Gaya Business Casual for Men

12/07/2015 04:49:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Suka bergaya tapi tidak tahu fesyen yang sesuai?
Banyak pakaian tapi tidak tahu cara padanan yang betul?
Mana satu yang sesuai dipakai dengan bentuk badan Anda?




Apabila bercerita tentang fesyen, bukan sahaja wanita ingin nampak bergaya malah, lelaki juga turut mengimpikan keterampilan yang simple dan bergaya. Bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Ingin nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun sudah nampak kemas dan bergaya.


Begitu juga apabila menggayakan smart casual dan casual. Menjaga penampilan sangat penting agar orang sekeliling selesa dengan pemakaian anda. Kali ini, ingin ditekankan tentang perbezaan antara smart casual dan business casual.





Namun, jangan pula anda tersalah anggap diantara gaya smart casual dan casual. Bergaya smart casual bukan bermaksud anda boleh tampil terlalu santai dengan hanya memakai seluar pendek dan t-shirt. Masih ada beberapa panduan yang harus anda ikuti agar penampilan anda tidak kelihatan ‘selekeh’. Berikut merupakan beberapa gaya pakaian business casual for men yang boleh anda jadikan sebagai inspirasi :




Textured Ribbed Blazer    



1) Smart Casual

Jika anda ingin memakai t-shirt dan slack pants atau jeans, pastikan anda memakai blazer atau cardigan di bahagian luar agar kelihatan lebih ‘smart’. Elakkan daripada memakai outerwear seperti denim jacket atau leather jacket. Kebiasaannya, blazer boleh dipadankan dengan seluar yang hampir serupa atau berlainan warnanya. Malah di barat adalah menjadi kebiasaan jika blazer dipadankan dengan jeans untuk menampilkan imej kasual.



2) Straight Cut Jeans

Lebih selesa dengan pemakaian jeans? Pastikan anda memakai jeans yang berpotongan straight untuk ke pejabat. Elakkan daripada memakai skinny jeans atau ripped jeans!




3) Seluar berwarna pastels

Jangan takut untuk memakai seluar slack atau chino pants yang berwarna pastels atau warna-warna gelap lain selain hitam. Tapi, jangan sesekali tampil ke pejabat dengan seluar berwarna terang seperti merah menyala atau oren!




  

4) Kemeja Lengan panjang dan pendek

Tampil santai dengan pemakaian kemeja kasual dengan padanan seluar slacks atau seluar jeans. Pemilihan sama ada berbaju lengan panjang atau lengan pendek bergantung pada keselesaan individu.





5) Rambut

Pastikan rambut anda sentiasa kelihatan kemas dan rapi. Disarankan memakai minyak rambut agar anda lebih kelihatan segar dan segak bergaya.



  



6) Tie

Padankan tie anda dengan warna baju. Jangan terlalu gelap atau terlalu terang. Jika baju anda Berwarna cerah pakailah tie berwarna yang agak gelap. Panjang tie pula sehingga paras pusat. 




Tips Pemilihan Warna untuk kelihatan Kemas dan Bergaya

1) Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol.
2) Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.
3) Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu.
4) Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang.



Do and Don't 



Perkara yang perlu dilakukan atau dielakkan semasa berpakaian adalah:

1. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga anda nampak ‘semak’.
2. Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada cincin, gelang yang terlalu besar dan bermotif binatang yang pelik-pelik.
3. Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan kemas.
4. Jangan berpakaian yang mendedahkan atau menggoda.
5. Pastikan pakaian anda mengikut saiz badan iaitu tidak terlalu longgar atau ketat








Berani Mencuba

Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.



Mencari Baju lelaki yang smart dan bergaya untuk apa jua keadaan?

ZALORA mempunyai pelbagai pilihan untuk anda http://www.zalora.com.my/men/ 





You Might Also Like

0 KOmen: