Donut Gebu

5/06/2015 02:02:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum.....

Buat pertama kalinya fara buat kuih iaitu Donut. Masa buat donut memang hati tawakal jadi atau tidak terpaksalah cuba yelah praktis make perfect gitu. Alhamdulillah percubaan pertama yang menjadi. Resepi donut ni kawan yang bagi katanya gebu dan lembut bile makan. Thanks to Noor Izreen Fara mmuahhh ciked kat ko!! haha :D


Resipi Donut Doh :

2 Cawan Tepung Gandum
2 Sb Gula
2 Sb majerin/Butter
1/2 Cawan air (Ikut Perlu)
1 Sk Yis

Cara buat :

~ Satukan kesemua bahan kedalam 1 bekas untuk diadun
~ Uli bahan tersebut sehingga tidak melekat ditangan
~ Kemudian, tutup doh dalam tupperware kedap udara dan biarkan selama 40 minit untuk bagi Doh kembang
~ Lepas doh dah kembang tumbuk-tumbuk donut untuk buang angin dan bentukkan donut dan        biarkan   lagi donut dalam 15 minit
~ Goreng dengan minyak panas,api sederhana kecil
~ Angkat dan toskan 
~ Akhir sekali salutkan donut dengan gula halus

doh yang telah kembang




Selamat Mencuba!! ;)

You Might Also Like

0 KOmen: