5 Hadiah Idaman dari Shopback.my

3/10/2017 03:06:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hi!



Apa itu Shopback.my?

Shopback.my merupakan salah satu website "online shopping" yang menawarkan diskaun terhebat jika anda membeli disitu dijamin akan dapat duit kembali atau "cashback" selepas membuat pembelian yang terpilih! Dalam erti kata lain, Semakin banyak anda berbelanja, semakin banyak duit yang bakal anda dapat sebagai tanda penghargaan untuk semua pelanggan shopback.my

Shopback membantu setiap pelanggannya mendapat tawaran terbaik serta diskaun yang hebat keatas setiap barangan.

Bagaimana Cashback berfungsi?

Jika anda membeli barang di Shopback setiap nilai barang yang anda beli itu, anda akan dapat sebahagian daripada pembelian anda akan dikembalikan sebagai cashback. Ianya seperti komisyen dalam setiap barangan yang dibeli.





5 wishlist dari shopback Shopback.my


Jika ditunaikan impian oleh shopback untuk memiliki hadiah bernilai RM800 untuk setiap pelanggannya, berikut merupakan hadiah idaman yang fara dambakan sejak dahulu. 

1) Sony PS Vita PlayStation Vita New Slim Model Console


Bila main game, teringat zaman bercinta dengan suami dulu-dulu. Kami memang kaki game, lebih-lebih lagi game online memang kami layan hinggan ke subuh. Masa awal kawin dulu game jelah hiburan kami. Kadang tersenyum bila ingatkan kembali zaman dulu. Sekarang bila dah ada anak agak sukar nak main game bersama. Nak beli PS Vita ni asik terbantut sebab keperluan anak adalah lebih utama sekarang. Bak kata orang, keperluan adalah lebih utama dari kehendak. So, kalau dapat sebijik PS Vita ni Fara nak hadiahkan pada suami tanda penghargaan kerana banyak bersabar dengan Fara dan anak-anak. Sesekali belanja suami dengan duit blogging apa salahnya kan? baru suami rasa dihargai. Harga PS vita di shopback pun sangat berpatutan iaitu RM788 sahaja. 


2) SONY CYBER-SHOT DSC-W830BL


Kamera merupakan idaman fara sejak zaman sekolah lagi. Fara suka kumpul kenangan dan mengeratkan lagi hubungan dengan bergambar dengan rakan atau keluarga. Bagi fara, setiap gambar yang diambil itu mempunyai cerita disebaliknya. Lebih-lebih lagi bila ada keluarga sendiri, Fara akan mengambil gambar pembesaran simanja sejak lahir hingga terkini. Melihat gambar yang diambil merupakan satu kepuasan pada hati. Sony cyber shot ni sangat bagus malah harganya juga berpatutan iaitu RM489 sahaja. Dengan harga tersebut, fara boleh nikmati kamera 20.1-MP 

3) Samsung MG28J5255US Grill Microwave Oven w Healthy Steam 28L



Bila dah jadi mak-mak ni microwave oven sangat penting dan perlu ada dirumah. Mana tahu anak-anak teringin makan makanan hipster bolehlah Fara buatkan. Berharga RM548 sahaja boleh dapat satu microwave oven yang berkualiti dari shopback.my

4) Vtech Grow & Go Ride On


Bila ada anak, setiap ibu akan pastikan anak mereka tidak bosan dan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah dirumah. Fara memilih Vtech Grow & Go Ride On ni sebab ianya memiliki pelbagai fungsi seperti boleh dijadikan rocker mode, ada tempat memandu yang menghiburkan dan boleh juga dinaikki oleh anak seperti membawa motor. RM275 adalah harga yang ditawarkan jika anda nak beli pastikan cari di website shopback.my .

5) SW-LR Round Swing Hanging Chair


Fara panggil ni dalam bahasa melayunya buaian gantung. Kalau dapat sebiji dirumah bolehlah berangan ala-ala princess tengah tidur dalam buaian tunggu anak raja pinang! ceh, gurau je. Rumah nampak lebih berseri ada buaian gantung ni. Walaupon boleh beli sendiri tapi apa salahnya impian ditunaikan dari shopback.my bagi percuma Swing Hanging Chair bernilai hanya RM500. 😆

You Might Also Like

0 KOmen: