Dewan Perkahwinan Termurah di Shah Alam Serendah RM29.90

1/16/2018 11:58:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum....

Buat bakal pengantin, apabila cakap sahaja pasal kahwin, semestinya banyak perkara yang perlu difikirkan bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Biasalah kan bila nak kahwin ni, pastinya duit menjadi perkara utama yang difikirkan pasangan mempelai. Kata orang semuanya memerlukan duit, kalau tak ada duit memang tak jalan lah majlis tu nanti.

Ramai yang fikir, majlis perkahwinan memerlukan peruntukan duit yang besar sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Namun, tahukah anda bahawa anda boleh mempunyai majlis perkahwinan meriah seperti orang lain dengan hanya mempunyai bajet sebanyak RM29,900?


Image result for the space grand ballroom


The Space Grand Ballroom Shah Alam 


The Space Grand Ballroom Shah Alam merupakan salah satu dewan besar dan eksklusif untuk kegunaan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, majlis korporat, pameran, konvokesyen, konvensyen, ekspo dan sebagainya. Dengan kepelbagaian kemudahan yang ditawarkan disini memang sesuai untuk majlis anda

Semua pasangan ingin merakam kenangan indah perkahwinan dalam upacara yang luar biasa, kan? Mari lihat pakej istimewa yang ditawarkan disini! Mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda...


Related image

Gabungan 2 kerjasama yang hebat untuk majlis perkahwinan anda

Bersempena dengan sambutan 2 tahun The Space Shah Alam Grand Ballroom, The Space Management Sdn Bhd dengan kerjasama Katering Enak Rasa telah melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat istimewa untuk anda yang berminat untuk menggunakan dewan ini.

Image result for the space grand ballroom

Pakej perkahwinan murah di Shah Alam serendah RM29.90

Pakej Amethyst pada asalnya berharga RM38,000 kini telah menjadi RM29,900 sahaja iaitu bersamaan dengan RM29.90 per pax (minimum 1,000 pax) dengan diskaun sebanyak RM8,100 menjadikan pakej ini memang berbaloi untuk majlis anda. Dengan harga RM29,900 ini adalah termasuk dengan:

Related image
  • Dewan perkahwinan yang serba indah dan elegen
  • Red Carpet
  • Khidmat katering
  • 40 meja bulat dan beralas
  • 400 kerusi banquet bersarung dan beriben
  • Meja doorgift dan meja hadiah
  • 2 Station Food Buffet
  • Meja makan beradap untuk 10 orang yang dilengkapi dengan 2 kerusi pengantin dan 8 Ghost Chair yang cantik dan eskslusif
  • Butik pengantin
  • Fotografi + outdoor session
  • Percuma Food Tasting (10 orang)
  • Percuma kek 2 (Dummy / Real Cake)
Menu Utama The Space Shah Alam

Untuk menu utama, anda boleh pilih antara nasi-nasi, lauk pauk dan side dish di bawah. Acar buah, papadom, buah-buahan, air kordial dan plain water tu memang anda akan dapat. Kesemua menu ini akan dimasak oleh Katering Enak Rasa.
  • Nasi Minyak / Beriani / Hujan Panas / Serai (80%)
  • Nasi Putih (20%)
  • Ayam Beriani / Masak Merah / Madu / Goreng Berempah / Daging Kurma / Rendang Minang / Palembang / Dendeng / Sambal Sotong / Fish Fillet (50%)
  • Dalca Pisang Muda dan Mangga / Dalca Sayur
  • Acar Buah
  • Papadom
  • Buah-buahan (3 jenis)
  • Air kordial
  • Plain Water
  • Menu Makan Beradab
Image result for catering

Image result for catering

Image result for catering

Untuk menu makan beradab pula, anda boleh pilih antara lauk-lauk di bawah ini. Selain daripada lauk pauk di bawah ini, anda boleh juga tambah lauk-lauk lain dari menu pilihan.

  • Ikan Siakap / Bawal Masam Manis / Tiga Rasa
  • Udang / Sotong Goreng Tepung Berhias
  • Ayam Golek / Percik
  • Gubahan Buah-buahan
  • Fruit Punch / Air Mineral
  • Kelengkapan Katering

Kelebihan lain yang turut anda peroleh 

Dalam pakej ini juga turut disediakan dengan kelengkapan katering. Selain daripada makanan, anda juga akan disediakan dengan 4 VIP Dome, peralatan sajian lengkap dan pramusaji beruniform.
Dekorasi Dewan (Sedia Ada)

Dalam pakej ni anda juga akan dapat pelamin dewan sedia ada yang dihias oleh Rins Suzana Wedding & Events, siap sekali dengan entrance arch deco dan walkaway. Dekorasi meja makan beradab pun ada sekali. Jadi semuanya lengkap dan anda tidak perlu pening-pening memikirkan persiapan lain.
Andaman

Image result for The Space Grand Ballroom


Yang bestnya kalau anda ambil Pakej Amethyst ni, anda akan dapat sekali sepasang busana pengantin Lelaki dan Perempuan yang sedia ada serta 1 kali make up. Pakaian pengantin ini nampak memang cantik hasil sentuhan daripada Rins Suzana Wedding & Events.

Booking sekarang sebelum terlambat!

Tiada apa yang mustahil. Lebih-lebih lagi bila kita bercakap tentang perkahwinan impian. Semua pasangan ingin merakam kenangan indah perkahwinan dalam upacara yang luar biasa, bukan? Pakej yang murah dan kelengkapan yang lengkap untuk majlis impian perkahwinan anda boleh didapati disini.

Image result for The Space Grand Ballroom

Untuk maklumat lanjut atau nak book, anda boleh tengok dekat website, Facebook atau Instagram The Space Grand Ballroom, The Space U8 Shah Alam.

The Space Grand Ballroom
A1-1-G, Space U8,
No. 6, Persiaran Pasak Bumi,
Tmana Bukit Jelutong, Seksyen U8,
40150 Shah Alam, Selangor
info@thespace.com.my
019-250 7770 / 019-250 7779

Cik Nurul Afni 0122374867
Tuan Haji Aidil 0162580734
Puan Hajjah Salmi 0102250734

Landmark
Space U8 Shopping Mall

You Might Also Like

0 KOmen: