Tips Berpantang "Part 1"

5/16/2014 11:24:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum...





Selepas menyambut kelahiran sudah pasti badan seseorang akan lemah disebabkan telah berhabis tenaga untuk melahirkan zuriat. Disini, fara ingin kongsi beberapa tips ringkas yang sewajibnya diamalkan ketika dalam berpantang.

Tips dibawah ni merupakan penjagaan diri semasa dalam berpantang yang fara sendiri amalkan


Cara Tidur Selepas Melahirkan
•Tidur dengan bantal tinggi
Supaya darah kotor tidak naik ke kepala dan menjauhkan diri dari sakit kepala.
•Kaki rapat dan lurus
Ini untuk menjaga supaya peranakan cepat pulih dan vagina menjadi sempit semula, begitu juga luka selepas melahirkan akan cepat sembuh.

Pakaian Selepas Melahirkan
•Pakaian tebal baju panas lengan panjang
Memakai baju tebal supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang-tulang di usia tua.
•Berstokin
Supaya kaki sentiasa panas dan angin sejuk yang boleh merosakkan kesihatan tidak akan masuk ke badan.

Dandanan Rambut
•Diikat ketat dan tinggi
Supaya angin meroyan tidak naik ke kepala
•Jika tidak dijaga ibu-ibu boleh mendapat penyakit gila dan mata cepat rabun.
•Sapu minyak zaitun
Untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening selepas bersalin.

Memakai Pilis Di Dahi
Pilis dibuat dari kulit kayu manis yang diasah pada buntut pasu dan bubuh sedikit air.
Sapukan pada dahi untuk:
•Mencegah angin meroyan naik ke kepala.
•Mencegah dari rabun mata.

Bertungku :
•Ambil batu tela atau batu sungai, panaskan pada api dapur.
•Setelah cukup panas balut dengan kain batik atau tuala.
•Sediakan daun lengkuas dan ratakan di atas kain tuala atau kain batik yang digunakan untuk bertungku dan taburkan sedikit garam kasar.
•Jangan terlalu tebal kerana jika terlalu tebal kepanasannya akan berkurangan.
•Setelah itu tuamkan pada perut.
•Lakukan setiap pagi setelah 4 atau 5 hari selepas melahirkan anak.
•Bertungku dilakukan setelah ibu-ibu mandi pagi.

Faedahnya Bertungku:
•Supaya batu meroyan cepat mengecut.
•Menghindarkan perut dari buncit.
•Supaya darah beku cepat pecah.
•Ibu-ibu tidak akan rasa sakit merengat selepas melahirkan.
•Mencegah daripada mendapat barah peranakan.

Berbengkung
Cara Berbengkung:
Sediakan kain kosong sepanjang 3 meter
•Ikat pada tiang.
•Lilit dari bawah payudara hingga ke bawah punggung dengan ketatnya.
•Cara ini dilakukan setelah seminggu melahirkan anak.
•Berbengkung hendaklah dilakukan setelah mandi pagi, memakai bedak ragi dan memakai pilis.

Faedah Berbengkung :
•Untuk menguatkan perut yang longgar setelah melahirkan.
•Untuk mengempiskan perut.
•Untuk menguatkan peranakan supaya tidak turun ke bawah.

Mandian Wanita Selepas Bersalin
Mandi selepas bersalin ialah untuk menyegarkan tubuh dan mengendurkan urat saraf serta memulihkan tenaga selepas bersalin.


Khasiat mandi air daun-daunan
•Untuk menyegarkan urat saraf serta menghilangkan kelesuan dan keletihan ketika melahirkan anak.
•Ibu-ibu hendaklah mandi di waktu pagi ketika cuaca agak panas.
•Mandilah sebanyak 2 kali sehari di waktu pagi dan petang adalah lebih bermanfaat lagi.
•Bahan-bahan untuk mandi air daun-daunan juga boleh didapati di kedai-kedai ubat, dijual dalam bentuk peket, harga sekitar Rm5 - Rm10 dan boleh digunakan antara 3 - 4 kali bagi setiap peket.


Minum Jamu
•Setelah 2 minggu atau sebulan ibu-ibu melahirkan barulah ibu boleh meminum jamu.
•Jamu ini boleh memanaskan badan serta mengecutkan peranakan.
•Jika ibu-ibu menyusukan anak dan didapati anak berpenyakit kuning,hendaklah ibu-ibu memberhentikan pengambilan jamu.

Secara amnya, berpantang selepas bersalin amat penting salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan meroyan, perut buncit, dan lain-lain lagi. 


0 KOmen: