Program Mudah Kurus Bersama Dr. Malinda Mohd Ali

10/30/2016 10:20:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Tukar Bentuk Badan Anda Dalam Masa 23 Hari !
DR MALINDA MODIFIED HCG DIET PLAN

Cara menurunkan berat badan bukanlah hal yang mustahil dan boleh sahaja dilakukan. Dengan sedikit pengorbanan, Anda boleh menurunkan berat badan 2,5 kg hingga 7 kg. Hasil yang didapat tentu saja bergantung seberapa besar usaha yang dilakukan. Kuncinya adalah nekad dan kemahuan yang tinggi untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan


Masalah ini bukan sahaja membawa satu masalah kepada bentuk badan dan kecergasan seseorang, malah ia juga boleh menyebabkan masalah seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain.

Adakah Anda OBESITI?

OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!

ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :

BMI > 23

Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) – Lelaki
> 80 cm (35 inch) - Wanita

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.

Anda dikatakan obese apabila :

Wanita : Peratusan lemak badan >32%
Lelaki : Peratusan lemak badan >25%



LEMAK OH LEMAK !!

Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata ~ Jaga makan pun tak turun, anda give up dan kembali kepada cara hidup yang lama.

Kenapa jadi macam tu? Sebenarnya, Tak semua jenis lemak itu sama ~ Ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita :

1) Lemak Untuk Struktur ( Structural Fat ) 

'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.



2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve)

'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga'

3) Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )

'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !
Jadi, anda nampakkan di sini - Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja. 

Macam mana nak menggerakkan lemak Jenis 3 yang degil itu? 

HCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk ‘menggerakkan’ lemak jenis 3 ini.


APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga. hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.

Jika anda sedang berusaha untuk kuruskan badan, sudah tentu anda mahu mendapatkan hasil yang segera. Dengan pelbagai idea fad diet, produk suplemen untuk mengurangkan berat badan di pasaran , dan pelbagai petua seperti senaman dan sebagainya semua menjanjikan penurunan berat badan dalam masa tertentu yang boleh menyebabkan tekanan dan kadang-kadang mengelirukan. 

Program mudah kurus ini bertujuan untuk membantu dan membimbing anda untuk mencapai objektif anda dengan betul dan menerangkan tentang beberapa isu yang sukar difahami mengenai penurunan berat badan dengan cepat dan selamat. Dengan kaedah yang digunakan dalam program "mudah kurus" sangat berkesan dan ramai telah berjaya menurunkan berat badan sepanjang menjalaninya.


SOALAN-SOALAN YANG BIASA DI TANYA TENTANG PROGRAM HCG 


BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan. Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha,punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet. hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.


APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?

Jangan Risau. Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda!

Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja. Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.


ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?

BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.



BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan. Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil

– fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).



ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?


Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.


BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?


Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari! Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.

TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?


Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.



APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.

APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?

Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.

Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!

ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga berjaya hamil. Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.

BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?

Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.

Jangan Risau! Pakar kami akan sentiasa membantu anda!


INJECTION BUAT SENDIRI?

Senang je. Teknik yang simple. Tidak perlu cari urat untuk inject. Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat video disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?

Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)! Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.

Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.

SIAPAKAH YANG AKAN MEMBANTU MEMANTAU PERKEMBANGAN SAYA?

Anda akan dipantau sendiri oleh Dr Malinda Mohd Ali. Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultancy


Pengalaman/Testimoni Dr Malinda Health & Beauty Academy



Hasil 'online coaching' bersama Dr M dan sahabat2 ldl yang senasib, alhamdulilah..berat saya yang asal 86kg (takut mak nakkk)..akhirnya digital scale saya menunjukkan angka 78kg pada hari yang 21 saya bersama ldl. Amazing.. Sebelum ini dah banyak RM yang melayang di slimming centre. namun tak pernah mendapat angka 7 di depan. Bukan salah slimming centre..cuma tak dapat ilmu dan faham konsep menangani 'food addiction'. Tu pasalnya liat betul angka tu nak turun. Hahaha. -Yana Shainisi


After 6 months of learning, experiencing and determination, now here I am. Day after day, realizing the significance of healthy diet and active lifestyle. Another year to reach my goal though.-Siti Salwa



"berat hampir 16kg turun"-Farah Farhana Khalid



"Hasil berguru dengan Dr. M saya lost hampir 15.3kg. Bersyukur sangat walaupun perjalanan saya masih jauh untuk dicapai lagi struggle utk mengekalkan. Dengan kata2 semangat daripada Dr. M dan suppurt group yang ada insyaallah akan diteruskan demi kesihatan diri sendiri dan orang2 tersayang. Bukan nk promote just nak share pengalaman supaya dapat memberikan kesedaran kepada sesiapa yang masih berada di zon selesa. Jangan kecam saya." -Haniey Sabri


"Saya bermula dengan berat 71 kg..
Selepas 2 bulan ikut program LDL turun 8 kg..
After 6 months capai berat 50 kg (ideal weight)….still maintain ideal weight
21 kg = 2 kampit beras 10 kg lemak berjaya disingkirkan"
-Ruslinawati kamaruddin


Dr. Malinda Mohd Ali

Mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai Doktor Perubatan dan telah memberi coaching untuk Program Hcg selama lebih 4 tahun. Telah membantu lebih dari 300 klient mencapai berat badan idaman mereka. Juga telah menjadi speaker untuk lebih 1000 jam ceramah dan seminar kesihatan anjuran swasta dan kerajaan. Panel jemputan untuk segmen Penuaan Sihat di Wanita Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O. Penulis artikel kesihatan dalam Majalah i-Sihat.

Image result for dr malinda ali
Dr. Marlinda Mohd Ali



BERAPA HARGA PAKEJ HCG NI?

1. Untuk Pakej Hcg 23 hari ialah RM 1580 sahaja.
2. Untuk Pakej Hcg dan Supplements RM1980
3. Pakej Hcg 46 Hari RM2980

Jangan Khuatir!

Kami mempunyai PROMOSI DISKAUN ISTIMEWA bulan ini dan juga HADIAH PERCUMA sekiranya anda berminat untuk menjalani program ini.


APA HADIAH PERCUMA TU?

Istimewa untuk semua Klien Program Hcg, anda tidak perlu membayar RM 199 untuk menghadiri kelas online ini. Ianya PERCUMA untuk anda! Siri pembelajaran interaktif online selama 8 minggu untuk anda akan dijalankan oleh Dr Malinda melalui WA group selama 1:30 jam setiap sesi (9.00 – 10.30 malam). Perkongsian ilmu yang sangat menarik dan yang lebih menarik anda boleh belajar dari rumah atau di mana-mana dengan menggunakan smartphone anda sahaja!

Bila kita membincangkan tentang isu mengurangkan berat badan dengan cepat, anda tidak boleh tersilap dalam memperlengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai kaedah sihat dan selamat yang lain untuk mengurangkan berat badan dan meletakkan sepenuh komitmen kepada rutin yang telah anda tetapkan sendiri. Cepat tidak semestinya menjanjikan hasil yang baik dan menjadi pilihan terbaik. Tidak salah mengurangkan berat badan sedikit demi sedikit asalkan matlamat anda tercapai tanpa membahayakan kesihatan diri. 

Oleh itu, dengan mengikuti program mudah kurus yang dianjurkan Dr. Malinda Mohd Ali merupakan satu peluang yang sangat besar untuk anda kurus dengan cara yang paling mudah dan selamat. 


BERMINAT UNTUK MENYERTAI? 

BAGAIMANA NAK BERMULA? 


Mudah Sahaja! Hubungi  di WhatApps 017 508 4430 atau 

email di drmalinda@gmail.com PENDAFTARAN HARI INI! 


Blogspot Dr. Marlinda Mohd Ali

Facebook page Dr. Marlinda Health & Beauty Academy

Selamat Mencuba!!


You Might Also Like

0 KOmen: