instructions

Reka bentuk templat termasuk arnab, ikan lumba-lumba, dinosaur, pelangi, ais krim dan banyak lagi. Refill semula Aquabeads dijual secara berasingan. Kalau habis tak perlu beli set cuma beli refill sahaja.

5 kelebihan bermain AQUABEADS yang Fara nak kongsikan dengan anda.

1) Meningkatkan keyakinan


Aquabeads memberikan anak-anak challenges baru dan masalah untuk diatasi. Template corak yang diberikan agak mencabar untuk anak seawal usia 4 tahun. Dengan berpandukan kertas yang disediakan, anak-anak boleh buat dan mencipta reka bentuk tersebut. Di samping itu, anak-anak boleh belajar untuk mengenal warna jadi tidak hairanlah ia dapat membantu menambahkan keyakinan diri anak-anak. Permainan Aquabeads ini juga bagus untuk memupuk kretiviti serta imaginasi anak. 

2) Mengajar anak-anak self-control


Ha..kadang-kadang anak-anak boleh jadi terlalu 'overwhelm' dengan persekitaran mereka kan. Itu yang mudah nak mengamuk tu. Bila bermain Aquabeads menjadikan anak-anak lebih tenang serta membantu mereka untuk mengatur pemikiran dan perasaan mereka.

3) Mencetus kreativiti



Permainan seperti Aquabeads adalah cara yang baik untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak. Bayangkan berapa banyak benda yang mereka boleh buat dengan beads ini. Aimi dan Amira dah biasa dengan permainan Aquabeads ni. Dalam 30 minit mereka boleh buat sehingga 4-5 corak. Kadang kala, mereka mencipta sendiri corak tanpa melihat template yang diberi.

4) Melatih social skill


Pernah dengar x anak-anak yang selalu bermain dengan rakan-rakan lebih mudah untuk berkomunikasi seperti mengalah, pandai bergaul, bermain dengan tenang? Ia dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga sosial mereka. Di rumah juga kita boleh memupuk social skill anak-anak. Luangkan masa bermain bersama mereka inshaAllah social skill anak juga boleh meningkat dan merapatkan jua hubungan keluarga.


5) Membina kemahiran fizikal



Aquabeads juga dapat membantu membina kemahiran fizikal anak-anak seperti koordinasi, stabiliti dan juga motor-planning skills. Mengambil beads, menggunakan penyepit (tongs), memasukkan beads kedalam tempatnya dan sebagainya adalah sangat bagus untuk perkembangan anak-anak.

Mungkin Aquabeads atau manik adalah permainan yang kurang familiar bagi anda. Namun permainan ini dapat mengasah kreativiti anak anda disamping dapat melatih kemahiran motor tangan dan jari anak anda semasa bermain.



AMARAN ❗❗mainan ini agak kecil dan berbahaya jika anak anda masih kecil dan tidak faham arahan. Pastikan anda bersama dan mengawal anak anda semasa bermain.


Antara kelebihan apabila bermain beads ialah:

  • Latih meningkatkan motor halus
  • Membantu mengenal warna dan meningkatkan kreativiti
  • Latih fokus, tingkatkan kecekapan koordinasi mata, otak dan tangan
  • Bantu anak mengawal emosi

Tahukan, bermain merupakan perkara penting kepada kanak kanak dalam menjamin kesejahteraan fizikal, sosial dan emosi mereka? Ianya penting juga untuk perkembangan optimum kanak kanak. Memetik kata dari Karl Gross - “Bermain membolehkan kanak kanak berlatih menjadi dewasa dan belajar pelbagai kemahiran berguna dalam kehidupan”. Jadi, sebagai ibu bapa seharusnya kita seimbangkan antara bermain dan belajar agar anak-anak tidak stress.

Sebagai ibu bapa, sebenarnya kita boleh menjadikan mainan sebagai alat untuk mengasah kemahiran anak-anak di samping meneroka bakat terpendam mereka. Permainan yang baik bukan sekadar menyeronokkan, tetapi ia juga mampu memberi manfaat sepanjang hayat serta mengukir memori indah. Macam aquabeads ni, memang favourite Aimi dan Amira! 




Untuk maklumat lanjut mengenai Aquabeads terus klik link dibawah :



You Might Also Like

0 KOmen: