Keistimewaan Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

2/02/2017 02:59:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel merupakan produk terbaharu dari Jayeon. Bagi Jayeon, kecantikan adalah ringkas, semula jadi dan rapi. Semua wanita unik dan anggun dengan cara tersendiri. Dengan keunikan kecantikan mereka, kini, Jayeon Cosmetics Sdn Bhd bakal melancarkan produk terbaharu iaitu Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel pada bulan Disember 2016 yang diimport dari Korea.


Apa itu Jayeon?

Jayeon membawa maksud “nature” dan “kind” dalam bahasa Korea. Ia merupakan brand peribadi wanita untuk mendapatkan kecantikan ideal. Jayeon lebih menumpu pada kualiti produk daripada pembungkusan produk. Mereka percaya bahawa kualiti produk mereka dapat menambat hati pengguna.



Fungsi produk :

Keistimewaan utama produk terbaru dari Jayeon iaitu Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel mampu berikan kesegaran pada kulit tanpa meninggalkan rasa melekit. Pertama kali Fara pakaikan pada tangan si manja berasa kulitnya lebih lembab dan segar. Hujung jari kaki dan tangan simanja ada sedikit kasar dan mengelupas, apabila fara sapukan gel ini ianya dapat memperbaiki kulit simanja. 

Fungsi jus asli daun Aloe Vera dari California Mountain sebanyak 98% dapat melembapkan dan melegakan kulit ternyata tepat sekali. Gel ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk sebagai pelembap, penyegar, pelindung sinaran matahari dan juga sesuai digunakan untuk tubuh badan dan rambut.

Fungsi Kandungan:

👉Rosemary Leaf: Anti-bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit.
👉 Green tea leaf: Antioksidan
👉 German Chamomile Flower/ leaf: Melegakan dan melembutkan kulit.
👉 Aloe Baradensis Leaf: Melembutkan dan melembapkan kulit.
👉 Byungpul Extract: Membaiki dan melegakan kulit.
👉Licorice Root: Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit.
👉 Mulberry Root: Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit.
👉 Artemisia Absinthium (wormwood) Extract: Anti-bakteria dan melegakan kulit


Maklumat produk

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel
Saiz 300ml
Harga RM19.90

*Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit*


You Might Also Like

0 KOmen: