Cara putihkan gigi dengan cepat dan berkesan

4/26/2017 01:05:00 PTG Fara Lumière 0 Comments




Assalamualaikum... Hi!

Senyum nampak gigi tu cantik kan? Terserlah kemanisan seseorang bila senyum nampak gigi. Tidak kisahlah sama ada gigi anda bertaring, jarang, tidak secantik gigi model, ianya merupakan pemberian dari Allah SWT yang wajib kite syukuri. Jangan malu untuk tersenyum ok!

Penjagaan gigi perlu diambil berat dan dijaga rapi agar gigi kekal cantik dam sihat selalu. Umur masih muda tapi gigi dah lopong sana sini atau kuning menunjukkan seseorang itu tidak menghiraukan kesihatan gigi dan dirinya sendiri. Penjagaan gigi sangat mudah cuma kita sahaja yang malas untuk menjaganya. 

Antara tips penjagaan gigi yang boleh dicontohi adalah menggosok gigi setiap pagi dan sebelum tido. Sesekali tu, bersihkan sisa makanan yang melekat di gigi menggunakan pencungkil gigi yang dikhaskan. 

Gigi dah cantik tapi x seputih mutiara? Jangan risau, sekarang dah banyak produk pemutih gigi yang boleh anda guna antaranya pen pemutih gigi dari Arilglow ini 


Pen pemutih gigi Arilglow ini dikhaskan untuk mereka yang menginginkan gigi seputih mutiara. Tiada lagi masalah gigi kuning selepas anda menggunakannya.

Cara penggunaan

Elakkan guna mouthwash sebelum rawatan. Sapu tisu pada gigi sehingga keluar apa sahaja yang melekat pada permukaan gigi (gigi dalam keadaan kering). Ambil pen dan pusingkan mengikut jam sehingga keluar gel.

Apabila gel keluar, senyum nampak gigi dan sapu pada bahagian atas gigi diikuti bahagian bawah. Pastikan rata sahaja. Jangan letak tebal-tebal. Nipis pun dah mencukupi. Elakkan terkena gusi. Jangan telan dengan sengaja. Biarkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.

Kemudian tutup mulut dan kumur dan bilas dengan air paip. Selepas itu, guna berus gigi serta ubat gigi dan gosok sehingga keluar lebihan gel yang masih melekat pada gigi (seperti rutin harian menggosok gigi). Ini bertujuan untuk lindungi daripada iritasi.
Kumur dan bilas semula dengan air paip.

Basuh berus gigi sehingga terkeluar lebihan gel yang melekat. Dah siap ! Gunakan 2 kali sehari. Pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur.

Pantang Larang Arilglow pen pemutih gigi

🚫 Hanya untuk 12 tahun ke atas sahaja
🚫 Tidak digalakkan untuk digunakan bagi wanita mengandung dan masih menyusukan anak.

Cara simpan

Pakai secara konsisten untuk kesan yang terbaik. Simpan di tempat yang gelap dan sejuk. Elakkan terkena matahari dan simpan pada suhu tinggi. Boleh letak di dalam peti ais, tapi jangan letak dalam "freezer".

Soalan tentang Arilglow Pen Pemutih gigi

Gigi sensitif boleh guna? 

Walaupun bukan kebiasaan, sesetengah individu mungkin mengalami gigi sensitif. Ia adalah sementara sahaja dan akan hilang selepas rawatan dihentikan. Ia disebabkan oleh gel yang membuatkan struktur gigi kekurangan air untuk tembus dan bersihkan kotoran gigi.

Gel ini terkandung glycerin dimana ia menyerap air daripada gigi, sekaligus menganggu keadaan isotonik dan menyebabkan gigi sensitif. Dalam erti kata lain, gigi dehidrasi semasa proses pemutihan, yang menyebabkan sensitiviti.

Air liur basanya akan menghidrat gigi apabila selesai proses pemutihan dan tiada lagi rasa sensitif pada gigi. Jika anda mengalami sensitiviti, kami mengalakkan anda menggunakan ubat gigi sensodyne.

Adakah ia sebabkan enamel rosak?

Tiada bukti yang mengatakan enamel gigi berbahaya daripada penggunan pemutih gigi apabila rawatan dilakukan. Ia tidak akan menyebabkan gigi menjadi nipis dan menukar permukaan gigi. Andai sekiranya anda gunakan sehari 2 kali untuk 10 tahun.

Ia berupaya untuk bawak kesan yang negatif, dan saya pasti itu bukan niat anda. Anda perlu berasa selesa menggunakan produk ini sehingga anda mencapai keputusan yang anda inginkan tanpa ragu-ragu.

Kesan akan kekal?

Kesan tidak akan kekal selagi penjagaan gigi tidak diutamakan. Gigi secara semulajadi akan kotor dan kuning dari masa ke masa. Ia bergantung pada makanan/minuman harian kita. Elakkan minuman soda, wine, rokok dan makanan berwarna yang menyebabkan gigi kuning. Ia bukanlah cat kekal untuk menampal kuning pada gigi anda.

Siapa yang boleh guna pemutih gigi Arilglow?

Umur 12 tahun ke atas
Mereka yang mempunyai masalah gigi kuning
Lelaki dan wanita
Mereka yang memakai braces

Elakkan perkara ini selepas rawatan (24-48 jam)

Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

Gigi palsu?
- Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.
Minuman yang bersih:
- Air putih
- Air suling
- Susu

Minuman yang perlu dielakkan:
- Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
- Teh dan kopi
- Cola-cola dan minuman bergas
- Minuman tenaga

Makanan yang perlu dielakkan:
- Karot dan buah oren dan sayuran
- Brokoli, bayan dan sayuran hijau
- Coklat
- Roti putih
- Tomato dan sos merah
- Mentega dan marjerin

Nasihat tambahan:

 Elakkan air panas atau sejuk. Ia tidak bagus selepas rawatan disebabkan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Perubahan suhu menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membolehkan kotoran menembusi gigi anda. Kurangkan kopi dan teh atau cuba minum menggunakan straw untuk mengurangkan jumlah air yang terkena gigi anda.

Elakkan makanan dan minuman yang bersifat asid. Ia membuka liang enamel gigi membenarkan kotoran menembusi gigi dengan mudah. Gunakan straw untuk kurangkan bahan ini terkena gigi anda.
Kurangkan merokok. Ia disebabkan nikotin pada puntung rokok menyebabkan gigi kuning. JIka anda tidak berhenti, sekurangnya cuba had dan kurangkan.

Guna gincu "smudge proof". Untuk pastikan lipstik daripada terkena pada gigi disebabkan lisptik biasa boleh sebabkan kotoran pada gigi.

Website : https://arilglow.com/
Fanpage : https://www.facebook.com/arilglowhq/


You Might Also Like

0 KOmen: