Breastmilk Storage Bags Lunavie

1/16/2018 04:43:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum..

Memandangkan susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi, cara penyimpanan susu tidak boleh diambil ringan. Tambahan pula susu ibu bersifat sensitif dan perlu pengurusan yang rapi sebelum, semasa dan selepas menyusu. Teruskan membaca entri ini untuk mengetahui cara penyimpanan susu yang betul.

Bayangkan kalau susu perahan yang disimpan dengan cara yang tidak betul, ia mungkin akan rosak dan terbuang begitu sahaja. Jadi amatlah penting ibu-ibu belajar cara menyimpan dan mengendalikan susu perahan (EBM) ini dengan sebaiknya.


BreastMilk Storage Bags Lunavie


“Breast Milk Storage Bag” merupakan alat menyimpan susu ibu yang popular berbanding “Breast Milk Storage Bottle”. Hal ini kerana, ianya lebih murah, mudah digunakan, ringan, boleh menjimatkan ruang dan lain-lain lagi. Kini, terdapat pelbagai jenis jenama “Breast Milk Storage Bag” dijual di pasaran. Masing-masing mempunyai ciri-ciri atau kelebihan & kekurangan yang tersendiri.


Ciri-ciri BreastMilk Storage Bags Lunavie

Hygienic


Ini merupakan faktor yang paling penting dalam memilih Breast Milk Storage Bag. Sebaiknya, pilih Breast Milk Storage Bag yang mempunyai ciri pre-sterilised kerana pastinya ia hygienic dan tidak mudah tercemar. Di samping itu, pastikan Breast Milk Storage Bag yang dipilih juga merupakan BPA Free. Barang yang tidak mempunyai BPA Free akan mempengaruhi sikap si bayi, otak, dan juga hormonnya.

Tahan lama



Pastikan ianya tebal dan diperbuat daripada bahan yang tidak mudah rosak atau koyak. Anda juga akan susah sekiranya “Breast Milk Storage Bag” ini selalu & mudah koyak kan? So, pilihlah yang terbaik ok…Walaupon mungkin agak mahal, tapi anda takkan rugi kan?

Mudah Digunakan



Breast Milk Storage Bag yang dibeli juga haruslah mudah digunakan dan sesuai dengan pam susu yang dibeli. Ini akan mengelakkan daripada berlaku pertumpahan susu. Pilih yang jenis self-standing type kerana ia mudah untuk berdiri dan tidak mudah bengkok. Ini akan memudahkan kita semasa ingin menyimpan susu..

Harga

Kini, terdapat pelbagai jenis Breast Milk Storage Bag yang dijual dipasaran dengan dengan harga yang berbeza. Kebiasaannya, jika Breast Milk Storage Bag mahal, ia mempunyai ciri istimewa yang membezakan ia daripada jenama lain.




Ada yang mungkin mengesyorkan penyimpanan susu ibu dalam botol dan ada pula yang lebih suka pakai storage bags. Mana yang lebih baik?



Storage bag ini adalah beg plastik yang direka khas untuk menyimpan susu ibu. Ia lebih kuat, lebih tebal dari beg ziplock biasa dan dibuat daripada bahan-bahan bebas BPA. Storage bag jenis ini juga tahan panas, jadi ia selamat untuk pencairan / pemanasan susu, dan boleh dibeku.


Kebaikan memakai storage bag Lunavie


  • Menjimatkan ruang – Terutamanya ibu-ibu yang mengumpul bekalan susu beku dalam kauntiti yang banyak. Susu ibu yang disimpan dalam storage bag boleh dibeku secara rata untuk menjadikan blok susu beku yang nipis. Susu beku ini kemudian senang disusun di atas yang lain untuk memaksimumkan ruang penyejuk beku.
  • Lebih cepat cair – Oleh kerana blok susu beku adalah nipis, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk cair berbanding susu yang disimpan dalam botol.
  • Tidak perlu dibasuh / disterilkan – Storage bag ini adalah beg pakai buang. Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk mencuci dan mensterilkannya.
  • Senang untuk dilabelkan – Semua stok susu beku perlu dilabelkan dengan tarikh dan jumlah susu yang disimpan dan storage bag mempunyai ruang khusus untuk itu.

Image result for breastmilk storage bags lunavie

Untuk pembelian Breastmilk storage bags Lunavie bolehlah ke laman sesawang di bawah :

Facebook : Lunavie


You Might Also Like

0 KOmen: