10 Resipi Maggie/Mee Segera Sedap Dan Ringkas

11/19/2020 01:27:00 PTG Fara Lumière 2 Comments

Selain masakan maggi yang tersedia di plastik tersebut, sebenarnya banyak lagi resepi yang anda boleh cuba. Mungkin kita sudah terbiasa maggi adalah makanan segera. Jadi dengan pantas boleh siap dan terus makan. Tetapi kalau anda mempunyai masa, apa kata cuba dulu resepi lain ini tetapi bahan utamanya adalah maggi yang ada pada anda ketika ini. Siapa yang suka sangat maggie kari, boleh la cuba 10 resepi maggie di bawah

1. Maggi Tomyam


Bila suami tiba2 nak makan Maggi Tomyam, haaa ni dia siap sekuali. mee tomyam pedas kuah pekat terpikat

Campak2 jer semua,bwg merah,putih halia dan cili kering yg dah kisar,tumis sampai pecah minyak, masukkan ayam,serai yg dah dhiris halus kemudian masukkan air, masukkan kiub tomyam, bila dah separuh masak ayam tu, masukkan air asam jawa dan perahan air limau, kemudian mee,bila mee dah separuh masak, campak daum ketumbar, limau purut,cili padi dan tomato, kacau seketika letak bahan perasa, siapppp!!!!

Credit : Nana Sabrina Sarsan

2. RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN


A. Resepi Sup

1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan:
- daging buku besar (jangan hiris)
- tulang
- 1 sup bunjut
- akar ketumbar

2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.

- Perasakan dengan secubit dua sahaja garam.
* Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.

3. Keluarkan isi sup tadi.
Tambahkan:
- 1 sudu kicap lemak manis
- 1 sudu kicap pekat Jalen
- 1 sudu sos ikan

( kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini)

4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.

5. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.

B. Aneka Lauk

- Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas.
( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)

C. Aneka Mi dan Sayur
( untuk versi sedikit- celur sekaligus)

1. Penyediaan nasi air.
Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.

2. Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.

3. Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup.
( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)

D. Aneka Rencah Perasa
- gula
- garam halus
- kacang tanah tumbuk
- air lada
- bawang goreng
- bawang putih goreng dadu (beli siap)
- lobak jeruk asin
- cili siam jeruk
- sos ikan
- perencah maggi
- serbuk chili flakes
- limau nipis
- daun sup
- serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)

E. Cara hidangan :

1. Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.

2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.

3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.

Nah mudahkan?
Jimat duit boleh makan puas-puas.

Nak lagi resepi menarik boleh jengah wall cikgu di fb. Selamat mencuba.
#resepicikguafy

SUMBER: AFY AL HABIBI


3. RESEPI MAGGIE KARI TUMIS.


BAHAN-BAHAN
=============
-Maggie 2 bungkus
-bawang merah
-3 ulas bawang putih
-cili padi
.
CARA-CARA
==========
1.Tumbuk bawang merah+bawang putih+cili padi,gaul sekali dengan rempah maggie
2.tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing, dulu2 nenek kata masukn air dalam lesung tu,petua masak sedap katanya, masukan air ikut suka nak banyak kuah atau tak,tunggu sehingga mendidih
3.last sekali masukan maggie pecahkan telur tutup api
.
p/s: kalau ada sayur sawi,hot dog boleh la masukan sekali,macam ni cik lin just guna ape yg ada je tak pi pasar lagi
.
Kredit :Syazlin Mansor‎ via mahn


4. Makan MEGGI BANDUNG 



RESEPI MAGGI BANDUNG

1.1 paket mee maggi
2. sedikit minyak utk menumis
3. 2 ulas bwg putih di ketuk n tumis
4. 1/2 sudu besar kicap manis
5. 1 sudu besar sos cili
6. 1 sudu besar sos tiram
7. perencah maggi
8. Sawi (ikutla nk letak bnyk or ckit)
9. 3 bj cili padi dbelah tengah
10. garam secukup rasa..
11. sbji telur
12. air kosong 1 gelas

CARA  PENYEDIAAN

1. panaskan minyak dan tumiskan bwg putih hingga naik bau..
2. kemudian masukkn air, perencah maggi,kicap,sos cili,sos tiram n garam..
3. Apabila mendidih masukkn maggi, telur n cili padi..(jgn kacau supaya telur tidak pecah)
4. Dan apabila hampir masak masukkn sayur sawi..

SUMBER: RIN MALIK


5. Resepi POPIA MAGGIE MINI 


Bahan:

2 bungkus mee Maggie
1 biji telur
Kulit popia ptong 4
daun sup- dihiris
2 biji cili padi merah di diris
2 biji cili padi hijau di hiris
2 ulas Bawang merah di hiris
Stengah batang lobak merah di hiris panjang2 halus
Sedikit garam halus
2 bungkus perencah maggie
Sedikit minyak masak utk goreng isi ayam ramli

Cara:

1- Didih kan air. Rebus mee maggie.. Dah lembut mee tu kemudian toskan. Ketepikan
2- Masukkan mee maggie dalam satu bekas, masukkan telur,daun sup,garam,dan bawang merah..lobak merah..cili padi..dan isi ayam yg di goreng td gaul sebati.
4- Ambik kulit popia letak dalam sesudu kecil maggie tadi kemudian bungkus.
5.panaskan minyak lepastu goreng martabak tadi hingga kekuningan.
6.toskan minyak.
7.Siap utk dihidang

Selamat mencuba😋

SUMBER: NOOR NIZA

6. maggy tomyam thai special


Bahan-Bahan:

Maggy

Bahan untuk tomyam paste:

15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
1 biji bawang besar, hiris kasar
5 ulas bawang putih, hiris kasar
2 inci lengkuas. hiris kasar
2 inci halia. hiris kasar
5 helai daun limau purut, hiris kasar
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
1 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
2 batang serai. hiris nipis
2 sudu besar sos ikan Thai
1 senduk minyak untuk menumis
Bahan untuk kuah Tomyam:
3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
udang, dibuang kepala
sotong, potong ikut kesukaan anda
1/2 batang karot
1 biji tomato, potong 4
cendawan tiram, jika suka
1 batang serai
4 helai daun limau purut
10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis, ambil jus
tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
sedikit daun ketumbar
1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara Penyediaan:

Cara untuk tomyam paste:
Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
Angkat dan sejukkan.

Cara untuk masak tomyam:

Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan maggy. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tips:

Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih

7. MAGGY GORENG MAMAK


Bahan-bahan:

1 paket maggie kari
2 telur

Untuk membuat kuah:

Sos cili life secukupnya
Sos tomato secukupnya
Kicap pekat secukupnya

Untuk membuat perencah:

Sedikit tauhu goreng
Sedikit daun sawi
Sedikit tomato yang dipotong 4
Maggi cukup rasa secukupnya
5 ekor udang

Cara-cara membuat:

1.Rebus dahulu maggie didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
2.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
3.Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan telur.
4.Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
5.Kemudian,masukkan udang,sawi,tomato,tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
6.Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
7.Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
8.Jika sudah rasa okay bolehl;ah dihidangkan.

P/s : Resepi Maggi Goreng Mamak akan menjadi lebih sedap jika anda perahkan sedikit limau dan jika ingin cantik lagi susunkan cili besar yang telah di potong di tepi pinggan.

8. MURTABAK MAGGY


Bahan-bahan:

1) 2 bungkus mee segera
2) perencah mee segera
3) lada bengala
4) ayam yang dicincang halus
5) bawang besar
6) 4 biji te;ur ayam - ini GK guna GRED C
7) 1/2 Sebungkus mayonis- ini nak bagi creamy sebab tak bubuh cheese...

Cara buatnya:

1) Gaul semua bahan diatas
2) gOreng/bakar dalam oven tapi guna pemanggang ajaib je...bakar pun jap je dalam 18 minit je...

Dan siap....

9. Resepi Megi Ketam


Bahan-Bahan:

1 paket mi segera perisa kari, asingkan perencahnya
1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daun
1 butir telur
1 ekor ketam bunga, cuci bersih
1 sudu besar sambal tumis
½ sudu besar sos cili
¼ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang merah – dihiris
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 hirisan nipis halia
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Hirisan daun sup }
Hirisan cili merah } untuk
Limau kasturi, belah 2 }hiasan
Sebiji tomato ceri, dibelah 4 }

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.

2. Tambah sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna. Angkat ketam tadi dan ketepikan.

10. KERABU MAGGI


Bahan-Bahan

Maggi Serda 3 bungkus
Udang / sotong / isi ketam - dicelur
Bawang besar 2biji _dihiris nipis
Daun ketumbar 3tangkai-dihiris
Tomato 2 bj -saya tak letak 😁😁
Limau nipis -2biji diperah ambil airnya
Cili merah/cili padi dihiris -ikut suka nak pedas letak lebih
Sos ikan/sos sotong - 2 sudu besar
Lobak merah parut/potong pnjg
Cendawan jelly - direndam dan dicelur sekejap
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan ;

Celurkan maggi hingga lembut
Celurkan udang /sotong/isi ketam sekejap ja
Cendawan jelly direndam kemudian celur sekejap saja
Dah boleh gaulkan maggi bersama semua bahan² celur tadi
beserta bahan hirisan..
Serbuk maggi tadi jangan dibuang ya....dijadikan bahan perasa beserta dgn sos ikan/sotong
Masukkan air limau nipis..sedikit garam dan gula..
Gaul sebati semua....taraaa dah siap!!

Selamat mencuba...

Ps: Selalu dalam kerabu thai diorang masukkan cendawan jelly...mmg sedap sgt..kenyal² ja..

Credit : Nora Abdullah

You Might Also Like

2 ulasan:

  1. Semua sedap.. nanti boleh lah cuba resepi kat sini..

    BalasPadam
  2. alamak ter scroll bila tengah malam, terus jadi lapar hahaha

    BalasPadam